Friday, November 16, 2007

TADC Lagi

Pada 18/11 ni Pak Lah akan mari Ghanu sekali lagi. Buat mende acap ngat ni? Mesti ada udang sebalik mee! atau Pak Lah memang berahi mari Ghanu, pasal kat ni dia buleh tido nyenyak. Dengor kabor Si Jin suka ngat duk kat Heritage Bay Club tu. Kalu Pak Lah mari Ghanu, memang si Jin akan duk situ.
Tak pe, tapi sebenornya, kat Mat Drih, Pak Lah nak mari Ghanu nak kelih projek ikan dan Telaga Papan. Tak tahu pulok ambe ad projek di Telaga Papan. Hok ambe tahunya, kat Bari ada lah. Projek Kerapu Harimau, kroni Mat Derih yang buat, bawah TADC lah, syarikat mana lagi.
Cumanya, memang sah projek-projek bawah Si Denan (Ir) akan pasti gagal. Adalah sebab-sebabnya, bukan ambe saje-saje nak kata.
Si Denan tu sebenornya, masa zaman Ayah Wan (Mokhtar) dulu pun dah diberi tanggungjawab untuk ternak menternak ni. Le ni ternok ikang, dulu dia ternok udang. Tahu dok lagi kat ane-ane projek udang tu?
Projek tu mudah je, kat Fikri. Ho...lah, Kg Fikri kat Setiu, lepas pada Saujana tu, iye slalu. Projek ternak udang ni sebenornya, jarang je orang tak untung. Kebanyakkannya memang untung. Dan memang orang ternak udang ni pasal nak untung. Tapi si Denan Ir (kononnya) ni pelik siket. Dia kata dia tak mboh untung, bo pulang modal sudahlah. So, dia pung ambiklah pekerja nak nguruskan projek udang ni. Antara pekerja yang dia ambik sapa lagi, kalu tak Pengerusi JKKK kampung tuh.
Maka awok-awok tu pun berpakatlah. Bukan berpakat bior berjaya, tapi pakat biar bo bo buleh untung je syarikat anak kerajaan negeri tu. So, dia orang mantain 2 kolam udang je. Dua kolam udang tu padang doh buleh modal semula. Kolam-kolam hok lain bukan lok gitu saje, dok. Kolam-kolam lain, dia ternak udang jugok, tapi dia jual sendiri. Black Market. Last-last syarikat HR Marine Farm pun lingkup. Itulah babak pertama si Denan yang diambil oleh Si Derih yang sedang nguruskan TADC.

Thursday, November 8, 2007

Bala diburu ‘api misteri’; YB ada anak luar nikah?


Pada suatu pagi minggu lepas, ketika sedang bersarapan dengan teman-teman di sebuah warung dekat Pasar Chukai. Tiba-tiba datanglah seorang kawan lama yang suatu ketika dahulu sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandul Alam Shah, Kemasik, Kemaman. Wah! lama sungguh kami ‘dok’ (tidak) berjumpa dan rasanya tidak kurang dari 10 tahun. Macam mana ‘nok’ (hendak) jumpa dia (Shahbery) bukan nama sebenar duduk di Kampung Darat Air Putih dan aku pula duduk di Kampung Darat Kijal.


Sambil sarapan pagi kami berbual-bual ‘kosong’ serta ‘membelek’ surat khabar. Tumpuan kami semua tertumpu dengan satu laporan akhbar berkenaan tentang cerita rumah seorang wakil rakyat iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih (N.32), Wan Ahmad Nizam Wan Abd. Hamid yang mengalami kebakaran. YB ‘Mat Nijam’ (gelaran popularnya) itu ditimpa musibah dengan berlaku kebakaran ‘misteri’.

Aku terus membaca laporan itu dari A to Z untuk tahu apa cerita sebenar. Tapi yang peliknya aku tengok Shahbery ‘relex’ dan sekali-sekala tersenyum ‘kambing’. He!, engkau ni apa hal orang duduk baca kisah rumah YB terbakar engkau pula asyik tersenyum sahaja. Ini YB kampung engkaulah, apa cerita tolong bagi tahu kat kami semua.

“Aku ‘dok’ (tidak) terkejut dengan apa yang berlaku kepada dia (YB Mat Nijam) dan kawan-kawan dia dalam Umno serta orang kampung yang tahu cerita tentang ‘feel’ perangai dia pun tidak terkejut dengan berita itu”, kata Shahbery.

Katanya, kejadian yang menimpa YB Mat Nijam itu adalah ujian dari Allah SWT supaya segera bertaubat jika benar dia bersalah dan sedia bertanggungjawab, mohon maaf dan ‘berubah’.

Aku dan teman-teman lain masih tidak berapa faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Shahbery itu dan mahukan cerita yang lebih lanjut lagi. Aku minta dia (Shahbery) ‘perdetailkan’ sikit apa kesalahan yang YB itu pernah buat dan lakukan. Aku kenallah sikit-sikit tetapi tidak serapat bagaimana Shahbery kenal dengan YB Mat Nijam itu.

Latar belakang kejadian api misteri

Sebelum itu, aku hendak cerita dahulu latar belakang laporan akhbar harian yang menjadi ‘kitab’ rujukan yang ‘mutawattir’ dan mutlak bagi orang-orang Umno bukan sahaja di Kemaman tetapi juga orang Umno di negeri Terengganu dan seluruh Malaysia amnya.

Akhbar KOSMO! 5 November lalu melaporkan, seorang wakil rakyat di Terengganu telah dihantui suatu kejadian misteri sejak awal Ramadan lalu dan kini sudah sampai ke pengetahauan para pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri termasuk Menteri Besarnya, Dato’ Seri Idris Jusoh ‘pengasas’ Ulul Albab Islam Hadhari di Terengganu.

Yang Berhormat (YB), Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, 40, mengaku kepada KOSMO! Sudah berbelas-belas kali dia ‘diserang’ api misteri berkenaan sehingga menyebabkan dapur dan bilik tidur rumahnya mengalami kebakaran ‘kecil’.

Lebih pelik lagi apabila ‘api’ seakan-akan mengikut jejak Ketua Pemuda Umno Bahagian kemaman itu ke mana sahaja beliau pergi dan gangguan itu termasuk ketika beliau menginap di sebuah hotel di Kuantan sebelum api tiba-tiba menyambar biliknya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Exco Kebudayaan, Beliau, Sukan dan NGO negeri berkata serangan terbaru berlaku pada hari Khamis 1 November 2007 lalu di bilik di tingkat bawah rumahnya di Kemaman.

“Sudah banyak kali berlaku tetapi saya ketika ini sedang berubat dan membuat solat hajat setiap malam,” ujarnya kepada akhbar berkenaan.

Apa yang menghairankan, katanya punca kebakaran tersebut tidak diketahui kerana ia berlaku walau pun pelbagai cara dilakukan termasuk memutuskan bekalan elektrik di rumahnya.

Sejak itu juga, beliau (YB Nijam) dan keluarganya tidak pernah tidur lena kerana bimbang jika rumahnya terbakar dan beberapa kali terpaksa ‘lari’ dari kediaman tersebut tetapi masih diekori oleh api misteri itu.

Kisah peribadi YB

Sebenarnya, Shahbery memulakan ceritanya kejadian yang sedang dihadapi oleh YB Nijam itu kerana dosa-dosa dan kesalahan yang dilakukannya sejak bergelar ‘Yang Berhormat’. Semua orang Kemaman yang mengenali batang tubuh dia akan tahu bagaimana baik-buruknya ‘feel’ perangai YB Nijam ini.

“Saya bukan tidak kenal dia (Nizam), kami sama-sama satu sekolah walau pun dia lebih senior setahun dari saya. Dia pimpin Pemuda Umno Kemaman dan jadi wakil rakyat di tempat saya (Air Putih),” ujarnya.

Katanya, ‘Mat Nijam’ (YB) itu bernasib baik dari saya kerana dia jenis orang ‘ligat’ dan boleh ‘naik atas’ (jawatan) sebab pengaruh arwah ayahnya yang pernah menjadi Penghulu Kemasik dan Air Putih. Jika hendak harapkan kredibiliti ‘no way’ (takdok jalan) jadi ‘YB Cap Ayam’ bolehlah.

Menurutnya lagi, YB Mat Nijam seorang yang berperangai angkuh, sombong, suka cakap lepas, sikap ego, tidak hormati orang lebih tua, hina golongan ‘ustaz’ terutama orang PAS dan jenis suka kepada wanita dahi licin.

“Saya ni bukan orang PAS dan ahli PAS jauh sekali, tetapi saya tengok dia (Mat Nijam) berucap dalam sidang dewan yang disiarkan secara langsung di pejabat U-Best Umno sangat ‘meluat’.

“Dia boleh cakap ‘lepas-lepas’ dan hina pada seorang ulama’ macam Haji Hadi dan Harun Taib,” jelasnya kepada aku dan teman-teman di warung tersebut.

Katanya, siapa dia (YB Mat Nijam) yang hendak hina orang dan adakah dia itu lebih baik dan lebih alim dari Tok Guru Haji Hadi itu.

Menurutnya, orang macam dia (YB Mat Nijam) hendak hina orang sedangkan dia sendiri tidak bayar hutang orang dan gaji orang yang buat kerja untuk dia.

“Bila orang pergi jumpa dia untuk dapatkan bayaran itu, dia ‘tengking’ orang dan dia hina orang. Ini menyebabkan orang ‘sakit’ hati dan Tuhan balas dengan balasan di dunia ini dahulu secara ‘cash’.

“YB kena ingatlah, kalau atas dunia ini Tuhan sudah balas dengan api misteri…macam mana jika sudah mati tidak sempat taubat dan balasan di dalam kubur dan di akhirat kelak?,” soalnya.

Anak luar nikah?

Beliau menjelaskan lagi, dari cerita-cerita yang sedang popular di kalangan orang-orang Umno sendiri bahawa YB Mat Nijam itu ada mempunyai seorang anak ‘luar nikah’?.

Katanya, jika betul bagai diperkatakan orang walau pun YB Mat Nijam itu cuba sembunyikan ‘nauzubillah’ dan dia tidak layak jadi pemimpin masyarakat.

Menurutnya, isu anak luar nikah, zina, arak, rasuah adalah amalan biasa bagi sesetengah pemimpin Umno dan pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Saya ada dengar khabar-khabar ‘angin’ di kalangan orang dalam Umno sendiri cakap, YB Mat Nijam itu ada kes anak luar nikah tetapi bukan di Malaysia tetapi di Indonesia.

“Orang sana (Indonesia) minta dia (YB Mat Nijam) bertanggungjawab tapi dia tidak mengaku. Jadi orang sana pun hantar bomoh sihirlah,” ujarnya.

Katanya, tidak mahu percaya macam hendak percaya tetapi hendak percaya sangat takut-takut juga tidak benar.

Tetapi, menurut Shahbery pemimpin Umno bila sudah ada pangkat dan jawatan dan hartawan semua itu boleh jadi dan lebih teruk lagi.

YB oh! YB..bertaubatlah sebelum terlambat

Lebih kurang dua jam kami duduk bersembang di warung tersebut dan masing-masing mula mahu beredar untuk ke destinasi masing-masing.

