Monday, November 11, 2013

ECER Memandu Transformasi; Lojika Berfikir Sang Menteri

Pada tahun 2008 ketika ADUN Kijal mula memegang tampuk pemerintahan, bagaimana caranya beliau mahu menandingi ADUN Jerteh, yang menggunakan slogan ‘Tiada Halangan Hanya Peluang’.

Lalu mungkin lojika pemikiran sang menteri itu mendapat akal dari lelehan idea rakan sementerinya di peringkat persekutuan, ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

Maka di rekayasa slogan ‘ Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu’.
ecerMaksudnya sama, kesimpulannya bagaimana mahu menguasai pitih royalti wang rakyat yang sudah jadi dana.

Rejim yang lama sudah mengikis segalanya dengan projek Monsoon Cup, Taman Tamadun dan yang berkisar sekitar benteng pemecah ombak, ‘breakwater’ di muka Kuala Terengganu.

Amaran; ini bukan fitnah.

Monsoon cup sebagaimana diungkap menteri sang perdana adalah untuk merancakkan perniagaan dan menghidupkan bandaraya wawasan pesisir air dimusim banjir, bah air.

Katanya, perlumbaan perahu layar itu akan memberikan peluang kerja membantu para nelayan orang ke laut yang main dam, yang makan ubi rebus dan hirup kopi ‘o’, tidak susah pecah kepala!

Bukan fitnah kan?

Kalau tak percaya taip dan tanya ‘dr.google’, tulis monsoon cup 2013.

Mesti jumpa, apa yang jumpa? Tak ada!

Hari ini sudah masuk hari ke sebelas bulan november dan kalau masa dipusing ke belakang, pada tahun 2012 sekitar waktu inilah piala lumba perahu itu akan diberikan semula kepada pemenang, kepada juara yang sah bukan orang kita.

Tapi kenapa tak ada? Mana boleh tak ada!

Bukankah monsoon cup acara berprestij!

Kalau tak ribuan mesti ada ratusan nelayan yang sudah pandai mengendali kapal layar berharga RM1 juta sebuah itu kerana acara lumba perahu itu dimulakan pada tahun 2005, hampir 10 tahun yang lalu.

Ini bukan fitnah.

Masa projek buat ‘breakwater’ dan mendalam kuala berharga tidak kurang RM1 bilion itu, Eastern Corridor Economic Region (ECER) dah ada ke belum?

Ada ke belum?………..jawabnya belum.

Mantan sang menteri perdana melancarkan ECER sekitar 2008, sebelum beliau mengundurkan diri

Tapi bukankah masa itu juga sudah ada transformasi, tiada halangan hanya peluang? Tiba-tiba sang menteri berkata, ECER menjadi pemangkin transformasi Terengganu!

Dia sebut pasal Zon Ekonomi Khas Kerteh, sebut tentang Pulau Kucing, sebut pula tentang tanaman herba

Bukankah kerteh dah lama jadi kawasan industri, sejak petroleum dijumpa di negeri Terengganu pada 1978, berpuluh tahun sebelum ECER lagi dan memang layak sepatutnya terengganu jadi lebih maju.

Bahkan sepatutnya lebih maju dari Selangor dan Pulau Pinang

Tapi…………amaran; ini bukan fitnah!

Cuba ‘check’ semula pembangunan Pulau Kucing tu ada kelulusan ke tidak? Jangan tanya pasal Pulau Kucing lagi, tanya pasal pembinaan ‘breakwater’ yang sudah dibina sekian lama……….ada kajian atau tidak?
ubi gadong
Kalau sebut tentang kambing memang nak tergelak juga, bukan sebab ingat pasal lembu, tetapi mana dia projek kambing Kaprima puluhan juta sebelum ini?

Kalau sebut pasal herba, memang tak boleh lupa pasal kes ubi gadung sebab dia pernah sebut herba ubi gadung boleh membesarkan payu dara!

Kelmarin ahli parlimen Kuala Terengganu mendedahkan ucapan beliau diparlimen yang berani berkata, projek bebas cukai Tasik Kenyir dijawab oleh kementerian kewangan hanya lulus secara prinsip sahaja.

Ahli Parlimen Marang pun selalu sebut, bagaimana lojika berfikir sang menteri, buat zoo dalam bandar, buat kompleks bebas cukai dalam hutan?

Semalam orang langkap datang beritahu, harga getah murah, harga kelapa sawit murah, sang menteri sebaliknnya berbangga berkata, kita sudah mendapat pelaburan RM20.4 bilion.

Minggu lepas akhbar mendedahkan sebuab keluarga didungun, anaknya ke sekolah tidak cukup peralatan kerana duit cukup untuk beli beras sahaja.

Eh……..kalau tak silap kan RM60 juta dah habis untuk projek jelapang padi di langkap setiu………….???
Orang Langkap kata, tahun ini tak buat, berhenti sementara.

Sebab apa berhenti, adakah pasal terlalu banyak padi yang dihasilkan, dan gudang-gudang simpanan beras dan penuh, sebab itu kena ‘stop’ dulu tanam padi musim ini!

Ini bukan fitnah…………….

Itulah cara lojika berfikir sang menteri!

Thursday, November 7, 2013

Umno-BN ‘Menang Dalam Kalah’ Dengan Menjual Maruah?

Sebagai ‘orang media’, sebagaimana ‘bos’ Sinar Harian yang hadir sendiri ke sidang media PAS untuk membetulkan fakta dan mempertahankan kredibiliti ‘korannya’, begitu juga dengan saya.

Dalam kes gambar ‘superimposed’ itu, Sinar Harian benar dan PAS salah kerana cuai.

Pemimpin PAS pun sudah membuat perisytiharan ia salah, sebagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan dirinya ‘tersalah’ dan minta maaf.
roti canai
Dan selepas itu, PAS tidak menghebahkan melalui media, hal-hal yang berkaitan dengan kes Muhyiddin, tetapi pemimpin Umno terus memberi ‘komen’ kerana mereka fikir ia akan dapat mengubah pemikiran pengundi Sungai Limau.

Sedang pengamatan saya, walaupun agak lewat menjejakkan kaki di tanah subur dan indah DUN Sungai Limau, tetapi bukan mudah untuk mengubah pemikiran penghuninya.

Walaupun ‘act’ orang Kedah lebih kurang orang Kelantan, tetapi orang Kelantan mungkin lebih ‘geger’ dari penduduk Sungai Limau.

Melihat kepada ‘karektor’ sipenebar roti canai di kedai kesuaan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan selepas subuh Jumaat pada 1 November, sudah menerpa dalam pemikiran saya, begitu ‘tulusnya’ orang-orang Sungai Limau.

Namun bukanlah saya mahu mempertahankan Sinar Harian atau mahu memperkatakan tentang gambar yang di ‘superimposed’, tetapi saya mahu memberi sedikit komen tentang artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian tentang ‘Sentimen Azizan antara punca undi PAS menurun’.

Memang menjadi hak kepada ‘cerdik pandai’ di menara-menara gading untuk memberi komen itu dan ini, kerana pihak media pun memang sering menggunakan ‘testimoni’ orang cerdik pandai menara gading.
IMG-20131030-WA0009
Namun kebanyakannya yang dipetik adalah, hujah yang memberi kredit kepada BN kerana menara gading sudah jadi macam ‘kandang’, memasung pemikiran intelektual.

Melalui maklumat ‘bawahan’ memang benar ada factor ‘negatif’ yang menjadi faktor ‘penolak’ kepada peningkatan jumlah undi kepada PAS, tapi bukan semuanya ‘faktor Azizan’.

Faktor Azizan juga masih memberikan ‘kredit’ kepada penarik, mengekalkan PAS menang kerusi DUN Sungai Limau.

Perbezaan pendapat antara kepimpinan PAS Kedah memang wujud dan ‘real’, namun ia berjaya dikendurkan apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turun padang.

Tinggal hanya sentimen emosi berbentuk terlalu peribadi yang tidak dapat dirungkai, sedang sepatutnya, tidak perlu lagi ‘berbalah’ dengan Ustaz Azizan yang sudah menjadi ‘arwah’.
20131105_212255
Pun begitu, pendapat yang agak melencong apabila cerdik pandai menara gading menebuk sangkaan karnival yang diadakan di Pondok Pak Ya (Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah) di Bukit Besar.

BN memang salah terpa jikalau menganggap setiap program yang diadakan, karnival dan ramah mesra memberikan impak kepada penurunan majoriti PAS.

Memang sudah menjadi kerangka besar persekongkolan ‘SPR dan BN’ untuk menyusutkan undi PAS apabila SPR mengumumkan bagi pihak BN akan mengadakan hari pembuangan undi pada hari bekerja.

Mereka telah mendapat hasil di PRK DUN Kuala Besut, maka ulang tayangnya dipamerkan pada PRK DUN Sungai Limau.

Ada helah dalam projek mengadakan karnival di Pondok Pak Ya yang cuba mengkambing hitamkan institusi berpengaruh dikalangan masyarakat Sungai Limau dan Kedah umumnya.

Pihak yang mengelola sekolah itu ‘hari-hari’ tidak terlibat dalam perundingan dengan agensi kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam menganjurkan program tersebut.

Yang terlibat secara terus dan langsung adalah individu yang masih berbalah dengan orang yang telah mati.
Itu pun melalui muslihat dan tipu helah, kerana pertemuan saya dengan pihak pengurusan sekolah mendakwa, tidak tahu menahu tentang rancangan menerbangkan Sang Menteri Shafie Afdal, untuk berucap dan menjadikan program carnival itu suatu program politik ‘totok’ Umno dan Barisan Nasional.
20131102_112113
Justeru sehari selepas karnival diadakan, Haji Salehuddin Haji Yahya, Pengerusi Lembaga Tadbir Pondok Pak Ya yang juga anak sulong lelaki al-marhum Tuan Guru Haji Yahya Junid terus mencetak ‘circular’ yang disebarkan.

Selain Haji Salehuddin, isteri kepada al-marhum Pak Ya, Hajah Saodah Haji Saad dan anak sulong perempuan Hajah Asma Haji Yahya menafikan mereka menyokong calon BN.

Bahkan mereka menegaskan, terus istiqamah menuokong perjuangan Islam dan menyeru masyarakat keluar mengundi dan memilih calon PAS Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Bukan namanya Umno dan BN kalau hanya sekali dua, membuat fitnah dan adu domba yang seolah-olah tidak menjadi satu ‘dosa’ kepada mereka.
sungai dedap
Guru agama, Ustaz Rozali Abdul Hakim, 76, menafikan dakwaan yang disiarkan akhbar Berita Harian yang menyatakan beliau bermimpi Dr Ahmad Sohaimi Lazim menjadi calon Barisan Nasional (BN).
Ismail bin Said dari Sungai Dedap mendedahkan tipu daya Umno-BN mengumpan dengan RM100 kemudian diisytiharkan keluar dari PAS.

Puan Sri Faekah, Balu kepada al-marhum Ustaz Azizan Sheikh Hamzah juga kesal dengan penyebaran SMS palsu yang mendakwa beliau menggesa pengundi memilih BN.
jual maruah
SMS palsu juga berterbangan pada hari terakhir sebelum pengundian yang mengadu domba menyatakan calon PAS Ustaz Mohd Azam Abdul Samat telah menag dan pengundi tempatan tidak perlu lagi keluar mengundi serta pengundi luar tidak perlu pulang untuk mengundi.

Itukah sebahagian perbuatan yang membanggakan, yang didakwa Ketua Wanita sebagai ‘menang dalam kalah’?

Bersukacitakah ahli-ahli Umno menerima kekalahan dan mendakwa pengundi Sungai Limau sudah kembali kepada Umno apabila Umno-BN menjual maruah dengan menjaja serbuk pencuci, kopi, gula, susu, tepung, biskut, milo dan beras dengan harga yang murah?

Wednesday, October 9, 2013

Ramainya Ahli-ahi Umno Yang Bankrap………

Rupa-rupanya ramai sangat orang Umno yang bankrap atau muflis. Dahlah bankrap, nak jadi pemimpin Umno pulak. Itu yang dapat disahkan, yang belum disahkan…..yang nak bankrap……ish……bayangkanlah kalau yang jadi pemimpin Umno itu seorang bankrap!

Ada pula yang telah menghadapi pertuduhan jenayah nak jadi pemimpi Umno juga………jadi betullah ada dikalangan ahli Umno penjenayah???

Akhbar The Star melaporkan, sejumlah 334 calon bertanding untuk pelbagai jawatan di bahagian pilihan raya Umno sudah hilang kelayakan kerana muflis.

Ketua Jawatakuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata 495 calon-calon untuk pilihan raya Umno yang sama telah dikeluarkan manakala 39 tidak dibenarkan bertanding kerana masalah disiplin.
Beliau berkata, orang-orang ini telah dihalang daripada bertanding kerana mereka telah disabotaj parti pada pilihan raya umum ke-13.

“Selepas pemeriksaan calon-calon untuk muflis dan tuduhan jenayah, parti itu akan membenarkan 33.012 calon-calon untuk bertanding di peringkat bahagian,” katanya pada hari Isnin.

Setiausaha Eksekutif Umno Datuk Rauf Yusuf berkata 1,703 perwakilan tidak akan dibenarkan untuk mengundi pada pemilihan parti selepas mereka didapati bankrap.

Kehilangan kelayakan mereka adalah mengikut peraturan di bawah Pendaftar Pertubuhan.
Baca berita asal dibawah;

Umno polls: 334 bankrupt candidates barred from division contest

KUALA LUMPUR: A total of 334 candidates vying for various positions at Umno division elections have been disqualified due to bankruptcy.

Umno election commitee chief Tan Sri Tajol Rosli Ghazali said 495 candidates for the same election had withdrawn while 39 were not allowed to contest due to disciplinary issues.

He said these people had been barred from contesting as they had sabotaged the party during the 13th general election.

“After screening the candidates for bankruptcy and for criminal charges, the party will allow 33,012 candidates to contest at the divisional level,” he said on Monday.

Umno executive secretary Datuk Rauf Yusuf said that 1,703 delegates would not be allowed to vote at the party election after they have found to be bankrupt.

Their disqualification is in accordance to rules under the Registrar of Socities.

Friday, October 4, 2013

Telus, akauntabiliti dan integriti apa? Selepas puluhan binaan ‘punoh’, ‘rosok’ dan runtuh ‘beghudung’?

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara Tan Sri Lee Lam Thye, turut ‘tumpang sekaki’ memberi komen tetang insiden terbaru runtuh ‘beghudung’ sebahagian masjid Kampung Tebauk yang dilaporkan berlaku pada Sabtu 29 September.

“Oleh yang demikian, kejadian seumpama itu juga harus disiasat oleh Jabatan Kerja Raya dan juga SPRM sebagai isu integriti,”katanya dalam satu kenyataan.

Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Lesen kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Masjid Kampung Tebauk di sini yang runtuh sebahagian bumbung dan silingnya semalam boleh ditarik balik jika mereka didapati gagal mematuhi prosedur ditetapkan.

Pengarah JKR Tererengganu, Datuk Shafii Mohammad berkata, Forensik Jabatan Kerja Raya atau JKR akan segera menyiasat insiden bumbung Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu yang runtuh pada awal pagi Ahad selepas mendapat arahan kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pula mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebarang unsur rasuah melibatkan proses pembinaan masjid yang runtuh di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal .

Beliau berkata pihak kontraktor dan pembekal bahan binaan harus disiasat untuk mengesan sebarang penyelewengan dan sama ada pembinaan mengikut spesifikasi pihak berwajib.

“Insiden masjid runtuh hari ini harus diambil perhatian oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya). Ada yang tidak betul. Saya minta SPRM menyiasat sepenuhnya kes ini,”kata Ahmad Said

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata beliau mahu pasukan pakar yang ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian bumbung dan siling runtuh di Masjid Kampung Tebauk, Terengganu Ahad lepas dan mengemukakan laporan siasatan mereka akhir bulan ini.

Berikut dilampirkan senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008:

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh: 12 April 2008
Harga: RM2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Tarikh: 2 Jun 2008
Harga: RM292 juta
Punca: “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang Batu Burok bocor
Tarikh: 5 Jun 2008
Harga: RM18 juta

4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal
Tarikh: 29 Jun 2008
Harga: (terminal ) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh: 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – tumbang.
Tarikh: 6 Ogos 2009
Harga: RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh: 3 Oktober 2009
Harga: RM2.1 juta

8. Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh: 29 Mac 2010

10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang
Tarikh: 9 Januari 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina.

11. Astaka dalam pembinaan di Besut
Tarikh: 21 Jun 2012

12. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh: 19 Julai 2012

13.Tangki air Sekolah Menengah Paka
Tarikh: 24 Julai 2012

14. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh: 30 Disember 2012

15. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih
Tarikh: 20 Februari 2013

16. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh: 20 Mei, 2013
Harga: RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah:
1. Binjai Souq
2. Bazaar Warisan
2. Masjid Kristal (22 November 2008)
3. Masjid Kampung Lingai (4 November 2009 – harga RM3 juta)
4. Taman Tamadun Islam – stor dewan runtuh pada Julai 2010
5. Masjid An Naim, Dungun
6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulihnya.
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta
7. Pasar baru Kedai Buluh
8. Pasar baru Manir
9. Dewan serbaguna dan masjid di Ketengah
10. Taman Panorama Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu

Friday, August 2, 2013

Bagaimana kalau PAS dan Che Long yang menang pada PRK Kuala Besut?

Ia hanya reaksi spontan, kata Tengku Zaihan, apabila ditanya pemberita tentang tindakannya mempamerkan kertas undi yang telah dipangkah pada petak berlogokan ‘dacing’, semasa mengundi pada pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut 24 Julai lalu.

“Anda tahu, saya tidak mendapat tidur yang cukup untuk 12 hari yang lalu, saya letih. Mungkin itulah sebab mengapa saya bertindak balas secara spontan(mempamerkan kertas undi),

BN CC PRK K Besut“saya sedang mahu melipatkan kertas undi dan mahu memasukkannya ke dalam peti undi apabila jurugambar dipanggil nama saya dan ketika itu saya tidak sengaja menunjukkan kertas undi dalam tindak balas kepada mereka,” katanya.

Itu alasan calon BN yang telah diisytiharkan sebagai pemenang dalam PRK Kuala Besut, yang penuh kontroversi.

BN hanya mendapat 158 undi lebih dari keputusan pada pilihanraya umum (PRU) lalu, dengan perbelanjaan yang diisytiharkan hampir setengah bilion.
Pada PRU kali ke-13 lalu, tempoh kempen lebih panjang, lebih 2 hari berbanding tempoh kempen PRK Kuala Besut.

Selepas 14 hari berkempen, pastinya ramai calon-calon yang bertanding letih dan tidak cukup tidur.
Berbanding PRK Kuala Besut yang menurunkan jentera Umno dan jentera kerajaan 1 Malaysia, PRU-13 lebih memenatkan kerana kerja-kerja kempen bertumpu kepada calon dan jentera tempatan sahaja.

Pemerhatian yang dibuat, sepanjang kempen PRK Kuala Besut, Tengku Zaihan tidak banyak mana kerjanya, semuanya diatur oleh ‘command centre’ BN yang berpusat di kem Damai di Kampung Raja [Gambar kanan atas].

Perjalanan calon BN itu pun tidak dilihat sukar kerana setiap kempennya diapit oleh hampir keseluruhan menteri-menteri kerajaan persekutuan.
martek prk k besutDengan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membelanjakan RM10.4 juta membina MARTEK [Gambar kiri bawah] dengan 2,789 pegawai dan anggota polis dari seluruh negara, untuk menjaga keselamatan dan keamanan sepanjang tempoh kempen pilihan PRK Kuala Besut.

Apabila bersama pak menteri tentulah Tengku Zaihan bergerak ke mana-mana dengan iringan ‘siren’ yang meraung!

Publisitinya pula, Tengku Zaihan ‘tak lelah’ mahu memikirkan apa siaran media atau kenyataan media yang perlu dibuat.

Dengan kerahan lebih 200 orang wartawan dari pelbagai media perdana, stesyen televisyen dan puluhan pemblog upahan Umno, apa yang sebenarnya meletihkan calon BN itu?

Bagaimana keadaannya, sekiranya BN kalah dan PAS menang, sebaliknya calon PAS Che Long yang menayangkan kertas undi tersebut kepada pihak media?

Bolehkah Che Long mempertahankan dirinya dengan berkata, beliau mempamerkan kertas undi ‘tanpa hasrat’ untuk menunjuk-nunjuk dan tanpa niat untuk melanggar Seksyen 5(2) and (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954?

Seksyen tersebut menyatakan;
(3) Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau telah di undi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat mengundi tentangcalon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi ditempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor kertasundi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu

Wednesday, July 10, 2013

Apa Helah dan ‘Buah Sepelet’ Idris Kali Ini?

Bukan sedikit tangkapan dan laporan yang dibuat, serta perbicaraan yang dibawa ke mahkamah behubung soal penipuan dalam pilihanraya, tetapi tidak banyak kes-kes yang ‘lekat’ apabila dibicarakan.

Umpamanya pada pilihanraya kecil Permatang Pasir, Pasir Mas, Kelantan yang diadakan pada tahun 2005, pertandingan satu lawan satu di antara PAS dan Umno yang akhirnya dimenangi oleh Umno dengan cara yang menipu.

Menurut peguam PAS, dalam kes perbicaraan pilihnaraya kecil Permatang Pasir, PAS membawa kes tersebut ke mahkamah dengan bukti yang kukuh, antaranya terdapat ‘pengundi hantu’ yang keluar dari pagar sekolah.

Namun, Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi, keputusan dari kes-kes yang dibawa menunjukkan mahkamah tidak bersedia untuk mengubah peraturan yang ada.

Pindaan terhadap Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002), ujarnya, menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-­mana pihak.

Ujarnya, pada 2002 hakim pernah membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dun Likas (Sabah) dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan dan daftar pemilih tersebut tidak bersih dengan dicampur aduk orang yang tidak sepatutnya mengundi.

“Apa yang berlaku selepas itu, SPR mengambil iktibar daripada keputusan mahkamah, undang­undang dipinda dengan Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah,” jelasnya dipetik Harakah.

Justeru, pada pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang akan diadakan pada 24 Julai ini, apa pula helah Timbalan Pengarah Jentera Umno dan Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Idris Jusoh?
Apakah yang dicongak Idris atas papan putih dengan tulisan-tulisan yang meragukan, bahawa beliau yang terkenal sebagai pemimpin Umno yang paling pandai buat ‘buah sepelet’ sedang merangka helah!

Gambar tersebut yang telah beredar di pasaran kumpulan dalaman menunjukkan Idris sedang merangka ‘magik’ untuk meningkatkan undi BN di Kuala Besut dari majoriti  yang dicapai sebanyak 2434 pada PRU-13 lepas kepada majoriti 4,000 undi.

Dan gambar ini keluar, sebelum beliau membuat kenyataan meminta PAS membeikan kemenangan percuma kepada BN atau menghadapi dengan kekalahan sekali ganda sebnyak 4,000 undi, sebagaimana yang disiarkan di dada-dada akhbar.

Yang menjadi persoalan apakah maksud beliau sebagai tulisan atas papan putih itu;
1. menerusi Kelab-kelab Umno luar negeri
2. MKN yang biasa dirujukkan sebagai akronim ‘Majlis Keselamatan Negara’
3. SERANTA

Oleh itu, PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh membiarkan pakar ‘buah sepelet’ terbabit untuk terus menipu rakyat sebagaimana yang dilakukan dalam pilihanraya umum kali ke-11 pada tahun 2004 di negeri Terengganu.

Sesuatu tindakan perlu diambil untuk menyekat Umno dan Barisan Nasional terus memperkudakan dan memanipulasi jentera kerajaan untuk menghasilkan kemenangan secara ‘berhelah’.
Perangai ‘hodoh’ Idris yang juga calon BN bagi parlimen Besut pada PRU-13 yang lalu telah dilaporkan kepada pihak polis pada 14 Mei lalu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada kenyataanya mendedahkan bukti penemuan penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.

“Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24  petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi,” jelas Saifuddin pada sidang media 15 Mei lalu.

Tuesday, June 18, 2013

Perlantikan Zubir; ‘Ghanimah’ Orang Kalah Perang

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang baru dilantik, Mohd Zubir Embong.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan cadangan dari Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengemukakan nama Zubir sebagai Speaker  Dun yang baru dan disokong Adun Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di depan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Azhar Jusoh pada pukul 9.42 pagi.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi mengangkat sumpah 32 Adun tersebut yang diketuai Ahmad yang juga Adun Kijal pada pukul 9.50 pagi di  depan Speaker Dun yang baru.

Zubir ketika ditemui pemberita mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Menteri Besar yang melantiknya menjawat jawatan itu dan berjanji akan mengendalikan persidangan Dun dengan baik, bukan dengan adil dan saksama.

Selaku Speaker, sepatutnya tidak berpihak, Zubir seharusnya memberikan hak yang sama kepada kedua-dua belah pihak samada dari kerajaan atau pun pembangkang dalam DUN.

Namun, semua pihak tahu, pelantikan beliau selaku Speaker Dun merupakan ‘hadiah’ kepada pengorbanan Zubir dan kemenangan tipis Umno-BN Terengganu keatas PAS dan Pakatan Rakyat, dalam pilihanraya umum kali ke-13 lalu.

Mohd Zubir, bekas Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu namun kalah kepada calon PAS, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Zubir mendapat 35,043, kurang lebih 10,000 undi di belakang Raja Bahrin yang mendapat kepercayaan dari 45,828 orang pengundi.

Beliau bukanlah calon popular yang disebut-sebut untuk dilantik ke jawatan tersebut memandangkan pengalaman ‘setahun jagung’ beliau dalam arena politik khususnya di negeri Terengganu.

Ramai yang membuat telahan bekas calon Parlimen Dungun yang juga Ketua Bahagian Umno Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan akan dilantik sebagai Speaker Dun.

Pak Rosli bukan sahaja berpengalaman, tenggelam timbul dalam politik Umno Terengganu, bahkan beliau adalah ketua ‘bilik perang’ Ahmad Said selaku Pegarah Strategi Umno Terengganu.

Namun, kerana Pak Rosli yang ‘antik’ itu, mungkin di lihat ‘tidak suci’, berbanding ‘Zubir’ yang masih ‘dara’ yang belum terpalit dengan ‘dosa dan noda’.

Rekod dan kad laporan Pak Rosli yang digelar ‘Dr.Jepun’ mungkin tidak sebersih dari segi akademiknya berbanding Cikgu Zubir, kerana ada ‘tanda hitam’ dalam kurungan ‘rasuah’, tercatat dalam salah satu kolum prestasi Pak Rosli.

Selain itu, walaupun masih menganggur, selepas kalah di Parlimen Dungun dengan calon PAS, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, Pak Rosli dilaporkan masih banyak wang dalam simpanan.

Berbanding Zubir,  yang tidak lagi bekerja dan benar-benar menganggur setelah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Zubir dipilih bukan kerana prestasi akademik dan bukan kerana rekod perkhidmatan di Jabatan yang baik, jauh sekali kerana populariti beliau samada di bidang pendidikan  atau bidang politik.

Sehingga kini, tak ada guru-guru yang mengangkat ‘ibu jari’ apabila ditanya tentang rekod Zubir, sepanjang perkhidmatannya di Jabatan.

Orang-orang Umno Kuala Terenggau diperingkat ‘akar umbi’ pun tidak kenal Zubir dari segi khidmat politik berbanding nama-nama ahli politik lain, umpamanya Wan Bersaudara, anak-anak Wan Salleh, Wan Farid dan Wan Hisham.

Zubir dilantik menjadi Speaker Dun kerana jawatan itu merupakan ‘ghanimah’ kepada mereka yang kalah perang, seperti Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Datuk Che Mat Jusoh sebelum ini.

Thursday, June 6, 2013

Umno Semakin Hampir Kepada ‘Komunisme’

Alasan yang mendakwa gandingan mantap Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah yang terbaik untuk menjayakan segala program transformasi parti, bukanlah satu sebab untuk menolak demokrasi dan pemilihan dalam Umno.

Kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, kedua-dua pemimpin itu perlu dikekalkan kerana kepimpinan mereka masih diperlukan untuk memacu Umno dan memenuhi aspirasi BN sebenarnya amat berbahaya kepada Umno dan BN, dan demokrasi negara ini.

Samada Zahid selaku Naib Presiden sedar atau tidak, atau ada tujuan tertentu yang ‘terselit’ dicelah nafsunya, cadangan beliau akan menjadi ancaman kesinambungan kepimpinan Umno dan BN yang masih memegang tampuk pemerintahan negara ini.

Zahid sudah pun menunjukkan sikapnya, yang lebih otokratik, sebaik menjawat orang yang paling berkuasa dengan jawatan Menteri Dalam Negeri menutup ruang bersuara yang menjadi asas demokrasi, merampas akhbar parti-parti lawan Harakah dan Roket.

Zahid sudah menunjukkan belang menjadi Umno semakin hampir kepada ‘komunis’ apabila beliau menangkap dan menahan pemimpin termasuk pemimpin mahasiswa yang menggunakan ruang demokrasi untuk bersuara.

Dan apabila Zahid menyokong cadangan Umno Negeri Sembilan yang menyuarakan pendirian bahawa kedua-dua jawatan itu tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, Zahid sedang menjalarkan, ‘kuku besi’nya ke atas ahli-ahli Umno dari partinya sendiri.

Tindakan Zahid itu, hanya mengesahkan ‘bebelan’ si Tua Mahathir yang menyatakan orang-orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

Tiadanya pemilihan dalam Umno, walau pun pada jawatan yang tertinggi parti, mengiyakan tulisan Mahathir dalam blognya yang berkata, pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.

“Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar Mahathir.

Thursday, May 23, 2013

Nak Suka Juga Dengan Cadangan Datuk Johan, Panel SPRM

Apa tidaknya, cadangan Datuk Johan itu seolah-olah macam orang sedar dari pengsan, orang kena langgar lori lalu pengsan dan bila sedar, hilang ingatan pula, merepek tak tentu pasal.

Soalannya apakah sebelum ini kalau seseorang jadi Menteri atau Menteri Besar, lalu dia beri kontrak kerajaan kepada kaum keluarga dan suku sakatnya, itu tidak salah?

Kalau tak salah mengapa pula nak dicadangkan agar anggota keluarga jemaah Menteri dan Menteri Besar termasuk juga kumpulan anggota jawatankuasa negeri dicadangkan supaya dilarang daripada terbabit dengan kontrak kerajaan?

Dah, kalau sebelum ini ia sudah menjadi suatu perlanggaran, kuatkuasakan sahaja, tangkap Menteri dan Menteri Besar yang beri kontrak kepada kaum keluarga dan suku sakat tu, siasat betul-betul, siasat sungguh-sungguh, lepas tu dakwa dimahkamah, masukkan yang salah ke dalam jel.

Kata datuk Johan cadangan itu bagi mengelakkan pandangan serong rakyat terhadap mereka yang berada dalam kedudukan yang mempunyai kuasa dalam mempengaruhi keputusan kerajaan.

Haha………bukan serong lagi, pandangan dah naik juling, dah terbalik biji mata, nak terkeluar……….. kalau tak percaya kita semak semula Kontrak kerajaan Pakej ke 12 LPT Fasa 2 (LPT2) bermula dari Bukit Petiti, di Manir sehingga ke Kampung Gemuroh, Tepoh Kuala Terengganu.

Yang dapat projek itu adalah TSR Bina Sdn Bhd (TSR) yang bukanlah syarikat pembida yang paling tinggi kerana bidaan TSR adalah nombor yang ke 50 dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM 98 juta sedangkan harga kos sebenar pakej ini melebihi RM 100 juta.

kalau Datuk Johan nak tahu TSR dimiliki 100% oleh syarikat TSR Capital Bhd (TSRCap), sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham dan Pengarah-pengarah TSRCap dan berdasarkan Director’s Report, TSR Capital, 2004, Pengarah-pengarah TSRCap adalah seperti dibawah;
1. Dato’ Yaakob bin Hj Ibrahim
2. Dato’ Lim Kang Yew
3. Tengku Datuk Mustapha bin Tengku Mohamed
4. Rahaimi bin Abdul Rahman
5. Tan En Chong
6. Hj. Mohamad Shfri bin Ab. Aziz

‘Acu’ tengok dua nama dalam senarai itu, iaitu yang nombor satu,  Dato’ Yaakob bin Hj Ibrahim dan yang ‘last’ sekali, Hj. Mohamad Shfri bin Ab. Aziz, siapakah mereka berdua ini?

Semasa memenangi kontrak kerajaan itu, Dato’ Yaakob bin Hj Ibrahim adalah Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional dan juga Senator yang masih berkhidmat, Ahli Dewan Rakyat yang dilantik melalui DUN Kedah.

Semasa syarikat TSR mendapat tender itu juga, Mohamad Shfri bin Abd. Aziz adalah Yang Berhormat, ADUN N40 Bukit Ibam, Pahang yang memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004.

Yang paling juling sampai nak tertonjol keluar mata kita adalah bila kita mengetahui bahawa Mohamad Shfri bin Abd. Aziz adalah anak sepupu Pak Lah, iaitu dua pupu kepada Nori dan Khairi Jamaludin.

Jadi………. cadangan Datuk Johan tu simpan ajalah dalam perpustakaan, jadi bahan akademik, untuk kajian masa depan!

Kita bukan kata cadangan itu tak molek…..memang molek cadangan Datuk Johan tu, bahkan bukan setakat molek, cuma cadangan tu setakat buat ‘comel’ sajalah kerana kakitangan SPRM sendiri pun masih diikat kaki dan tangannya!

Siapa kakitangan SPR yang berani nak persoalkan pemberian tender kepada TSR? Siapa yang berani ketika itu dan sekarang pergi siasat Dato’ Yaakob dan Hj. Mohamad Shfri? Siapa berani nak ‘keber’ anak sepupu Pak Lah, dua pupu Khairy………nak mampusss?

Itu belum lagi kisah Menteri Pelajaran masakini, Dato’ Seri Idris Jusoh, bekas timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Bekas Meenteri Besar Terengganu.

Pada tahun 2007, ketika Idris masih memegang jawatan Menteri Besar Terengganu, menurut Butiran Laporan CIDB tentang Projek Diawad Menurut Lokasi Dan kategori Projek, Syarikat milik keluarga Idris, Jusoh Enterprise Sdn Bhd telah mendapat kontrak kerajaan projek infrastruktur di negeri Terengganu berjumlah RM17, 918, 098.00 [klik sini]

Sunday, May 12, 2013

Ahmad Said Tambah Kesukaran Najib Bernafas

Selama 56 tahun hidup Malaysia diharungi, seingatan pemikiran ini, tidak pernah gabungan perikatan, dari simbol ‘kapal layar’ hinggalah gunakan simbol ‘dacing’ menjadi kelam kabut seperti waktu sekarang ini.

Tidak sampai 3 hari dari tarikh pilihanraya umum kali ke-13 pada 5 Mei, Utusan Malaysia meludah ke muka ‘transformasi’ Najib 1Malaysia, dan menuding kekalahan BN berpunca dari Tsunami Cina.
[Gambar - Najib dan Ahmad Said, sama-sama menipu orang Melayu, Cina dan India, rakyat Terengganu pada 13 Disember 2008]

Najib menjadi ‘sesak nafas’ dan terpaksa menukar samarannya, mempertahankan Utusan dan bertukar bukan jadi Perdana Menteri kepada semua, tetapi menjadi Perdana Umno-Putra.
Anak-anak muda di menara gading dituduh sudah tunjuk taring kerana dihasut oleh Pakatan pembangkang, begitulah lebih kurang kata pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), sebuah badan yang tidak lagi ‘nuetral’.

Kalau ada dalam hati terpalit sedikit rasa jati kendiri, pasti pengerusi SPR itu tidak menjawab menggunakan label parti kerana badan pengendali pilihan raya sepatutnya lebih dari berpendirian ‘atas pagar’.

Pengerusi SPR tidak perlu ‘sesak nafas’ dan mesti bercakap dengan nada ‘penenang’, bersabar dan mengambil tindakan meneliti semua aduan, membuat siasatan tanpa sebarang prejudis.

Menempelak anak muda dan mahasiswa yang dua, tiga kerat menyerahkan memorandum boleh menyebabkan 20 atau 30 ribu anak muda yang lain merasa ‘dijerkah’ juga.

Najib sudah tidak dapat menyembunyikan samaran ‘transformer’ nya, yang sepatutnya selaku perdana menteri 1malaysia tidak sayugia dia hanya menjadi perdana menteri umno, bukan PM melayu, bukan PM cina dan bukan PM india.

Sama dengan mentornya Mahathir yang juga ‘sesak nafas’ dengan kekurangan kerusi BN, terus mengutuk kaum cina sebaik mencecahkan kaki ke tanah malaysia sekembalinya dari Eropah, sedangkan dia pun bukanlah melayu tulin.

Sketsa drama pemimpin umno sama skripnya sejak berpuluh tahun dulu sedang semua parti lain mengalami transformasi, sebaliknya parti tulang belakang BN, umno yang menjaja transformasi tetap hidup umpama kaum pangan.

Ramai orang melayu yang di doktrinkan supaya menjadi ultra, sesiapa yang masuk belajar di ITM (kini UiTM) pasti masih hafal senikata ‘anak kecil main api’ walaupun mungkin tidak ingat sepenuhnya.

Dalam usaha melahirkan profesional yang boleh bersaing dengan pasaran global berbilang bangsa dan agama, tiba-tiba bakal ‘pro’ itu diajar menjadi seorang ekstrimis perkauman, hidup melayu, hidup melayu!

Ungkapan senikata dalam lagu ‘anak kecil main api’ itu jelas menerangkan maksud harta benda negara ini adalah milik rakyat yang mesti dipertahankan, yang sepatutnya diagihkan secara adil kepada semua rakyat kerana penjajah telah beredar.

Namun selama 56 tahun hidup ini, masih wujud sehingga sekarang kilang papan milik wakil rakyat umno, melambangkan pemimpin umno yang kaya raya mengaut harta ‘nenek moyang kaya raya’.
‘Tergadai seluruh harta’ kepada siapa setelah 56 tahun negara merdeka?

Tiba-tiba sorang bekas hakim ‘sesak nafas’ dan menjadi ‘sasau’ serta berkata orang melayu akan balas dendam kepada orang cina? dan terlupa undang-undang yang dipelajari dan diamalkannya, kata-katanya itu adalah api perkauman yang menghasut.

Apa semuanya ini?

Sedang di negeri Darul Iman, yang jadi Menteri Besarnya masih berlagak ‘ala’ samseng ‘taik kucing’ (meminjam kata-kata P. Ramlee) mengugut semua pihak demi untuk meneruskan pemerintahannya.
Bukan hanya rakyat yang tidak mengundi BN menjadi mangsa dengan ugutan tidak akan ada pembangunan, bahkan ‘khabarnya’ PM yang sama parti dengannya, pun turut diugutnya, agar beliau kembali di tampuk kuasa.

