Wednesday, January 23, 2013

Lawatan ke Gaza; Cubaan Najib Meraih Undi Simpati?

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/PA-Religious-Endowments-Minister-Mahmoud-al-Habasha.jpgDua bulan lalu, pada 20 November, 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Malaysia mempunyai hubungan tidak langsung dengan Hamas sebagai parti pilihan rakyat Palestin.

Beliau berkata demikian kerana menurutnya Malaysia akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf gerakan itu, sebaliknya mengiktiraf adanya sebuah negara, iaitu Israel.

"Oleh kerana Hamas di dalam artikel penubuhan parti itu mempunyai hasratpertamanya sudah tentu tidak mengiktiraf Israel, keduanya berusaha untuk menghapuskan negara Israel, ini satu perkara yang tidak diterima oleh PBB.

"Malaysia merupakan ahli kepada PBB, kita sebenarnya tidak ada pilihan melainkan untuk tidak mengiktiraf Hamas ini, tetapi kita mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan Hamas sebagai sebuah parti yang menguasai atas pilihan rakyat Palestin untuk menubuhkan kerajaan," katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul tergempar Parlimen Malaysia yang mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel keatas wilayah Palestin di Gaza yang Mengorbankan nyawa rakyat Palestin.

Mohamed Nazri menjawab saranan Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) supaya Parlimen mengiktiraf Hamas.

Tiba-tiba, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak engadakan lawatan rasmi ke Gaza sedangkan Malaysia tidak ada hubungan langsung dengan Hamas.

Ironinya lawatan tersebut dilakukan 'serta merta' pada saat masa menghampiri pilihanraya umum ke-13.

Respons kepada lawatan Najib itu mendapat ulasan  Joseph Chinyong Liow, Dekan Bersekutu Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam Singapura.

Menurutnya, walaupun isu Palestin dan Gaza merupakan 'isu emosi' rakyat Malaysia, namun katanya, lawatan itu tidak akan menjadi membawa sebarang perubahan besar kepada politik Malaysia.

"Ia merupakan satu isu 'emosi' bagi rakyat Malaysia, ia akan menarik perhatian kerana ia berkait dengan undi orang Islam dan cubaan untuk meraih undi kerana isu Palestin merupakan isu yang paling menarik simpati,"ujarnya kepada agensi Bloomberg.

Propaganda besar-besaran dilakukan oleh akhbar pro Umno-BN dengan meletakkan gambar Najib bersama Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh di muka hadapan.

Namun sebagai ketua negara Malaysia, lawatan najib dikkritik kerana menggunakan 'pintu belakang' mengenepikan protokol Pihak Berkuasa Palestin (Palestine Authority - PA).

Menteri Awkaf dan Hal Ehwal Agama Pihak Berkasa Palestin, Mahmoud al-Habash (Gambar) berkata lawatan Najib berkait dimensi politik dan mesti melalui meja diplomatik pihak berkuasa Palestin.

"Kami tidak menentang sebarang lawata kemanusiaan (oleh Najib) tetapi apabila lawatan (Najib sebagai Ketua Negara) ia mempunyai dimensi politik, ia mesti melalui protokol negara (Pihak Berkuasa Palestin),"kata Mahmoud al-Habash dipetik agensi berita MENA.

Selain itu, Presiden Palestin Mahmud Abbas turut mengkritik lawatan Najib.

Kenyataan yang dikeluarkan pejabat Mahmud Abbas menegaskan lawatan Najib menafikan kewujudan negara Palestin sebagaimana yang diiktraf oleh seluruh dunia pada sidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 29hb November lalu.