Sunday, May 6, 2007

Penarik Beca


Lebih Kurang dua minggu lepas, berkunjung ke pasar Payang. Ronda-ronda, pusing-pusing. Masuk kut belakang, saja nak tengok, kebersihan tahap dunia! Ahhhhhh..... tak ada yang berubah! Tapi isunya bukan kebersihan, sebab tengah duk ronda-ronda teringat seorang kenalan, Pak Yatim, si Penarik Beca. Liar mata, mencari-cari, kalu-kalu Pak Yatim ada main sekitar Pasar Payang. Tapi ternampak orang lain, dan teringat pasal beca elektrik, yang Deris buat salah satu propaganda satu masa dulu.


Pergilah mendekati Pak Cik tu, tanya pasal Beca Elektrik. Belum lama berbual, terbongkar segala rahsia. Rupa-rupanya, indah khabar dari rupa. Rupa tak ada, khabar yang palsu. Pak Cik si Penarik Beca jawab" payah guna enjing elektrik tu, kalu punoh, tok leh nak gatih, berat". "Dia paka bateri 2 butir, lepas tu, kalu punoh bukang buleh dapak spare pak selalu". " Pah tu kena gi jauh nuuuuu.... kat bawah jambatang Sultang Mahmuk, tepak baiki". Itulah jawapan Pak Cik tu. Pasal tu lah dia tak menerima tawaran Deris untuk pasang enjin elektrik secara pecuma.


Daripada seramai lebih 100 orang penarik beca, hanya sekitar 20 orang sahaja yang menerima tawaran menggunakan enjin elektrik. Tapi gok, propaganda keluar dalam paper macam ke 1000 orang penarik beca yang menerima tawaran beca elektrik tuh......

Lepas berlalu, nak tulis maklumat sikit, eh.... lupa lak nak tanya sape nama Pak Cik tu.. he.. he..

No comments: