Tapi bunyi yang dipalu oleh kerajaan Negeri Terengganu begini ‘Sutratani permoden sector pertanian, Bantu belia, program kerajaan Terengganudengan kerjasama TADC beri manfaat kepada lebih 120 keluarga berpendapatan rendah’. Apabila dibaca seluruh artikel yang mempunyai lebih kurang 400 perkataan itu, hanya diakhir kalam barulah dinyatakan tentang 120 keluarga akan mendapat manfaat. Hanya pada perenggan akhir, dalam 30 perkataan, tiba-tiba muncul angka 120. Sedangkan peserta hanya 09 orang. Mungkin ini matematik pertanian (agromathematic). Yang apabila ditanya kepada ‘agrikulturis’ mana pun, pasti mereka tak dapat jawab. Maka kesimpulan pertama yang boleh dirumuskan, pastilah ia sejenis sains sosial baru yang dipanggil ‘pertanian hadhari’.
Bila kita baca semula artikel pada ruang B9, Berita Harian, Timur, Isnin 25 Jun, 2007 itu, 09 orang peserta yang dipilih untuk menyertai program ini adalah belia-belia kampung, yang hanya duduk dikampung membantu ibu bapa mereka mengusahakan tanaman kecil-kecilan dihalaman rumah. Ini termasuklah pemuda yang dipaparkan fotonya, Zahurin Shaari, yang kalu di amat-amati dengan teliti, mempunyai rambut yang kemerah-merahan, seolah-olah rambutnya dicelup dengan pewarna. Mungkin ibu bapanya mengusahakan tanaman ‘inai’ secara kecil-kecilan dihalaman rumah, justeru Zahurin mengunakan inai yang ditanam oleh ibu bapanya untuk mencelup rambutnya. Selain itu, Zahurin berkulit agak ‘cerah’, yang mana begitu ‘kontras’ dengan orang-orang Kampung Telaga Papan. Biasanya orang kampun Telaga Papan agak ‘gelap’ kerana kampung tersebut ditepi pantai dan cuacanya agak panas. Kesimpulan yang kedua yang boleh dirumuskan bahawa, dari pemerhatian yang dibuat, mungkin orang-orang kampung Telaga Papan telah lama menjalankan usaha pertanian moden dihalaman rumah mereka.
Percayalah, bahawa sebanyak RM 20,000,000.00 duit rakyat dibazirkan begitu sahaja, atas nama projek Fertigasi Mega 2006. Seluruh negeri seramai 250+09 yang menjadi peserta projek ini. Ini bermakna setiap orang dibelanjakan sebanyak RM 77,220.00, dan tidak seorang pun dari mereka yang dapat faedah secara terus, samada pemilikan tanah atau jaminan sara hidup. Bahkan sehingga kini berbagai cerita yang terdengar akibar kegagalan Tahun Pertanian Terengganu 2006. Kerajaan mensasarkan 10,000 petani, penternak dan nelayan dapat ditingkatkan pendapatannya sebanyak RM 500.00 sebulan. Namun realiti adalah sebaliknya. Akibat daripada mengejar Publisiti dengan Fertigasi Mega, sektor-sektor pertanian lain seperti sayur-syuran dan buah-buahan diabaikan !
3 comments:
banyak yg tak betul...jgn main hentam je tanpa tau cerita sebenar..
Assalamualaikum
Sejumlah RM4,000,000.00 telah diperuntukkan untuk membangunkan program sutratani dan "sehingga kini" 9 orang telah menyertai program ini sebagai inkubator.
Daripada jumlah peruntukkan tersebut sejumlah 3 modul telah dibangunkan di mana satu modul boleh menempatkan 8 orang peserta. Seramai 24 orang peserta secara keseluruhan akan dilatih secara inkubator bagi program Sutratani dan bukannya 9 orang sebagaimana yang telah dikatakan oleh blogger ini. Pada pandangan saya adalah tidak bertanggungjawab untuk blogger ini memanipulasikan fakta di mana projek sutratani dicampuradukkan dengan gambar projek fertigasi mega. Daridapa 4 gambar yang ditunjukkan, 3 daripadanya merupakan gambar Projek Fertigasi Mega bukannya gambar Projek Sutratani. Ini amat mengelirukan para pembaca dan saya percaya dengan sepenuh hati bahawa penulis blog ini juga sangat keliru tentang yang mana satu Projek Sutratani dan yang mana satu Projek Fertigasi Mega.
Untuk makluman juga, penulis blog ini masih lagi belum memahami bagaimana pogram sutratani boleh memberi manfaat kepada 120 orang keluarga miskin untuk setahun. Saya tidak menyalahkan penulis blog ini sekiranya dia tidak mempunyai ilmu yang tinggi di dalam bidang ekonomi. Saya juga tidak menyalahkan penulis blog ini sekiranya dia tergolong dikalangan orang yang berhati kecil dan hanya pandai mencari kesalahan orang.Tetapi saya pasti ada penjelasan yang sangat jelas bagaimana program ini boleh memberi manfaat kepada 120 orang keluarga miskin. Jesteru, daripada penulis blog ini membuat pembahagian RM4 juta / 9... sepatutnya dia membahagi kan RM4 juta / 24 (direct benefit) dan 120 (indirect benefit). Untuk penjelasan yang sebenar, ada baiknya sekiranya penulis blog ini menghubungi sendiri pejabat TADC daripada membuat fitnah melulu. Sesungguhnya dosa membuat fitnah adalah besar.
Sekian.
Orang lain banyak yang tak betul...ko tu betul sangat ke???Cuba cerita sket kehebatan mung tu....jangan cakap je pandai....cuba tanya peserta sendiri..jangan nak kondem org je diri kita belum tentu lagi betul...
Post a Comment