Thursday, October 21, 2010

Sayap baru Umno; 'Briged Musang Berbulu Ayam'' dan 'Briged Sesumpah'

Kadangkala bila membaca berita dan cerita tentang parti 'usang' Umno macam membaca sebuah hikayat, maklumlah sebuah parti purba..

Pemimpin Umno tidak mahu menerima kejelekan yang berlaku adalah dek kerana perangai mereka yang suka hidup bermewah-mewah sesuai dengan pengakuan mereka bahawa mereka lah 'Tuan-Tuan Melayu'.

Sebab itu, sekiranya parti Umno ada lagi pada tempoh 50 tahun akan datang, pemimpinnya akan terus melaungkan dan berbahas dengan begitu bersemangat tentang perjuangan Melayu. 

Nak buat macamana, parti tu dah ggitu, tak ada modal nak buat bercakap, tak ada modal nak buat berniaga, ‘wa emma’ 100 atau 200 tahun lagi pun, Perhimpunan Agung Umno akan wat modal niaganya, Melayu…Melayu…. Melayu….

Dengan buat modal Melayu lah selama ini Umno boleh hidup, sebab itu Tun Mahathir walaupun sudah acap sakit-sakit dan ‘keluar –masuk’ Umno macam naik turun lif, tapi itu menjadi penyokong tegar Ibrahim Ali

Kalau zaman penjajah British, orang-orang di Malaya baik Melayu, India atau Cina akan memanggil 'Tuan' kepada pegawai-pegawai Inggeris

Sekarang, British sudah menurunkan 'tarikat' itu kepada Umno, maka Umno akan terus memperjuangkan 'ketuananan Melayu'.