Thursday, May 23, 2013

Nak Suka Juga Dengan Cadangan Datuk Johan, Panel SPRM

Apa tidaknya, cadangan Datuk Johan itu seolah-olah macam orang sedar dari pengsan, orang kena langgar lori lalu pengsan dan bila sedar, hilang ingatan pula, merepek tak tentu pasal.

Soalannya apakah sebelum ini kalau seseorang jadi Menteri atau Menteri Besar, lalu dia beri kontrak kerajaan kepada kaum keluarga dan suku sakatnya, itu tidak salah?

Kalau tak salah mengapa pula nak dicadangkan agar anggota keluarga jemaah Menteri dan Menteri Besar termasuk juga kumpulan anggota jawatankuasa negeri dicadangkan supaya dilarang daripada terbabit dengan kontrak kerajaan?

Dah, kalau sebelum ini ia sudah menjadi suatu perlanggaran, kuatkuasakan sahaja, tangkap Menteri dan Menteri Besar yang beri kontrak kepada kaum keluarga dan suku sakat tu, siasat betul-betul, siasat sungguh-sungguh, lepas tu dakwa dimahkamah, masukkan yang salah ke dalam jel.

Kata datuk Johan cadangan itu bagi mengelakkan pandangan serong rakyat terhadap mereka yang berada dalam kedudukan yang mempunyai kuasa dalam mempengaruhi keputusan kerajaan.

Haha………bukan serong lagi, pandangan dah naik juling, dah terbalik biji mata, nak terkeluar……….. kalau tak percaya kita semak semula Kontrak kerajaan Pakej ke 12 LPT Fasa 2 (LPT2) bermula dari Bukit Petiti, di Manir sehingga ke Kampung Gemuroh, Tepoh Kuala Terengganu.

Yang dapat projek itu adalah TSR Bina Sdn Bhd (TSR) yang bukanlah syarikat pembida yang paling tinggi kerana bidaan TSR adalah nombor yang ke 50 dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM 98 juta sedangkan harga kos sebenar pakej ini melebihi RM 100 juta.

kalau Datuk Johan nak tahu TSR dimiliki 100% oleh syarikat TSR Capital Bhd (TSRCap), sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham dan Pengarah-pengarah TSRCap dan berdasarkan Director’s Report, TSR Capital, 2004, Pengarah-pengarah TSRCap adalah seperti dibawah;
1. Dato’ Yaakob bin Hj Ibrahim
2. Dato’ Lim Kang Yew
3. Tengku Datuk Mustapha bin Tengku Mohamed
4. Rahaimi bin Abdul Rahman
5. Tan En Chong
6. Hj. Mohamad Shfri bin Ab. Aziz

‘Acu’ tengok dua nama dalam senarai itu, iaitu yang nombor satu,  Dato’ Yaakob bin Hj Ibrahim dan yang ‘last’ sekali, Hj. Mohamad Shfri bin Ab. Aziz, siapakah mereka berdua ini?

Semasa memenangi kontrak kerajaan itu, Dato’ Yaakob bin Hj Ibrahim adalah Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional dan juga Senator yang masih berkhidmat, Ahli Dewan Rakyat yang dilantik melalui DUN Kedah.

Semasa syarikat TSR mendapat tender itu juga, Mohamad Shfri bin Abd. Aziz adalah Yang Berhormat, ADUN N40 Bukit Ibam, Pahang yang memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004.

Yang paling juling sampai nak tertonjol keluar mata kita adalah bila kita mengetahui bahawa Mohamad Shfri bin Abd. Aziz adalah anak sepupu Pak Lah, iaitu dua pupu kepada Nori dan Khairi Jamaludin.

Jadi………. cadangan Datuk Johan tu simpan ajalah dalam perpustakaan, jadi bahan akademik, untuk kajian masa depan!

Kita bukan kata cadangan itu tak molek…..memang molek cadangan Datuk Johan tu, bahkan bukan setakat molek, cuma cadangan tu setakat buat ‘comel’ sajalah kerana kakitangan SPRM sendiri pun masih diikat kaki dan tangannya!

Siapa kakitangan SPR yang berani nak persoalkan pemberian tender kepada TSR? Siapa yang berani ketika itu dan sekarang pergi siasat Dato’ Yaakob dan Hj. Mohamad Shfri? Siapa berani nak ‘keber’ anak sepupu Pak Lah, dua pupu Khairy………nak mampusss?

Itu belum lagi kisah Menteri Pelajaran masakini, Dato’ Seri Idris Jusoh, bekas timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Bekas Meenteri Besar Terengganu.

Pada tahun 2007, ketika Idris masih memegang jawatan Menteri Besar Terengganu, menurut Butiran Laporan CIDB tentang Projek Diawad Menurut Lokasi Dan kategori Projek, Syarikat milik keluarga Idris, Jusoh Enterprise Sdn Bhd telah mendapat kontrak kerajaan projek infrastruktur di negeri Terengganu berjumlah RM17, 918, 098.00 [klik sini]

Sunday, May 12, 2013

Ahmad Said Tambah Kesukaran Najib Bernafas

Selama 56 tahun hidup Malaysia diharungi, seingatan pemikiran ini, tidak pernah gabungan perikatan, dari simbol ‘kapal layar’ hinggalah gunakan simbol ‘dacing’ menjadi kelam kabut seperti waktu sekarang ini.

Tidak sampai 3 hari dari tarikh pilihanraya umum kali ke-13 pada 5 Mei, Utusan Malaysia meludah ke muka ‘transformasi’ Najib 1Malaysia, dan menuding kekalahan BN berpunca dari Tsunami Cina.
[Gambar - Najib dan Ahmad Said, sama-sama menipu orang Melayu, Cina dan India, rakyat Terengganu pada 13 Disember 2008]

Najib menjadi ‘sesak nafas’ dan terpaksa menukar samarannya, mempertahankan Utusan dan bertukar bukan jadi Perdana Menteri kepada semua, tetapi menjadi Perdana Umno-Putra.
Anak-anak muda di menara gading dituduh sudah tunjuk taring kerana dihasut oleh Pakatan pembangkang, begitulah lebih kurang kata pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), sebuah badan yang tidak lagi ‘nuetral’.

Kalau ada dalam hati terpalit sedikit rasa jati kendiri, pasti pengerusi SPR itu tidak menjawab menggunakan label parti kerana badan pengendali pilihan raya sepatutnya lebih dari berpendirian ‘atas pagar’.

Pengerusi SPR tidak perlu ‘sesak nafas’ dan mesti bercakap dengan nada ‘penenang’, bersabar dan mengambil tindakan meneliti semua aduan, membuat siasatan tanpa sebarang prejudis.

Menempelak anak muda dan mahasiswa yang dua, tiga kerat menyerahkan memorandum boleh menyebabkan 20 atau 30 ribu anak muda yang lain merasa ‘dijerkah’ juga.

Najib sudah tidak dapat menyembunyikan samaran ‘transformer’ nya, yang sepatutnya selaku perdana menteri 1malaysia tidak sayugia dia hanya menjadi perdana menteri umno, bukan PM melayu, bukan PM cina dan bukan PM india.

Sama dengan mentornya Mahathir yang juga ‘sesak nafas’ dengan kekurangan kerusi BN, terus mengutuk kaum cina sebaik mencecahkan kaki ke tanah malaysia sekembalinya dari Eropah, sedangkan dia pun bukanlah melayu tulin.

Sketsa drama pemimpin umno sama skripnya sejak berpuluh tahun dulu sedang semua parti lain mengalami transformasi, sebaliknya parti tulang belakang BN, umno yang menjaja transformasi tetap hidup umpama kaum pangan.

Ramai orang melayu yang di doktrinkan supaya menjadi ultra, sesiapa yang masuk belajar di ITM (kini UiTM) pasti masih hafal senikata ‘anak kecil main api’ walaupun mungkin tidak ingat sepenuhnya.

Dalam usaha melahirkan profesional yang boleh bersaing dengan pasaran global berbilang bangsa dan agama, tiba-tiba bakal ‘pro’ itu diajar menjadi seorang ekstrimis perkauman, hidup melayu, hidup melayu!

Ungkapan senikata dalam lagu ‘anak kecil main api’ itu jelas menerangkan maksud harta benda negara ini adalah milik rakyat yang mesti dipertahankan, yang sepatutnya diagihkan secara adil kepada semua rakyat kerana penjajah telah beredar.

Namun selama 56 tahun hidup ini, masih wujud sehingga sekarang kilang papan milik wakil rakyat umno, melambangkan pemimpin umno yang kaya raya mengaut harta ‘nenek moyang kaya raya’.
‘Tergadai seluruh harta’ kepada siapa setelah 56 tahun negara merdeka?

Tiba-tiba sorang bekas hakim ‘sesak nafas’ dan menjadi ‘sasau’ serta berkata orang melayu akan balas dendam kepada orang cina? dan terlupa undang-undang yang dipelajari dan diamalkannya, kata-katanya itu adalah api perkauman yang menghasut.

Apa semuanya ini?

Sedang di negeri Darul Iman, yang jadi Menteri Besarnya masih berlagak ‘ala’ samseng ‘taik kucing’ (meminjam kata-kata P. Ramlee) mengugut semua pihak demi untuk meneruskan pemerintahannya.
Bukan hanya rakyat yang tidak mengundi BN menjadi mangsa dengan ugutan tidak akan ada pembangunan, bahkan ‘khabarnya’ PM yang sama parti dengannya, pun turut diugutnya, agar beliau kembali di tampuk kuasa.

Ahmad Said sendiri sebenarnya sudah ‘sesak nafas’ kerana berkali-kali dia ‘mendabik dada’ berkata sebelum pilihanraya, BN akan menang besar di Terengganu, namun bila keputusan diumumkan BN hanya lebih dua kerusi sahaja.

Sebaik usai angkat sumpah, Ahmad Said juga menjadi tidak sedar diri bahawa dia Menteri Besar untuk semua, bukan hanya Menteri Besar Umno, namun penyakit Najib yang ‘sesak nafas’ menjadi PM kepada Umno, dituruti oleh Ahmad Said.

Bukan Melayu, bukan Cina, bukan India yang sukar bernafas pada waktu ini, tapi pemimpin Umno dan Barisan Nasional!

Tuesday, May 7, 2013

Yang Menang Dan Yang kalah, Tetap Memikul Amanah

Bukan kita yang memulakan kehidupan dan perjuangan ini dan bukan kita yang akan menamatkannya! Oleh itu, tidak perlu dipuji melambung sesuatu kejayaan dan tidak perlu diratapi sesuatu kegagalan.

Bukanlah kita terjun ke ‘kancah ini’ dan berpencak di ‘medan ini’ untuk semata-mata mencipta sebuah kejayaan, namun seharusnya bersiap untuk menerima suatu kegagalan kerana kita tahu, kejayaan itu adalah bagaimana kita mengecapi saat-saat ketika kita menerima kegagalan.

Ketika RasuluLlah SAW, ‘disifatkan’ gagal dalam usahanya mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah di Ta’if, yang hanya kira-kira 60km dari Mekah, namun jarak pengalaman pahit yang dialami oleh Nabi SAW itu sudah berjalan lebih 1,400 tahun, untuk memberitahu kita, tentang tauladan dari kesahnya.

Ketika tentera Islam dipukul hebat, dalam perang Uhud selepas berjaya sebelumnya dalam Badar, ia tidak ‘merencatkan’ pelan jangka panjang yang telah ditetapkan bagi kemenangan Islam membuka Kota Makkah (bahasa Arab: فتح مكة, Fathu Makkah) pada tahun 630, malah membuka kota Kontstantinopel 823 tahun selepas pembukaan Mekah pada tahun 1453.

Bukankah Solahuddin al-Ayyubi telah membebaskan Baitulmaqdis pada tahun 1187 dan kemudiannya Palestin telah ditawan dan dijajah semula oleh British pada 1917 yang membawa kepada penubuhan negara Israel pada 1948.

Sejak dari itu, bukan sedikit usaha untuk mendapatkan semula Palestin, namun sehingga kini sudah memakan masa selama 65 tahun, umat Islam masih kalah!

Yang kalah dan menang, kedua-duanya, tidak boleh bersenang lenang, kerana kedua-duanya akan terus, terpaksa meneruskan tugas sebagai kahlifah dimuka bumi Allah ini, menunaikan amanah yang di amanahkan.

Yang menang memikul amanah untuk mengisi kemenangan, yang kalah memikul amanah untuk mencipta sebuah kemenangan! Berterusan sehinggalah keamanan dan keadilan ditegakkan, dan ketika itu pun kerja-kerja tidak terhenti, kerana senantiasa ada musuh-musuh yang tidak mahu kepada kebaikan!