Tuesday, January 25, 2011

Rekod Terengganu terus tercalar; Penagih meningkat 21%, Pengedar Bertambah 24%, 11,539 keseluruhan

Terengganu adalah antara negeri yang paling 'top' berkaitan penagihan dadah dan pengedaran dadah di Malaysia apabila pada bulan September tahun lalu dilaporkan Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi.

Sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2010, sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).

Friday, January 21, 2011

Umno Terengganu masih 'kelam kabut'

Walaupun tampuk kepimpinan Umno Terengganu telah dikembalikan kepada Dato' Seri Ahmad Said, tiada penyelesaian kepada keadaan 'kelam kabut' yang melanda kepimpinan Umno negeri

Seorang pemimpin Umno peringkat bahagian memberitahu, Ahmad Said 'berhelah' kepada Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak dengan mengatakan, sekiranya mahu Terengganu menang dalam pilihanraya umum akan datang, kepimpinan mestilah diserahkan kepada beliau.

Kata pemimpin Umno itu, sebenarnya perlumbaan untuk menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan adalah soal wang, siapa yang memegang jawatan tersebut berkuasa diatas penggunaan wang untuk kempen Umno.