Wednesday, February 25, 2009

Komen Pemimpin UMNO Terengganu Yang Paling Bodoh !


Kejayaan BN di Perak bukti UMNO semakin kuat

KUALA TERENGGANU - UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini dilihat semakin kuat selepas mengalami tsunami politik pada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan lima negeri termasuk Kelantan jatuh ke tangan pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Marang, Yahya Khatib Mohamad berkata, kekuatan itu terbukti apabila BN berjaya merampas kembali Perak daripada Pakatan Rakyat selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas menyatakan sokongan terhadap BN.

Menurutnya, Perak hanyalah permulaan kepada kebangkitan BN dan beliau yakin banyak lagi negeri pembangkang lain akan jatuh ke tangan BN apatah lagi PR sendiri tidak stabil serta mengalami krisis dalaman.

“Walaupun kita kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu lalu, namun ia tidak menggambarkan prestasi BN secara keseluruhan kerana pada dasarnya rakyat masih lagi menyokong kita,” katanya semalam.

Beliau berkata, rakyat sendiri terutama yang berada di negeri di bawah pentadbiran PR sudah serik dengan kerajaan pembangkang dan mereka pasti akan kembali kepada BN terutama pada pilihan raya umum akan datang.

“Inilah keadaan sebenar sekarang dan saya yakin PR akan berkubur nanti kerana rakyat hilang kepercayaan terhadap mereka,” katanya.


Itulah petikan dari Sinar Harian Edisi Terengganu 25 Februari, 2009.

Dan itulah komen pemimpin kanan UMNO Terengganu yang paling tidak cerdik berkaitan krisis perlembagaan negeri Perak.

Kalau UMNO bertambah kuat, UMNO sepatutnya berani untuk menghadapi pilihanraya semuala yang baru di negeri Perak.

Kalau UMNO sesungguhnya memang kuat, sudah tentu apa jua keadaan yang menimpa UMNO di Kuala Terengganu, BN akan menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Kalau UMNO benar-benar kuat, sudah tentu tidak ada perpecahan yang berlaku yang menjadikan UMNO Terengganu terbelah menjadi dua kem.

Kalau UMNO benarr-benar hebat, bubarkan DUN Perak sekarang apabila krisis terbaru, Speaker DUN Perak menggantung MB Barisan Nasional Dr Zambry selama 12 bulan dan para Exconya 8 bulan.

Yang saya kenal Yahya Khatib ni, jawab soalan dalam DUN Terengganu pun kelam kabut, berpusing-pusing dan sokmo susup punca.

So, kalau Yahya sendiri hebat, kuat, gagah, tak perlu Alias Abdullah tolong dia beri pitih kepada para perwakilan UMNO Marang, supaya memilihnya untuk jawatan Ketua Bahagian.

Elok jugalah kalau Mad Said pecat sahaja Yahya yang menderhaka kepada arahannya !

Monday, February 16, 2009

Umno Terengganu akan kemuka laporan kekalahan BN

KUALA TERENGGANU: Umno Terengganu akan menghantar laporan hasil bedah siasat punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,tidak lama lagi.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Mat Rosli Hassan, berkata hasil kajian punca kekalahan itu dibuat oleh Adun angkat dan setiap laporan dikemukakan tidak ditapis Umno negeri - Berita Harian Online

Gitu semo besungguhnye Tok Rosli Jepun tuh, sapa nok antor laporan kaloh ke Najib. Laaaaaaaa.... bak pe nok antor sangat-sangatnya, bukang Najib ada sokmo-sokmo.

Dari mmula angkat tangan Wan Farid masa isytihar jadi calon kat rumah rasmi MB, sampai waktu jatuh tangan sebab kaloh pun kat rumah rasmi MB jugok??

Doh bakpe ? Najib dok tahu ke pasal apa BN kaloh? Kan beribu-ribu SB-SB berkeliaran dimerata tempat, sama jugok macam menteri-menteri berkeliaran merata-rata !

Sebab tu masa petang 17hb tu, Najib tak gi kat stadium.. dia terus gi kat rumah rasmi MB, apasal?

Sebab dia dah tahu BN kaloh, mana dia tahu...? sebab SB-SB dah khabor awal.

Hok tu SB, MIO beribu-ribu gok, hok puok MIO ni, awal lagi dia dah khabor, BN kaloh kalu BN ambil Wan Farid wak jadi calon. Tapi bak ke degil, masing-masing berapa hebat belaka...... maknanya sebab hebat tu, buh sapa-sapa pun BN boleh menang.

Macam salah satu papantanda puteri umno hok sesat dia kata "BN adalah segala-galanya" ??

Jadi mana dok berasa hebat, memang berasa hebat, bakpe dok hebat, nak-nak peti undi ada seorang menteri jaga, bukang senang boleh pilihanraya macam pilihanraya kecik kuala terengganu.

Bayangkanlah, Puterajaya jadi kosong....! Bak pe jadi kosong,,,, sebab semua menteri turun belaka ke kuala terengganu kalu dok caya, acu tengok senarai kat bawah ni







Friday, February 13, 2009

Kerajaan Minoriti Pimpinan Barisan Nasional Perak




Fakta Kajian Krisis Perak

507 pengundi berdaftar di Perak dipilih dalam kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center ekoran krisis politik di Perak

Hasilnya

76 % mahu "pilihan raya menerusi rakyat"
74 % mahu DUN dibubarkan

62 % kata istana tidak mencerminkan kehendak rakyat
33 % mahu pilihan raya yang baru

29 % kata istana menggambarkan kehendak rakyat.
28 % mahu kerajaan baru terus memimpin

21 % kata istana mempunyai "hak"

Maknanya

Dr Zambry sedang memimpin sebuah kerajaan minoriti yang tidak dikehendakki oleh majoriti rakyat Perak. TPM Najib Razak dibelakang segala konspirasi memaksakan keputusan peribadinya diterima istana dengan bantuan Anuar Zaini.
Istana Perak umpama ‘menanggung biawak hidup dan khabarnya Raja Nazrin sudah pun bertemu dengan Presiden PAS.
Pak Lah Badawi tidak pernah dirunding oleh Najib, hingga saat akhir jam 11 pagi Khamis 5 Februari di Bagan Serai, terus mengaggap Nizar MB Perak dan telah berjanji akan bertemu.
Zambry melantik Exco baru kerana tidak percaya kepada orang-orang lama UMNO dan terpaksa melantik penasihat-penasihat daripada MIC dan MCA kerana Barisan Nasional menghadapi masalah sokongan rakyat Perak yang menolak kerajaan mininoriti yang di pimpin oleh Dr Zambry yang ditolak oleh majoriti rakyat Perak



Download Kajian Merdeka Center

Thursday, February 12, 2009

Sama Tapi Tak Serupa


Kaum India Perak tidak akan terabai

IPOH 8 Feb. - Masyarakat India di negeri ini tidak perlu bimbang kerana mereka dijamin akan mempunyai wakil dalam kerajaan negeri Perak, kata Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, pihaknya sudah mempunyai mekanisme untuk memastikan kaum itu mempunyai wakil dalam kerajaan negeri walaupun tiada wakil rakyat India dalam Barisan Nasional (BN) Perak.

''Kepentingan masyarakat India di negeri ini tidak akan diabaikan dan mereka dijamin akan mempunyai wakil dalam kerajaan negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita semasa menyaksikan masyarakat India menyambut perayaan Thaipusam di Kuil Subramaniar, Gunung Cheroh di sini hari ini.

Semasa lawatan itu, Zambry turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kuil Subramaniar pada tahun ini.

Turut serta, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah dan Pengerusi MIC Perak, Datuk G. Rajoo.

Sementara itu, Rajoo memberitahu, MIC berharap jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan diberikan kepada kaum India.

Katanya, ini kerana Speaker DUN boleh dilantik dari kalangan bukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

''Kita sudah menghantar tiga nama yang mempunyai pengalaman dalam bidang perundangan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan sebagai Speaker DUN Perak.

''Selain itu MIC juga berharap seorang pegawai bertaraf exco dapat dilantik khusus bagi menjaga kepentingan masyarakat India di negeri ini," katanya.

Murugiah yang juga bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Perak dan Kebangsaan berkata, pihaknya tidak akan mendesak atau memberi tekanan kepada BN supaya memberikan jawatan kepada wakil kaum India di negeri ini.

''Apa yang penting, kita mahu kebajikan masyarakat India di negeri ini dijaga," ujar beliau.

Murugiah berkata, selain menjaga Biro Pengaduan Awam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga telah mengarahkan beliau untuk menjaga kebajikan masyarakat India.