Ahmad Said sendiri sebenarnya sudah ‘sesak nafas’ kerana berkali-kali dia ‘mendabik dada’ berkata sebelum pilihanraya, BN akan menang besar di Terengganu, namun bila keputusan diumumkan BN hanya lebih dua kerusi sahaja.

Sebaik usai angkat sumpah, Ahmad Said juga menjadi tidak sedar diri bahawa dia Menteri Besar untuk semua, bukan hanya Menteri Besar Umno, namun penyakit Najib yang ‘sesak nafas’ menjadi PM kepada Umno, dituruti oleh Ahmad Said.

Bukan Melayu, bukan Cina, bukan India yang sukar bernafas pada waktu ini, tapi pemimpin Umno dan Barisan Nasional!

Tuesday, May 7, 2013

Yang Menang Dan Yang kalah, Tetap Memikul Amanah

Bukan kita yang memulakan kehidupan dan perjuangan ini dan bukan kita yang akan menamatkannya! Oleh itu, tidak perlu dipuji melambung sesuatu kejayaan dan tidak perlu diratapi sesuatu kegagalan.

Bukanlah kita terjun ke ‘kancah ini’ dan berpencak di ‘medan ini’ untuk semata-mata mencipta sebuah kejayaan, namun seharusnya bersiap untuk menerima suatu kegagalan kerana kita tahu, kejayaan itu adalah bagaimana kita mengecapi saat-saat ketika kita menerima kegagalan.

Ketika RasuluLlah SAW, ‘disifatkan’ gagal dalam usahanya mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah di Ta’if, yang hanya kira-kira 60km dari Mekah, namun jarak pengalaman pahit yang dialami oleh Nabi SAW itu sudah berjalan lebih 1,400 tahun, untuk memberitahu kita, tentang tauladan dari kesahnya.

Ketika tentera Islam dipukul hebat, dalam perang Uhud selepas berjaya sebelumnya dalam Badar, ia tidak ‘merencatkan’ pelan jangka panjang yang telah ditetapkan bagi kemenangan Islam membuka Kota Makkah (bahasa Arab: فتح مكة, Fathu Makkah) pada tahun 630, malah membuka kota Kontstantinopel 823 tahun selepas pembukaan Mekah pada tahun 1453.

Bukankah Solahuddin al-Ayyubi telah membebaskan Baitulmaqdis pada tahun 1187 dan kemudiannya Palestin telah ditawan dan dijajah semula oleh British pada 1917 yang membawa kepada penubuhan negara Israel pada 1948.

Sejak dari itu, bukan sedikit usaha untuk mendapatkan semula Palestin, namun sehingga kini sudah memakan masa selama 65 tahun, umat Islam masih kalah!

Yang kalah dan menang, kedua-duanya, tidak boleh bersenang lenang, kerana kedua-duanya akan terus, terpaksa meneruskan tugas sebagai kahlifah dimuka bumi Allah ini, menunaikan amanah yang di amanahkan.

Yang menang memikul amanah untuk mengisi kemenangan, yang kalah memikul amanah untuk mencipta sebuah kemenangan! Berterusan sehinggalah keamanan dan keadilan ditegakkan, dan ketika itu pun kerja-kerja tidak terhenti, kerana senantiasa ada musuh-musuh yang tidak mahu kepada kebaikan!

Saturday, April 13, 2013

Apa Lagi Yang Umno-BN Tak Buat?

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Hisham%20keris.jpgDalam sejarah 55 tahun kemerdekaan dan selama itulah parti Umno mencengkam kuasa di negara ini, apa lagi tindakan yang Umno tak lakukan terhadap musuh politiknya, demi untuk mengekalkan kuasa, dan menggunakan kuasa untuk mengaut kekayaan negara!

Adakah segala-galanya 'halal' sebagaimana motonya demi untuk agama, bangsa dan negara? dan adakah rakyat akan terus meredhakan tindakan Umno itu sebagaimana slogannya dulu, kini dan selamanya?

Penuh 'hipokrit' dan kemunafikan, ramai para pengikut Umno yang jahil termasuk cerdik pandai di menara-menara gading yang bergelar professor akan berkata 'demi maruah bangsa'......Takkan Melayu Hilang Di Dunia!

Maka, tidak mengapa kalau di depan khalayak, pemimpin sehebat Hishamuddin Hussein berani membawa senjata merbahaya yang dihalalkan dalam perhimpunan agung Umno, menghunus keris dan mengangkat senjata tajam, yang sepatutnya sabit kesalahan!

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/hisham-kj-keris.jpgNamun.......demi maruah bangsa....Takkan Melayu Hilang Di Dunia, melambangkan tidak apa, kalau pemimpin Umno yang lakukan, semuanya adalah untuk negara, hatta merompak dan menyamun juga, adalah 'demi negara yang tercinta'.

Sang Professor yang mungkin ada dalam himpunan umat Melayu itu kononnya, pun 'terloroh'lah segala intelektualisme, hilang nilai akal budi, hilang nilai baik dan buruk, membenarkan tujahan keris ke langit ditangan Hishamuddin itu, dengan semangat Melayu......terpacul dari mulut Sang Professor, hidup melayu....hidup melayu.....hidup melayu!

Berbuih-buih mempertahankan aksi bersifat ganas, dan tidak seorang pun menyuarakan dan melabelkan aksi Hishamuddin adalah berbaur 'teroris'.

Hilang dan matilah semua bangsa-bangsa lain!

Hilang dan matilah agama yang dijunjung, tidak ada Allah yang Maha Besar, hanya hiduplah Melayu!

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/memali328129.jpgMembunuh jiwa pun telah dihalalkan, demi untuk negara, dan dicipta rekayasa untuk menyumbat segala adu domba ke dalam pemikiran rakyat jelata, mereka itu adalah pelampau agama, fundamentalis, fanatik.

Lalu diserang dengan 'batalion' polis dari darat dan udara, digunakan segala kelengkapan senjata yang dibeli dengan wang cukai rakyat, meghamburkan ribuan peluru, untuk membunuh seorang manusia yang bernama Ustaz Ibrahim Libya.

Tanpa bicara, tanpa sehelai kertas ke muka pengadilan, dan sehingga kini, anak, isteri dan cucu-cucu akan digelar sebagai, anak, isteri dan cucu-cucu kepada pemberontak negara.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/usung%20tilam.jpgAdilkah kerajaan Umno dan Barisan Nasional?

Membunuh karektor pun sudah dilakukan, halal demi untuk negara, dan dicipta rekayasa menggunakan segala jentera, penipuan media dan adu domba, menuduh, dia itulah seorang yang 'kotor'.....dia itu seorang 'peliwat'.

Sanggup, profesionalisme kepolisian, anggota yang gagah berotot, tanpa segan dan silu, mengusung 'tilam' ke sana ke mari, semuanya atas arahan pemimpin atasan........atasan........atasan.....siapa?

Lalu masih ada saki baki, manusia-manusia yang 'berani kerana benar' melawan fitnah itu, dan terbukti dengan sistem keadilan dan mahkamah, Anwar Ibrahim tidak bersalah.

Namun, demi untuk agama, bangsa dan negara, diulang-ulang, dicetak-cetak, diedar-edar, cerita disebalik tabir kehidupan, bagi membunuh musuh-musuh politik Umno dan Barisan Nasional.

Diulang-ulang, sodomi itu hingga bahagian kedua, umpama filem Hollywood, dan memang nyata, terbukti sekarang, ramai yang pakar dalam pembikinan filem lucah bukan satu, bukan dua, bukan tiga.

Apa lagi yang Umno dan Barisan Nasional tidak lakukan......membunuh jiwa sudah, membunuh karektor pun sudah!
Bermain kotor sudah, bermain 'lendir' pun sudah!

Wednesday, April 10, 2013

Transformasi; Rakyat Bayar Untuk Umno Menang Lagi??

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Gong%20Badak%20Stadium.jpgMelihat pada iklan-iklan propaganda Umno-BN di kaca telivisyen, menjadikan kita tercari-cari dimanakah yang dimaksudkan dengan 'transformasi' sebagaimana yang diwar-warkan, satu usaha di pimpin oleh Perdana Menteri.

Kalau yang dipamerkan sebagai sebuah premis yang memberikan pelbagai khidmat itu sebuah transformasi, ia masih jauh dari makna sebenarnya suatu pembaharuan yang kononya telah dilakukan.

Empat puluh tahun yang lalu telah ada pusat pelbagai perkhidmatan dikampung-kampung yang memberikan rakyat pelbagai kemudahan seperti membayar bil air, bil elektrik, menjual stem dan menyediakan kemudahan pos dan lain-lain lagi, semuanya dibuat di satu lokasi, dipusat kecil pihak berkuasa tempatan yang diuruskan oleh seorang kerani.

Skala besarnya, apa yang ada sekarang, seperti mana dipamerkan dalam iklan propaganda Umno-BN, urusan kerajaan yang dibuat pada satu pusat.

Jadi, dimana transformasinya?

Lagu dengan nada 'terima kasih' yang dikumandangkan bertujuan supaya rakyat menyanjung tinggi kerajaan telah mula diputarkan sejak hampir setahun lalu. Dengan memaparkan sketsa masyarakat luar bandar, dan temubual dengan orang-orang kampung, yang cuba menonjolkan puji-pujian kepada kerajaan.

Iklan propaganda ini, sebenarnya telah diulang-ulang oleh arwah Tun Ghaffar Baba sewaktu berkempen lebih tiga puluh tahun dahulu. Kita masih tidak lupa dengan kata-kata yang sering kedengaran, "kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan, bekalan air, belakan elektrik, jalan raya dan pengangkutan".

Manipulasi suatu tanggugjawab kerajaan yang wajib dilaksanakan oleh mana-mana jua kerajaan pun didunia ini, telah dijadikan bahan kempen Umno-BN.

Ia wajib ditolak, kerana ia bukan sebuah transformasi, ia cuma proses biasa pembangunan yang dilaksanakan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/stadium-runtuh.jpgSebelum Najib mememegang tampuk kuasa, mantan Mentei Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh, telah pun 'beridea' mendahului Najib, cuba untuk menukar (transform) negeri Terengganu menjadi sebuah 'Impian Yang Menjadi Realiti'.

'Masih kah kau ingat' tentang bahan propaganda kartun 'Awang' yang pernah diterbitkan pada zaman Idris Jusoh, memaparkan betapa terkejutnya, seorang anak Terengganu yang bernama 'Awang' apabila pulang dari luar negara melihat pembangunan 'hebat' negeri Terengganu.

Kalau 'karektor' Awang itu benar-benar wujud, dan Awang anak Terengganu itu masakini, akan benar-benar terkejut, sekiranya beliau kembali ke negeri Terengganu setelah lapan tahun berlalu.

Apa tidaknya?

Awang yang turun di lapangan terbang 'impian' Idris sebagai lapangan terbang antarabangsa Sultan Mahmud pasti hairan, lampu-lampu lapangan terbang hanya dinyalakan dua kali pada waku malam, sekali untuk pesawat MAS mendarat dan berlepas. Sekali lagi untuk pesawat Air Asia mendarat dan berlepas, kedua-duanya adalah peswat domestik, bukan antarabangsa.

Awang juga akan terkejut apabila melihat dari udara, sewaktu pesawat mahu mendarat, betapa hebatnya pembangunan 'yang tidak pernah dilihat', Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM292 juta yang pertama didunia dibangunkan tanpa tiang, benar-benar kini menjadi realiti, sudah tidak bertiang lagi!

Awang juga pasti terkejut dengan kehebatan pembangunan negeri Terengganu, apabila memandu pulang ke kampung halaman dari lapangan terbang menuju ke Kertih, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang diimpikan hanya setakat Bukit Besi dan terpaksa meniti jalan lama untuk sampai destinasinya.

Lalu, Awang pun pasti keliru, mana satu impian dan mana satu realiti?

Transformasi itu bukan sebagaimana iklan-iklan propaganda yang dipaparkan di kaca telivisyen kerana lagu 'terima kasih' yang didendangkan cuma adalah untuk memuji-muji, tetapi bukan realiti.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/LPT.jpgPembangunan Lapangan terbang termasuk pemanjangan landasan terbang telah meningkat harganya sehingga hampur RM1 bilion dan ditambah dengan harga R50 juta menampung belanja baik pulihhakisan pantai akibat penambakan untuk pemanjangan landasan terbang.

Stadium yang berharga RM292 juta kini perlu diperbaiki dengan harga RM120 juta dan pembinaan LPT dari harga RM2 bilion kini sudah mencecah kepada RM5 bilion.

Belum dikira kehilangan wang royalti dibazirkan begitu sahaja dengan pembangunan yang tidak memberikan sebarang sumber ekonomi kepada negeri Terengganu dengan perbelanjaan RM300 juta menganjurkan Lumba Perahu Layar Piala Monsun dan membuat binaan-binaan RM1 juta sebuah, untuk Taman Tamadun Islam, yang semakin malap!.

Ditambah pula dengan angan-angan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said yang mempunyai 'pemikiran terbalik', membangunkan kawasan bebas cukai di dalam hutan di Tasik Kenyir dengan belanja hampir RM300 juta dan membina Zoo di kawasan bandar dengan harga hampir RM100 juta.

Transformasi apa yang Najib bawa? Transformasi menjadikan pemimpin Umno-BN kaya raya!

Rakyat membayar cukai untuk pembangunan negara dan kontrak pembinaan diberikan kepada pemimpin Umno, lalu mereka mendabik dada sebagai usahawan berjaya.

Wang Royati hak rakyat Terengganu digunakan untuk membina Lapangan Terbang, menganjurkan Piala Monsun dan membina Lebuh Raya, lalu tendernya diagihkan kepada pemimpin Umno sehingga mereka menjadi tidak sedar diri.

Iklan-iklan propaganda yang dipamerkan di kaca-kaca TV juga dibayar oleh rakyat, menjadi kempen Umno........ supaya Umno menang lagi??

Friday, March 29, 2013

Ahmad Said Tak Nampak Pondok Tol 'Duk Cokoh' Atas Jambatan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/tol1.jpgTakkan MB Ahmad Said tak nampak.........mustahil dia tak nampak, sebab tak dengar lagi dia ada masalah mata. Kalau Pesuruhjaya PAS Haji Wahid memang ada buat pembedahan mata baru ni, tapi tu pun dah pulih, dah nampak 'molek'.

Ke......masa dia lalu nak hadiri program di Kampung Jeram Tepoh baru ni, sampai atas gertak Sultan Mahmud mata Ahmad Said sakit?

Munasabah juga, sebab memang orang tahu mata dia ada masalah selalu berkelip-kelip. Gamoknya bila tiba kat Pulau Duyong dan lalu kat jambatan tu, mata dia berkelip dan tertutup, sebab itu dia tak nampak pondok tol 'duk cokoh' atas jambatan tu!

Bukan apa....... bukan nak mengata...... tapi gak, sampai dia kata janji manifesto PAS adalah janji-janji kosong [klik], jadi berasa gok nak tulis kat sini, nak kata kat sini.......bak pe yang sampai macam tu sekali.

Dalam manifesto PAS pada pilihanraya umum ke-10 tahun 1999, PAS janji kepada rakyat, sekiranya diberi mandat oleh rakyat, PAS akan hapuskan kutipan tol atas jambatan sultan mahmud.

AlhamduliLlah, bila PAS menang dan memerintah dari tahun 1999 - 2004, perkara yang pertama sekali terlaksana adalah penghapusan kutipan tol atas jambatan tersebut.

Dan nampaknya, bukan sahaja orang ramai setuju, malah pemimpin Umno dan hali Umno pun setuju......sebab apa kata begitu?

Sebab apabila Umno-BN rampas balik kerajaan negeri pada tahun 2004, walaupun hok lain-lain dia batal belaka, semua jasa-jasa PAS Terengganu cuba dipadamkan oleh mantan MB Idris Jusoh, tapi kutipan tol atas jambatan kekal dengan keputusan kerajaan PAS.

Wednesday, January 23, 2013

Lawatan ke Gaza; Cubaan Najib Meraih Undi Simpati?

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/PA-Religious-Endowments-Minister-Mahmoud-al-Habasha.jpgDua bulan lalu, pada 20 November, 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Malaysia mempunyai hubungan tidak langsung dengan Hamas sebagai parti pilihan rakyat Palestin.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya Malaysia akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf gerakan itu, sebaliknya mengiktiraf adanya sebuah negara, iaitu Israel.

"Oleh kerana Hamas di dalam artikel penubuhan parti itu mempunyai hasratpertamanya sudah tentu tidak mengiktiraf Israel, keduanya berusaha untuk menghapuskan negara Israel, ini satu perkara yang tidak diterima oleh PBB.

"Malaysia merupakan ahli kepada PBB, kita sebenarnya tidak ada pilihan melainkan untuk tidak mengiktiraf Hamas ini, tetapi kita mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan Hamas sebagai sebuah parti yang menguasai atas pilihan rakyat Palestin untuk menubuhkan kerajaan," katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul tergempar Parlimen Malaysia yang mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel keatas wilayah Palestin di Gaza yang Mengorbankan nyawa rakyat Palestin.

Mohamed Nazri menjawab saranan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) supaya Parlimen mengiktiraf Hamas.

Tiba-tiba, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak engadakan lawatan rasmi ke Gaza sedangkan Malaysia tidak ada hubungan langsung dengan Hamas.

Ironinya lawatan tersebut dilakukan 'serta merta' pada saat masa menghampiri pilihanraya umum ke-13.

Respons kepada lawatan Najib itu mendapat ulasan  Joseph Chinyong Liow, Dekan Bersekutu Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam Singapura.

Menurutnya, walaupun isu Palestin dan Gaza merupakan 'isu emosi' rakyat Malaysia, namun katanya, lawatan itu tidak akan menjadi membawa sebarang perubahan besar kepada politik Malaysia.

"Ia merupakan satu isu 'emosi' bagi rakyat Malaysia, ia akan menarik perhatian kerana ia berkait dengan undi orang Islam dan cubaan untuk meraih undi kerana isu Palestin merupakan isu yang paling menarik simpati,"ujarnya kepada agensi Bloomberg.

Propaganda besar-besaran dilakukan oleh akhbar pro Umno-BN dengan meletakkan gambar Najib bersama Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh di muka hadapan.

Namun sebagai ketua negara Malaysia, lawatan najib dikkritik kerana menggunakan 'pintu belakang' mengenepikan protokol Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority - PA).

Menteri Awkaf dan Hal Ehwal Agama Pihak Berkasa Palestin, Mahmoud al-Habash (Gambar) berkata lawatan Najib berkait dimensi politik dan mesti melalui meja diplomatik pihak berkuasa Palestin.

"Kami tidak menentang sebarang lawata kemanusiaan (oleh Najib) tetapi apabila lawatan (Najib sebagai Ketua Negara) ia mempunyai dimensi politik, ia mesti melalui protokol negara (Pihak Berkuasa Palestin),"kata Mahmoud al-Habash dipetik agensi berita MENA.

Selain itu, Presiden Palestin Mahmud Abbas turut mengkritik lawatan Najib.

Kenyataan yang dikeluarkan pejabat Mahmud Abbas menegaskan lawatan Najib menafikan kewujudan negara Palestin sebagaimana yang diiktraf oleh seluruh dunia pada sidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 29hb November lalu.

Wednesday, November 21, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah! Lektrik 'Mapuh' Tiga kali Sehari!

Hari ini dalam sejarah, 21 November 2012, di Kawasan Kuala Nerus tidak jauh dari Kuala Terengganu, telah berlaku gangguan bekalan elektrik sebanyak tiga kali dalam satu hari.

