Monday, November 11, 2013

ECER Memandu Transformasi; Lojika Berfikir Sang Menteri

Pada tahun 2008 ketika ADUN Kijal mula memegang tampuk pemerintahan, bagaimana caranya beliau mahu menandingi ADUN Jerteh, yang menggunakan slogan ‘Tiada Halangan Hanya Peluang’.

Lalu mungkin lojika pemikiran sang menteri itu mendapat akal dari lelehan idea rakan sementerinya di peringkat persekutuan, ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.

Maka di rekayasa slogan ‘ Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu’.
ecerMaksudnya sama, kesimpulannya bagaimana mahu menguasai pitih royalti wang rakyat yang sudah jadi dana.

Rejim yang lama sudah mengikis segalanya dengan projek Monsoon Cup, Taman Tamadun dan yang berkisar sekitar benteng pemecah ombak, ‘breakwater’ di muka Kuala Terengganu.

Amaran; ini bukan fitnah.

Monsoon cup sebagaimana diungkap menteri sang perdana adalah untuk merancakkan perniagaan dan menghidupkan bandaraya wawasan pesisir air dimusim banjir, bah air.

Katanya, perlumbaan perahu layar itu akan memberikan peluang kerja membantu para nelayan orang ke laut yang main dam, yang makan ubi rebus dan hirup kopi ‘o’, tidak susah pecah kepala!

Bukan fitnah kan?

Kalau tak percaya taip dan tanya ‘dr.google’, tulis monsoon cup 2013.

Mesti jumpa, apa yang jumpa? Tak ada!

Hari ini sudah masuk hari ke sebelas bulan november dan kalau masa dipusing ke belakang, pada tahun 2012 sekitar waktu inilah piala lumba perahu itu akan diberikan semula kepada pemenang, kepada juara yang sah bukan orang kita.

Tapi kenapa tak ada? Mana boleh tak ada!

Bukankah monsoon cup acara berprestij!

Kalau tak ribuan mesti ada ratusan nelayan yang sudah pandai mengendali kapal layar berharga RM1 juta sebuah itu kerana acara lumba perahu itu dimulakan pada tahun 2005, hampir 10 tahun yang lalu.

Ini bukan fitnah.

Masa projek buat ‘breakwater’ dan mendalam kuala berharga tidak kurang RM1 bilion itu, Eastern Corridor Economic Region (ECER) dah ada ke belum?

Ada ke belum?………..jawabnya belum.

Mantan sang menteri perdana melancarkan ECER sekitar 2008, sebelum beliau mengundurkan diri

Tapi bukankah masa itu juga sudah ada transformasi, tiada halangan hanya peluang? Tiba-tiba sang menteri berkata, ECER menjadi pemangkin transformasi Terengganu!

Dia sebut pasal Zon Ekonomi Khas Kerteh, sebut tentang Pulau Kucing, sebut pula tentang tanaman herba

Bukankah kerteh dah lama jadi kawasan industri, sejak petroleum dijumpa di negeri Terengganu pada 1978, berpuluh tahun sebelum ECER lagi dan memang layak sepatutnya terengganu jadi lebih maju.

Bahkan sepatutnya lebih maju dari Selangor dan Pulau Pinang

Tapi…………amaran; ini bukan fitnah!

Cuba ‘check’ semula pembangunan Pulau Kucing tu ada kelulusan ke tidak? Jangan tanya pasal Pulau Kucing lagi, tanya pasal pembinaan ‘breakwater’ yang sudah dibina sekian lama……….ada kajian atau tidak?
ubi gadong
Kalau sebut tentang kambing memang nak tergelak juga, bukan sebab ingat pasal lembu, tetapi mana dia projek kambing Kaprima puluhan juta sebelum ini?

Kalau sebut pasal herba, memang tak boleh lupa pasal kes ubi gadung sebab dia pernah sebut herba ubi gadung boleh membesarkan payu dara!

Kelmarin ahli parlimen Kuala Terengganu mendedahkan ucapan beliau diparlimen yang berani berkata, projek bebas cukai Tasik Kenyir dijawab oleh kementerian kewangan hanya lulus secara prinsip sahaja.

Ahli Parlimen Marang pun selalu sebut, bagaimana lojika berfikir sang menteri, buat zoo dalam bandar, buat kompleks bebas cukai dalam hutan?

Semalam orang langkap datang beritahu, harga getah murah, harga kelapa sawit murah, sang menteri sebaliknnya berbangga berkata, kita sudah mendapat pelaburan RM20.4 bilion.

Minggu lepas akhbar mendedahkan sebuab keluarga didungun, anaknya ke sekolah tidak cukup peralatan kerana duit cukup untuk beli beras sahaja.

Eh……..kalau tak silap kan RM60 juta dah habis untuk projek jelapang padi di langkap setiu………….???
Orang Langkap kata, tahun ini tak buat, berhenti sementara.

Sebab apa berhenti, adakah pasal terlalu banyak padi yang dihasilkan, dan gudang-gudang simpanan beras dan penuh, sebab itu kena ‘stop’ dulu tanam padi musim ini!

Ini bukan fitnah…………….

Itulah cara lojika berfikir sang menteri!

No comments: