Alasan yang mendakwa gandingan mantap Presiden Datuk Seri Najib Tun
Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah yang terbaik untuk
menjayakan segala program transformasi parti, bukanlah satu sebab untuk
menolak demokrasi dan pemilihan dalam Umno.
Kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang
berkata, kedua-dua pemimpin itu perlu dikekalkan kerana kepimpinan
mereka masih diperlukan untuk memacu Umno dan memenuhi aspirasi BN
sebenarnya amat berbahaya kepada Umno dan BN, dan demokrasi negara ini.
Samada Zahid selaku Naib Presiden sedar atau tidak, atau ada tujuan
tertentu yang ‘terselit’ dicelah nafsunya, cadangan beliau akan menjadi
ancaman kesinambungan kepimpinan Umno dan BN yang masih memegang tampuk
pemerintahan negara ini.
Zahid sudah pun menunjukkan sikapnya, yang lebih otokratik, sebaik
menjawat orang yang paling berkuasa dengan jawatan Menteri Dalam Negeri
menutup ruang bersuara yang menjadi asas demokrasi, merampas akhbar
parti-parti lawan Harakah dan Roket.
Zahid sudah menunjukkan belang menjadi Umno semakin hampir kepada
‘komunis’ apabila beliau menangkap dan menahan pemimpin termasuk
pemimpin mahasiswa yang menggunakan ruang demokrasi untuk bersuara.
Dan apabila Zahid menyokong cadangan Umno Negeri Sembilan yang
menyuarakan pendirian bahawa kedua-dua jawatan itu tidak perlu
dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, Zahid sedang
menjalarkan, ‘kuku besi’nya ke atas ahli-ahli Umno dari partinya
sendiri.
Tindakan Zahid itu, hanya mengesahkan ‘bebelan’ si Tua Mahathir yang
menyatakan orang-orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan
mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak
lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.
Tiadanya pemilihan dalam Umno, walau pun pada jawatan yang tertinggi
parti, mengiyakan tulisan Mahathir dalam blognya yang berkata, pemimpin
Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk
menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.
“Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka
dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak.
Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak
orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu
lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar
Mahathir.
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan
-
*Oleh : Amiirullah Mansor*
DUNGUN, 29 Disember- Kepentingan modul Bahasa Arab perlu diterapkan kepada
pelajar sejak sekolah rendah lagi bagi mengatasi ma...
4 years ago
No comments:
Post a Comment