Bukan kita yang memulakan kehidupan dan perjuangan ini dan bukan kita
yang akan menamatkannya! Oleh itu, tidak perlu dipuji melambung sesuatu
kejayaan dan tidak perlu diratapi sesuatu kegagalan.
Bukanlah kita terjun ke ‘kancah ini’ dan berpencak di ‘medan ini’
untuk semata-mata mencipta sebuah kejayaan, namun seharusnya bersiap
untuk menerima suatu kegagalan kerana kita tahu, kejayaan itu adalah
bagaimana kita mengecapi saat-saat ketika kita menerima kegagalan.
Ketika RasuluLlah SAW, ‘disifatkan’ gagal dalam usahanya mengajak
manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah di Ta’if, yang hanya
kira-kira 60km dari Mekah, namun jarak pengalaman pahit yang dialami
oleh Nabi SAW itu sudah berjalan lebih 1,400 tahun, untuk memberitahu
kita, tentang tauladan dari kesahnya.
Ketika tentera Islam dipukul hebat, dalam perang Uhud selepas berjaya
sebelumnya dalam Badar, ia tidak ‘merencatkan’ pelan jangka panjang
yang telah ditetapkan bagi kemenangan Islam membuka Kota Makkah (bahasa
Arab: فتح مكة, Fathu Makkah) pada tahun 630, malah membuka kota
Kontstantinopel 823 tahun selepas pembukaan Mekah pada tahun 1453.
Bukankah Solahuddin al-Ayyubi telah membebaskan Baitulmaqdis pada
tahun 1187 dan kemudiannya Palestin telah ditawan dan dijajah semula
oleh British pada 1917 yang membawa kepada penubuhan negara Israel pada
1948.
Sejak dari itu, bukan sedikit usaha untuk mendapatkan semula
Palestin, namun sehingga kini sudah memakan masa selama 65 tahun, umat
Islam masih kalah!
Yang kalah dan menang, kedua-duanya, tidak boleh bersenang lenang,
kerana kedua-duanya akan terus, terpaksa meneruskan tugas sebagai
kahlifah dimuka bumi Allah ini, menunaikan amanah yang di amanahkan.
Yang menang memikul amanah untuk mengisi kemenangan, yang kalah
memikul amanah untuk mencipta sebuah kemenangan! Berterusan sehinggalah
keamanan dan keadilan ditegakkan, dan ketika itu pun kerja-kerja tidak
terhenti, kerana senantiasa ada musuh-musuh yang tidak mahu kepada
kebaikan!
YANG MENDAPAT MANDAT RAKYAT?
-
(1) TAFSIRLAH sendiri sama ada kerajaan PN hari ini kerajaan pintu belakang
atau kerajaan melalui bumbung. Masing-masing mempunyai rasional tersendiri
untu...
4 years ago
No comments:
Post a Comment