Projek Fertigasi yang begitu ditonjol-tonjolkan oleh Deris Jusoh dan Mat Jidin bukanlah teknologi baru yang memahat sejarah. Tetapi ianya satu teknologi yang keringgalan zaman. Artikel "Artikel Kegagalan Tahun Pertanian Terengganu 2006' telah turut di terbitkan didalam Blog Rajapetra yang tersohor 'Malaysia Today' pada 19/07/07.
Ramai yang memberi komen, antaranya menyebut bahawa fertigasi berasal dari Israel. Kemudian dibawa ke Belanda, dan disebarkan ke dunia ketiga. Sebab itulah kita lihat berita tentang 'Sutratani' dipaparkan sebesar-besarnya, kononnya Deris Jusoh hebat mengambil orang Belanda menjadi penasihat. Mengapa tak ambil sahaja orang Israel?
Sutratani diuruskan diuruskan oleh TRG Sutratani Sdn Bhd, anak syarkita kepada TADC. Manakala TADC pula adalah anak syarikat di bawah PERMINT. TADC melalui TRG Sutratani Sdn Bhd inilah yang telah menggunakan RM 4 juta dari RM 20 juta Dana Fertigasi Mega. Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) yang telah membuat usahama dengan JPB Greentech Sdn Bhd, yang pengarahnya adalah Mat Belanda Luuk Rania . Kita merasa sungguh hairan, mengapa TADC menggunakan orang asing didalam projek Fertigasi. Apakah Dr.2 dan para pakar di MARDI tidak ada kelayakkan? JBP adalah hanya satu syarikat yang disenaraikan didalam Malaysia Dutch Business Council (MDBC) yang juga tersenarai beberapa syarikat Malaysia lain selain darinya.
Manakala projek Fertigasi Mega, yang menelan belanja RM 20 juta wang rakyat, menjadi kelam kabut dan berkecamuk. Tinjauan yang dibuat setakat ini, daripada projek yang telah dilaksanakan, hanya 20% sahaja projek yang telah berjaya. Manakala banyak lagi yang belum dilaksanakan dan ada yang telah meninggalkan 'kerangka besi fertigasi' kerana tidak mampu mengusahakannya setelah gagal pada kali pertama. Sekiranya RM 20 juta itu digunakan untuk pertanian moden biasa, ribuan petani kecil dikampung-kampung yang boleh dibantu.
Kecenderungan kerajaan Terengganu melaksanakan projek-projek Mega yang asing kepada rakyat (Monsson Cup, Masjid Kristal dll) adalah amat dicurigai. Projek-projek sebegini, yang asing bagi rakyat, mungkin salah satu cara bagi kerajaan Deris Jusoh menarik sokongan dan publisiti. Rakyat tidak dapat membuat 'check and balance' dan tidak mampu membuat penilaian samada hasilnya berjaya atau tidak dan memberikan kesan kepada kehidupan rakyat; rakyat tidak perlu tahu! Tapi mampukah Deris Jusoh, Mat Jidin, Wan Hisham, Rosol dan Mat Said menipu semua rakyat ???
1 comment:
assalamualaikum...
mintak maaf la kepada blogger.nampaknya si blogger ni hanya pandai memutarbelitkan fakta.sy selaku org dalam tadc,ingin membetulkan keadaan..setakat yang saya tau setakat ini para peserta projek fertigasi mega yang mengikut program dibawah TADC memperolehi purata pendapatan tidak kurang RM5000 dal masa 3 bulan bagi seiap seorang.Jadi dimanakah tidak berjayanya projek ini.
Post a Comment