Bahkan dalam beberapa hari ini, dilaporkan, kawasan terbabit yang mempunyai dua universiti, sebuah kolej perguruan dan dua buah sekolah asarama penuh, dengan sebuah kawasan industri di Gong Badak, mengalami lebih dari lima kali 'blackout'(gelita).

Cukup memalukan jika diukur dengan segala 'tolok' bandingan pencapaian diutamakan, slogan kempen yang selalu dilaung-laungkan oleh Umno dan barisan Nasional (BN).

Sedangkan tarif elektrik sentiasa naik dan naik, sehinggakan para pengguna tidak sedar bila ia naik, bahkan ramai pengguna yang terkejut apabila tiba-tiba bil elektrik mereka dari puluhan ringgit tiba-tiba melonjak jadi ratusan ringgit.

Sang Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Peter Chin Fah Kui pun sudah mengakui, penyelarasan tarif elektrik (baca kenaikan) pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli, kononnya.

Walau Peter Chin pada 2 Oktober lalu, tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau....... sekali lai sang Menteri BN 'berkonon'!!!

Chin pada seminggu sebelumnya enggan mengulas apabila ditanya sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa pada November.

Dan kini sudah tiba November, bulan bermulanya tengkujoh, dan bulan persiapan kerajaan Umno Terengganu bersiap untuk sukan perahu layar 'Monsoon Cup' yang diakui oleh Menterinya, Shabery Cheek, sebagai satu sukan yang tidak menguntungkan.

Mantan Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh berkata, 'Monsoon Cup' akan melonjakkan nama Terengganu menjadi 'tersohor' ke seluruh dunia, dan Menteri Besar semasa, Ahmad Said pun bersetuju meneruskan projek kerajaan negeri itu.

Sedang sebenarnya, nama Terengganu sudah tersohor sebelum ini, sebagai pusat persinggahan maritim antarabangsa, yang mana nama 'Primula' itu terkenal seantero dunia kerana pelabuhan di muara sungai Terengganu yang memberikan segala macam kemudahan kepada pedagang dan pelayar.

Namun, tiba-tiba Idris Jusoh kata, 'Monsoon Cup' yang akan menjadikan Terengganu tersohor setelah 'pitis' royalti minyak 'habis dibaham' tidak kurang RM3 bilion.

Maka, sang media pengampu pun mencanangkan 'ampuan-ampuan' mereka memuji sana dan memuja sini, membetulkan dan mengesahkan cakap-cakap pemimpin Umno, benar.....benar.....betulll....betulllllll....Monsoon Cup bawa rezeki, bawa untung kepada para nelayan dimusim Tengkujoh.

Itulah dakwaan bekas PM , Pak Lah Badawi yang sampai kini tidak pernah terbukti!

Apalah tersohornya negeri Terengganu ini..... sekiranya rakyat susah setiap hari, yang kaya kroni, yang ada banyak kereta anak Ibrahim Fikri!

Pemerintah dakwa kononnya 'tepati janji' beri itu dan ini..... tapi RM300 hanya 5 tahun sekali, sebaliknya rakyat kena bayar setiap hari....setiap hari bayar cukai sana dan cukai sini, untuk kesenangan pak-pak Menteri!

Walaupun bayar tiap-tiap hari, bayar tiap-tiap bulan, kalau tak bayar kena potong bekalan air, bekalan elektrik, kalau tak bayar 'parkir' kena saman, kalau tak bayar 'tanah' kena lelong, kalau tak bayar PTPTN tak boleh ke luar negeri, kalau tak bayar.......mati!

Tapi yang dibayar tiap-tiap hari, tiap-tiap bulan, bekalan elektrik terganggu tiga kali sehari!

Wednesday, October 24, 2012

Ahmad Said Umpama 'Encik Crab' Menyuruh Pegawai Kerajaan 'Mengurus Dengan Betul'

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dilaporkan mahu penjawat awam peringkat negeri memastikan tanggungjawab yang dilaksana mereka memenuhi aspirasi rakyat.

Katanya sebagai barisan hadapan kerajaan negeri, mereka harus memastikan segala pentadbiran kerajaan terutama pelaksanaan dasar berjalan lancar.

"Pegawai tadbir negeri ada tanggungjawab besar dan menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan awam negeri," katanya berucap menutup program Peningkatan Kemajuan Kerjaya dan Sukan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Terengganu, Kedah, Kelantan dan Johor di sini, Isnin 23 oktober.

Agensi Bernama menambah, Terengganu muncul juara dalam kejohanan sukan membabitkan empat negeri berkenaan.

Itukah kejayaan Ahmad Said sebagai Meteri Besar Terengganu yang boleh dibanggakan??


Empat Negeri Pakatan Rakyat Terima Pujian Audit Negara


Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang telah dikeluarkan dua minggu lalu menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".

Walaupun negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri miskin, namun komitmen kerajaan negeri Kedah untuk membayar turut dipuji dengan baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010.

Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010.

Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.

Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka.


Ketua Menteri Besar Terengganu
?

Bagaimana agaknya dapat dinilai prestasi pentadbiran Ahmad Said sekiranya, beliau selaku Menteri Besar mempunyai 'Ketua Menteri Besar'??

Isu ini tidak popular dipadang-padang ceramah PAS dan tidak pun ditimbulkan di kedai-kedai kopi dan warung tepi jalan, namun cukup 'menjadi perbualan' dikalangan penjawat awam dan ahli serta penyokong Umno.

Persoalan besar yang kini sedang menjadi perbincangan serta ‘buah mulut’ kebanyakan penjawat awam Terengganu terutamanya di Wisma Darul Iman yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Sri Ahmad Said sekarang ini.

Di kalangan pegawai-pegawai kerajaan Terengganu, menurut ADUN Batu Burok Dr Syed Azaman Syed Ahmad Nawawi, telah timbul cakap-cakap mengenai isu 'Ketua Menteri Besar' ini.

Katanya, 'Ketua Menteri Besar' itu terdiri dari segelintir individu 'berkepentingan’ yang dikatakan lebih berkuasa dalam menentukan polisi serta perjawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang ini.

"Telah timbul desas desus serta rasa tidak puashati di kalangan mereka ini apabila beberapa perlantikan jawatan penting dalam kerajaan negeri telah melangkaui tangga jawatan dan menafikan hak pegawai-pegawai yang lebih berpengalaman dan lebih lama berkhidmat dalam kerajaan negeri,"kata beliau dalam tulisannnya yang diterbitkan Harakah.

Persoalannya, kata Dr Syed Azaman yang juga Penolong Setiusaha Agung PAS, apakah individu-individu ini benar-benar lebih besar kuasanya daripada pemimpin kerajaan negeri termasuk Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri, Datuk Mazlan Ngah?

"Apakah mereka inilah juga individu-individu yang dikatakan berkuasa di Wisma Darul Iman bagi menentukan kelulusan setiap pemberian projek kepada kontraktor untuk kepentingan mereka sendiri.

"Lebih parah lagi apabila soal kelulusan tender-tender balak dan bahan galian di seluruh negeri Terenganu juga dikaitkan dengan kelompok 'Ketua Menteri Besar’ ini,"soalnya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri turut menimbulkan isu ‘Ketua Menteri Besar’ dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Dalam temubual dengan Utusan Malaysia pada 7 September 2012,  memberikan peringatan bahawa pegawai dan kakitangan kerajaan di Terengganu agak signifikan pengaruhnya dalam menentukan kemenangan sesuatu parti politik dalam pilihan raya.

Justeru, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said tidak lebih dari 'umpama ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan betul'?

Sedang pentadbirannya sendiri penuh dengan kegagalan dan kepincangan di sana sini!

Wednesday, October 17, 2012

Ahmad Said Ajar Pengurus Bola Berpolitik?

Membuat perbelanjaan besar dan memanggil pulang 'Hai-O' ke dalam pasukan Penyu tidak akan menjamin kejayaan kepada pasukan bola sepak negeri Terengganu kerana kedua-dua langkah yang dimumkan itu tidak menyelesaikan 'kemelut' pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Menurut seorang bekas pemilik yang juga presiden sebuah Kelab Bolasepak Inggeris, sebuah kelab bola sepak adalah berbeza daripada mana-mana entiti perniagaan lain. Pihak berkepentingan, dalam kes ini adalah peminat.

Beliau berkata, pelaburan peminat adalah sokongan mereka, manakala pulangan kepada mereka datang dalam bentuk kepuasan emosi memenuhi semua keinginan peminat bola sepak, sama ada melalui mengejar promosi atau kekal dalam kedudukan liga.

Dalam usaha untuk menjamin peryataan ini, semua kelab bola sepak perlu lakukan adalah wujud dengan nama baik. Tanpa kewujudan itu, peminat tidak akan menerima pulangan pelaburan mereka layak.

Dalam konteks ini PBSNT hanya setakat wujud sebagai sebuah persatuan, tetapi nama baiknya telah pudar.

Justeru, peminat yang menjadi 'pemilik' kepada PBSNT merasakan perubahan perlu dibuat dalam pentadbiran dan pengurusan PBSNT yang mereka suarakan sehingga mereka turun berdemonstrasi bukan di padang bola sepak, tetapi di jalan raya membuktikan kesungguhan mereka mempamirkan emosi mereka yang tidak puas hati.

Mereka menjerit supaya Presiden PBSNT ditukar segera! Namun campurtangan politik telah mewarnakan sukan bola sepak negeri Terengganu.

Sebuah kelab atau persatuan bola sepak tidak wajar menerima tekanan dan campurtangan politik samada oleh pentadbirannya sendiri atau oleh kerajaan yang memerintah.

Kerajaan perlu ingat bahawa, sebanyak mana pun dibelanjakan untuk menguruskan sebuah persatuan bola sepak itu sepatutnya adalah hasil dari pendapatan yang dijana oleh aktiviti 'perniagaan' persatuan bola sepak itu sendiri.

Sebaliknya, sekiranya kerajaan menggunakan 'dana awam' bagi membiayai pentadbiran dan pengurusan persatuan bola sepak, risiko yang dicipta adalah risiko 'politik', bukannya risiko perniagaan.

Kerajaan Terengganu yang menaungi PBSNT mesti sanggup menerima padah 'politik' dan tidak menyalahkan rakyat, apabila mereka turut campur dengan hal ehwal bola sepak.

Pada akhir sesi liga tahun lalu, Menteri Besar telah melangkaui sempadan antara 'politik' dan entiti persatuan bola sepak dengan mengeluarkan kenyataan berlebihan.

Pada 13 November, 2011, Dato' Seri Ahmad Said dengan 'bangganya' mengumumkan, kerajaan bersedia memberikan peruntukkan lebih besar kepada Terengganu dan T-Team, untuk mendapatkan khidmat pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Ahmad Said berkata, Kerajaan Negeri bersedia menawarkan bayaran gaji sehingga mencecah RM100,000 sebulan, sekiranya pemain dipilih benar-benar handal dan hebat.

“Sekarang ini pun kita mengeluarkan peruntukan sebanyak RM6 juta semusim untuk pasukan Terengganu dan T-Team bagi menghadapi liga dan akan ditambah sekiranya perlu,” katanya.

Dengan itu, Kerajaan Negeri telah mempolitikkan bola sepak dengan 'mengarahkan' pengurusan kedua-dua pasukan bola sepak terbabit untuk mengenal pasti pemain profesional bagi pasukan terbabit.

Pihak pentadbirnya, samada presiden, pengurus atau jurulatih pula perlu menuruti langkah-langkah sebagai 'orang profesional' dalam menguruskan bola sepak dalam era ini, bukan sebagai pentadbir persatuan bola sepak pada masa 30 tahun yang lalu.

Pengurus mesti tahu apa yang dia lakukan, membangunkan idea untuk meningkat pentadbiran 'entiti perniagaan' bola sepak.

Para pemain perlu dibayar dengan adil dan tepat pada masanya, manakala bil-bil juga mesti dibayar dengan segera.

Pengurus mesti bertindak bukan sebagai pegawai tetapi sebagai pengurus perniagaan yang dapat menjana pendapatan tambahan dan pemilikan aset mesti dibuat untuk bersungguh-sungguh.

Dalam kes kelab bola sepak ini, sebagai contoh, Pengurus mestlah mendapatkan pendapatan sebanyak-banyaknya melalui penajaan baju dan jualan korporat.

Namun begitu, apa yang berlaku kepada Pengurus sendiri pula 'meniru' gaya orang politik dengan membuat kenyataan yang berlebihan, hampr serupa dengan kenyataan Menteri Besar setahun yang lalu.

Semalam 16 Oktober, 2012, Pengurus Bola Sepak Negeri Terenganu, Marzuki Sulong menyatakan PBSNT 'sedia berbelanja besar' untuk mencari pemain import berkualiti bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Bukankah Menteri Besar juga mengeluarkan kenyataan dengan 'nada' begitu pada akhir musim lalu?

Dan hasilnya tidak ke mana pada musim ini apabila kekalahan demi kekalahan yang menimpa pasukan bola sepak negeri Terengganu.

Akhirnya,  pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mara ke suku akhir Piala Malaysia apabila menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 4 September lalu.

Tuesday, October 2, 2012

Misteri Samsiah

Pada 3 September 2012, media perdana menerbitkan berita Hajah Samsiah binti Dato' Haji Awang dilaporkan mencatat sejarah sebagai wanita pertama menerajui jabatan agama di negara ini apabila beliau dikatakan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang baru.
  
Samsiah, 54, yang dilantik 26 Ogos lalu berazam memberikan khidmat terbaik kepada seluruh umat Islam di Terengganu. Beliau terharu dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan negeri terhadap kredibilitinya.
  
"Saya berharap mendapat sokongan dari semua petugas jabatan ini untuk sama-sama memastikan khidmat kita terus cemerlang demi memastikan kemaslahatan (kesejahteraan) umat Islam negeri ini terus terjaga.
  
"Saya bersyukur dengan pengiktirafan ini dan akan meminta petunjuk dari Allah sekiranya terdapat masalah dan cabaran besar untuk bergerak seiring dengan hasrat kepimpinan kerajaan negeri yang mahu Terengganu terus maju dengan syiar Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pekerja cemerlang JHEAT.
  
Samsiah yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah JHEAT, dilantik menggantikan Mohd Rozali Saleh yang kini memegang jawatan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.

Samsiah yang mempunyai sembilan orang anak dan sembilan orang cucu berkata pelantikan itu adalah tanggungjawab besar yang perlu digalas namun beliau tetap yakin mampu menyumbang khidmat cemerlang hasil konsep kerja berkumpulan petugas di jabatan itu.
  
Pengalaman luas Samsiah dalam bidang keagamaan bermula sejak kecil dan hasrat beliau kini ialah meneruskan impian kedua ibu bapanya dalam menegakkan syair Islam, di Terengganu.
  
"Arwah ayah saya, Awang Ismail adalah bekas Imam Masjid Negeri dan guru agama kepada Allahyarham Sultan Mahmud, ayahanda kepada Sultan Terengganu sekarang, iaitu Sultan Mizan Zainal Abdidin. 
  
"Arwah suami saya pula, Rozali Awang ialah bekas ketua penolong pengarah di JHEAT dan meninggal tiga tahun lalu," katanya yang dipetik agensi Bernama


Kerajaan Menafikan Pula

Tiba- tiba pada 26 September 2012 Kerajaan Negeri Terengganu pada Rabu menafikan Samsiah Awang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) seperti dilaporkan oleh media pada awal bulan ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata Samsiah, 54, pada masa ini hanya menjalankan tugas sebagai pengarah jabatan itu dan memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah (Dakwah) JHEAT.

"Beliau tidak memangku jawatan itu, masa ini hanya menjalankan tugas sebagai pengarah.

"Kuasa melantik Pengarah JHEAT terletak di tangan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Media pada 3 Sept lepas melaporkan Samsiah dilantik sebagai Pengarah JHEAT pada 26 Ogos lepas menggantikan Mohd Rozali Saleh yang kini memegang jawatan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dan mencatat sejarah sebagai wanita pertama menerajui jabatan agama di negara ini.


Misteri Samsiah

Sebaliknya pelantikan Samsiah terus dikesan sebagai suatu misteri apabila beliau menandatangani satu dokumen selaku Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu.

Sedangkan dalam carta organisasi JHEAT dipaparkan Pesuruhjaya adalah Tuan Haji Rozali Salleh dan Timbalan-timbalannya adalah Tuan Haji Omar bin Musa dan Tuan Haji Mat Arsad Mohamed.

Samsiah hanyalah KPP Bahagian Dakwah yang tidak mungkin boleh menandatangani dokumen atas nama Pesuruhjaya kerana 'rankingnya' yang jauh ke bawah sebanyak dua tangga.

Thursday, July 12, 2012

Errrrr........ Tok Deris, Mad Said.....Kerajaan Umno-BN.... Serai Kita Dah Berbunga.......


Kerajaan Terengganu mengenal pasti tiga program pertanian iaitu penanaman serai wangi untuk diceburi penduduk yang boleh bagi meningkatkan pendapatan mereka antara RM500 dan RM1,000 sebulan.

Itulah kata mantan Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh pada 18 Julai, 2007.

Deris berkata tiga jabatan telah diarahkan supaya menyelaras projek berkenaan yang membabitkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

"Sebagai permulaan, sebanyak 150 hektar akan ditanam serai wangi di tiga zon iaitu zon utara bagi daerah Besut dan Setiu, zon tengah bagi daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu dan zon selatan yang membabitkan daerah Dungun dan Kemaman," katanya

Beliau berkata pada masa ini sebanyak 140,000 anak pokok serai ditanam di Kampung Sekayu dekat sini oleh 36 peserta di kawasan seluas 10 hektar yang hasilnya dijangka diperoleh pada September 2007.


Selepas itu, Dato’ Seri Ahmad Said pula ambil alih kerajaan pada tahun 2008.

Ahmad Said sedap lagi cakapnya!

Dia kata Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menjalin kerjasama bagi memajukan industri serai wangi di Terengganu tahun depan (2009).

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata satu perjanjian persefahaman (MoU) bagi menetapkan kerjasama di antara ketiga-tiga agensi berkenaan akan ditandatangani tidak lama lagi.


“Di bawah perjanjian itu nanti, LPP akan bertindak sebagai pembeli hasil serai wangi daripada para petani. YPU pula menjalankan pemasaran manakala UiTM akan menjalankan kajian terhadap serai wangi,” katanya pada majlis makan tengah hari Menteri Besar Terengganu bersama warga tani.

Bernama melaporkan pada 30 Disember 2008, yang turut hadir ialah Pengerusi LPP Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ahmad yakin melalui kerjasama di antara ketiga-tiga agensi berkenaan, pendapatan penanam serai wangi di Terengganu akan meningkat.

Serai wangi boleh digunakan bagi menghasilkan pelbagai produk seperti sabun, losyen, perubatan dan minyak.

Ha...ha....ha... di Hulu Terengganu, tak tahulah samada pokok serai yang ditanam masih hidup atau telah mampus.

Tapi yang di Setiu, Datuk Deris Weehhhh..... serai yang kita tanam itu bukan setakat membiak, malah telah berbunga!

Bayangkanlah, berapa lama pokok srai yang tumbuh boleh berbunga?

Atau kita semua tak perah tengok, bagaimana pokok serai boleh berbunga?

Jadi kalau nak tengok serai yang sudah berbunga, boleh berkunjung ke Kampung Telaga Papan, Setiu bersebelahan dengan bangunan ‘SUTRATANI’ bernilai RM4 juta yang pernah dilancarkan oleh mantan Perdana Menti Abdullah Badawi.