Kotak fikirku mula bermain-main dikepala apakah benar apa yang telah diceritakan oleh temanku Shahbery tadi suatu hal yang sangat sensitif kepada umat Islam tetapi biasa bagi umat Umno/BN iaitu ‘YB Mat Nijam ada anak luar nikah’?

Apa pun kita semua tidak tahu kecuali tuan ampunya diri (YB Mat Nijam) sendiri yang tahu dan serba tahu akan hal-hal tersebut.

Namun begitu, jika benar kisah itu aku nasihatkan YB Mat Nijam agar segeralah bertaubat kepada Tuhan serta kembali ke pangkal jalan dan sesungguhnya perjuangan Umno itu sesat lagi menyesatkan.

Bahkan, ajaran Islam Hadhari yang kamu ‘dokong’ itu yang diasas serta dipimpin oleh ‘Imam Abdullah Ahmad Badawi’ itu ‘menambahburuk’ lagi perjuangan kamu.

Badan YB ada magnet?

Manakala, bagi menutup kepincangan tersebut dikeluarkan pula satu kenyataan dari Mantan Ketua Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Datuk Ali Hasan kononnya di dalam badan YB Mat Nijam itu ada ‘magnet’.

Jelas beliau, geselan cas besi pada badan mangsa dengan barangan yang tinggi kandungan besi boleh mewujudkan siri ‘bipolar’ di mana kuasa positif dan negatif bergabung menghasilkan tenaga.

“Jadi tidak hairanlah kalau di mana sahaja beliau (YB Mat Nijam) pergi, terdapat percikan api kerana bahan itu tertarik dengan barangan di sekelilingnya,” ujarnya.

Pada pendapat akulah dalam hal ini, jika benar dalam badan YM Mat Nijam itu ada bahan magnet kenapa baru hari ini dan tidak dari dulu sebelum dia jadi YB atau orang hebat dalam Umno di Kemaman?

Kenapa tidak berlaku 24 jam sehari tetapi hanya berlaku lima kali dalam masa tiga bulan menurut laporan sebuah akhbar harian yang lain termasuk yang pernah disiarkan Harian Metro, baru-baru ini.

Dahulu, YB Mat Nijam bukan main angkuh dan sombong meski pun hanya berjawatan Ketua Pemuda Umno Kemaman dan bagai tidak kenal dunia yang fana ini.

Hari ini, barulah YB Air Putih ini ‘kenal’ dengan solat hajat dan sebagainya untuk memohon keselamatan hidup di dunia agar dijauhi dari gangguan ‘api’ misteri dan bala.

YB jangan ingat dunia ini luas dan orang tidak tahu apa yang kita lakukan walau pun kejahatan sebesar zarah kerana Allah SWT itu Maha Kaya dan Maha MengetahuiNya.

Sebenarnya, kejadian itu mahu menyedarkan YB Mat Nijam agar kembali kepangkal jalan dan jika masih tidak berubah tunggulah akan kifarah Allah Taala yang lebih dahsyat, nauzubillah. Sekian, jumpa lagi.

Sunday, October 7, 2007

CCTV dan Gestapo SUK


Kehadiran CCTV di Wisma Darul Iman telah berjaya menakutkan seluruh warga kerja Kerajaan negeri Terengganu. Mengikut kenyataan Moktar Nong CCTV akan memantau semua kakitangan yang menyeleweng untuk lebih berdisiplin. Ini kenyataan Mokhtar;
Sebanyak 42 kamera litar tertutup (cctv) akan dipasang di lokasi terpilih di Wisma Darul Iman (WDI) bagi memastikan kakitangan sentiasa berdisplin dan tidak ingkar dengan peraturan ketika menjalankan tugas.
Sebagai percubaan, 16 cctv sudah dipasang dan selebihnya iaitu 26 unit lagi dijangka siap akhir Jun ini.
Segala tingkah laku kakitangan akan dipantau Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong melalui skrin utama di bilik masing-masing.
Dato’ Mokhtar berkata, melalui kaedah itu Kerajaan Negeri percaya setiap kakitangan akan lebih berdisplin dan tidak lagi mengamalkan budaya kerja sambil lewa.
“Budaya kerja ala `korporat’ akan terlaksana secara sendiri apabila seseorang kakitangan itu berubah dan ingin menjadi pekerja berdisplin dan cemerlang,” katanya di Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan WDI, hari ini (6 Jun).

Tapi kenyataan Mokhtar itu telah disanggah oleh KSN :

CCTV bukan penentu kecemerlangan: KSN
Berita Harian KUCHING: Kerajaan tidak perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua jabatan kerajaan Persekutuan bagi memantau kira-kira sejuta kakitangan awam pada waktu pejabat.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata bukan CCTV yang menentukan kecemerlangan sebaliknya budaya kerja berintergriti dapat menyelesaikan masalah dan ketidakcekapan di kalangan kakitangan awam."Kita tidak perlu memantau dan mengawasi (melalui CCTV) tempat kerja kakitangan awam kerana mereka mempunyai wibawa dan diterima oleh masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan Terengganu memasang 16 CCTV di kompleks pentadbiran kerajaan negeri baru-baru ini.CCTV berkenaan dipasang bagi tujuan keselamatan, bagaimanapun Setiausaha Kerajaan negeri Terengganu dilaporkan berkata, kamera berkenaan turut digunakan untuk memantau kira-kira 1,000 kakitangan yang bertugas di bangunan berkenaan.

Sumber maklumat negeri telah memberitahu bahawa sebenarnya bukan CCTV yang ditakuti oleh kakitangan kerajaan kini. Mereka sebenarnya takut kepada satu kelompok ala-Gestapo yang diwujudkan oleh pentadbiran Idris Jusoh. Kelompok umpama polis rahsia dikalangan kakitangan kerajaan ini diwujudkan disemua daerah dan dipantau oleh Pegawai Tadbir disetiap daerah.

Tugas kelompok rahsia ini adalah membuat laporan mana-mana pegawai yang berbaik dengan orang luar yang dilabel menjadi penyokong pembangkang. Selain itu gerak-geri kakitangan kerajaan juga diperhatikan dan dilaporkan. Mereka yang pergi ke majlis-majlis sosial yang bukan majlis kerajaan akan dilaporkan. Walaupun mereka pergi menziarahi orang sakit di hospital, dan diketahui yang sakit itu adalah pro pembangkang! maka tindakan akan diambil.


Tindakan SUK seperti melarang kakitangan keluar pada waktu minum pagi adalah sebenarnya merupakan satu 'sistem kurungan' yang menempatkan kakitangan tinggal didalam bangunan bagi mengelakkan kakitangan mendapat maklumat dari luar. Penyediaan sudut kopi dan makanan adalah merupakan sistem 'communal eating' yang diamalkan oleh komunis. Oleh yang demikian pegawai hanya bergaul sesama mereka dan tidak dibenarkan sesekali bercakap tentang isu semasa.
Bagaimanakah pegawai akan merasa selesa, walaupun disediakan tempat minum kopi tetapi ada kamera CCTV yang sedang memerhatikan mereka? Bagaimanakah mungkin kakitangan wanita merasa selesa menggunakan bilik air, sedangkan mungkin ada CCTV yang sedang merakam gerak geri mereka!

Sunday, September 30, 2007

PERIHAL PENGKHIANAT ABDULSHAHID ABU BAKAR

Sekiranya benarlah, si Bedul ni Pengkhianat sebagaimana yang di paparkan di Tranungkite, dibawah ini dipaparkan seadanya perkara-perkara yang berkaitan dengan beliau.

Dibawah ini adalah gambar beliau semasa Program TACS '05;



Dibawah ini pula cerita tentang TACS '05 :

Kursus Induksi TACS'05
Bertempat di Taman Tropika Tasik UTM pada 12 September 2004, seramai 80 fasilitator Program Khidmat Masyarakat Terengganu Academic & Community Service 2005 (TACS'05) telah mengikuti Kursus Induksi. Kursus ini dirasmikan oleh Pengetua Kolej Perdana iaitu Kapt. Prof. Madya Ahmad b. Hj Khalid.Kursus induksi ini dikendalikan oleh seramai 9 orang Felo dan Pembantu Felo Kolej Perdana. Kursus ini bermula jam 7.00 pagi dimulakan dengan senaman dan jogging dari Kolej Perdana ke Tasik UTM. Para peserta kursus telah mengikuti beberapa aktiviti seperti ice-breaking, pemikiran kreatif dan mencari harta karun. Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengetua Kolej sendiri pada jam 1.00 petang. Menurut Pengarah Program iaitu Saudara Abdul Shahid b. Abu Bakar, kursus yang telah berjaya dilaksanakan ini bertujuan untuk merapatkan jalinan silaturrahim antara setiap peserta dan menilai tahap komitmen mereka terhadap program. Adalah diharapkan supaya semua peserta yang terpilih mempertingkatkan komitmen dan kesungguhan terhadap setiap aktiviti yang akan dilaksanakan sehingga pelaksanaan program yang sebenar nanti.
Last Updated ( Tuesday, 26 October 2004 )


PROGRAM KHIDMAT PENDIDIKAN DAN MASYARAKAT TERENGGANU ACADEMIC & COMMUNITY SERVICE 2005 (RAKAN TACS 05)
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Perdana UTM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM telah mengadakan satu Program Khidmat Pendidikan dan Khidmat Masyarakat Terengganu Academic & Community Service 2005 (RAKAN TACS ’05) di Kg. Minda dan Kg. Talong, Hulu Dungun, Terengganu. Seramai 68 orang mahasiswa Kolej Perdana bersama-sama dengan Kapt. Prof. Madya Ahmad bin Hj. Khalid, Pengetua Kolej Perdana UTM selaku Urusetia Program berkenaan telah menjayakan program tersebut yang diadakan selama 7 hari bermula daripada 28 April 2005 dan berakhir pada 4 Mei 2005 lalu. Program yang julung-julung kali diadakan oleh Kolej Perdana UTM ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Abdul Latiff B. Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu wakil rasmi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu pada 28 April 2005 yang lalu.
Menurut pengarah program RAKAN TACS ’05 iaitu Saudara Abdul Shahid b. Abu Bakar yang merupakan anak kelahiran Negeri Terengganu Darul Iman, program yang dianjurkan ini bertujuan untuk memberi khidmat pendidikan, motivasi kecemerlangan pelajaran dan sahsiah diri disamping membantu meningkatkan tahap pencapaian pelajar-pelajar khususnya kepada pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 sekolah sekitar kawasan Hulu Dungun Terengganu dalam peperiksaan UPSR yang bakal menjelang nanti. Matlamat program ini juga adalah untuk mendedahkan mahasiswa dengan cara hidup masyarakat luar bandar, mendekatkan mahasiswa dengan seluruh masyarakat setempat di samping dapat menghulurkan bantuan melalui aktiviti Bengkel Pengenalan Kepada Teknologi Gentian Kaca (Fibreglass) dan gotong-royong. Antara lain, program ini juga dapat memupuk hubungan silaturahim yang mesra di antara masyarakat setempat dan mahasiswa melalui aktiviti sukan & sukaneka, J-Robik Perdana dan ziarah sekampung di samping dapat mengenali budaya dan adat resam masyarakat setempat melalui Malam Kebudayaan yang diadakan ketika Majlis Penutup pada 2 Mei 2005 lalu. Ini adalah bertepatan dengan tema program ini sendiri iaitu "Budi Ditabur, Kasih Disemai".
Pemilihan Kg. Minda dan Kg. Talong, Hulu Dungun Terengganu dibuat berdasarkan faktor geografi, keunikan bahasa dan budayanya yang begitu menarik. Malam Kebudayaan & Penutup telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Rosli b. Mat Hassan selaku Ahli Parlimen Dungun, Terengganu.
Program RAKAN TACS '05 ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Program Khidmat Pendidikan dan Program Khidmat Masyarakat. Pelaksanaan bahagian pertama Program RAKAN TACS '05 ini dimulakan dengan Program Khidmat Pendidikan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam melibatkan pelajar-pelajar di enam buah sekolah dalam daerah Hulu Dungun iaitu Sek. Keb. Jerangau, Sek. Keb. Lintang, Sek. Keb. Minda Talong, Sek. Keb. Bukit Besi, Sek. Keb. Kuala Jengal dan Sek. Keb. Pasir Raja. Sepanjang Program Khidmat Pendidikan ini dijalankan, seramai 98 orang pelajar yang terlibat ditempatkan di Sek. Keb. Minda Talong, Hulu Dungun, Terengganu. Seramai 25 orang fasilitator yang terdiri daripada peserta Program RAKAN TACS ’05 telah terlibat dalam mejayakan program ini. Pelbagai aktiviti pembelajaran telah dibuat sepanjang program ini berlangsung antaranya ialah J-Robik, Ice-Breaking, Ceramah Motivasi, Edu-Race, Pengenalan kepada Teknologi Maklumat (Information Technology) dan juga Malam Menginsafi Diri. Program Kem Pendidikan Perdana RAKAN TACS ’05 ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM iaitu Prof. Ir. Dr. Alias b. Mohd. Noor pada 28 April 2005. Setiap peserta Program Khidmat Pendidikan dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil bersama 2 orang fasilitator bagi setiap kumpulan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Khidmat Pendidikan ini telah dirancang dengan teliti bagi memastikan objektif program ini tercapai dengan jayanya.
Sepanjang Program Khidmat Pendidikan berlangsung, Bengkel Pengenalan Kepada Teknologi Fiberglass yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Abd. Saman b. Ab. Kader iaitu pensyarah daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM turut dijalankan serentak di mana peserta RAKAN TACS ’05 yang tidak terlibat dalam Program Khidmat Pendidikan telah diserap ke dalam bengkel ini. Melalui bengkel ini, para peserta telah berjaya menghasilkan 2 buah tempat mandi jenazah yang menggunakan bahan gentian kaca (Fiberglass) dan dihadiahkan kepada Masjid Kg. Minda dan Masjid Kg. Talong. Majlis Penutup Kem Pendidikan Perdana RAKAN TACS ’05 telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Terengganu iaitu Tuan Haji Abdullah b. Ali pada 30 April 2005.
Program RAKAN TACS '05 diteruskan pada hari ke-3 iaitu pada 30 April 2005 sehingga 4 Mei 2005 dengan aktiviti Program Anak Angkat selama 5 hari 4 malam. Semua peserta RAKAN TACS '05 telah dibahagikan kepada 48 buah keluarga angkat terdiri daripada 2 buah kampung iaitu Kg. Minda dan Kg. Talong, Hulu Dungun Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang berlangsungnya program ini iaitu sukan & sukaneka, ziarah sekampung, J-Robik Perdana, gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan dan masjid di kedua-dua kampung, kenduri sekampung dan Malam Penutup & Kebudayaan yang melibatkan semua masyarakat kampung dan peserta RAKAN TACS ’05. Pelbagai kenangan pahit dan manis telah dilalui oleh semua peserta sepanjang bersama keluarga angkat masing-masing.
Suasana Malam Penutup & Kebudayaan tersebut begitu meriah dengan pelbagai acara persembahan daripada pihak Kg. Minda dan Kg. Talong, Kelab Kesenian Parlimen Dungun dan peserta RAKAN TACS '05. Pihak Kg. Minda telah mempersembahkan tarian piring, sajak dan persembahan pantun empat kerat secara spontan dan sajak daripada Kg. Talong turut menyerikan lagi majlis berkenaan. Majlis turut diserikan lagi dengan acara persembahan tarian Ulek Mayang daripada pelajar Sek. Keb. Minda Talong dan Kelab Kesenian Parlimen Dungun turut mempersembahkan beberapa tarian tradisional daripada Negeri Terengganu. Persembahan yang ditunggu-tunggu ialah daripada peserta RAKAN TACS ’05 yang telah mempersembahkan tarian zapin dan kuda kepang yang dibawa khas daripada Negeri Johor.
Pelbagai kenangan manis dan memori indah terpahat dalam hati peserta sehinggakan majlis perpisahan pada hari terakhir berlaku dalam keadaan suasana hening, syahdu dan telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri setiap peserta. Pengalaman bersama keluarga angkat sepanjang berlangsungnya program telah menjalinkan ikatan yang amat erat. Suasana Kg. Minda dan Kg. Talong yang damai dihiasi dengan kecantikan dan keindahan sungainya yang begitu jernih membuatkan semua peserta RAKAN TACS '05 ingin kembali semula ke kampung tersebut. Semoga hubugan yang terjalin sepanjang program anak angkat ini akan terus berkekalan selama-lamanya. "Budi Ditabur, Kasih Disemai" yang menjadi moto program ini telah berjaya mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh:
Abdul Shahid bin Abu Bakar
Pengarah
Program Khidmat Pendidikan & Khidmat Masyarakat
Terengganu Academic & Community Service 2005 (RAKAN TACS ’05)
Tel : 019-7054056
e-mail : bm020303@siswa.utm.my


Kemudian MUNGKIN juga dibawah ini syarikat yang ditubuhkan si Bedul ni; tolong check lebih lanjut;

SYARIKAT
COMPANY : FLEXCIVIL TECH (M) SDN. BHD.
DATE OF INCORPORATED : 26TH JUNE 1996
COMPANY REGISTRATION NO. : 392013-T
BUSINESS OFFICE ADDRESS : TINGKAT 1, MPKT 860-A MERBAU PATAH JALAN KUALA BERANG 20050 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN
TEL : 609-6245430, 6245746 FAX : 609-6245743
WEBSITE : http://www.pakatan.com.my/flexc
EMAIL : flexc@streamyx.com

DIRECTORS : 2 PERSONS
ABDUL SHAHID BIN ABU BAKAR
NRIC : 801225-11-5037
E 922 KG MERBAU PATAH
20050 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
EMAIL : abdshahid@pakatan.com.my
ABDUL SHUKRI BIN ABU BAKAR
NRIC : 820121-11-5175
E 922 KG MERBAU PATAH
20050 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
EMAIL : abdshukri@pakatan.com.my
PAID UP CAPITAL : RM 50,002.00
AUTHORISED CAPITAL : RM 100,000.00
COMPANY SECRETARY : KHAZIAH BINTI ABDUL RAHMAN
W & K PERKHIDMATAN & PERAKAUNAN 10 C, TINGKAT 1
JALAN TOK LAM 20100 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN

BANKERS : RHB BANK BERHAD
59 JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
TEL : 609-622 6478
ACCOUNT NO. : 26301500004119
Si BENDUL ni juga ada Fotopages tapi tak leh nak buka sebab dia guna password, tapi URL nya seperti dibawah;
Memang dia ni ada cita-cita nak jadi wakil rakyat gamoknya, pasal tu dia introduce dirinya kepada Pak Yih;


Kalu nak tengok banyok lagi gambor2 dia, access dari URL ini:

http://www.terengganu.gov.my/press_conf/album_tacs05.php

Thursday, September 27, 2007

Anak Siapakah Dia ......AAaaaaa....... ????



Hebat dia ni ! Macam-macam posting dengan Minah Salleh tu.... eh...kut bini dia...tapi rasa-rasa kalu bini dok gitu. Weh.... memang berani budok ni. Tapi tahu tak anak siapa? Tahu ke dok ? Kalu tahu khabor le ke kite ! Kalu dak tahu acu kelih gambor kat bawah :



Eh.... gambor hok tu le je.... gambor dia jugok... tapi hebatlah dengan Minah lain pulak..... siap peluk-peluk pulak tu.... ish....ish.... anok siape dia ni.... . Ni mesti bukan calang-calang anak ni, keturunan yang berani peluk Mat Salleh ni. Tahu dok anak siape ni? Dok tahu...nak tahu ke dok ? Kalu Nok acu tengok gambor kat bawah;



Haa...... sebijik tak dengan mamat kat atas tu.... mesti sama punya sebab memang orang yang sama. Memang dia ni jenis hebat, acu tengok gok cara duduk tu, kan gaya pendekar tu. Siapa hah dia ni.... ????? Kita cuba ambik angle besor sikit gambor ni....


Ha..... baru boleh kelih.... acu tengok anak siapa?

Saturday, September 22, 2007

Majlis Perkahwinan RM 70,000 yang dibayar oleh Patrick Lim





Hebat bukan? Memang hebat! Inilah dia majlis persandingan RM 70,000 yang dibayar oleh Patrick Lim. RM 70,000.00 hanyalah tahi hidung Patrick Lim, berbandung dengan RM 300 juta Monsoon Cup dan RM 200 juta masjid Kristal.
Mampukah Wan Hisham mengadakan 3 majlis perkahwinan anaknya, sekiranya majlis reception di Heritage Bay Club sahaja sudah berharga RM 70,000.00. Gaji Exco setiapbulan yang diterima adalah lebih kurang RM 10,000.00. Elaun Pengerusi TDM lebih kurang RM 4,000.00.

Sunday, September 9, 2007

Siapa Pimpinan UMNO Terengganu Yang dibiayai Patrick Badawi

Apabila membaca berita dari Harakah tentang Patrick Badawi membiayai beberapa pimpinan (Patrick Badawi Bolot Semua) UMNO Terengganu, saya mencari sesuatu yang relevan !
Akhirnya sampai juga ke telinga, seorang pimpinan UMNO Terengganu yang mengahwinkan anaknya baru-baru ini. Bukan main gemilang (Malaysiaku Gemilang) lagi sambutan majlis perkawinan itu. Iklan perkahwinan tersebut pun cukup hebat dipropagandakan, dengan rentangan 'banner' diseluruh ceruk rantau bandar Kuala Terengganu. Keseluruha majlis sambutan perkahwinan itu ada empat acara, seperti yang di paparkan disebuah laman web sebagaimana catatan dibawah;

here i would like to inform you guys the tender opening for the following events. the wedding of wan kamelia dato' wan hisham with mohd fadly datuk ismail.
event 1- Solemnization of matrimony date: 10 august 2007. time: morning crowd: 200-300 ppl close family member venue: bride's house, kuala terengganu
event 2. Brides reception 1 date. 10 august time: night crowd: VVIP and royalties. 800 ppl (errata) venue: Heritage Bay Club, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

event 3: Brides reception 2 date 11 august 2007 time: whole day. crowd: 15 000 expected guests venue: bride's house, kuala terengganu

event 4: Garden Party date 11 august 2007. time : night crowd: 30 ppl close friends only. venue: bride's house, kuala terengganu

Samada benar atau tidak berita yang sampai kepada saya itu perlulah kita sama-sama menyemaknya. Oleh itu kita fokuskan kepada event 2, didalam catatan diatas.
Berita yang sampai kepada saya adalah, seorang pemimpin UMNO Terengganu, mengadakan majlis perkahwinan anaknya di Heritage Bay Club (Kelab Teluk Warisan) secara tertutup, ekslusif dengan gilang gemilang dan dihiburkan dengan persembahan para artis. Oleh itu, dalam laman berkenaan juga saya terlihat gambar ini;

Cuba perhatikan kearah mana sibaju biru memandang, kepada seseorang sedang memegang gitar, sambil menyayi. Pasti semua kenal, itulah Ramli Sarip. Antara artis yang menghiburkan
para hadirin di majlis sambutan di Kelab Teluk Warisan.

Jadi boleh jadi benar berita yang disampaikan kepada saya bahawa, majlis ekslusif yang
gemilang gemilang di Heritage Bay Club, dengan jamuan makan malam dan dihiburkan oleh artis termuka tanah air menelan belanja tidak kurang dari RM 70,000.00,

Adapun berita yang sampai ke telinga saya menyebut lagi bahawa;
Wan Hisham tidak membayar semua kos itu, tetapi semuanya diselesaikan oleh Patrick Badawi.

Jadi kesimpulannya, benarlah ada beberapa pimpinan tertinggi UMNO Terengganu yang dibiyai oleh Patrick Badawi sebagaimana yang dilaporkan.

Friday, September 7, 2007

Fertigasi Mega Tidak Memahat Sejarah


Projek Fertigasi yang begitu ditonjol-tonjolkan oleh Deris Jusoh dan Mat Jidin bukanlah teknologi baru yang memahat sejarah. Tetapi ianya satu teknologi yang keringgalan zaman. Artikel "Artikel Kegagalan Tahun Pertanian Terengganu 2006' telah turut di terbitkan didalam Blog Rajapetra yang tersohor 'Malaysia Today' pada 19/07/07.


Ramai yang memberi komen, antaranya menyebut bahawa fertigasi berasal dari Israel. Kemudian dibawa ke Belanda, dan disebarkan ke dunia ketiga. Sebab itulah kita lihat berita tentang 'Sutratani' dipaparkan sebesar-besarnya, kononnya Deris Jusoh hebat mengambil orang Belanda menjadi penasihat. Mengapa tak ambil sahaja orang Israel?


Sutratani diuruskan diuruskan oleh TRG Sutratani Sdn Bhd, anak syarkita kepada TADC. Manakala TADC pula adalah anak syarikat di bawah PERMINT. TADC melalui TRG Sutratani Sdn Bhd inilah yang telah menggunakan RM 4 juta dari RM 20 juta Dana Fertigasi Mega. Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) yang telah membuat usahama dengan JPB Greentech Sdn Bhd, yang pengarahnya adalah Mat Belanda Luuk Rania . Kita merasa sungguh hairan, mengapa TADC menggunakan orang asing didalam projek Fertigasi. Apakah Dr.2 dan para pakar di MARDI tidak ada kelayakkan? JBP adalah hanya satu syarikat yang disenaraikan didalam Malaysia Dutch Business Council (MDBC) yang juga tersenarai beberapa syarikat Malaysia lain selain darinya.


Manakala projek Fertigasi Mega, yang menelan belanja RM 20 juta wang rakyat, menjadi kelam kabut dan berkecamuk. Tinjauan yang dibuat setakat ini, daripada projek yang telah dilaksanakan, hanya 20% sahaja projek yang telah berjaya. Manakala banyak lagi yang belum dilaksanakan dan ada yang telah meninggalkan 'kerangka besi fertigasi' kerana tidak mampu mengusahakannya setelah gagal pada kali pertama. Sekiranya RM 20 juta itu digunakan untuk pertanian moden biasa, ribuan petani kecil dikampung-kampung yang boleh dibantu.
Kecenderungan kerajaan Terengganu melaksanakan projek-projek Mega yang asing kepada rakyat (Monsson Cup, Masjid Kristal dll) adalah amat dicurigai. Projek-projek sebegini, yang asing bagi rakyat, mungkin salah satu cara bagi kerajaan Deris Jusoh menarik sokongan dan publisiti. Rakyat tidak dapat membuat 'check and balance' dan tidak mampu membuat penilaian samada hasilnya berjaya atau tidak dan memberikan kesan kepada kehidupan rakyat; rakyat tidak perlu tahu! Tapi mampukah Deris Jusoh, Mat Jidin, Wan Hisham, Rosol dan Mat Said menipu semua rakyat ???

Friday, August 3, 2007

PROJEK STRAWBERI TIPU

Dibawah ini adalah keratan berita 14hb Februari, 2007, dengan bangganya Dato Rahin berkata, Terengganu akan keluarkan Strawberi akhir tahun ini.

Terengganu keluar strawberi akhir tahun
oleh Shaarani Ismail
14 Feb 2007

Kuala Terengganu: Terengganu dijangka mengeluarkan strawberi pertamanya selepas projek perintis penanaman strawberi dengan kaedah fertigasi di tanah rendah mengeluarkan hasil selewat-lewatnya akhir tahun ini. Projek itu yang pertama di Malaysia dan Terengganu menjadi negeri pertama melaksanakan tanaman strawberi tanah rendah secara bioteknologi melalui fertigasi biohidrotronik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Peniaga Kecil negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata pembangunan untuk pelaksanaan projek itu yang dikenali sebagai Rumah Hijau Terengganu dibangunkan pereka tempatan, Zulkifli Harun daripada Zull Design Autotronik Sdn Bhd.

"Projek perintis dijangka berupaya mengeluarkan hasil sekitar tiga hingga empat bulan lagi serta mampu bertahan selama lima tahun bagi setiap pokok dan selepas itu pembangunan projek ini akan dikembangkan kepada usahawan tani yang berminat di seluruh negeri.
"Sistem ini dikawal secara elektronik dan memerlukan perisian dan perkakasan khas daripada Zul Design," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat tapak projek berkenaan seluas 0.4 hektar di Kampung Bukit Jong, dekat sini semalam. Hadir sama Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Mustafar Khalid.

"Kos keseluruhan bagi membangunkan projek ini sekitar RM200,000 dan kerajaan menyediakan peruntukan bagi melaksanakannya menerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah negeri," katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Holtikultur, Jabatan Pertanian Negeri, Abdul Rahim Mohamad, berkata teknik fertigasi bagi tanaman strawberi menggunakan medium hampas batang pelepah nipah yang lebih menyerap air berbanding sabut kelapa.
Katanya, teknologi diperkenalkan Zulkifli menggunakan kawalan elektronik sepenuhnya menerusi Pembangunan Indikator Frekuensi Radio (RFID) dan lazim digunakan dalam sektor pertanian hawa sederhana di Eropah.

"Teknologi ini pertama kali digunakan di Malaysia untuk tanaman hawa sederhana tanah rendah dan kami berharap ia berjaya menjadikan Terengganu sebagai pengeluar strawberi tanah rendah pertama di Malaysia," katanya.

Begitu hebat sekali penulisan akhbar media perdana mewar-warkan propagandanya. Lalu saya pun pergilah ke tempat yang dimaksudkan, untuk meninjau aktiviti terbaru, terhebat, taraf dunia yang berlaku di Terengganu. Gambar ini saya rakamkan beberapa bulan yang lalu. Memang jelaslah ada aktiviti penananam Strawberi.


Kemudian apabila lalu lalang dijalan itu terasa kelainan. Lanskap yang ada disitu berubah, saya tak sedar apa yang berlaku. Kebetulan saya memberhentikan kereta untuk menjawab telefon ditapak "Penanaman Strawberi Yang Menjadi Sejarah" itu.

Memang benar ia telah menjadi sejarah, inilah gambar yang telah saya rakamkan;

Bukannya RM 200,000 seperti yang dilaporkan akhbar, carian saya telah mengesan, kerangka dan peralatan sahaja telah mencapai kos RM 180,000.00. Yang lain-lain sebanyak RM 40,000. Sejunlah RM 220,000.00 membazir begitu sahaja ! Atau sengaja dibazirkan begitu sahaja ? Atau RM hampir suku juta itu sengaja dilaburkan kedalam projek yang memang pasti akan gagal, kerana apabila ia gagal tidak siapa yang akan mempersoalkannya. Yang empunya kawasan itu adalah sebenarnya kroni Dato Rahin.

Luarbiasa ! Biasanya projek pertanian akan dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dan akan letak dibawah bidang kuasa Exco Pertanian, maknanya bawah Mat Jidin lah. Tapi projek pertanian yang hebat " Penananam Strawberi" ini tak lalu ikut Mat Jidin, tapi dibawah Pembangunan Ushawan. Bukankah ia luarbiasa !

Dan siapa yang persoalkan RM 220,000.00 Projek yang sengaja dibuat untuk gagal, kerana semua para alguturis/ pakar pertanian, pegawai pertanian dan jabatan-jabatan yang berkaitan dengan kerja-kerja pertanian, awal-awal lagi menyatakan, BAHAWA STRAWBERI TIDAK BOLEH HIDUP DITANAH RENDAH. Kalau pun hidup bukanlah sesuatu yang ekonomik sekiranya sebutir strawberi tanah rendah berharga RM 50.00 !

Wednesday, July 18, 2007

KEGAGALAN TAHUN PERTANIAN NEGERI TERENGGANU 2006 - Projek Fertigasi Mega


Sebelum meneruskan tulisan ini, terimakasih kepada Khairul & Edrina yang melawat Blog ‘Apa Khabar Ganu Kite’ dan prihatin memberikan komen tentang Projek Sutratani. Harap-harap dapat terus membaca dan memberi komen pulak tentang tulisan kali ini.

Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu (RPNT) 2004 – 2008, mengandungi dua belas teras hala cara pembangunan Negeri Terengganu yang dinyatakan sebagai paksi penentuan priority, didalam perlaksanaan program pembangunan, sepanjang tempoh 5 tahun. Antaranya adalah menjadikan Tahun 2006 sebagai Tahun Pertanian Negeri Terengganu (TPNT).

Dibawah tajuk Membasmi Kemiskinan, khususnya di Kalangan Petani dan Nelayan, Kerajaan BN Terengganu mensasarkan seramai 10,000 orang petani, penternak dan nelayan, akan ditingkatkan pendapatan mereka sebanyak RM 500.00 setiap orang dalam sebulan, melalui fokus program/projek potfolio Pertanian dan Industri Asas Tani melalui TPNT 2006.

Tahun 2006 telah di war-warkan sebagai TPNT, yang membawa maksud bahawa Kerajaan akan memberi tumpuan kepada perlaksanaan program/ projek bagi sektor Pertanian dan Industri Asas Tani. Objektif Tahun Pertanian Negeri Terengganu adalah meningkatkan pendapatan bagi 10,000 orang sasaran yang terdiri dari petani, penternak dan nelayan. Pendapatan bulanan mereka disasarkan dapat ditambah RM 500.00 setiap orang dalam sebulan.

Walaupun penetapan agenda TPNT ini telah di buat semasa merangka RPNT 2004 - 2008, namun didapati tiada ‘Blue Print’ perlaksanaan projek/ program yang dibuat, bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Oleh yang demikian, tiada program fokus yang khusus, sepanjang TPNT. Kebanyakkan projek dilaksanakan secara ad-hoc sahaja.

Projek Fertigasi Mega adalah contoh program bersifat ad-hoc yang dimulakan pada sekitar April/ Mei, 2006 dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM 20 juta, yang diluluskan untuk perlaksanaan kepada Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC). Tumpuan tanaman adalah bagi penghasilan ‘Rock Melon’.

TADC adalah anak syarikat PERMINT yang ditubuhkan untuk tujuan pemasaran hasil pertanian, bukan untuk pengeluaran. Perlaksanaan projek kemudiannya telah diserahkan kepada Jabatan Pertanian Negeri pada bulan Oktober, 2006 kerana TADC tidak mempunyai sumber manusia dan kepakaran.

Projek bernilai RM 16 juta diperuntukkan kepada daerah-daerah untuk di agihkan dalam bentuk pinjaman kepada peserta yang dipilih oleh ADUN kawasan berkenaan. Seramai 275 peserta telah dipilih di seluruh negeri. Setiap peserta diberi pinjaman dalam bentuk barangan dan input bernilai RM 50,000.00 dan akan membayar balik 50% dari pinjaman dalam tempoh 10 tahun. Setiap peserta akan menanam sebanyak 2000 pokok., secara fertigasi. Baki peruntukan sebanyak RM 4 juta dikekalkan kepada TADC yang melaksanakan projek tersebut secara bersendirian. Projek TADC dipanggil sebagai Sutratani.

Kontraktor yang dilantik bagi perlaksanaan setiap projek dipilih oleh ADUN dan indent yang dikeluarkan adalah dengan nilai RM 49,950.00, secara pesanan belian (inden) untuk mengelakkan projek di tender. Jumlah ini adalah kurang RM 50.00 dari jumlah dinyatakan diberi kepada peserta. Pihak Jabatan Pertanian tidak dirunding didalam pemilihan peserta dan begitu juga didalam pemilihan kontraktor. Apa yang peliknya, semua kontraktor telah dibayar jumlah sepenuhnya kos projek pada akhir tahun 2006, walaupun kerja-kerja belum disiapkan atau dilaksanakan. Perkara ini menyalahi peraturan dan satu laporan telah dibuat kepada BPR berkaitan perkara tersebut.

Tindakan pihak kewangan Negeri membayar sepenuhnya kepada kontraktor walaupun kerja belum dilaksanakan, dikatakan bagi mengelakkan peruntukan projek dikembalikan kepada kerajaan pusat (peruntukan tidak dibelanjakan). Perkara ini berlaku kerana kelewatan perlaksanaan projek yang pada mulanya diserahkan kepada TADC, tetapi diserahkan lewat kepada Jabatan Pertanian, setelah TADC tidak mampu untuk melaksanakannya.

Projek ini adalah suatu projek propaganda bertujuan meningkatkan imej kerajaan kerana perlaksanaan projek ini secara tergesa-gesa tanpa perancangan terperinci. Fertigasi merupakan kaedah pertanian baru yang melibatkan penggunaan teknologi. Penyerahan perlaksanaan projek kepada TADC pada peringkat awal, adalah satu kesilapan kerana TADC adalah sebuah entiti yang baru ditubuhkan yang tidak mempunyai kepakaran dan sumber manusia yang mencukupi. Fungsi TADC hanyalah sebagai pemasar bukan pengeluar, ini menunjukkan TADC adalah organisasi ‘politik’ yang digunakan oleh Kerajaan BN Terengganu

Jabatan Pertanian masih menjalankan kajian terhadap kaedah penanaman fertigasi. Para pegawai belum didedahkan sepenuhnya kepada kaedah ini dan hampir semua pegawai dan kakitangan Jabatan, disemua pusat-pusat yang telah dilaksanakan projek Fertigasi tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup. Pemilihan para peserta dan kontraktor tanpa dirunding dengan pihak Jabatan memberi ruang kepada pengagihan projek kepada para peserta dan kontraktor yang tidak berkelayakkan, yang menjadi kroni kepada ADUN setempat. Mengikut pendapat MARDI setiap peserta hanya mampu dengan guna tenaga keluarga hanya mampu melaksanakan tanaman fertigasi sebanyak 500 pokok sahaja, sebaliknya setiap peserta diberi 2000 pokok.

Saya telah membuat lawatan ke tapak-tapak perlaksanaan projek fertigasi seluruh negeri termasuk tapak terbesar di kawasan Telaga Papan, Setiu. Pemerhatian dan kajian saya telah mengesan beberapa permasalahan. Antaranya selepas sebulan ditanam, pohon masih belum berbuah dan kaedah-kaedah yang digunakan tidak selaras.

Kini ‘Projek Mega Fertigasi’ sedang gamat diperkatakan oleh para petani bawahan kerana mengalami kegagalan dan merupakan kerugian kepada kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu.

Sunday, July 1, 2007

SUTRATANI - banyak yang tersurat dari yang tersirat


Bunyinya begini ‘RM 4,000,000.00 dibelanjakan untuk memajukan 04 hektar bagi melibatkan 09 orang peserta’. Bermakna setiap peserta akan mengusahakan lebihkurang 0.4 hektar tanah dengan belanja RM 444,444.44. Jadi boleh disebut sebagai ’RM 444,444.44 untuk memajukan 0.4hektar (1.1ekar)’. Murah atau mahal ?

Tapi bunyi yang dipalu oleh kerajaan Negeri Terengganu begini ‘Sutratani permoden sector pertanian, Bantu belia, program kerajaan Terengganudengan kerjasama TADC beri manfaat kepada lebih 120 keluarga berpendapatan rendah’. Apabila dibaca seluruh artikel yang mempunyai lebih kurang 400 perkataan itu, hanya diakhir kalam barulah dinyatakan tentang 120 keluarga akan mendapat manfaat. Hanya pada perenggan akhir, dalam 30 perkataan, tiba-tiba muncul angka 120. Sedangkan peserta hanya 09 orang. Mungkin ini matematik pertanian (agromathematic). Yang apabila ditanya kepada ‘agrikulturis’ mana pun, pasti mereka tak dapat jawab. Maka kesimpulan pertama yang boleh dirumuskan, pastilah ia sejenis sains sosial baru yang dipanggil ‘pertanian hadhari’.


Bila kita baca semula artikel pada ruang B9, Berita Harian, Timur, Isnin 25 Jun, 2007 itu, 09 orang peserta yang dipilih untuk menyertai program ini adalah belia-belia kampung, yang hanya duduk dikampung membantu ibu bapa mereka mengusahakan tanaman kecil-kecilan dihalaman rumah. Ini termasuklah pemuda yang dipaparkan fotonya, Zahurin Shaari, yang kalu di amat-amati dengan teliti, mempunyai rambut yang kemerah-merahan, seolah-olah rambutnya dicelup dengan pewarna. Mungkin ibu bapanya mengusahakan tanaman ‘inai’ secara kecil-kecilan dihalaman rumah, justeru Zahurin mengunakan inai yang ditanam oleh ibu bapanya untuk mencelup rambutnya. Selain itu, Zahurin berkulit agak ‘cerah’, yang mana begitu ‘kontras’ dengan orang-orang Kampung Telaga Papan. Biasanya orang kampun Telaga Papan agak ‘gelap’ kerana kampung tersebut ditepi pantai dan cuacanya agak panas. Kesimpulan yang kedua yang boleh dirumuskan bahawa, dari pemerhatian yang dibuat, mungkin orang-orang kampung Telaga Papan telah lama menjalankan usaha pertanian moden dihalaman rumah mereka.


Akhirnya, kalau sungguh para peserta diajar dengan pertanian moden, sudah pasti ‘hygenic’. Namun gambar yang dipaparkan, para peserta meletakkan benih sebagai permulaan proses fertigasi, hanya dengan tangan. Tidak seperti mana-mana pertanian moden di Negara maju, yang mengusahakan tanaman memakai sarung tangan didalam perlaksanaan kerja-kerja mereka. Kesimpulannya, Sutratani hanyalah satu propaganda yang ingin menutup pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan juga TADC.


Percayalah, bahawa sebanyak RM 20,000,000.00 duit rakyat dibazirkan begitu sahaja, atas nama projek Fertigasi Mega 2006. Seluruh negeri seramai 250+09 yang menjadi peserta projek ini. Ini bermakna setiap orang dibelanjakan sebanyak RM 77,220.00, dan tidak seorang pun dari mereka yang dapat faedah secara terus, samada pemilikan tanah atau jaminan sara hidup. Bahkan sehingga kini berbagai cerita yang terdengar akibar kegagalan Tahun Pertanian Terengganu 2006. Kerajaan mensasarkan 10,000 petani, penternak dan nelayan dapat ditingkatkan pendapatannya sebanyak RM 500.00 sebulan. Namun realiti adalah sebaliknya. Akibat daripada mengejar Publisiti dengan Fertigasi Mega, sektor-sektor pertanian lain seperti sayur-syuran dan buah-buahan diabaikan !

Saturday, June 30, 2007

Jihad Tuan Guru Abdul Rahman Limbong


Didalam Buku 'Tangisan Bangsaku' Pengarang Arifin Ngah menceritakan tentang perjuangan Tok Guru Abd Rahman Limbong dan watak-watak lain di sekelilingnya. Ianya adalah sebuah kisah benar yang kekal jadi sejarah. Kisah perjuangan kaum tani memberontak menuntut hak dan berjihad dengan darah dan air mata.Novel ini mengisahkan tentang pemberontakan Tani 1928 yang dipelopori oleh Tok Guru Abd Rahman Limbong. Kebangkitan petani di Terengganu bermula pada tahun 1921 apabila penjajah British mahu mengenakan cukai tanah kepada rakyat yang mengusahakan tanah. Tok Guru Abd Rahman menentang undang-undang baru ini, kerana beranggapan undang-undang itu zalim dan bertentangan dengan Islam. Ini kerana umat Islam juga telah membayar zakat atas hasil tanaman. Penjajah British telah menggunakan pengaruh Sultan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ianya dibantu oleh watak Melayu yang jadi talibarut penjajah dengan menjadi penghulu dan kerani Inggeris.Penulis telah menulis novel ini dengan gaya penceritaan yang mudah dan menarik hingga menimbulkan keinginan kepada pembaca untuk mengenali lebih lanjut watak Tok Guru Abdul Rahman Limbong di dalam buku ini.Tok Guru Haji Abdul Rahman Limbong adalah nama gelaran Haji Abdul Rahman Haji Abdul Hamid. Lahir sekitar tahun 1880an dan pernah mengaji di Mekah. Tok Guru Abd Rahman Limbong pernah berguru dengan Tokku Paloh, yang juga guru kepada Tok Kenali. Tok Guru Abdul Rahman Limbong adalah seorang yang sangat warak dan alim juga sangat dihormati oleh masyarakat di Limbong dan Telemong terutamanya. Haji Abdul Rahman Limbung telah memainkan peranan besar dalam masyarakat di Terengganu. Beliau bukan sahaja berperanan sebagai tokoh agama, malah juga mengambil berat tentang aktiviti ekonomi, sosial dan politik masyarakat setempat.Beberapa siri pemberontakan telah berlaku di Terengganu dari tahun 1921 sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1928 bila melibatkan angka korban dan kemusnahan yang banyak. Maka, pada 12 Zulhijjah 1436 bersamaan 2 Jun 1928, Sultan Sulaiman Shah, atas nasihat Inggeris, telah mengeluarkan titah supaya Haji Abdul Rahman dibuang negeri dari Terengganu atas kesalahan menderhaka kepada negeri dan Sultan.Haji Abdul Rahman menafikan tuduhan tersebut kerana beliau bukan menderhaka, tetapi menentang sikap kerajaan dan raja yang telah diperbudakkan oleh penjajah Inggeris. Hakikatnya, Haji Abdul Rahman menentang pegawai-pegawai Inggeris yang mahu menindas rakyat untuk kepentingan British.Walaupun tidak mengaku bersalah, Haji Abdul Rahman Limbong menerima hukuman tersebut demi mengelak dari berlakunya huru-hara. Beliau telah memilih untuk tinggal di Mekah dan meninggal di Mekah pada tanggal 14 Jamadil Akhir 1348 bersamaan 16 November 1929. Maka berakhirlah perjuangan seorang tokoh agama yang ingin menegakkan kesucian agama dan menentang pengaruh barat yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dan keimanan umat Islam di nusantara.* Rujuk juga buku Pemberontakan Tani 1928 di Trengganu: Satu Kajian Ketokohan dan Kepimpinan Haji Abdul Rahman Limbong, tulisan Timah Hamzah, terbitan DBP.
Gambar diatas; Orang ramai menunggu 'pemberontak' yang ditangkap oleh pihak British dibawa dengan bot dari Telemong, dihadapan pejabat Kastam dan Eksais Diraja Kuala Terengganu, 21 Mei, 1928

Pemerintah pada masa itu, British telah menggelar Tuan Guru Hj Abd Rahman Limbong sebagai 'Pemberontak'. Berikut adalah catatan seorang Blogger, berkaitan perkara berkenaan :

I found Hakim Wan Mahmud just a few days ago while looking at an event that was brewing up in Trengganu over many years but began to take the shape of an open rebellion this month, 77 years ago. And it centred around a man named Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Abdul Kadir, who lived in the village of Beladau, on the Trengganu river. To the people of Trengganu he was — and still is — fondly known as Haji Abdul Rahman Limbong, or Tok Limbong.Tok Limbong was an itinerant religious teacher, a trader, entrepreneur, and spiritual leader. To many he was a saint and a scholar with many famous students from the Royal House of Trengganu, including Tengku Nik Maimunah of Telemong, (better known as Tengku Nik Haji), sister to the then Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah; Tengku Muhammad (known as Raja Darat), the former Sultan who was deposed and replaced by Sultan Sulaiman; and Tengku Ismail (Sultan Sulaiman's brother) who later succeeded to the throne as Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Tok Limbong himself was a student and anointed successor of another famous scholar-saint of Trengganu, Syed Abdul Rahman bin Muhammad al-Idrus, better known as Tok Ku Paluh
Crowd awaiting the arrival of rebel leaders by boat from Telemong, at the Customs & Excise Dept., Kuala Trengganu, 21 May, 1928.
These were early days of British 'intervention' in Trengganu, when the rural people, shocked by the need to acquire licences to work on land that'd been tilled and worked on for generations by their ancestors. They looked to Haji Abdul Rahman Limbong, a fluent Arabic speaker and Qur'anic scholar, as their leader. He did not fail them: he took a 'Wakil' licence that allowed him to appear in court as a pleader, and fought their case. The judge in the lower court decided for the people. He was Hakim Mahmud, the man my mother spoke about. In despatches back to the Colonial Office there was disquiet on the part of the British colonial officers about this decision as Mahmud was a former student of Haji Abdul Rahman. So they took the case up on appeal to a higher court, where Haji Abdul Rahman once again argued the case and won it for the people, while also running rings around the then police Chief of Trengganu, a man with the delightful name of Cheers.These were the early and mid 1920s. The dissatisfaction simmered on while Tok Limbong continued to ply the coastal waters in his Perahu Besar the Trengganu junk. In between his trading activities he became a widely respected religious scholar, a man described by the then British Adviser Humphreys thus:
"Haji Drahman is a small, dark, ascetic-looking Malay of about sixty-years. He has a great reputation for sanctity and good works, and great influences — secular as well as religious — among the people of the middle Trengganu river. Unlike most Trengganu 'saints' he is extremely charitable and does not use his influence for his personal profit; he devotes himself to religious teaching, agriculture, and devotional exercises." — Report of the British Adviser, Trengganu, 24 November, 1922.
On 20th April, 1928, the natives, still restless over the imposition of licensing fees on their economic activities, reportedly attempted assault on a Forest Guard and Police Constable in Kuala Brang, and so it simmered, with palace officials to-ing and fro-ing between Kuala Brang and Kuala Trengganu, and the Sultan Sulaiman himself visiting them on 3rd and 4th May, 1928 when he was met by about 3000 disgruntled subjects.Events came to a head on 21st May, when shots were fired at an armed crowd trying to attack a police station in Telemong, resulting in the death of 11 people, including Lebai Abdul Rahman, the man who led the attack, who was also known as Tok Janggut. Many of the rebels were transported downstream to Kuala Trengganu on the same day, to the Customs & Excise offices in the harbour where police vehicles awaited to take them to the detention centre. They were subsequently tried in the Istana Maziah, and received sentences ranging from 15 years to 5 years, with hard labour, to be served in Singapore.When all this happened, Tok Limbung was away on business in Beserah, but the British, convinced that he was the power behind it all, urged the Sultan to order his arrest. On hearing this, Haji "Tok Limbong" Abdul Rahman presented himself at the Istana (accompanied by a Palace official called Datuk Pahlawan) soon as he arrived from Beserah, in Pahang. At the Istana Maziah he met the Sultan Sulaiman for the first time. He was detained at the Kathi's Court (which was then in the grounds of the Istana) pending an order that was signed by the Sultan on 2nd June, 1928 for his removal, first to Singapore to be put under the care of the Straits Settlement Government. On 6th June, he wrote instructions for the sale of his property, proceeds of which to be used in settlement of debts with various people, including his wife. He was taken to Makkah 19th August, 1928, to end his life in the city it had begun, where he, as a boy, had lived under the care of his uncle Tun Muhamad Zain, a descendant of the Trengganu Tuns of Kuala Brang. His family on his father's side came from Patani.He was to live for another year, spending his time there lecturing at the Great Mosque which houses the Ka'abah. On 16th November 1929, he died, in poverty, in a waqf (trust) house set up by a family charity. Haji Abdul Rahman Limbung was one of the remarkable men in the history of Trengganu, a saint, scholar, leader, and entrepreneur. He was a slight man, attired in the Malay baju and Chinese-style trousers; he wore a conical Terendak hat and walked on wooden clogs (terompah) made, probably, in his own factory in Trengganu. There are many strange stories about him, still told by the people there, of how he crossed the Trengganu river to meet his teacher Tok Ku Paluh, without a boat, and how he could disappear from one place, and reappear in another. In the report by his contemporary, Humphreys, it was said that he:
"In short, ...is — in the untranslatable Malay expression — kramat, supernatural, thaumaturgic. And his followers have so turned his head with adulation that he now appears to believe in his own magic powers and a 'call' to preach a Tolstoyan doctrine of prayer and agriculture, whose leading tenets are: that the land belongs to the people, that Government claims on it are contrary to Muhammadan law, and that the Government itself is a superfluous vanity."

Prinsip-pinsip Demokkrasi (BOHONG) Malaysia

1. Kebebasan bercakap (Freedom of speech, debate & enquiry)
Rakyat bebas bercakap, berbahas dan memberi pandangan dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan pemerintahan dan kerajaan
- Sebaliknya mulut rakyat telah ditutp dengan pelbagai undang2; OSA, ISA dll

2. Kebebasan Memilih dan dipilih (popular democracy)
Rakyat bebas memilih melalui pilihanraya yang bebas, memilih sesiapa saja yang boleh mewakili mereka
- Sebaliknya pilihanraya yang ada adalah pilihanraya yang terpilih, rakyat diberi pilihan, tetapi ditakutkan, diancam. Sistem pilihanraya yang tidak telus.

3. Media massa yang bebas, terbuka dan akauntabel (Open, accountable and diverse mass media)
Media massa cetak dan elektronik sepatutnya bebas didalam membuat pelaporan dan dipertanggungjawabkan
- Sebaliknya, media dikawal kerajaan, semua media cetak kecuali akhbar-akhbar milik parti (terus menerima ancaman)

4. Kebebasan ekonomi (economic democracy for the people)
Rakyat diberi peluang terbuka, adil dan bebas bersaing didalam merebut peluang ekonomi dan perniagaan
- Sebaliknya ada kasta didalam rakyat Malaysia, Brahma atau Parya, Brahma bersama UMNO, tidak bersama UMNO menjadi parya

5. Kebersamaan/ kesamarataan didalam undang-undang (equality before the law)
Seseorang tidak bersalah kecuali dibuktikan bersalah, tindakan undang-undang sama kepada si Jerung atau si Ikan Bilis.
- Sebaliknya, dalam banyak kes, rakyat terutamanya pembangkang, telah bersalah selepas sahaja dituduh. si Jerung terlepas, si Bilis hancur diperangkap pukat jerut pemerintah. Undang-undang menjadi komoditi dagangan, siapa menawarkan harga tinggi, terlepas

Wednesday, May 16, 2007

Mengapa masih tak bersih ?


Saja nak buat besor seket gambor ni. Ada nampak ka? Ada ? ka tak nampak ? OK... Masalahnya ialah KENAPA TAK BERSIH-BERSIH ?? Dua kali dah kempen dibuat. Itu kempen. Kalu cakap-cakap, media conferencelah, entah apa-apa lagi, sejak dari 2004 dulu lagi. Cakap BESOR nak jadikan 'WWWWOOOOOORRRRRRLLDDDD' Class. Everything ! Minta maaf lah Deris Jusoh, memang Impian jadi mimpi NGERI.
Acu tengok smula gambor kat atas tu. Tengok persekitarannya...... kan persekitaran LAUTAN BIRU TU !!! Itulah dia kat belakang Stadium Sultan Ismail, berdepan dengan Wisma Darul Iman, disebelahnya ada Wisma Amar, yang terdapat semua pejabat agensi dan pejabat kerajaan. Tapi bakpe atas atap warung tempat ulat-ulat BIRU bertenggek tu, sampai tumbuh pokok !!!!!! Aha.... ha... kalu nak jawab politik, bulih belake. Lagi-lagi kalu suruh Rosol (yang tak dapat wahyu) tu jawab.
But, I am really dissapointed by the scenery Dato' Seri ! You just imagine Dato', its only seven months to go. 2008 will be coming soon. Terengganu will be the FIRST choice for the FIRST class world tourist spot. How much we have spent? Million of Ringgit lah Dato'. They don't even appreciate it at all. Didn't they saw on TV last april, how serious your face was! You are the FIRST Chief Minister in the history that carrying a 'dump' basket, around the beach? Collecting 'damn' rubbish, for a 2nd time 'JOM BERSIH' campaign.
Oppssss.... sorry... Mungkin dia orang tak perasan macamana peluh menitik dari kening Dato Seri, menunjukkan kesungguhan Dato Seri, sebab Kempen kali Kedua 'JOM Bersih' sepatutnya menjadi 'WWWOoooooorrrrllllldddddddd' Record pulak. Sebab kempen yang pertama dulu dah dapat Malaysia punya rekod, Kempen Teramai ! Bukan Begitu ke Dato Seri ??

Tapi kenapalah Tak Bersih-bersih lagi?????

Sunday, May 6, 2007

TSR..... Aku dah Tahu......

Dato’ Yaakob bin Hj. Mohammad, Chairman Aged 55, Malaysian. Non Independent Non-Executive Director. He was appointed to the Board as Chairman on 2 November 2001 and has been serving as a member in the Board's Nomination Committee. He holds a Bachelor of Arts (Hons) and Masters in Public Administration from the University of South California, USA in 1986. He is active in the Malaysian political scene. Furthermore, he has vast experience in treasury administration, human resources, and land development. He began his career in 1974 with the Department of Public Service Commission. During his distinguished career, he held various positions in government service, such as the Director of Education Ministry in Indonesia for the Malaysian Embassy, Deputy Director in the Department of Land & Mines for Wilayah Persekutuan and Assistant Commissioner in Public Service Department. His last position held was the Director of Transport Department (JPJ), Wilayah Persekutuan from 1988 until 1995 when he retired from government service. He was previously the Executive Secretary for UMNO Malaysia from 1987 to 1997. Currently, he is the Executive Secretary for Barisan Nasional since 1987. He attended all the four meetings held during the financial year. He has no direct or indirect shareholdings in the Group and does not have any family relationship with any director and/or major shareholder of the Group, nor any conflict of interest in any business arrangement involving the Company. He has had no convictions for any offences within the past 10 years, other than for traffic offences, if any.”
Tuan Hj Mohamad Sahfri bin Ab. Aziz, Aged 30, Malaysian. He was appointed as the Independent Non-Executive Director on 8 March 2004. He is a member of the Audit Committee, the Nomination and the Remuneration Committees. He graduated with a Bachelor of Arts (Hons) in FIQH & TASHRI' (Perundangan Islam) from the University of Jordan, Amman. He also obtained a Diploma in Administration and Islamic Judiciary (DAIJ) from Universiti Islam Antarabangsa He began his career as an Islamic Religious teacher in 1998 and was appointed Timbalan Pendakwa Syarie Negeri Melaka in Jabatan Agama Islam Melaka (“JAIM”) in 1999. He subequently became the Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan JAIM. In November 2001, he was appointed the Pegawai Agama Daerah Melaka Tengah ( Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk). He now serves as the Penolong Pendaftar Hal-Ehwal Pelajar, Universiti Tenaga Nasional, Kampus Muadzam Shah. He plays an active role in the Malaysian political scene and hold various positions in UMNO - AJK Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO, AJK UMNO Bahagian Rompin, Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Keratong Dua as well as Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Keratong Dua . He attended three out of the four meetings held during the financial year. He has no direct or indirect shareholdings in the Company. Tuan Hj Mohamad Sahfri bin Ab. Aziz also does not have any family relationship with any director and/or major shareholder of Group, nor any conflict of interest in any business arrangement involving the Company. He has had no convictions for any offences within the past 10 years, other than for traffic offences, if any.
Kat atas tu, gambor 2 kroni UMNO yang membolot kontrak Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 melalui syarikat Kroni TSR Bina Sdn Bhd. Itu syarikat kecek, hok bapok lagi TSR Capital BHD, listed company. Latarbelakang tu pun di copy dari Laporan Tahunan TSRCap 2004 (TSR Annual Report, 2004) telah menyatakan dengan jelas, profail dua Ahli Lembaga Pengarah TSRCap adalah tokoh penting UMNO.
Deris kata projek-projek utamakan kontraktor Ganu Kita, pelawok! Yang teruk lagi nya, TSR ni, ali babakan pulak Pakej 12 kepada Limbongan Setia, syarikat bukan Bumiputera (Cina). Dok reti le embe nok kata bende........ pening....... pening

Penarik Beca


Lebih Kurang dua minggu lepas, berkunjung ke pasar Payang. Ronda-ronda, pusing-pusing. Masuk kut belakang, saja nak tengok, kebersihan tahap dunia! Ahhhhhh..... tak ada yang berubah! Tapi isunya bukan kebersihan, sebab tengah duk ronda-ronda teringat seorang kenalan, Pak Yatim, si Penarik Beca. Liar mata, mencari-cari, kalu-kalu Pak Yatim ada main sekitar Pasar Payang. Tapi ternampak orang lain, dan teringat pasal beca elektrik, yang Deris buat salah satu propaganda satu masa dulu.


Pergilah mendekati Pak Cik tu, tanya pasal Beca Elektrik. Belum lama berbual, terbongkar segala rahsia. Rupa-rupanya, indah khabar dari rupa. Rupa tak ada, khabar yang palsu. Pak Cik si Penarik Beca jawab" payah guna enjing elektrik tu, kalu punoh, tok leh nak gatih, berat". "Dia paka bateri 2 butir, lepas tu, kalu punoh bukang buleh dapak spare pak selalu". " Pah tu kena gi jauh nuuuuu.... kat bawah jambatang Sultang Mahmuk, tepak baiki". Itulah jawapan Pak Cik tu. Pasal tu lah dia tak menerima tawaran Deris untuk pasang enjin elektrik secara pecuma.


Daripada seramai lebih 100 orang penarik beca, hanya sekitar 20 orang sahaja yang menerima tawaran menggunakan enjin elektrik. Tapi gok, propaganda keluar dalam paper macam ke 1000 orang penarik beca yang menerima tawaran beca elektrik tuh......

Lepas berlalu, nak tulis maklumat sikit, eh.... lupa lak nak tanya sape nama Pak Cik tu.. he.. he..

Sunday, April 8, 2007

Apa Beza Kg Hadhari dengan Sure/ Jom Heboh

Tak ada bezanya, sama je Kg Hdhari dengan Sure/ Jom Heboh. Penganjur pun sama. TV3 anak syarikat Media Prima. Begitu juga dengan TV9. Sure Hebah dah difatwakan haram, so tukar nama jadi Jom Heboh. Kemudian TV9 pula ambil peluang denganDollah Mat Zain ada peruntukan RM 10 juta. Kononnya nak perluaskan konsep Hadhari. Acu tengok gambar Kg Hadhari Pulau Duyung Ganu Kite;

Tengok kat bawah ni pulak, Si Mawas (Mawi) tu bernasyid ke menyanyi? Lepas tu...aikkk... Hadhari le tu rambut terjurai si artis perempuan ntah ke apa namanya?


Yang untungnya konglomerat besar seperti Indocafe, power root dan lain-lain. Semua gerai (booth) mereka terletak kat dalam kawasan Kg Hadhari. Peniaga-peniaga Ganu kite, cuma layak berniaga luar kawasan. Habis pitih kerajaan Ganu RM 1 juta, bayar ke TV9. Acu tengok lak foto kat bawah ni;




Tuesday, February 27, 2007

Apa tu ayah ?

Sewaktu Azlan Dagang jadi YDP memang agresif, ganas memang ganag, tapi bukan pengganas (terrosist). Mungkin jenis dia, tak suka duk saja, nak tengok berubah sokmo, atau adanya perubahan setiap masa. Sapa tak kenal si Azlan ni, DO paling muda yang dilantik bagi daerah yang paling bongsu Setiu. Dia mencipta kegemilangan bermula semasa jadi Pengarah YPU. Tapi.... ehem... ada banyak versi jugok pasal cerita Azlan ni!
Apa pun, dia dilantik menjadi YDP MPKT kerana kecemerlangannya menjadi suri dalam daging, gunting dalam lipatan, talam dua muka..... apa lagi.. anugerah kerana mengkhianati kerajaan. Sepatutnya sebagai 'civil servant' dia mesti patuh dan komited kepada 'current government', tak kesahlah siapa yang perintah, UMNO ke, PAS ke, Sosialis ke, komunis ke! Tapi si Azlan inilah yang ke hulu ke hilir duk kempen supaya jatuhkan kerajaan yang memerintah antara 2000 - 2004.
Versi lain pula, si Azlan ni seorag yang licik, licin bak belut. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, dimana dia bertukar, pasti ada projek yang masuk kantung. Begitulah apabila dia berkuasa di MPKT. Macam-macam yang dibuatnya, setiap 3 bulan sekali, satu binaan dibangunkan di bulatan-bulatan dan sudut-sudut stratgik di bandar KT, selepas 3 bulan di tukar lain. Ambil contoh binaan di sudut hadapan perpusataan awam negeri Terengganu. Mula-mula tak ada apa-apa binaan, lepas tu ada kolam air pancut, kemudian tukar pulak, binaan ada periuk kera! Ingatkan idea asli, rupanya 'cetak rompak' yang ada dekat simpang empat bangunan DBKL.
Jambatan Sultan Mahmud (JSM) menjadi mangsa perangai terlalu menukar-nukar hiasan. Dulu ada bunga raya, lepas tu ada kotak berlampu, konon-kononnya nak bubuh iklan, lepas tu bubuh kun yang bermuka luas dan dibelakang runcing. Biasanya diletakkan di lebuhraya-lebuhraya untuk memberi amaran angin lintang. Yang di letakkan di JSM, Huh.... tak sampai 3 bulan rabak habis.
Suatu hari bila lalu di JSM anak-anak didalam kereta bertanya apabila melihat hiasan baru " apa tu ayah?" Aku pun perati tengok ap ke bende yang jadi hiasan baru tu. " Tak tahu" aku jawab kepada anak-anakku. "Eh...eh... macam ikan". Ikan? Ikan apa macam tu? Nak kata ikan darat, tak ada yang pesen tu. Lagilah bentuk ikan laut, memang comfirm tak ada.

Apabila dah 4, 5 ditanya, dan tak ada jawapan pasti, aku jawab " IKAN BODOH LA TU!"
Le ni dah sampai masa lebih dari 6 bulan, bila pulak MPKT nak tukar ikan-ikan bodoh tu dengan hiasan lain! Banyak yang dah mapuh ! Mabuk kena angin lintang !

Thursday, February 15, 2007

SEBUAH LAGI FILEM ‘ALI BABA CERITA LAPUK’

Semalam, Abdullah melahirkan rasa sedih apabila Kajian Ketirisan Kontraktor Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja Raya menunjukkan secara purata 85.37 peratus projek yang dilaksanakan kontraktor bumiputera tahun lalu mengalir kepada kaum lain.
Menurut Abdullah, tindakan mengalibabakan projek yang dianugerahkan kerajaan itu menyebabkan ia nampak elok dari luar sahaja sedangkan hakikatnya ia bukan dilaksanakan oleh kontraktor bumiputera terbabit.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak menghalang sekiranya syarikat bumiputera hendak mengadakan usaha sama tulen dengan syarikat bukan bumiputera tetapi mengalibabakan peluang yang diserahkan kepada mereka “adalah satu kesulitan yang tidak diingini”.
Namun katanya, apa yang berlaku pada masa ini ialah kontraktor bumiputera mengalibabakan projek dengan menyerahkan semuanya kepada kaum lain.




Ini SIRI REALITI ‘Apa Khabar Ganu Kita’ : Ali Baba dan Penyamun LPT

Pakej 12 Lebuhraya Pantai Timur adalah sambungan pakej 11. Laluan Pakej 12 adalah dari Bukit Petiti ke Gemuroh sepanjang 3.28 km menyeberangi Sg Nerus dan Sg Lingai. Sebuah jambatan juga dibina untuk Persimpangan Bertingkat Gemuroh untuk kemudahan susur keluar ke Laluan Persekutuan. Jalan Susur keluar (4 lorong dengan setiap lorong selebar 3.5 meter) sepanjang 2.5 km dibina untukbersambung dengan Laluan Persekutuan 3 dihadapan Kuari Bukit Jong. Sebuah jambatan menyeberangi Sg. Bukit Jong akan dibina.Kemudahan untuk kawasan tol plaza serta kawasan untuk Pejabat Pengurusan Lebuhraya disediakan dipertengahan Jalan susur Keluar.

Laluan Persekutuan 3 (Kuala Terengganu – Kota Bharu di km 20) dinaiktaraf sepanjang 1.5 km bagi pembinaan Simpang Tiga Berlampu Isyarat bagi kemudahan keluar masuk ke LPT2 Melibatkan pengambilan balik tanah sebanyak 69 lot dan tanah kerajaan seluas hampir 27 hektar. (Jumlah pampasan RM 2.5 juta). Kerja-kerja pembinaan baru bermula pada pertengahan Jun 2006 disebabkan kelewatan proses pengambilan tanah selesai dan dijangka siap pada 9hb November, 2008.

Kontraktor yang di lantik adalah TSR BINA SDN BHD (TSR). TSR bukanlah syarikat pembida yang paling tinggi. Bidaan TSR adalah nombor yang ke 50 dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM 97 juta sedangkan harga kos pakej ini melebihi RM 100 juta. TSR dikatakan dimiliki oleh Dato’ Razak yang mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO Terengganu.

TSR bukan sebuah syarikat kontraktor tulin. TSR adalah sebuah syarikat ‘Ali Baba’. Baru-baru ini TSR menjual tender pakej 12 kepada syarikat Pembinaan Limbungan Setia (PLS), sebuah syarikat bukan Bumiputera. PLS juga adalah sebuah syarikat ‘luar’ Terengganu. TSR menjual tender Pakerj 12 LPT2 kepada TSR dengan mengambil wang sebanyak RM 10 juta.

PLS sebagai sebuah syarikat luar, mengambil pekerja-pekerja pembinaan daripada luar. Majoriti pekerja adalah bukan rakyat Terengganu. Alasan yang diberikan dikatakan bahawa sekiranya mengambil orang Terengganu, mereka akan bercuti pada hari Jumaat, bukan pada hari Ahad.

Wednesday, February 14, 2007

Bahasa Pasar

Hari Sabtu yang lepas, berkunjung lagi ke Pasar Manir. Beli sedikit barang keperluan dan kueh mueh. Ikatan antara pembeli dan penjual di Pasar Manir sudah menjadi ikatan kasih sayang. Kalau tak pergi minggu tu, si penjual panjang leher menjenguk-jenguk mencari kelibat pelanggan tetap yang setiap minggu pasti akan membeli barangan. Ada penjual yang memang dah siapkan bungkusan untuk pelanggan tetapnya. Bukan apa, sebab nak beri barangan lebih, dilebihkan 2,3 barang, kerana ikatan kasih sayang.


Selepas membeli, ronda-ronda, pusing keliling, sambil-sambil mata mengintai, mana dia 'signboard' projek pembinaan premis niaga yang tak siap-siap tu. Pusing punya pusing tak jumpa. Biasanya kan ada papan tanda projek seperti 'Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional' atau 'Projek Islam Hadahari Terengganu Bestari'. Diatas papan tanda tersebut akan ditulis, bila projek bermula, dan bila dijangka siap. Jadi kita boleh tahu, projek tersebut projek 'sakit' atau tidak. Justru, papan tanda projek premis perniagaan Pasar Manir tak dijumpai, bermakna projek itu bukan 'sakit' lagi, mungkin projek yang 'pengsan' atau projek yang dah 'koma',

Kemudian semasa perjalanan balik saja ambil jalan jauh, pusing kut gertak sultan, singgah Pasar Batu 6, nak jenguk kawan-kawan disana musim ikan dan sayur mahal ni. Nak juga beli santan nyior + kelapa, seringgit dua. Masuk kut belakang tu, kat pasar kueh-mueh (yang sedang diubahsuai), terjumpa satu papan tanda. Perati-perati tengok, ada macam tak kena dengan papan tanda pembinaan yang dibina oleh MPKT tu. Acu kita semua tengok foto ni;


Nampak tak ? perati tengok papan no 1 & 2 dari bawah. Yang no. 2 dari bawah tu adalah tarikh mula kerja, yang no.1 dari bawah tarikh siap kerja. Apa yang tak kena ??? Tarikh mula kerja 27.8.2006. Tarikh siap kerja tu ada pada asalnya, tak silap 24.11.2006. Tapi dah kena sapu dengan cat putih. Kenapa dia orang sapu dengan cat putih ????

" SATU LAGI PROJEK SAKIT KERAJAAN BARISAN NASIONAL"




Sunday, February 11, 2007

"Jom Bersih Ganu kite" GAGAL



Ramai yang kenal sticker di atas, yang terlekat di kenderaan, sempena kempen kebersihan yang dilancarkan pada 26 Julai lalu. Kempen yang dapat mencatat rekod itu hanyalah kempen hangat-hangat tahi ayam. Tak sampai 2, 3 minggu kempen dimulakan, sampah ad merata riti. Kesungguhan kerajaan nak bersihkan bandar Kuala Terengganu sehingga nak keluarkan saman kepada pembuang sampah, lihat petikan;



Petikan 1
Sultan Mizan Seru Rakyat Terengganu Jaga Kebersihan

Sultan Terengganu memalu gong sebagai tanda simbolik pelancaran Kempen Kebersihan dan Keindahan peringkat negeri sambil diperhatikan Menteri Besar. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin meminta rakyat negeri ini supaya sentiasa mengamalkan sikap prihatin terhadap alam sekitar jika ingin melihat Terengganu sebagai negeri bersih dan tercantik berbanding negeri lain. Baginda turut memuji kepimpinan kerajaan negeri yang sentiasa peka terhadap penjagaan kebersihan dan keindahan alam sekitar. Titah baginda, tindakan kerajaan adalah selari dengan slogan Islam Hadhari Terengganu Bestari yang cuba diterapkan di kalangan rakyat pelbagai lapisan masyarakat.
“Jika semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan keindahan kawasan, keadaan ini tidak mustahil bagi mencapai matlamat untuk melihat Terengganu menjadi negeri terbilang dari segi kebersihan. “Program gotong royong di kalangan penduduk yang diamalkan sejak berzaman dahulu adalah amalan mulia dan wajar dipuji kerana selain menjaga kebersihan, ia dapat menjalin ikatan silaturahim serta kemesraan antara rakyat.,” titah baginda di majlis pelancaran Kempen Kebersihan dan Keindahan peringkat negeri di Taman Awam, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam (18 Februari).
Turut hadir di majlis itu, Menteri Besar, Dato` Seri Idris Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Muhatar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negara, Dato’ Ahmad Said.

240,830 Rakyat Terengganu Gotong Royong

Oleh: Kamarudin Mat Akib, Aida Abd Rahman dan Suriati Ali
Tiada Halangan, Hanya Peluang. Rakyat Terengganu membuktikan slogan yang kini bermain di bibir penduduk negeri ini bukan dicipta sekadar main-main, tetapi ia merupakan kata semangat bagi menjayakan setiap program yang dirancang. Hasilnya semalam, satu lagi sejarah terpahat apabila 240,830 orang penduduk dari seluruh daerah menyertai program gotong royong secara serentak bermula jam 8 hingga 11 pagi di seluruh negeri.
Peristiwa tersebut kini dirakamkan dalam buku ‘The Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai acara gotong royong yang melibatkan penyertaan paling ramai di negara ini. Pengarah MBOR, Datuk Danny Ooi menyerahkan sijil pengiktirafan tersebut kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam satu majlis selepas Menteri Besar meninjau sendiri rakyat Terengganu membersihkan negeri, dari udara. Menteri Besar berkata, kejayaan ini melepasi sasaran 200,000 orang yang dijangkakan menyertai program tersebut.
“Program gotong royong ini dilakukan secara serentak di 2,905 lokasi di seluruh negeri melibatkan pelbagai lapisan rakyat, daripada pelajar hinggalah kakitangan awam dan swasta,’’ katanya. Turut menaiki helikopter bersama-sama Dato’ Idris bagi meninjau acara gotong royong itu ialah Setiausaha Kerajaan, Dato’ Muhatar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Ahmad Said.
GOTONG-ROYONG TERBESAR...penduduk dari tujuh daerah negeri ini keluar menjayakan kempen `Jom Bersih'.

Orang Ramai Buang Sampah Merata-rata Didenda RM10 Serta-merta

KUALA TERENGGANU, 19 April (Bernama) -- Mulai 1 Mei ini, mereka yang membuang sampah merata-rata dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) akan dikenakan kompaun serta merta sebanyak RM10.Yang Dipertua MPKT, Adzlan Mohd Dagang berkata pihaknya akan menyediakan pegawai penguatkuasa bagi mengawasi orang ramai yang membuang sampah."Kalau mereka tidak mahu membayar kompaun RM10 yang dikenakan, kita akan ambil tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Kebersihan Bandar Kuala Terengganu peringkat ketiga di Pantai Batu Burok di sini Rabu.Adzlan berkata sehingga kini, kebersihan bandar Kuala Terengganu hanya 50 peratus dan kerja-kerja membersihkan bandar dan sekitarnya mesti dilipat gandakan terutama sebagai persiapan menghadapi Tahun Melawat Terengganu pada 2008."Saya harap kebersihan bandar ini dan sekitarnya meningkat kepada 70 atau 80 peratus menjelang 2008," katanya.Antara aspek kebersihan yang perlu diberi perhatian ialah tandas awam, tempat penyediaan makanan (dapur), kebersihan diri dan pakaian pengendali gerai makan dan restoran.-- BERNAMA



Lihat pula petikan Berita harian pada hari Khamis lepas;




Dipetik dari ruangan surat pembaca mukasurat 11 Khamis 8 Februari, 2007




Kemudian lihat pula imej-imej di bawah;