Bukan sedikit tangkapan dan laporan yang dibuat, serta perbicaraan
yang dibawa ke mahkamah behubung soal penipuan dalam pilihanraya, tetapi
tidak banyak kes-kes yang ‘lekat’ apabila dibicarakan.
Umpamanya pada pilihanraya kecil Permatang Pasir, Pasir Mas, Kelantan
yang diadakan pada tahun 2005, pertandingan satu lawan satu di antara
PAS dan Umno yang akhirnya dimenangi oleh Umno dengan cara yang menipu.
Menurut peguam PAS, dalam kes perbicaraan pilihnaraya kecil Permatang
Pasir, PAS membawa kes tersebut ke mahkamah dengan bukti yang kukuh,
antaranya terdapat ‘pengundi hantu’ yang keluar dari pagar sekolah.
Namun, Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi,
keputusan dari kes-kes yang dibawa menunjukkan mahkamah tidak bersedia
untuk mengubah peraturan yang ada.
Pindaan terhadap Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan
2002), ujarnya, menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh
dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.
Ujarnya, pada 2002 hakim pernah membatalkan keputusan Pilihan Raya
Kecil Dun Likas (Sabah) dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh
dengan penipuan dan daftar pemilih tersebut tidak bersih dengan
dicampur aduk orang yang tidak sepatutnya mengundi.
“Apa yang berlaku selepas itu, SPR mengambil iktibar daripada
keputusan mahkamah, undangundang dipinda dengan Seksyen 9A Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar
pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah,” jelasnya
dipetik Harakah.
Justeru, pada pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang akan diadakan
pada 24 Julai ini, apa pula helah Timbalan Pengarah Jentera Umno dan
Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Idris Jusoh?
Apakah yang dicongak Idris atas papan putih dengan tulisan-tulisan
yang meragukan, bahawa beliau yang terkenal sebagai pemimpin Umno yang
paling pandai buat ‘buah sepelet’ sedang merangka helah!
Gambar tersebut yang telah beredar di pasaran kumpulan dalaman
menunjukkan Idris sedang merangka ‘magik’ untuk meningkatkan undi BN di
Kuala Besut dari majoriti yang dicapai sebanyak 2434 pada PRU-13 lepas
kepada majoriti 4,000 undi.
Dan gambar ini keluar, sebelum beliau membuat kenyataan meminta PAS
membeikan kemenangan percuma kepada BN atau menghadapi dengan kekalahan
sekali ganda sebnyak 4,000 undi, sebagaimana yang disiarkan di dada-dada
akhbar.
Yang menjadi persoalan apakah maksud beliau sebagai tulisan atas papan putih itu;
1. menerusi Kelab-kelab Umno luar negeri
2. MKN yang biasa dirujukkan sebagai akronim ‘Majlis Keselamatan Negara’
3. SERANTA
Oleh itu, PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh membiarkan pakar ‘buah
sepelet’ terbabit untuk terus menipu rakyat sebagaimana yang dilakukan
dalam pilihanraya umum kali ke-11 pada tahun 2004 di negeri Terengganu.
Sesuatu tindakan perlu diambil untuk menyekat Umno dan Barisan
Nasional terus memperkudakan dan memanipulasi jentera kerajaan untuk
menghasilkan kemenangan secara ‘berhelah’.
Perangai ‘hodoh’ Idris yang juga calon BN bagi parlimen Besut pada
PRU-13 yang lalu telah dilaporkan kepada pihak polis pada 14 Mei lalu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada
kenyataanya mendedahkan bukti penemuan penipuan pilihan raya melibatkan
calon BN Parlimen Besut, Terengganu.
“Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di
Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah
mengurung 24 petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi,”
jelas Saifuddin pada sidang media 15 Mei lalu.
YANG MENDAPAT MANDAT RAKYAT?
-
(1) TAFSIRLAH sendiri sama ada kerajaan PN hari ini kerajaan pintu belakang
atau kerajaan melalui bumbung. Masing-masing mempunyai rasional tersendiri
untu...
4 years ago
No comments:
Post a Comment