Friday, March 20, 2009

Sekiranya Tidak Ditolak Najib, UMNO Pula Akan Diburu Hantu Altantuya......


Walaupun Muhyidin Yassin kata permintaan Zaid Ibrahim meminta Yang di-Pertuan Agong tidak melantik Najib Razak sebagai perdana menteri adalah "tidak bertanggungjawab dan berniat jahat", namun Muhyidin sendiri pun tahu.

Sekiranya Najib tidak dotolak dan menjadi Petrdana Menteri, pasti 'hantu Altantuya' akan merasuk UMNO pula, setelah merasuk Najib dan Rosmah.

Apa tidaknya, takkan Muhyidin tak baca tentang kenyataan beramaran Sirul yang mengaku membunuh Altantuya. Kalau Muhyidin belum baca, disini diperturunkan salinan kenyataan tersebut yang dipetik dari laman Raja Petra;







Memanglah dalam kenyataan beramaran Sirul diatas itu tidak ada menyatakan Najib yang suruh tembak, namun yang suruh 'jimatkan' Altantuya adalah Tuan Azilah.

Yang pasti bukan (sebagai contoh) Menteri Besar Terengganu Ahmad Said yang suruh Tuan Azilah dan Sirul tembak Altantuya.

Sebab, Ahmad Said tak ada kuasa nak arahkan Sirul. Ahmad Said cuma Menteri Besar Terengganu yang tidak ada kuasa arahkan polis.

Begitu juga Nik Aziz Menteri Besar Kelantan tak boleh arahkan Sirul dan Tuan Azilah, dia tak akan patuh kepada arahan, sekiranya Nik Aziz minta mereka tembak Altantuya.

Kedua-dua Menteri Besar Terengganu dan Kelantan itu tidak ada kuasa keatas Polis Di Raja Malaysia, sebab itu pegawai polis terutamanya Unit Tindakan Khas macam Sirul tidak akan patuh arahan 'gila' dan arahan 'mungkar' membunuh orang.

Walaupun arahan itu gila dan mungkar, mahu tidak mahu sebagai orang bawahan, Sirul kena taat kepada Tuan Azilah, yang lebih berpangkat darinya.

Tuan Azilah pula, takkan tiba-tiba sanggup buat kerja gila dan mungkar itu semata-mata kerana disuruh oleh Razak al-Baginda. Nak mapus ke pegawai polis tu tiba-tiba taat kepada suruhan orang yang tak kena mengena dengannya.

Pastilah Razak al-Baginda itu mempunyai hubungan yang rapat dengan hal ehwal keselamatan dalam negeri, dan akhbar Peranchis, Liberation telah pun mendedahkan, pertemuan Najib dan al-Baginda di kota Paris.

Eh....eh....... oh... mungkin plot Muhyidin satu-satu. Skripnya diatur babak demi babak.

Sekarang Muhyidin akan marah dan memberikan kenyataan pedas terhadap Zaid Ibrahim yang meminta YDA jangan memilih Najib.

Bila dia dah menang Timbalan Presiden nanti, dia punya lebih banyak kuasa.

Ketika itulah nanti dia akan gulingkan Najib, dengan menggunakan 'hantu Altantuya' !

Ha...ha....ha... bijak....bijak....

Thursday, March 12, 2009

Selangor akan tahu esok bila pula Mad Said Nak Isytihar Hartanya ??


Berapa banyakkah kekayaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan ahli Majlis Mesyuarat Negeri termasuk Elizabeth Wong yang dilanda kontroversi ekoran penyebaran gambar separuh bogelnya baru-baru ini?

Orang ramai boleh mengetahuinya esok dengan melayari laman web www.selangor.gov.my yang akan memaparkan nilai aset para pemimpin Pakatan Rakyat itu sejak dilantik menyertai kepimpinan negeri pada 24 Mac tahun lalu.

Ia meliputi semua jenis aset termasuk hartanah, saham dan wang yang mereka miliki, kata Abdul Khalid.

"Ia juga termasuk transaksi sebarang pemilikan atau pelupusan aset sepanjang jangka waktu tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa Abdul Khalid dan Exco Selangor membuat pengisytiharan tersebut sebagai usaha meletakkan Selangor di hadapan dari segi aspek pelaksanaan tadbir urus yang baik.

Bila pula Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said dan para Exconya mahu mengisytiharkan harta-harta mereka.

Bila pula Menteri Besar dan Exco kerajaan-kerajaan Barisan Nasional yang lain mahu mengisytiharkan harta mereka ?

Teladan baik yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor patut dicontohi oleh semua Menteri Kabinet dan orang-orang besar UMNO, MCA, dan MIC yang menjawat jawatan Menteri Besar dan Exco dineger-negeri.

Ah….. serba salah….. kalau diikut contoh tauladan yang baik yang dimulakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, nanti orang kata BN meniru gaya pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Kalau tak diikut, susah pula, rakyat akan melihat pentadbiran kerajaan persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai BN tidak telus (transperancy) dan tidak ada penanggungjawaban (accountability) dan mentadbir dengan pentadbiran yang baik (good governance).

Atau memang ketiga-tiga prinsip itu memang sudah tidak ada pada kerajaan BN ???

Maka mestilah diadakan juga prinsip-prinsip asas pentadbiran kerajaan yang baik itu pada setiap kerajaan BN samada di negeri atau pun di ousat.

Nah, bila diisytiharkan nanti, barulah rakyat tahu berapa banyakkah kekayaan Menteri Besar Terengganu , Dato’ Ahmad Said, termasuk berapa harga istana biru ditepi bukit yang indah tersergam di Kijal.

Barisan ahli Majlis Mesyuarat Negeri termasuk Dato’ Rahin Said dan Ustaz Khazan dan yang lain-lain.

Rakyat Terengganu boleh dengan mudah menyemaknya dan mengetahuinya sekiranya ia dipaparkan dalam laman web www.terengganu.gov.my

Barulah telus sekiranya rakyat dapat mengetahui semua jenis aset termasuk hartanah, saham dan wang yang mereka miliki.

Bukan setakat itu, sepatutnya semua ahli parlimen dan ADUN-ADUN pun kena isytihar juga !

Monday, March 2, 2009

Setelah 60 Tahun Presiden MCA Masih Berucap Dalam Bahasa Inggeris



Setelah menyambut ulangtahun penubuhan yang ke 60 tahun, Malaysia Chinese Association (MCA) parti kedua menjadi tulang belakang Barisan Nasional, masih menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam parti tersebut.

Kemudian rakannya, pekongsi paling rapat dalam BN, United Malay Nation Organisation (UMNO) mahu terus memperjuangkan Melayu walaupun menggunakan Bahasa Inggeris sebagai dasar dalam Pelajaran dan Pembelajaran Saind dan Matematik di sekolah-sekolah.

Maka, tidak perlulah MCA memperjuangkan supaya terus wujudnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini.

Ia menjadi sesuatu yang membazirkan wang rakyat dan orang ramai, kerana bahasa pertuturan rasmi MCA adalah bahasa Inggeris, bukannya Bahasa Mandarin.

Setelah 40 tahun Barisan Nasional ditubuhkan dan sebelum Parti Perikatan sejak 1957, UMNO gagal membawa mesej kebangsaan, satu bangsa dan satu bahasa.

Perpecahan mengikut kaum ini akan terus menerus berlangsung dimana, UMNO akan terus menjadikan slogan 'Hidup Melayu' dalam perjuangannya dan MCA terus bermuka-muka memperjuangkan kepentingan 'orang Cina', begitu juga MIC yang sudah terlalu uzur masih kononnya mahu memperjuangkan nasib rakyat 'bangsa India' di Malaysia.