Saturday, January 5, 2008

Yuran Sekolah - Kerajaan Tipu Rakyat

Yuran Sekolah, rakyat betul2 dah kena tipu dengan Pak Lah dan Hishamudin. Bajet buat konon 'pendidikan percuma' tapi semua yuran naik. Yang pelik pasal apa Yuran MSSM pun semua budak kena bayar?

Baca harakahdaily tentang yuran yuran

Ni berita Hishamudin nak ek... konon ibu bapa lega padahal sampai hari ini, ibu bapa masih mengeluh.

Banyak blogger dan laman yang dah ulas pasal ni, rakyat tak dapat terima ! Yang dilupuskan hanya RM 4.50 dan RM 9.00

Baca berita ini pula :

Kenyataan persekolahan percuma mengelirukan



Friday, 04 January 2008

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bantuan tersebut meliputi dana tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), pemberian buku teks, penghapusan yuran peperiksaan dan sekolah serta pakaian sekolah.

‘‘Peruntukan tahun ini adalah 57 peratus lebih tinggi daripada tahun lalu.

‘‘Butirannya akan saya umumkan dalam perutusan tahun baru kementerian esok,’’ katanya pada sidang akhbar sempena lawatan kerjanya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Puay Chai sempena hari pertama persekolahan tahun ini di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rungutan ibu bapa yang rasa diperdayakan dengan kenyataan persekolahan adalah percuma. Rungutan mengenai bayaran tambahan tinggi yang dikenakan oleh sekolah meskipun yuran sekolah dan khas wajib dimansuhkan oleh kerajaan.

Dalam hubungan ini, Hishammuddin mengingatkan, bayaran tambahan itu adalah tidak wajib dan ibu bapa yang tidak mampu berbuat demikian boleh membincangkan perkara tersebut dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah.

Beliau berkata, sekiranya tidak berjaya, mereka boleh membawanya ke peringkat daerah, negeri dan kementerian yang mungkin dapat mengecuali atau membenarkan bayaran ansuran.

Menurut beliau, mereka yang berkemampuan seharusnya bersedia menyumbang kepada sekolah sebagai penghargaan kepada jasa baik para guru.

‘‘Ia adalah amalan terbaik yang dapat membantu semua pihak apatah lagi selepas 50 tahun kemerdekaan dan rakyat berpeluang menerima pendidikan terbaik,’’ katanya.

Ditanya mengenai aduan ibu bapa di Kedah yang mendakwa terpaksa membeli buku Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) untuk anak-anak mereka, beliau berkata, ia sedang dipantau Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim.

Katanya, MSSM mempunyai dana yang banyak dan bagi jangka masa panjang, perkara itu perlu dibincangkan dengan cara terbaik.

‘‘Saya tidak mahu sekat tetapi janganlah jadikan amalan perlu diwajibkan dalam keadaan ekonomi yang kukuh.

‘‘Yang tidak mampu tidak perlu diwajibkan dan kita akan menghubungi Pengarah Pelajaran Kedah, Datuk Abdul Rahman Yop mengenai perkara ini,’’ jelas Hishammuddin.

Terdahulu dalam lawatan kerjanya ke Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur, beliau berkata, bekalan buku teks percuma ke seluruh negara telah mencapai tahap hampir 90 peratus.

Menurutnya, semua sekolah dijangka menerima bekalan buku teks secukupnya pada minggu kedua sesi persekolahan tahun ini.

Beliau menambah, bagi mendapat penjelasan lanjut mengenai isu atau masalah buku teks, kementerian menyediakan talian hotline Bahagian Buku Teks, iaitu 03-88844290.

Sementara itu, Hishammuddin memberitahu, bantuan KWAPM tahun ini dijangka mencecah RM343.16 juta untuk membantu seramai 931,673 pelajar dengan agihan tambahan sebanyak RM18.17 juta bagi 25,960 pelajar Orang Asli dan suku kaum Penan.

‘‘Jumlah keseluruhan RM214.69 juta yang diperuntukkan untuk penyaluran KWAPM bagi sesi persekolahan ini melibatkan murid tahun dua hingga enam.

‘‘Sebanyak RM85.4 juta pula akan diagihkan kepada 224,579 murid tahun satu dan pelarasan tahun dua hingga enam manakala sebanyak RM43 juta akan disalurkan kepada 88,650 pelajar tingkatan satu atau kelas peralihan,’’ ujarnya.

Beliau berkata, bayaran itu akan dibuat secara berperingkat bermula awal bulan ini hingga 15 Januari ini, meliputi Perlis, Perak, Sabah, Sarawak, Labuan, Negeri Sembilan dan Melaka dengan melibatkan RM126.4 juta dan 332,570 pelajar.

Katanya, kementerian juga sedang berusaha mempercepatkan bayaran ke negeri-negeri yang dilanda banjir iaitu Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Kedah iaitu pada anggaran RM73.4 juta dan melibatkan 247,296 pelajar. UTUSAN


MACAMANA RAKYAT TAK KELIRU, KERAJAAN CAKAP TAK BETUL !

Tengok pula Video Klip PC KeADILan di bawah: