Friday, October 4, 2013

Telus, akauntabiliti dan integriti apa? Selepas puluhan binaan ‘punoh’, ‘rosok’ dan runtuh ‘beghudung’?

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara Tan Sri Lee Lam Thye, turut ‘tumpang sekaki’ memberi komen tetang insiden terbaru runtuh ‘beghudung’ sebahagian masjid Kampung Tebauk yang dilaporkan berlaku pada Sabtu 29 September.

“Oleh yang demikian, kejadian seumpama itu juga harus disiasat oleh Jabatan Kerja Raya dan juga SPRM sebagai isu integriti,”katanya dalam satu kenyataan.

Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terenganu, Ahmad Farrin Mokhtar berkata Lesen kontraktor yang terbabit dalam pembinaan Masjid Kampung Tebauk di sini yang runtuh sebahagian bumbung dan silingnya semalam boleh ditarik balik jika mereka didapati gagal mematuhi prosedur ditetapkan.

Pengarah JKR Tererengganu, Datuk Shafii Mohammad berkata, Forensik Jabatan Kerja Raya atau JKR akan segera menyiasat insiden bumbung Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu yang runtuh pada awal pagi Ahad selepas mendapat arahan kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pula mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebarang unsur rasuah melibatkan proses pembinaan masjid yang runtuh di Kampung Tebauk, Bukit Tunggal .

Beliau berkata pihak kontraktor dan pembekal bahan binaan harus disiasat untuk mengesan sebarang penyelewengan dan sama ada pembinaan mengikut spesifikasi pihak berwajib.

“Insiden masjid runtuh hari ini harus diambil perhatian oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya). Ada yang tidak betul. Saya minta SPRM menyiasat sepenuhnya kes ini,”kata Ahmad Said

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata beliau mahu pasukan pakar yang ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian bumbung dan siling runtuh di Masjid Kampung Tebauk, Terengganu Ahad lepas dan mengemukakan laporan siasatan mereka akhir bulan ini.

Berikut dilampirkan senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008:

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh: 12 April 2008
Harga: RM2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Tarikh: 2 Jun 2008
Harga: RM292 juta
Punca: “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang Batu Burok bocor
Tarikh: 5 Jun 2008
Harga: RM18 juta

4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal
Tarikh: 29 Jun 2008
Harga: (terminal ) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh: 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – tumbang.
Tarikh: 6 Ogos 2009
Harga: RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh: 3 Oktober 2009
Harga: RM2.1 juta

8. Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh: 29 Mac 2010

10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang
Tarikh: 9 Januari 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina.

11. Astaka dalam pembinaan di Besut
Tarikh: 21 Jun 2012

12. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh: 19 Julai 2012

13.Tangki air Sekolah Menengah Paka
Tarikh: 24 Julai 2012

14. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh: 30 Disember 2012

15. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih
Tarikh: 20 Februari 2013

16. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh: 20 Mei, 2013
Harga: RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah:
1. Binjai Souq
2. Bazaar Warisan
2. Masjid Kristal (22 November 2008)
3. Masjid Kampung Lingai (4 November 2009 – harga RM3 juta)
4. Taman Tamadun Islam – stor dewan runtuh pada Julai 2010
5. Masjid An Naim, Dungun
6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulihnya.
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta
7. Pasar baru Kedai Buluh
8. Pasar baru Manir
9. Dewan serbaguna dan masjid di Ketengah
10. Taman Panorama Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu

No comments: