Friday, August 2, 2013

Bagaimana kalau PAS dan Che Long yang menang pada PRK Kuala Besut?

Ia hanya reaksi spontan, kata Tengku Zaihan, apabila ditanya pemberita tentang tindakannya mempamerkan kertas undi yang telah dipangkah pada petak berlogokan ‘dacing’, semasa mengundi pada pilihanraya kecil (PRK) Kuala Besut 24 Julai lalu.

“Anda tahu, saya tidak mendapat tidur yang cukup untuk 12 hari yang lalu, saya letih. Mungkin itulah sebab mengapa saya bertindak balas secara spontan(mempamerkan kertas undi),

BN CC PRK K Besut“saya sedang mahu melipatkan kertas undi dan mahu memasukkannya ke dalam peti undi apabila jurugambar dipanggil nama saya dan ketika itu saya tidak sengaja menunjukkan kertas undi dalam tindak balas kepada mereka,” katanya.

Itu alasan calon BN yang telah diisytiharkan sebagai pemenang dalam PRK Kuala Besut, yang penuh kontroversi.

BN hanya mendapat 158 undi lebih dari keputusan pada pilihanraya umum (PRU) lalu, dengan perbelanjaan yang diisytiharkan hampir setengah bilion.
Pada PRU kali ke-13 lalu, tempoh kempen lebih panjang, lebih 2 hari berbanding tempoh kempen PRK Kuala Besut.

Selepas 14 hari berkempen, pastinya ramai calon-calon yang bertanding letih dan tidak cukup tidur.
Berbanding PRK Kuala Besut yang menurunkan jentera Umno dan jentera kerajaan 1 Malaysia, PRU-13 lebih memenatkan kerana kerja-kerja kempen bertumpu kepada calon dan jentera tempatan sahaja.

Pemerhatian yang dibuat, sepanjang kempen PRK Kuala Besut, Tengku Zaihan tidak banyak mana kerjanya, semuanya diatur oleh ‘command centre’ BN yang berpusat di kem Damai di Kampung Raja [Gambar kanan atas].

Perjalanan calon BN itu pun tidak dilihat sukar kerana setiap kempennya diapit oleh hampir keseluruhan menteri-menteri kerajaan persekutuan.
martek prk k besutDengan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membelanjakan RM10.4 juta membina MARTEK [Gambar kiri bawah] dengan 2,789 pegawai dan anggota polis dari seluruh negara, untuk menjaga keselamatan dan keamanan sepanjang tempoh kempen pilihan PRK Kuala Besut.

Apabila bersama pak menteri tentulah Tengku Zaihan bergerak ke mana-mana dengan iringan ‘siren’ yang meraung!

Publisitinya pula, Tengku Zaihan ‘tak lelah’ mahu memikirkan apa siaran media atau kenyataan media yang perlu dibuat.

Dengan kerahan lebih 200 orang wartawan dari pelbagai media perdana, stesyen televisyen dan puluhan pemblog upahan Umno, apa yang sebenarnya meletihkan calon BN itu?

Bagaimana keadaannya, sekiranya BN kalah dan PAS menang, sebaliknya calon PAS Che Long yang menayangkan kertas undi tersebut kepada pihak media?

Bolehkah Che Long mempertahankan dirinya dengan berkata, beliau mempamerkan kertas undi ‘tanpa hasrat’ untuk menunjuk-nunjuk dan tanpa niat untuk melanggar Seksyen 5(2) and (3) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954?

Seksyen tersebut menyatakan;
(3) Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau telah di undi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat mengundi tentangcalon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi ditempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor kertasundi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu