Sunday, September 30, 2007

PERIHAL PENGKHIANAT ABDULSHAHID ABU BAKAR

Sekiranya benarlah, si Bedul ni Pengkhianat sebagaimana yang di paparkan di Tranungkite, dibawah ini dipaparkan seadanya perkara-perkara yang berkaitan dengan beliau.

Dibawah ini adalah gambar beliau semasa Program TACS '05;



Dibawah ini pula cerita tentang TACS '05 :

Kursus Induksi TACS'05
Bertempat di Taman Tropika Tasik UTM pada 12 September 2004, seramai 80 fasilitator Program Khidmat Masyarakat Terengganu Academic & Community Service 2005 (TACS'05) telah mengikuti Kursus Induksi. Kursus ini dirasmikan oleh Pengetua Kolej Perdana iaitu Kapt. Prof. Madya Ahmad b. Hj Khalid.Kursus induksi ini dikendalikan oleh seramai 9 orang Felo dan Pembantu Felo Kolej Perdana. Kursus ini bermula jam 7.00 pagi dimulakan dengan senaman dan jogging dari Kolej Perdana ke Tasik UTM. Para peserta kursus telah mengikuti beberapa aktiviti seperti ice-breaking, pemikiran kreatif dan mencari harta karun. Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej sendiri pada jam 1.00 petang. Menurut Pengarah Program iaitu Saudara Abdul Shahid b. Abu Bakar, kursus yang telah berjaya dilaksanakan ini bertujuan untuk merapatkan jalinan silaturrahim antara setiap peserta dan menilai tahap komitmen mereka terhadap program. Adalah diharapkan supaya semua peserta yang terpilih mempertingkatkan komitmen dan kesungguhan terhadap setiap aktiviti yang akan dilaksanakan sehingga pelaksanaan program yang sebenar nanti.
Last Updated ( Tuesday, 26 October 2004 )


PROGRAM KHIDMAT PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT TERENGGANU ACADEMIC & COMMUNITY SERVICE 2005 (RAKAN TACS 05)
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana UTM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM telah mengadakan satu Program Khidmat Pendidikan dan Khidmat Masyarakat Terengganu Academic & Community Service 2005 (RAKAN TACS ’05) di Kg. Minda dan Kg. Talong, Hulu Dungun, Terengganu. Seramai 68 orang mahasiswa Kolej Perdana bersama-sama dengan Kapt. Prof. Madya Ahmad bin Hj. Khalid, Pengetua Kolej Perdana UTM selaku Urusetia Program berkenaan telah menjayakan program tersebut yang diadakan selama 7 hari bermula daripada 28 April 2005 dan berakhir pada 4 Mei 2005 lalu. Program yang julung-julung kali diadakan oleh Kolej Perdana UTM ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Abdul Latiff B. Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu wakil rasmi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu pada 28 April 2005 yang lalu.
Menurut pengarah program RAKAN TACS ’05 iaitu Saudara Abdul Shahid b. Abu Bakar yang merupakan anak kelahiran Negeri Terengganu Darul Iman, program yang dianjurkan ini bertujuan untuk memberi khidmat pendidikan, motivasi kecemerlangan pelajaran dan sahsiah diri disamping membantu meningkatkan tahap pencapaian pelajar-pelajar khususnya kepada pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 sekolah sekitar kawasan Hulu Dungun Terengganu dalam peperiksaan UPSR yang bakal menjelang nanti. Matlamat program ini juga adalah untuk mendedahkan mahasiswa dengan cara hidup masyarakat luar bandar, mendekatkan mahasiswa dengan seluruh masyarakat setempat di samping dapat menghulurkan bantuan melalui aktiviti Bengkel Pengenalan Kepada Teknologi Gentian Kaca (Fibreglass) dan gotong-royong. Antara lain, program ini juga dapat memupuk hubungan silaturahim yang mesra di antara masyarakat setempat dan mahasiswa melalui aktiviti sukan & sukaneka, J-Robik Perdana dan ziarah sekampung di samping dapat mengenali budaya dan adat resam masyarakat setempat melalui Malam Kebudayaan yang diadakan ketika Majlis Penutup pada 2 Mei 2005 lalu. Ini adalah bertepatan dengan tema program ini sendiri iaitu "Budi Ditabur, Kasih Disemai".
Pemilihan Kg. Minda dan Kg. Talong, Hulu Dungun Terengganu dibuat berdasarkan faktor geografi, keunikan bahasa dan budayanya yang begitu menarik. Malam Kebudayaan & Penutup telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Rosli b. Mat Hassan selaku Ahli Parlimen Dungun, Terengganu.
Program RAKAN TACS '05 ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Program Khidmat Pendidikan dan Program Khidmat Masyarakat. Pelaksanaan bahagian pertama Program RAKAN TACS '05 ini dimulakan dengan Program Khidmat Pendidikan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam melibatkan pelajar-pelajar di enam buah sekolah dalam daerah Hulu Dungun iaitu Sek. Keb. Jerangau, Sek. Keb. Lintang, Sek. Keb. Minda Talong, Sek. Keb. Bukit Besi, Sek. Keb. Kuala Jengal dan Sek. Keb. Pasir Raja. Sepanjang Program Khidmat Pendidikan ini dijalankan, seramai 98 orang pelajar yang terlibat ditempatkan di Sek. Keb. Minda Talong, Hulu Dungun, Terengganu. Seramai 25 orang fasilitator yang terdiri daripada peserta Program RAKAN TACS ’05 telah terlibat dalam mejayakan program ini. Pelbagai aktiviti pembelajaran telah dibuat sepanjang program ini berlangsung antaranya ialah J-Robik, Ice-Breaking, Ceramah Motivasi, Edu-Race, Pengenalan kepada Teknologi Maklumat (Information Technology) dan juga Malam Menginsafi Diri. Program Kem Pendidikan Perdana RAKAN TACS ’05 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM iaitu Prof. Ir. Dr. Alias b. Mohd. Noor pada 28 April 2005. Setiap peserta Program Khidmat Pendidikan dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil bersama 2 orang fasilitator bagi setiap kumpulan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Khidmat Pendidikan ini telah dirancang dengan teliti bagi memastikan objektif program ini tercapai dengan jayanya.
Sepanjang Program Khidmat Pendidikan berlangsung, Bengkel Pengenalan Kepada Teknologi Fiberglass yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Abd. Saman b. Ab. Kader iaitu pensyarah daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM turut dijalankan serentak di mana peserta RAKAN TACS ’05 yang tidak terlibat dalam Program Khidmat Pendidikan telah diserap ke dalam bengkel ini. Melalui bengkel ini, para peserta telah berjaya menghasilkan 2 buah tempat mandi jenazah yang menggunakan bahan gentian kaca (Fiberglass) dan dihadiahkan kepada Masjid Kg. Minda dan Masjid Kg. Talong. Majlis Penutup Kem Pendidikan Perdana RAKAN TACS ’05 telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Terengganu iaitu Tuan Haji Abdullah b. Ali pada 30 April 2005.
Program RAKAN TACS '05 diteruskan pada hari ke-3 iaitu pada 30 April 2005 sehingga 4 Mei 2005 dengan aktiviti Program Anak Angkat selama 5 hari 4 malam. Semua peserta RAKAN TACS '05 telah dibahagikan kepada 48 buah keluarga angkat terdiri daripada 2 buah kampung iaitu Kg. Minda dan Kg. Talong, Hulu Dungun Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang berlangsungnya program ini iaitu sukan & sukaneka, ziarah sekampung, J-Robik Perdana, gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan dan masjid di kedua-dua kampung, kenduri sekampung dan Malam Penutup & Kebudayaan yang melibatkan semua masyarakat kampung dan peserta RAKAN TACS ’05. Pelbagai kenangan pahit dan manis telah dilalui oleh semua peserta sepanjang bersama keluarga angkat masing-masing.
Suasana Malam Penutup & Kebudayaan tersebut begitu meriah dengan pelbagai acara persembahan daripada pihak Kg. Minda dan Kg. Talong, Kelab Kesenian Parlimen Dungun dan peserta RAKAN TACS '05. Pihak Kg. Minda telah mempersembahkan tarian piring, sajak dan persembahan pantun empat kerat secara spontan dan sajak daripada Kg. Talong turut menyerikan lagi majlis berkenaan. Majlis turut diserikan lagi dengan acara persembahan tarian Ulek Mayang daripada pelajar Sek. Keb. Minda Talong dan Kelab Kesenian Parlimen Dungun turut mempersembahkan beberapa tarian tradisional daripada Negeri Terengganu. Persembahan yang ditunggu-tunggu ialah daripada peserta RAKAN TACS ’05 yang telah mempersembahkan tarian zapin dan kuda kepang yang dibawa khas daripada Negeri Johor.
Pelbagai kenangan manis dan memori indah terpahat dalam hati peserta sehinggakan majlis perpisahan pada hari terakhir berlaku dalam keadaan suasana hening, syahdu dan telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri setiap peserta. Pengalaman bersama keluarga angkat sepanjang berlangsungnya program telah menjalinkan ikatan yang amat erat. Suasana Kg. Minda dan Kg. Talong yang damai dihiasi dengan kecantikan dan keindahan sungainya yang begitu jernih membuatkan semua peserta RAKAN TACS '05 ingin kembali semula ke kampung tersebut. Semoga hubugan yang terjalin sepanjang program anak angkat ini akan terus berkekalan selama-lamanya. "Budi Ditabur, Kasih Disemai" yang menjadi moto program ini telah berjaya mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh:
Abdul Shahid bin Abu Bakar
Pengarah
Program Khidmat Pendidikan & Khidmat Masyarakat
Terengganu Academic & Community Service 2005 (RAKAN TACS ’05)
Tel : 019-7054056
e-mail : bm020303@siswa.utm.my


Kemudian MUNGKIN juga dibawah ini syarikat yang ditubuhkan si Bedul ni; tolong check lebih lanjut;

SYARIKAT
COMPANY : FLEXCIVIL TECH (M) SDN. BHD.
DATE OF INCORPORATED : 26TH JUNE 1996
COMPANY REGISTRATION NO. : 392013-T
BUSINESS OFFICE ADDRESS : TINGKAT 1, MPKT 860-A MERBAU PATAH JALAN KUALA BERANG 20050 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN
TEL : 609-6245430, 6245746 FAX : 609-6245743
WEBSITE : http://www.pakatan.com.my/flexc
EMAIL : flexc@streamyx.com

DIRECTORS : 2 PERSONS
ABDUL SHAHID BIN ABU BAKAR
NRIC : 801225-11-5037
E 922 KG MERBAU PATAH
20050 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
EMAIL : abdshahid@pakatan.com.my
ABDUL SHUKRI BIN ABU BAKAR
NRIC : 820121-11-5175
E 922 KG MERBAU PATAH
20050 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
EMAIL : abdshukri@pakatan.com.my
PAID UP CAPITAL : RM 50,002.00
AUTHORISED CAPITAL : RM 100,000.00
COMPANY SECRETARY : KHAZIAH BINTI ABDUL RAHMAN
W & K PERKHIDMATAN & PERAKAUNAN 10 C, TINGKAT 1
JALAN TOK LAM 20100 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN

BANKERS : RHB BANK BERHAD
59 JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
TEL : 609-622 6478
ACCOUNT NO. : 26301500004119
Si BENDUL ni juga ada Fotopages tapi tak leh nak buka sebab dia guna password, tapi URL nya seperti dibawah;
Memang dia ni ada cita-cita nak jadi wakil rakyat gamoknya, pasal tu dia introduce dirinya kepada Pak Yih;


Kalu nak tengok banyok lagi gambor2 dia, access dari URL ini:

http://www.terengganu.gov.my/press_conf/album_tacs05.php

Thursday, September 27, 2007

Anak Siapakah Dia ......AAaaaaa....... ????



Hebat dia ni ! Macam-macam posting dengan Minah Salleh tu.... eh...kut bini dia...tapi rasa-rasa kalu bini dok gitu. Weh.... memang berani budok ni. Tapi tahu tak anak siapa? Tahu ke dok ? Kalu tahu khabor le ke kite ! Kalu dak tahu acu kelih gambor kat bawah :



Eh.... gambor hok tu le je.... gambor dia jugok... tapi hebatlah dengan Minah lain pulak..... siap peluk-peluk pulak tu.... ish....ish.... anok siape dia ni.... . Ni mesti bukan calang-calang anak ni, keturunan yang berani peluk Mat Salleh ni. Tahu dok anak siape ni? Dok tahu...nak tahu ke dok ? Kalu Nok acu tengok gambor kat bawah;



Haa...... sebijik tak dengan mamat kat atas tu.... mesti sama punya sebab memang orang yang sama. Memang dia ni jenis hebat, acu tengok gok cara duduk tu, kan gaya pendekar tu. Siapa hah dia ni.... ????? Kita cuba ambik angle besor sikit gambor ni....


Ha..... baru boleh kelih.... acu tengok anak siapa?

Saturday, September 22, 2007

Majlis Perkahwinan RM 70,000 yang dibayar oleh Patrick Lim





Hebat bukan? Memang hebat! Inilah dia majlis persandingan RM 70,000 yang dibayar oleh Patrick Lim. RM 70,000.00 hanyalah tahi hidung Patrick Lim, berbandung dengan RM 300 juta Monsoon Cup dan RM 200 juta masjid Kristal.
Mampukah Wan Hisham mengadakan 3 majlis perkahwinan anaknya, sekiranya majlis reception di Heritage Bay Club sahaja sudah berharga RM 70,000.00. Gaji Exco setiapbulan yang diterima adalah lebih kurang RM 10,000.00. Elaun Pengerusi TDM lebih kurang RM 4,000.00.

Sunday, September 9, 2007

Siapa Pimpinan UMNO Terengganu Yang dibiayai Patrick Badawi

Apabila membaca berita dari Harakah tentang Patrick Badawi membiayai beberapa pimpinan (Patrick Badawi Bolot Semua) UMNO Terengganu, saya mencari sesuatu yang relevan !
Akhirnya sampai juga ke telinga, seorang pimpinan UMNO Terengganu yang mengahwinkan anaknya baru-baru ini. Bukan main gemilang (Malaysiaku Gemilang) lagi sambutan majlis perkawinan itu. Iklan perkahwinan tersebut pun cukup hebat dipropagandakan, dengan rentangan 'banner' diseluruh ceruk rantau bandar Kuala Terengganu. Keseluruha majlis sambutan perkahwinan itu ada empat acara, seperti yang di paparkan disebuah laman web sebagaimana catatan dibawah;

here i would like to inform you guys the tender opening for the following events. the wedding of wan kamelia dato' wan hisham with mohd fadly datuk ismail.
event 1- Solemnization of matrimony date: 10 august 2007. time: morning crowd: 200-300 ppl close family member venue: bride's house, kuala terengganu
event 2. Brides reception 1 date. 10 august time: night crowd: VVIP and royalties. 800 ppl (errata) venue: Heritage Bay Club, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

event 3: Brides reception 2 date 11 august 2007 time: whole day. crowd: 15 000 expected guests venue: bride's house, kuala terengganu

event 4: Garden Party date 11 august 2007. time : night crowd: 30 ppl close friends only. venue: bride's house, kuala terengganu

Samada benar atau tidak berita yang sampai kepada saya itu perlulah kita sama-sama menyemaknya. Oleh itu kita fokuskan kepada event 2, didalam catatan diatas.
Berita yang sampai kepada saya adalah, seorang pemimpin UMNO Terengganu, mengadakan majlis perkahwinan anaknya di Heritage Bay Club (Kelab Teluk Warisan) secara tertutup, ekslusif dengan gilang gemilang dan dihiburkan dengan persembahan para artis. Oleh itu, dalam laman berkenaan juga saya terlihat gambar ini;

Cuba perhatikan kearah mana sibaju biru memandang, kepada seseorang sedang memegang gitar, sambil menyayi. Pasti semua kenal, itulah Ramli Sarip. Antara artis yang menghiburkan
para hadirin di majlis sambutan di Kelab Teluk Warisan.

Jadi boleh jadi benar berita yang disampaikan kepada saya bahawa, majlis ekslusif yang
gemilang gemilang di Heritage Bay Club, dengan jamuan makan malam dan dihiburkan oleh artis termuka tanah air menelan belanja tidak kurang dari RM 70,000.00,

Adapun berita yang sampai ke telinga saya menyebut lagi bahawa;
Wan Hisham tidak membayar semua kos itu, tetapi semuanya diselesaikan oleh Patrick Badawi.

Jadi kesimpulannya, benarlah ada beberapa pimpinan tertinggi UMNO Terengganu yang dibiyai oleh Patrick Badawi sebagaimana yang dilaporkan.

Friday, September 7, 2007

Fertigasi Mega Tidak Memahat Sejarah


Projek Fertigasi yang begitu ditonjol-tonjolkan oleh Deris Jusoh dan Mat Jidin bukanlah teknologi baru yang memahat sejarah. Tetapi ianya satu teknologi yang keringgalan zaman. Artikel "Artikel Kegagalan Tahun Pertanian Terengganu 2006' telah turut di terbitkan didalam Blog Rajapetra yang tersohor 'Malaysia Today' pada 19/07/07.


Ramai yang memberi komen, antaranya menyebut bahawa fertigasi berasal dari Israel. Kemudian dibawa ke Belanda, dan disebarkan ke dunia ketiga. Sebab itulah kita lihat berita tentang 'Sutratani' dipaparkan sebesar-besarnya, kononnya Deris Jusoh hebat mengambil orang Belanda menjadi penasihat. Mengapa tak ambil sahaja orang Israel?


Sutratani diuruskan diuruskan oleh TRG Sutratani Sdn Bhd, anak syarkita kepada TADC. Manakala TADC pula adalah anak syarikat di bawah PERMINT. TADC melalui TRG Sutratani Sdn Bhd inilah yang telah menggunakan RM 4 juta dari RM 20 juta Dana Fertigasi Mega. Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) yang telah membuat usahama dengan JPB Greentech Sdn Bhd, yang pengarahnya adalah Mat Belanda Luuk Rania . Kita merasa sungguh hairan, mengapa TADC menggunakan orang asing didalam projek Fertigasi. Apakah Dr.2 dan para pakar di MARDI tidak ada kelayakkan? JBP adalah hanya satu syarikat yang disenaraikan didalam Malaysia Dutch Business Council (MDBC) yang juga tersenarai beberapa syarikat Malaysia lain selain darinya.


Manakala projek Fertigasi Mega, yang menelan belanja RM 20 juta wang rakyat, menjadi kelam kabut dan berkecamuk. Tinjauan yang dibuat setakat ini, daripada projek yang telah dilaksanakan, hanya 20% sahaja projek yang telah berjaya. Manakala banyak lagi yang belum dilaksanakan dan ada yang telah meninggalkan 'kerangka besi fertigasi' kerana tidak mampu mengusahakannya setelah gagal pada kali pertama. Sekiranya RM 20 juta itu digunakan untuk pertanian moden biasa, ribuan petani kecil dikampung-kampung yang boleh dibantu.
Kecenderungan kerajaan Terengganu melaksanakan projek-projek Mega yang asing kepada rakyat (Monsson Cup, Masjid Kristal dll) adalah amat dicurigai. Projek-projek sebegini, yang asing bagi rakyat, mungkin salah satu cara bagi kerajaan Deris Jusoh menarik sokongan dan publisiti. Rakyat tidak dapat membuat 'check and balance' dan tidak mampu membuat penilaian samada hasilnya berjaya atau tidak dan memberikan kesan kepada kehidupan rakyat; rakyat tidak perlu tahu! Tapi mampukah Deris Jusoh, Mat Jidin, Wan Hisham, Rosol dan Mat Said menipu semua rakyat ???