Thursday, July 12, 2012

Errrrr........ Tok Deris, Mad Said.....Kerajaan Umno-BN.... Serai Kita Dah Berbunga.......


Kerajaan Terengganu mengenal pasti tiga program pertanian iaitu penanaman serai wangi untuk diceburi penduduk yang boleh bagi meningkatkan pendapatan mereka antara RM500 dan RM1,000 sebulan.

Itulah kata mantan Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh pada 18 Julai, 2007.

Deris berkata tiga jabatan telah diarahkan supaya menyelaras projek berkenaan yang membabitkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

"Sebagai permulaan, sebanyak 150 hektar akan ditanam serai wangi di tiga zon iaitu zon utara bagi daerah Besut dan Setiu, zon tengah bagi daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu dan zon selatan yang membabitkan daerah Dungun dan Kemaman," katanya

Beliau berkata pada masa ini sebanyak 140,000 anak pokok serai ditanam di Kampung Sekayu dekat sini oleh 36 peserta di kawasan seluas 10 hektar yang hasilnya dijangka diperoleh pada September 2007.


Selepas itu, Dato’ Seri Ahmad Said pula ambil alih kerajaan pada tahun 2008.

Ahmad Said sedap lagi cakapnya!

Dia kata Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menjalin kerjasama bagi memajukan industri serai wangi di Terengganu tahun depan (2009).

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata satu perjanjian persefahaman (MoU) bagi menetapkan kerjasama di antara ketiga-tiga agensi berkenaan akan ditandatangani tidak lama lagi.


“Di bawah perjanjian itu nanti, LPP akan bertindak sebagai pembeli hasil serai wangi daripada para petani. YPU pula menjalankan pemasaran manakala UiTM akan menjalankan kajian terhadap serai wangi,” katanya pada majlis makan tengah hari Menteri Besar Terengganu bersama warga tani.

Bernama melaporkan pada 30 Disember 2008, yang turut hadir ialah Pengerusi LPP Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ahmad yakin melalui kerjasama di antara ketiga-tiga agensi berkenaan, pendapatan penanam serai wangi di Terengganu akan meningkat.

Serai wangi boleh digunakan bagi menghasilkan pelbagai produk seperti sabun, losyen, perubatan dan minyak.

Ha...ha....ha... di Hulu Terengganu, tak tahulah samada pokok serai yang ditanam masih hidup atau telah mampus.

Tapi yang di Setiu, Datuk Deris Weehhhh..... serai yang kita tanam itu bukan setakat membiak, malah telah berbunga!

Bayangkanlah, berapa lama pokok srai yang tumbuh boleh berbunga?

Atau kita semua tak perah tengok, bagaimana pokok serai boleh berbunga?

Jadi kalau nak tengok serai yang sudah berbunga, boleh berkunjung ke Kampung Telaga Papan, Setiu bersebelahan dengan bangunan ‘SUTRATANI’ bernilai RM4 juta yang pernah dilancarkan oleh mantan Perdana Menti Abdullah Badawi.