Wednesday, October 28, 2009

Seluruh Dunia Bertumpu ke Jalan Raja Laut malam ini !


Mesyuarat Khas yang diadakan pada malam ini adalah lebih khusus membincangkan perkara yang ditimbulkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, supaya diadakan satu Muktamar Khas.

Walaupun ia satu kejutan, namun ramai yang berpendapat, Muktamar Khas tidak perlu diadakan kerana tidak ada apa yang perlu segera dibincang dan diputuskan.

Tanggapan Tok Guru Nik Aziz ada pemimpin yang bemasalah kerana mereka adalah ‘pro-umno’ juga tidak berasas kerana keputusan berkaitan sebarang hubungan dengan Umno samada perbincangan berkenaan kerajaan perpaduan, atau muzakarah atau mukabalah sekalipun, semuanya telah disimpulkan ada Muktamar lalu di Shah Alam.

Walaupun Tok Guru menyatakan beliau sudah tua untuk dipengaruhi atau didalangi oleh seseorang, namun ia adalah keadaan biasa sekiranya seseorang pemimpin mengambil pandangan dan pendapat orang lain dalam sesuatu hal yang mahu diputuskan atau diambil tindakan.

Ironisnya, apabila ‘meletup’ sahaja berita yang bersumberkan laman blog Tok Guru Menteri Besar Kelantan itu, ramai yang terbayang dimata mereka dua wajah, yang sering bersama-sama Tok Guru Nik Aziz, mengiringinya pada majlis-majlis rasmi kerajaan khususnya.

AlhamduliLlah, perkara yang menjadi isu dalaman PAS pada kali, hampir sama dengan yang pernah berlaku sebelum ini, iaitu hubungan antara PAS dan Umno.|

Justeru, setelah berlaku kali pertama diantara Tok Guru Nik Aziz dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu (masa itu), Dato’ Mustafa Ali, dan berulang sekali lagi kepada Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, tidak ramai ahli-ahli dan penyokong PAS yang melatah jauh sekali merapu.

Cuma yang betul-betul menonjolkan sifat ’meroyan’, sewel tak tentu pasal adalah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin yang membuat kome ’penuh mulut’ mengatakan PAS menghadapi masalah kepimpinan.

Kenyataan yang dikeluarkan Muhyidin pastinya diminta oleh jentera ’dakyah’ Umno supaya media dibawah ’kangkang’ dan kongkongan Umno-BN supaya mensesasikan kenyataan Tok Guru Nik Aziz.

Kemudian setiap pengarang akan cuba membuat ’follow-up’ dengan cuba melakukan ’provokasi’ keatas mana-mana pemimpin PAS supaya mengeluarkan kenyataan yang mungkin boleh memenuhi kehendak Umno-BN.

Niat jahat Muhyidin untuk memecahbelahkan PAS tidak disokong oleh Presiden Umno Najib yang tidak membuat sebarang kenyatan provokasi, namun disokong oleh bekas Presiden Umno Tun Mahathir, yang sudah beberapa kali di kitar semula, keluar Umno masuk Umno kerana tidak setuju dengan itu dan ini.

Mungkin Muhyidin sudah lupa sekarang sudah 1Malaysia, bukan zaman Islam Hadhari, zaman ’lelap’ macam Pak Lah Badawi sudah berlalu.

Kerana syok sendiri dengan kemenangan Isa Samad secara tipu undi pos dan rasuah di Bagan Pinang mungkin menjadikan Muhyidin tidak berapa sedar, tidak semuanya boleh dikawal oleh Umno-BN sekarang!

Apa pun, lewat malam ini, sebelum membuat liputan sidang media pimpinan PAS semua petugas media, boleh melihat pondan-pondan atau pekerja seks di belakang mati memulakan operasi mereka, kerana mesyuarat khas PAS pastinya tamat sehingga dinihari!

InsyaAllah, semua pihak yang hadir dalam mesyuarat khas melibatkan pimpinan tertinggi pusat dan negeri itu akan membuahkan natijah yang baik, sekiranya tidak ada ’orang dalam’ yang menjadi dalang, sebagaimana pengakuan Tok Guru Nik Aziz.

Seluruh dunia sedang menumpukan perhatian ke Jalan Raja Laut, di mana Pejabat Agung PAS terletak, tempat mesyuarat khas pemimpin PAS bersidang malam ini !

Wednesday, October 14, 2009

Azeez Mamak Ketua Putera Putar Alam Pembohong Bersiri


Sewaktu duduk di Markaz Induk PRK Bagan Pinang, menunggu waktu sementara sidang media harian PRK Bagan Pinang bermula, tiba-tiba muncul seorang sahabat lama.

Beliau memang orang media dan pernah berkhidmat dengan RTM sebelum berhenti dan menubuhkan syarikat produksi sendiri, Green Chapter Network (GCN).

Beliau juga adalah ’figura’ yang terkehadapan soal menghasilkan video dokumentari dan pernah menjadi ’front line’ menghasilkan video dokumentari pertama PAS Terngganu sekitar sekitar awal 1990-an.

Beliau juga antara yang menghasilkan video demonstrasi ’anti pasukan kriket’ Israel, suatu masa dulu.

Dalam ruang waktu yang singkat, kami berbual kebanyakkannya hal media, penerangan dan isu-isu semasa.

Antara yang beliau sebutkan adalah, betapa penipunya si Azeez Mamak, Ketua Putera UMNO yang turut ’menipu’ pada peristiwa hari penamaan calon.

Beliau berkata, Si Azeez Mamak tu tinggal dekat dengan rumahnya di Subang Jaya. Pada satu masa ketika Azeez berniaga kereta, beliau telah di ugut oleh Along, kerana telah meminjam wang ribuan ringgit.

Punyalah belit si Azeez, dia boleh tukar cerita, hal dia berhutang dengan Along hilang begitu sahaja, yang dia (Si Azeez Mamak) report polis adalah, ada orang nak rompak dia !

Memang licik sungguh si Azeez Mamak, cukup pandai memutar berita!

Dalam perarakan penamaan calon Bagan Pinang, Azeez mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BB.

Sebenarnya beliau sengaja melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis.

Ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

Beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

Namun kemudiannya beliau telah membuat laporan Polis dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya.

Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Namun Azeez tidak boleh memutar belit seluruh dunia !

Gambar yang diambil oleh seorang sahabat dari team IT mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong.

Semasa menunggu proses penamaan calon selesai Salehuddin dan beliau telah bertemu.

Tak ada apa yang kelihatan lebam, dan waktu itu Azeez tidak pula menunjukkan tanda-tanda di belasah oleh 10 orang.

Daripada elok-elok berbual dengan Naib Presiden PAS Salehuddin pada hari penamaan calon, tiba-tiba buat kenyataan dipukul penyokong PAS !

Kemudiannya, sehari selepasnya pula baru dimasukkan ke hospital..... punyalah belit sehingga sanggup ’membelit’ tengkuknya.

Apabila balik dari Bagan Pinang seusai pilihanraya kecil tersebut, sambil mencari-cari bahan, melompat dari satu laman ke laman, dan dari satu blog ke satu blog.

Akhirnya bertemu cerita si Azeez Mamak kaki pembohong dan penipu itu.

Rupa-rupanya Ketua Putera Umno itu bukan samseng hanya jalanan tetapi ’pembohong dan penipu bersiri’.

Baca seterusnya >>

Monday, October 12, 2009

Apa maknanya Kalau Isa Menang !?


KUALA TERENGGANU – Menjelang jam 5 petang ini, para pengundi DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan membuat pilihan samada ada memilih ’rasuah’ atau ’maruah’.

Sekiranya, calon BN Tan Sri Isa Samad menang, ia akan menjadi satu kes ikutan ’precedent’ dimana, kejelekan dan kebobrokan ’rasuah politik’ atau kes ’politik wang’ dalam Umno/BN tidak lagi dianggap kotor dan hina.

Isa pula akan bertukar, dari seorang tokoh Umno yang dianggap ’cemar’, menjadi seorang penyelamat maruah kerana memenangkan Umno yang sudah kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.

Perlakuan ’rasuah politik’ yang menghukum Isa meletakkan jawatan sebagai seorang Menteri kerana membayar ahli Umno supaya melayakkannya kepada jawatan (Menteri) itu, akan seolah-olah menghalalkan apa yang kononnya menjadi ’haram’ dalam pemilihan Umno.

Keadaan ini adalah kerana, pemilihan Isa menjadi calon BN bagi bertanding dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, bukan lagi suatu ukuran ’maruah’ namun semuanya merupakan perlumbaan ’kuasa’ semata-mata.

Tidak ada lagi pemimpin yang benar-benar berwibawa dan memiliki pengaruh tulin dalam Umno sekiranya Isa menang dalam pilihanraya kecil kali ke 9 tahun ini itu.

Dan Umno tidak perlu menggilap kepimpinan muda dengan jati diri kepimpinan, cukup mendidik pemuda-pemuda Umno menjadi seorang koporat, mengumpulkan kewangan yang banyak, kerana ’wang’ dari koporat itu merupakan tiket untuk menjadi pemimpin.

Membeli undi dalam pemilihan Umno tidak lagi dianggap sebagai ’keparat’ namun ia akan menjadi satu ’standard’ penting, dan paradigma baru dalam Umno, kerana Tan Sri Isa telah meletakkan definisi baru dan garis nilai sebagaimana yang diucapkannya kepada media.

Tan Sri isa berkata; ’Saya bukan rasuah, Ini ialah politik wang’. Apa yang berlaku sebenarnya adalah, saya melanggar kod etika. Kami mempunyai kod etika dalam pemilihan parti. Kemudian, media memutar-belitkannya kepada politik wang dan rasuah," kata Isa Samad kepada wartawan MerdekaReview dalam satu wawancara pada malam Isnin yang lalu.

Bahkan sekiranya Isa diisytiharkan menang menjelang keputusan pada jam 8 malam nanti, keputusan tersebut merupakan satu titik tolak kepada Umno/BN yang lebih ’hodoh’ pada masa akan datang.

Pemimpin tertinggi Umno dan BN juga terpaksa menerima Isa demi menebus ’maruah Umno dan Barisan Nasional’ dari terus tercemar kerana kekalahan berturut-turut kepada Pakatan rakyat.

Umno/BN tidak boleh kalah lagi, dan tidak lagi sanggup berdepan dengan kekalahan.

Namun tindakan membenarkan Isa bertanding sebenarnya melorongkan Umno/BN kepada lorong ’belakang mati’ yang lebih hina !