Monday, August 16, 2010

"Yang Bermasalah Tidak Akan Dicalonkan"- Fatwa Hisham bakal melebar perpecahan

Pengerusi Umno Terengganu yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengeluarkan 'fatwa' semalam, mereka yang dianggap 'pengacau dalam UMNO' mungkin tidak dicalonkan pada pilihanraya umum akan datang, walaupun mereka adalah penyandang kerusi tersebut.

Hisham berkata pemimpin UMNO sedang mengamati perilaku para wakil rakyat terpilih untuk memastikan mereka mengikuti garis pandu yang ditentukan.

Sunday, August 8, 2010

Bodohnya Penulis Blog Teganuku! Kan... Nik Dir Seorang Jutawan Kroni

Sungguh tidak disangka, dalam tahun 2010, sepuluh tahun lagi menuju status negara maju, dan sembilan tahun lagi menuju 'negara bankrap', ada lagi penulis blog yang kurang cerdik, berfikiran seperti tahun 70-an.

Dalam 'posting'  pada 7 Ogos, penulis 'dungu' Teganuku cuba pula membodohkan rakyat Terengganu yang cerdik dan rakyat Malaysia yang sudah penuh  bermaklumat.
Kemudian, penulis yang sudah pasti seorang 'pencacai Umno', 'pengampu' dan menjadi 'penulis upahan Mad Said' itu cuba memburuk-burukkan Presiden PAS, Dato' Seri

Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga ADUN Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang.