Pada 18/11 ni Pak Lah akan mari Ghanu sekali lagi. Buat mende acap ngat ni? Mesti ada udang sebalik mee! atau Pak Lah memang berahi mari Ghanu, pasal kat ni dia buleh tido nyenyak. Dengor kabor Si Jin suka ngat duk kat Heritage Bay Club tu. Kalu Pak Lah mari Ghanu, memang si Jin akan duk situ.
Tak pe, tapi sebenornya, kat Mat Drih, Pak Lah nak mari Ghanu nak kelih projek ikan dan Telaga Papan. Tak tahu pulok ambe ad projek di Telaga Papan. Hok ambe tahunya, kat Bari ada lah. Projek Kerapu Harimau, kroni Mat Derih yang buat, bawah TADC lah, syarikat mana lagi.
Cumanya, memang sah projek-projek bawah Si Denan (Ir) akan pasti gagal. Adalah sebab-sebabnya, bukan ambe saje-saje nak kata.
Si Denan tu sebenornya, masa zaman Ayah Wan (Mokhtar) dulu pun dah diberi tanggungjawab untuk ternak menternak ni. Le ni ternok ikang, dulu dia ternok udang. Tahu dok lagi kat ane-ane projek udang tu?
Projek tu mudah je, kat Fikri. Ho...lah, Kg Fikri kat Setiu, lepas pada Saujana tu, iye slalu. Projek ternak udang ni sebenornya, jarang je orang tak untung. Kebanyakkannya memang untung. Dan memang orang ternak udang ni pasal nak untung. Tapi si Denan Ir (kononnya) ni pelik siket. Dia kata dia tak mboh untung, bo pulang modal sudahlah. So, dia pung ambiklah pekerja nak nguruskan projek udang ni. Antara pekerja yang dia ambik sapa lagi, kalu tak Pengerusi JKKK kampung tuh.
Maka awok-awok tu pun berpakatlah. Bukan berpakat bior berjaya, tapi pakat biar bo bo buleh untung je syarikat anak kerajaan negeri tu. So, dia orang mantain 2 kolam udang je. Dua kolam udang tu padang doh buleh modal semula. Kolam-kolam hok lain bukan lok gitu saje, dok. Kolam-kolam lain, dia ternak udang jugok, tapi dia jual sendiri. Black Market. Last-last syarikat HR Marine Farm pun lingkup. Itulah babak pertama si Denan yang diambil oleh Si Derih yang sedang nguruskan TADC.
1 comment:
Jangan kondem orang je....siasatlah lebih terperinci dulu..baru kemas...dok tau mende!!!
Post a Comment