Thursday, February 15, 2007

SEBUAH LAGI FILEM ‘ALI BABA CERITA LAPUK’

Semalam, Abdullah melahirkan rasa sedih apabila Kajian Ketirisan Kontraktor Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja Raya menunjukkan secara purata 85.37 peratus projek yang dilaksanakan kontraktor bumiputera tahun lalu mengalir kepada kaum lain.
Menurut Abdullah, tindakan mengalibabakan projek yang dianugerahkan kerajaan itu menyebabkan ia nampak elok dari luar sahaja sedangkan hakikatnya ia bukan dilaksanakan oleh kontraktor bumiputera terbabit.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak menghalang sekiranya syarikat bumiputera hendak mengadakan usaha sama tulen dengan syarikat bukan bumiputera tetapi mengalibabakan peluang yang diserahkan kepada mereka “adalah satu kesulitan yang tidak diingini”.
Namun katanya, apa yang berlaku pada masa ini ialah kontraktor bumiputera mengalibabakan projek dengan menyerahkan semuanya kepada kaum lain.




Ini SIRI REALITI ‘Apa Khabar Ganu Kita’ : Ali Baba dan Penyamun LPT

Pakej 12 Lebuhraya Pantai Timur adalah sambungan pakej 11. Laluan Pakej 12 adalah dari Bukit Petiti ke Gemuroh sepanjang 3.28 km menyeberangi Sg Nerus dan Sg Lingai. Sebuah jambatan juga dibina untuk Persimpangan Bertingkat Gemuroh untuk kemudahan susur keluar ke Laluan Persekutuan. Jalan Susur keluar (4 lorong dengan setiap lorong selebar 3.5 meter) sepanjang 2.5 km dibina untukbersambung dengan Laluan Persekutuan 3 dihadapan Kuari Bukit Jong. Sebuah jambatan menyeberangi Sg. Bukit Jong akan dibina.Kemudahan untuk kawasan tol plaza serta kawasan untuk Pejabat Pengurusan Lebuhraya disediakan dipertengahan Jalan susur Keluar.

Laluan Persekutuan 3 (Kuala Terengganu – Kota Bharu di km 20) dinaiktaraf sepanjang 1.5 km bagi pembinaan Simpang Tiga Berlampu Isyarat bagi kemudahan keluar masuk ke LPT2 Melibatkan pengambilan balik tanah sebanyak 69 lot dan tanah kerajaan seluas hampir 27 hektar. (Jumlah pampasan RM 2.5 juta). Kerja-kerja pembinaan baru bermula pada pertengahan Jun 2006 disebabkan kelewatan proses pengambilan tanah selesai dan dijangka siap pada 9hb November, 2008.

Kontraktor yang di lantik adalah TSR BINA SDN BHD (TSR). TSR bukanlah syarikat pembida yang paling tinggi. Bidaan TSR adalah nombor yang ke 50 dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM 97 juta sedangkan harga kos pakej ini melebihi RM 100 juta. TSR dikatakan dimiliki oleh Dato’ Razak yang mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO Terengganu.

TSR bukan sebuah syarikat kontraktor tulin. TSR adalah sebuah syarikat ‘Ali Baba’. Baru-baru ini TSR menjual tender pakej 12 kepada syarikat Pembinaan Limbungan Setia (PLS), sebuah syarikat bukan Bumiputera. PLS juga adalah sebuah syarikat ‘luar’ Terengganu. TSR menjual tender Pakerj 12 LPT2 kepada TSR dengan mengambil wang sebanyak RM 10 juta.

PLS sebagai sebuah syarikat luar, mengambil pekerja-pekerja pembinaan daripada luar. Majoriti pekerja adalah bukan rakyat Terengganu. Alasan yang diberikan dikatakan bahawa sekiranya mengambil orang Terengganu, mereka akan bercuti pada hari Jumaat, bukan pada hari Ahad.

1 comment:

zach said...

Apa bezanya cuti pada hari Jumaat dan Ahad. Cuti juga namanya. Jelas syarikat tersebut menghina agama Islam.
www.xperienceoflife.blogspot.com