Selama 56 tahun hidup Malaysia diharungi, seingatan pemikiran ini,
tidak pernah gabungan perikatan, dari simbol ‘kapal layar’ hinggalah
gunakan simbol ‘dacing’ menjadi kelam kabut seperti waktu sekarang ini.
Tidak sampai 3 hari dari tarikh pilihanraya umum kali ke-13 pada 5
Mei, Utusan Malaysia meludah ke muka ‘transformasi’ Najib 1Malaysia, dan
menuding kekalahan BN berpunca dari Tsunami Cina.
[Gambar - Najib dan Ahmad Said, sama-sama menipu orang Melayu, Cina dan India, rakyat Terengganu pada 13 Disember 2008]
Najib menjadi ‘sesak nafas’ dan terpaksa menukar samarannya,
mempertahankan Utusan dan bertukar bukan jadi Perdana Menteri kepada
semua, tetapi menjadi Perdana Umno-Putra.
Anak-anak muda di menara gading dituduh sudah tunjuk taring kerana
dihasut oleh Pakatan pembangkang, begitulah lebih kurang kata pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), sebuah badan yang tidak lagi
‘nuetral’.
Kalau ada dalam hati terpalit sedikit rasa jati kendiri, pasti
pengerusi SPR itu tidak menjawab menggunakan label parti kerana badan
pengendali pilihan raya sepatutnya lebih dari berpendirian ‘atas pagar’.
Pengerusi SPR tidak perlu ‘sesak nafas’ dan mesti bercakap dengan
nada ‘penenang’, bersabar dan mengambil tindakan meneliti semua aduan,
membuat siasatan tanpa sebarang prejudis.
Menempelak anak muda dan mahasiswa yang dua, tiga kerat menyerahkan
memorandum boleh menyebabkan 20 atau 30 ribu anak muda yang lain merasa
‘dijerkah’ juga.
Najib sudah tidak dapat menyembunyikan samaran ‘transformer’ nya,
yang sepatutnya selaku perdana menteri 1malaysia tidak sayugia dia hanya
menjadi perdana menteri umno, bukan PM melayu, bukan PM cina dan bukan
PM india.
Sama dengan mentornya Mahathir yang juga ‘sesak nafas’ dengan
kekurangan kerusi BN, terus mengutuk kaum cina sebaik mencecahkan kaki
ke tanah malaysia sekembalinya dari Eropah, sedangkan dia pun bukanlah
melayu tulin.
Sketsa drama pemimpin umno sama skripnya sejak berpuluh tahun dulu
sedang semua parti lain mengalami transformasi, sebaliknya parti tulang
belakang BN, umno yang menjaja transformasi tetap hidup umpama kaum
pangan.
Ramai orang melayu yang di doktrinkan supaya menjadi ultra, sesiapa
yang masuk belajar di ITM (kini UiTM) pasti masih hafal senikata ‘anak
kecil main api’ walaupun mungkin tidak ingat sepenuhnya.
Dalam usaha melahirkan profesional yang boleh bersaing dengan pasaran
global berbilang bangsa dan agama, tiba-tiba bakal ‘pro’ itu diajar
menjadi seorang ekstrimis perkauman, hidup melayu, hidup melayu!
Ungkapan senikata dalam lagu ‘anak kecil main api’ itu jelas
menerangkan maksud harta benda negara ini adalah milik rakyat yang mesti
dipertahankan, yang sepatutnya diagihkan secara adil kepada semua
rakyat kerana penjajah telah beredar.
Namun selama 56 tahun hidup ini, masih wujud sehingga sekarang kilang
papan milik wakil rakyat umno, melambangkan pemimpin umno yang kaya
raya mengaut harta ‘nenek moyang kaya raya’.
‘Tergadai seluruh harta’ kepada siapa setelah 56 tahun negara merdeka?
Tiba-tiba sorang bekas hakim ‘sesak nafas’ dan menjadi ‘sasau’ serta
berkata orang melayu akan balas dendam kepada orang cina? dan terlupa
undang-undang yang dipelajari dan diamalkannya, kata-katanya itu adalah
api perkauman yang menghasut.
Apa semuanya ini?
Sedang di negeri Darul Iman, yang jadi Menteri Besarnya masih
berlagak ‘ala’ samseng ‘taik kucing’ (meminjam kata-kata P. Ramlee)
mengugut semua pihak demi untuk meneruskan pemerintahannya.
Bukan hanya rakyat yang tidak mengundi BN menjadi mangsa dengan
ugutan tidak akan ada pembangunan, bahkan ‘khabarnya’ PM yang sama parti
dengannya, pun turut diugutnya, agar beliau kembali di tampuk kuasa.
Ahmad Said sendiri sebenarnya sudah ‘sesak nafas’ kerana berkali-kali
dia ‘mendabik dada’ berkata sebelum pilihanraya, BN akan menang besar
di Terengganu, namun bila keputusan diumumkan BN hanya lebih dua kerusi
sahaja.
Sebaik usai angkat sumpah, Ahmad Said juga menjadi tidak sedar diri
bahawa dia Menteri Besar untuk semua, bukan hanya Menteri Besar Umno,
namun penyakit Najib yang ‘sesak nafas’ menjadi PM kepada Umno, dituruti
oleh Ahmad Said.
Bukan Melayu, bukan Cina, bukan India yang sukar bernafas pada waktu ini, tapi pemimpin Umno dan Barisan Nasional!
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan
-
*Oleh : Amiirullah Mansor*
DUNGUN, 29 Disember- Kepentingan modul Bahasa Arab perlu diterapkan kepada
pelajar sejak sekolah rendah lagi bagi mengatasi ma...
4 years ago
No comments:
Post a Comment