Thursday, November 7, 2013

Umno-BN ‘Menang Dalam Kalah’ Dengan Menjual Maruah?

Sebagai ‘orang media’, sebagaimana ‘bos’ Sinar Harian yang hadir sendiri ke sidang media PAS untuk membetulkan fakta dan mempertahankan kredibiliti ‘korannya’, begitu juga dengan saya.

Dalam kes gambar ‘superimposed’ itu, Sinar Harian benar dan PAS salah kerana cuai.

Pemimpin PAS pun sudah membuat perisytiharan ia salah, sebagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan dirinya ‘tersalah’ dan minta maaf.
roti canai
Dan selepas itu, PAS tidak menghebahkan melalui media, hal-hal yang berkaitan dengan kes Muhyiddin, tetapi pemimpin Umno terus memberi ‘komen’ kerana mereka fikir ia akan dapat mengubah pemikiran pengundi Sungai Limau.

Sedang pengamatan saya, walaupun agak lewat menjejakkan kaki di tanah subur dan indah DUN Sungai Limau, tetapi bukan mudah untuk mengubah pemikiran penghuninya.

Walaupun ‘act’ orang Kedah lebih kurang orang Kelantan, tetapi orang Kelantan mungkin lebih ‘geger’ dari penduduk Sungai Limau.

Melihat kepada ‘karektor’ sipenebar roti canai di kedai kesuaan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan selepas subuh Jumaat pada 1 November, sudah menerpa dalam pemikiran saya, begitu ‘tulusnya’ orang-orang Sungai Limau.

Namun bukanlah saya mahu mempertahankan Sinar Harian atau mahu memperkatakan tentang gambar yang di ‘superimposed’, tetapi saya mahu memberi sedikit komen tentang artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian tentang ‘Sentimen Azizan antara punca undi PAS menurun’.

Memang menjadi hak kepada ‘cerdik pandai’ di menara-menara gading untuk memberi komen itu dan ini, kerana pihak media pun memang sering menggunakan ‘testimoni’ orang cerdik pandai menara gading.
IMG-20131030-WA0009
Namun kebanyakannya yang dipetik adalah, hujah yang memberi kredit kepada BN kerana menara gading sudah jadi macam ‘kandang’, memasung pemikiran intelektual.

Melalui maklumat ‘bawahan’ memang benar ada factor ‘negatif’ yang menjadi faktor ‘penolak’ kepada peningkatan jumlah undi kepada PAS, tapi bukan semuanya ‘faktor Azizan’.

Faktor Azizan juga masih memberikan ‘kredit’ kepada penarik, mengekalkan PAS menang kerusi DUN Sungai Limau.

Perbezaan pendapat antara kepimpinan PAS Kedah memang wujud dan ‘real’, namun ia berjaya dikendurkan apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turun padang.

Tinggal hanya sentimen emosi berbentuk terlalu peribadi yang tidak dapat dirungkai, sedang sepatutnya, tidak perlu lagi ‘berbalah’ dengan Ustaz Azizan yang sudah menjadi ‘arwah’.
20131105_212255
Pun begitu, pendapat yang agak melencong apabila cerdik pandai menara gading menebuk sangkaan karnival yang diadakan di Pondok Pak Ya (Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah) di Bukit Besar.

BN memang salah terpa jikalau menganggap setiap program yang diadakan, karnival dan ramah mesra memberikan impak kepada penurunan majoriti PAS.

Memang sudah menjadi kerangka besar persekongkolan ‘SPR dan BN’ untuk menyusutkan undi PAS apabila SPR mengumumkan bagi pihak BN akan mengadakan hari pembuangan undi pada hari bekerja.

Mereka telah mendapat hasil di PRK DUN Kuala Besut, maka ulang tayangnya dipamerkan pada PRK DUN Sungai Limau.

Ada helah dalam projek mengadakan karnival di Pondok Pak Ya yang cuba mengkambing hitamkan institusi berpengaruh dikalangan masyarakat Sungai Limau dan Kedah umumnya.

Pihak yang mengelola sekolah itu ‘hari-hari’ tidak terlibat dalam perundingan dengan agensi kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam menganjurkan program tersebut.

Yang terlibat secara terus dan langsung adalah individu yang masih berbalah dengan orang yang telah mati.
Itu pun melalui muslihat dan tipu helah, kerana pertemuan saya dengan pihak pengurusan sekolah mendakwa, tidak tahu menahu tentang rancangan menerbangkan Sang Menteri Shafie Afdal, untuk berucap dan menjadikan program carnival itu suatu program politik ‘totok’ Umno dan Barisan Nasional.
20131102_112113
Justeru sehari selepas karnival diadakan, Haji Salehuddin Haji Yahya, Pengerusi Lembaga Tadbir Pondok Pak Ya yang juga anak sulong lelaki al-marhum Tuan Guru Haji Yahya Junid terus mencetak ‘circular’ yang disebarkan.

Selain Haji Salehuddin, isteri kepada al-marhum Pak Ya, Hajah Saodah Haji Saad dan anak sulong perempuan Hajah Asma Haji Yahya menafikan mereka menyokong calon BN.

Bahkan mereka menegaskan, terus istiqamah menuokong perjuangan Islam dan menyeru masyarakat keluar mengundi dan memilih calon PAS Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Bukan namanya Umno dan BN kalau hanya sekali dua, membuat fitnah dan adu domba yang seolah-olah tidak menjadi satu ‘dosa’ kepada mereka.
sungai dedap
Guru agama, Ustaz Rozali Abdul Hakim, 76, menafikan dakwaan yang disiarkan akhbar Berita Harian yang menyatakan beliau bermimpi Dr Ahmad Sohaimi Lazim menjadi calon Barisan Nasional (BN).
Ismail bin Said dari Sungai Dedap mendedahkan tipu daya Umno-BN mengumpan dengan RM100 kemudian diisytiharkan keluar dari PAS.

Puan Sri Faekah, Balu kepada al-marhum Ustaz Azizan Sheikh Hamzah juga kesal dengan penyebaran SMS palsu yang mendakwa beliau menggesa pengundi memilih BN.
jual maruah
SMS palsu juga berterbangan pada hari terakhir sebelum pengundian yang mengadu domba menyatakan calon PAS Ustaz Mohd Azam Abdul Samat telah menag dan pengundi tempatan tidak perlu lagi keluar mengundi serta pengundi luar tidak perlu pulang untuk mengundi.

Itukah sebahagian perbuatan yang membanggakan, yang didakwa Ketua Wanita sebagai ‘menang dalam kalah’?

Bersukacitakah ahli-ahli Umno menerima kekalahan dan mendakwa pengundi Sungai Limau sudah kembali kepada Umno apabila Umno-BN menjual maruah dengan menjaja serbuk pencuci, kopi, gula, susu, tepung, biskut, milo dan beras dengan harga yang murah?

No comments: