Tuesday, December 29, 2009

Sumpah Keramat Ahmad Atau Pagar Istana Yang Terlalu Kukuh !?


Percubaan kumpulan ’10 budak hitam’ untuk menjatuhkan kredibiliti Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang baru berlalu tidak berjaya.

Walaupun sejak hari pertama persidangan, Ahmad telah diserang oleh seorang peguam, YB Alias Abdullah (BN-Alor Limbat), Ahmad mampu meneruskan pembentangan bajet negeri Terengganu sebesar RM1.881 bilion.

Alias mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh Ahmad mengenai peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek perparitan Baruh Muring Tasek-Padang Leban-Sungai Bukit Payong.

Pertikaman lidah antara Alias dengan Ahmad yang cukup ‘tegang’ pada hari pertama tiba-tiba menjadi agak kendur apabila sampai kepada hari kedua persidangan, mengapa?

Rupa-rupanya Alias telah mendapat isyarat yang berupa amaran dari Putrajaya !

Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Hishamudin Hussein sebelum ini berkali-kali berwirid;

“Kedudukan Umno Terengganu kini cukup selesa, Umno Terengganu telah kembali bersatu, Umno Terengganu kini lebih baik dari hujung tahun lalu,”antara kata-kata Hisham yang diulang-ulangnya setiap kali turun ke Terengganu.

Belum pun habis dingin musim tengkujuh, bahang ‘panas’ perbalahan silam tidak dapat disembunyikan lagi oleh ADUN-ADUN Umno/BN Terengganu.

Tiga gelombang hujan lebat yang turun tidak memadamkan ‘dendam’ kesalahan Ahmad yang pernah disenaraikan oleh Alias sendiri sebagaimana berikut;


1. Ahmad meletakkan mereka yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai beberapa agensi kerajaan negeri, termasuk Terengganu Inc.

2. Ahmad didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Idris termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.

3. Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah Kuantan Medical Centre (KMC) dan khidmatnya sebagai senator tidak disambung sepenggal lagi.

4. Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita (Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang kepada negeri

5. Pengarah eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, pengurus besar Kemaman Supply Base (KSB), dan pengurus besar Konsortium Pelabuhan Kemaman juga dipecat.

6. Seorang penyokong PAS didakwa dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat perkayuan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

7. Sementara dua bekas guru sekolah rendah masing-masing dilantik untuk memimpin Unit Terengganu Bestari (U-Best) dan KMC yang dianggap "tidak tepat."

8. Ahmad juga didakwa "membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008."

Itulah senarai panjang yang pernah di hantar kepada Perdana Menteri oleh ’10 budak hitam’ sejurus selepas berlakunya konspirasi terancang ‘SMS Ugut Bunuh’.

Namun apabila Hisham melihat, kata-katanya yang memperakui ‘Kemelut Umno Terengganu’ telah selesai, akan menjadi ‘tawar’ apabila ADUN-ADUN BN menyerang Meneteri Besarnya sendiri, cepat-cepat dihantarkannya ‘mesej’ – “perbalahan dalam Sidang DUN mesti dihentikan!”

Bukan orang lain pula yang turut mempertikaikan Menteri Besar Umno Terengganu itu, bahkan pegawai khasnya Dato’ Din Adam sendiri!


Sesi soal jawab pagi 21 Disember telah dimulakan dengan soal Din Adam (BN-Bukit Besi) yang bertanya, apakah ‘gerangan’ nama syarikat pengendali lombong bijih besi?

Din juga bertanya Ahmad, apa pula manfaat kepada rakyat tempatan ekoran pembukaan semula perusahaan bijih di dalam kawasan kampungnya dan Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya.

Ahmad menjawab kerajaan telah meluluskan pelantikan tiga syarikat iaitu TBM Minerals Sdn Bhd, Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd, dan Wahaba Wangi Sdn Bhd.

Din tidak berpuas hati lalu berkata; "Saya hanya tahu mengenai pembukaan kawasan lombong itu melalui pekerja kawasan itu. Saya orang Bukit Besi, duduk di Bukit Besi dan menjadi wakil rakyat Bukit Besi tetapi tidak tahu menahu tentang perkara tersebut,"


Ahmad berkata lagi, dengan pembukaan semula kawasan perlombongan di kawasan itu, ia dijangka mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya 50 peratus daripada pekerja yang diupah seperti mana yang disyaratkan.

Namun kata Din hanya 15 orang sahaja orang tempatan yang bekerja dan salah sebuah syarikat yang melombong itu hanyalah seorang ‘taukeh’ pemungut dan pembeli besi buruk.

Ahmad menyindir Din dengan mengatakan Din kerap tidak hadir pada persidangan dewan dan jarang menjejakkan kaki di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menyebabkannya dia tidak mengetahui pembangunan yang berlaku di kawasan sendiri.

Mungkin kegusaran Din ada cerita disebaliknya, apabila nama salah sebuah syarikat yang diberi lesen melombong itu begitu hampir dengan syarikat yang pernah diberi kontrak projek pemanjangan lapangan terbang.

Projek Pakej IV (b), Kerja-kerja Projek Menaik Taraf Lapangan Terbang Kuala Terengganu - Penambakan Laut Dan Kawalan Hakisan Pantai bernilai RM66 juta telah diberikan kepada TBM Resources Sdn Bhd.

Oleh itu, mungkin bagi pendapat Din tidak wajar diberikan lesen melombong bijih kepada syarikat yang sama sekiranya benar-benar TBM Minerals Sdn Bhd itu ada kaitannya dengan TBM Resources Sdn Bhd

Di akhir persidangan pada 23 Disember, ketika menggulung ucapannya, Ahmad telah menyimpulkan dan menutup segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dengan satu ‘sumpah’.

Namun bukan ‘sumpah keramat’ itu yang menjadikan Ahmad kebal.

Mungkin pagar istana dimana beliau menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar dahulu terlalu kukuh!

Wednesday, December 16, 2009

Hishamudin Not Telling The Truth


The homily by the Home Minister, Datuk Seri Hishammuddin Hussein on what constitutes good journalism and what differentiates local journalists and “some bloggers” is mind-boggling to say the least.

Hishammuddin said some bloggers, unlike local journalists, do not adhere to the rules and ethics of journalism in their bid to garner popularity.

"The local journalists adhered to ethics but these bloggers did not, and this was what differentiated the journalists from these bloggers."

Speaking at the presentation of the 2009 ExxonMobil Journalism Awards in Kuala Terengganu last night, Hishammuddin said journalists in the country would have nothing to fear so long as their reports adhered to the ethics of journalism, adding that they would be accepted by the people.

He said journalists who reported the truth would not be penalised and those who spread slander would not be successful.

Hishammuddin was deliberately not telling the truth as he knew that journalists, particularly from the Barisan Nasional-controlled “MSM” – mainstream media – have nothing to fear even with the most blatant and flagrant violations of the basic canons and ethics of journalism, spouting lies and falsehoods so long as they hew to the Umno and Barisan Nasional agenda.

A good example is Utusan Malaysia which in the past few days had been publishing comment and news reports based on a seditious lie – that DAP wants to abolish the Malay Rulers and establish a republic when the policy of the DAP to uphold the system of constitutional monarchy is on public record.

Why does Utusan Malaysia, which is an Umno newspaper, persist in the lie and falsehood in accusing DAP leaders of wanting to do away with the constitutional monarchy and establish a republic, when they know it is false and untrue – even courting and defying the Sedition Act in such irresponsible journalism?

The answer is simple – like Umno leaders, Umno newspaper Utusan Malaysia is drunk with the sense that it enjoy immunity and impunity to incite inter-racial mistrust, hatred and animosity with gross breaches of the truth, the rules and ethics of journalism, and even the law of the land because they are confident that they can get protection from even the Home Minister himself!

Can Hishammuddin explain why as Home Minister he continues to condone Utusan Malaysia’s utter contempt of the truth, rules and ethics of journalism, and the law in purveying unadulterated venom, poison and sedition to incite inter-racial mistrust, hatred and animosity in falsely alleging that DAP wants to create a Malaysian republic? - LKS




Some bloggers are unethical, claims Hishammuddin

KUALA TERENGGANU: Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein claimed that some bloggers, unlike local journalists, do not adhere to the rules and ethics of journalism in their bid to garner popularity.

Local journalists adhered to ethics but these bloggers did not, and this was what differentiated the journalists from these bloggers, he said at the presentation of the 2009 ExxonMobil Journalism Awards here on Monday night.

Hishammuddin claimed that journalists in the country would have nothing to fear so long as their reports adhered to the ethics of journalism, adding that they would be accepted by the people.

He also claimed that journalists who reported the truth would not be penalised and those who spread slander would not be successful. -- Bernama


Monday, November 30, 2009

Oh...Rupa-rupanya ini yang Wan Hisham kata 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah


Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata matlamat tersirat penganjuran perlumbaan perahu layar itu telah dicapai.

Katanya 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, tidak dinafikan sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri pantai timur itu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

Ramai yang tertanya-tanya, apa kejayaan yang sukar di terjemah yang dimaksudkan oleh bekas Exco Terengganu itu.

Rupa-rupanya, Berita Harian hari ini, Isnin, 30 November menceritakan segalanya. Ikuti laporan yang berlaku beberapa meter sahaja dari tapak konsert piala monsun yang akan diadakan;

Remaja berkeliaran hidu gam curi barangan jejas keselesaan pengunjung

KUALA TERENGGANU: Kehadiran sekumpulan remaja yang dipercayai kutu rayau di Taman Syahbandar, di sini, menimbulkan kebimbangan dan rasa tidak senang di kalangan pengunjung apabila kumpulan berkenaan turut menjadikan taman itu sebagai tempat tinggal.

Tinjauan Edisi Timur mendapati kumpulan remaja berkenaan termasuk dua perempuan bawah umur itu dipercayai mempunyai masalah dengan keluarga masing-masing sekali gus menjadikan wakaf di kawasan itu sebagai ‘rumah’. Kehidupan yang terbiar menyebabkan majoriti mereka terbabit dengan gejala tidak sihat seperti menghidu gam.

Difahamkan sebelum ini, mereka pernah menjadikan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebagai tempat tinggal, bagaimanapun gelagat mereka yang menyakitkan mata masyarakat menyebabkan mereka dihalau pihak berkuasa.

Bagaimanapun, selepas dihalau dari Hentian Bas MBKT, kumpulan berkenaan menemui ‘port’ baru di tapak rekreasi awam yang menghadap kuala Sungai Terengganu di Taman Syahbandar.

Tindakan mereka menjadikan wakaf di kawasan itu sebagai ‘rumah’ menimbulkan ketakutan pengunjung, malah bau busuk daripada pembuangan najis merata-rata meloyakan tekak sekali gus meragut keindahan dan kedamaian taman waterfront itu yang selama ini menjadi kebanggaan dan antara mercu tanda baru di bandar raya ini.

Seorang tukang sapu, Rozali Awang, 53, berkata masalah itu sudah dua bulan berlanjutan tetapi setakat ini belum ada tindakan daripada pihak berkuasa.

Katanya, ramai pengunjung di taman itu berang dengan tindakan kumpulan berkenaan yang sering meminta duit dan mencuri barangan orang ramai malah mereka juga sering berkeliaran dan membuat bising.

“Sejak mereka muncul di taman ini, banyak perkara buruk berlaku dan pernah suatu ketika saya lihat seorang daripada ahli kumpulan mereka mencuri susu bayi yang ditinggalkan sepasang suami isteri yang terpaksa membawa anaknya untuk menukar lampin di tandas awam berdekatan.

“Melihatkan kejadian itu, saya segera melaporkannya kepada pasangan berkenaan tetapi kutu rayau yang mencuri susu bayi itu sudah lesap melarikan diri,” katanya.
Seorang pengunjung, Azhari Hussin, 35, berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap kumpulan kutu rayau berkenaan kerana ia mencemar imej bandar raya ini.

“Mungkin mereka ini perlu dibantu dengan dihantar ke pusat pemulihan atau pusat kemahiran supaya dapat menjadi anggota masyarakat yang berguna kerana mereka masih muda,” katanya.

Selain mencemar pandangan dan mencuri barangan pengunjung yang ingin bersantai di kawasan itu, kumpulan itu juga dipercayai terbabit dengan kegiatan menghidup gam berikutan banyak tin gam yang ditemui berselerak di kawasan rekreasi itu.

“Saya pernah menasihatkan seorang anggota kumpulan itu, tetapi niat baik saya dibalas dengan amaran keras berbaur ugutan. Mereka masih muda dan banyak perkara dapat dibuat selain berpeleseran,” katanya.

Seorang lagi pengunjung tetap taman rekreasi itu, Jamhuri Nawang, 47, berkata dia bimbang dengan kehadiran kumpulan remaja liar di kawasan itu kerana jika tidak dibendung bilangan mereka akan bertambah tidak lama lagi sekali gus merosakkan imej kawasan itu yang disediakan kerajaan untuk manfaat orang ramai melapangkan fikiran selepas bekerja.

“Saya tidak tahu mereka datang dari mana, tetapi daripada cara percakapan saya percaya mereka ini penduduk tempatan malah setiap pagi saya lihat mereka seperti mayat bergelimpangan di bangku rehat taman rekreasi dengan selimut dan bantal bersepah seperti rumah mereka.

“Saya harap pihak berkuasa segera memantau masalah ini kerana kewujudan kumpulan ini sememangnya mencacatkan pemandangan di taman ini,” katanya.

Monday, November 2, 2009

Cerita Lama Yang Sama…….


Ha…ha….ha…. Jumaat lalu, Perdana menteri Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan satu ‘task force’ akan ditubuhkan mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengemukakan cadangan untuk tindakan.
‘Task Force’ tersebut diketuai oleh Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara disertai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Audit Negara sendiri
Hu…hu….hu….Sekiranya diperlukan, tambah Najib, akan disertai oleh Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya cabinet memandang serius penyelewengan, salahguna kuasa dan salah pengurusan yang didedahkan oleh laporan Ketau Audit Negara.

Malangnya….he…he…he… adakah rakyat akan percaya dengan kata-kata Najib ???

Telinga rakyat sudah berbulu mendengar kisah-kisah penyelewengan dan salahguna kuasa dalam pentadbiran awam sekian lama….!!!

Sejak zaman Mahathir, sejak tahun 1982, ketika dia mula-mula memegang tampuk kuasa, Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan sebungkus ‘Maggi Mee’ dijual dengan harga bberapa ringgit, sedang harga dipasaran ketika itu hanyalah 30 sen.

Hi….hi…hi… gegerlah sebentar…….lepas tu senyap sunyi sepi.
Sekarang zaman 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...konon...... tapi Najib masih bermain silap mata?!

Syarikat Perunding yang terlibat dengan pembinaan sebuah dewan di kota Belud, Sabah, berharga RM4.25 juta, dilaporkan terlebih bayar sebanyak RM121,000.
Dewan tersebut siap pada 2005…. Tapi mesin pembacuh simen masih berpusing……..Dewan tersebut kini perlu diperbaiki namun tidak berapa digunapakai!

A…ha….ha….heboh pula tentang Prasarana, agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk meningkatkan keupayaan pengangkutan awam di Lembah Kelang.

Agensi tersebut diwujudkan beberapa tahun lalu oleh Tan Sri Nor Mohamad Yakcop, Menteri Kewangan Kedua, namun cacat cela pengurusannya menjadi misteri!

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, Prasarana telah membelanjakan begitu banyak wang untuk membeli bas ’lama’ yang teruk.

Prasarana juga telah ’terlebih bayar’ sebidang tanah di Cheras, Kuala Lumpur, sedang harga pasarannya lebih murah, agensi itu ’rugi habis’ sebanyak RM20 juta
Uh…..uh….uh… Pengurusan Prasarana tidak cekap dan tidak ada langsung petunjuk prestasi, lagi-lagi ia telah rugi teruk yang terkumpul antara 2005 hingga 2007 sebanyak RM833 juta! Berapa agaknya ruginya sekarang ??
Tidak cukup dengan itu…..aha…aha…aha… Prasarana diberi pula projek infrastruktur terbesar di Malaysia, kerja-kerja memanjangkan dan meningkatkan system transit aliran ringan Kuala Lumpur yang bernilai berbilion ringgit !!!!
Tahun lepas dan tahun-tahun yang lepas-lepas pun kita dah dengar macam-macam ada dalam laporan ketua audit Negara, sebutir karipap harga RM5 pun ada, pemutar skru yang harga seringgit dua jadi puluh-puluh ringgit pun ada…kartun sungguh !

Tak ada pula tindakan yang diambil, yang ada hanya......A..a..a... Amaran sahaja, contohnya kerajaan telah terlebih bayar kepada seorang kontraktor pembinaan ’Taman Laut’ di Selangor........ apa tindakan dari penyiasatan...... nehe....ho !
Mahu percayakah kita lagi……mahukah……kini dengan janji Najib pula nak buat siasatan dan ambil tindakan….huh…???

Cerita lama yang sama….diulang-ulang……ha….ha…ha…

DiTerjemah secara bebas dari Business Times Singapore..

Tambahan….. hok runtuh, punoh dan rosak di Terengganu, dah berbulan-bulan weiiiii….

Wednesday, October 28, 2009

Seluruh Dunia Bertumpu ke Jalan Raja Laut malam ini !


Mesyuarat Khas yang diadakan pada malam ini adalah lebih khusus membincangkan perkara yang ditimbulkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, supaya diadakan satu Muktamar Khas.

Walaupun ia satu kejutan, namun ramai yang berpendapat, Muktamar Khas tidak perlu diadakan kerana tidak ada apa yang perlu segera dibincang dan diputuskan.

Tanggapan Tok Guru Nik Aziz ada pemimpin yang bemasalah kerana mereka adalah ‘pro-umno’ juga tidak berasas kerana keputusan berkaitan sebarang hubungan dengan Umno samada perbincangan berkenaan kerajaan perpaduan, atau muzakarah atau mukabalah sekalipun, semuanya telah disimpulkan ada Muktamar lalu di Shah Alam.

Walaupun Tok Guru menyatakan beliau sudah tua untuk dipengaruhi atau didalangi oleh seseorang, namun ia adalah keadaan biasa sekiranya seseorang pemimpin mengambil pandangan dan pendapat orang lain dalam sesuatu hal yang mahu diputuskan atau diambil tindakan.

Ironisnya, apabila ‘meletup’ sahaja berita yang bersumberkan laman blog Tok Guru Menteri Besar Kelantan itu, ramai yang terbayang dimata mereka dua wajah, yang sering bersama-sama Tok Guru Nik Aziz, mengiringinya pada majlis-majlis rasmi kerajaan khususnya.

AlhamduliLlah, perkara yang menjadi isu dalaman PAS pada kali, hampir sama dengan yang pernah berlaku sebelum ini, iaitu hubungan antara PAS dan Umno.|

Justeru, setelah berlaku kali pertama diantara Tok Guru Nik Aziz dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu (masa itu), Dato’ Mustafa Ali, dan berulang sekali lagi kepada Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, tidak ramai ahli-ahli dan penyokong PAS yang melatah jauh sekali merapu.

Cuma yang betul-betul menonjolkan sifat ’meroyan’, sewel tak tentu pasal adalah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin yang membuat kome ’penuh mulut’ mengatakan PAS menghadapi masalah kepimpinan.

Kenyataan yang dikeluarkan Muhyidin pastinya diminta oleh jentera ’dakyah’ Umno supaya media dibawah ’kangkang’ dan kongkongan Umno-BN supaya mensesasikan kenyataan Tok Guru Nik Aziz.

Kemudian setiap pengarang akan cuba membuat ’follow-up’ dengan cuba melakukan ’provokasi’ keatas mana-mana pemimpin PAS supaya mengeluarkan kenyataan yang mungkin boleh memenuhi kehendak Umno-BN.

Niat jahat Muhyidin untuk memecahbelahkan PAS tidak disokong oleh Presiden Umno Najib yang tidak membuat sebarang kenyatan provokasi, namun disokong oleh bekas Presiden Umno Tun Mahathir, yang sudah beberapa kali di kitar semula, keluar Umno masuk Umno kerana tidak setuju dengan itu dan ini.

Mungkin Muhyidin sudah lupa sekarang sudah 1Malaysia, bukan zaman Islam Hadhari, zaman ’lelap’ macam Pak Lah Badawi sudah berlalu.

Kerana syok sendiri dengan kemenangan Isa Samad secara tipu undi pos dan rasuah di Bagan Pinang mungkin menjadikan Muhyidin tidak berapa sedar, tidak semuanya boleh dikawal oleh Umno-BN sekarang!

Apa pun, lewat malam ini, sebelum membuat liputan sidang media pimpinan PAS semua petugas media, boleh melihat pondan-pondan atau pekerja seks di belakang mati memulakan operasi mereka, kerana mesyuarat khas PAS pastinya tamat sehingga dinihari!

InsyaAllah, semua pihak yang hadir dalam mesyuarat khas melibatkan pimpinan tertinggi pusat dan negeri itu akan membuahkan natijah yang baik, sekiranya tidak ada ’orang dalam’ yang menjadi dalang, sebagaimana pengakuan Tok Guru Nik Aziz.

Seluruh dunia sedang menumpukan perhatian ke Jalan Raja Laut, di mana Pejabat Agung PAS terletak, tempat mesyuarat khas pemimpin PAS bersidang malam ini !

Wednesday, October 14, 2009

Azeez Mamak Ketua Putera Putar Alam Pembohong Bersiri


Sewaktu duduk di Markaz Induk PRK Bagan Pinang, menunggu waktu sementara sidang media harian PRK Bagan Pinang bermula, tiba-tiba muncul seorang sahabat lama.

Beliau memang orang media dan pernah berkhidmat dengan RTM sebelum berhenti dan menubuhkan syarikat produksi sendiri, Green Chapter Network (GCN).

Beliau juga adalah ’figura’ yang terkehadapan soal menghasilkan video dokumentari dan pernah menjadi ’front line’ menghasilkan video dokumentari pertama PAS Terngganu sekitar sekitar awal 1990-an.

Beliau juga antara yang menghasilkan video demonstrasi ’anti pasukan kriket’ Israel, suatu masa dulu.

Dalam ruang waktu yang singkat, kami berbual kebanyakkannya hal media, penerangan dan isu-isu semasa.

Antara yang beliau sebutkan adalah, betapa penipunya si Azeez Mamak, Ketua Putera UMNO yang turut ’menipu’ pada peristiwa hari penamaan calon.

Beliau berkata, Si Azeez Mamak tu tinggal dekat dengan rumahnya di Subang Jaya. Pada satu masa ketika Azeez berniaga kereta, beliau telah di ugut oleh Along, kerana telah meminjam wang ribuan ringgit.

Punyalah belit si Azeez, dia boleh tukar cerita, hal dia berhutang dengan Along hilang begitu sahaja, yang dia (Si Azeez Mamak) report polis adalah, ada orang nak rompak dia !

Memang licik sungguh si Azeez Mamak, cukup pandai memutar berita!

Dalam perarakan penamaan calon Bagan Pinang, Azeez mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BB.

Sebenarnya beliau sengaja melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis.

Ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

Beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

Namun kemudiannya beliau telah membuat laporan Polis dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya.

Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Namun Azeez tidak boleh memutar belit seluruh dunia !

Gambar yang diambil oleh seorang sahabat dari team IT mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong.

Semasa menunggu proses penamaan calon selesai Salehuddin dan beliau telah bertemu.

Tak ada apa yang kelihatan lebam, dan waktu itu Azeez tidak pula menunjukkan tanda-tanda di belasah oleh 10 orang.

Daripada elok-elok berbual dengan Naib Presiden PAS Salehuddin pada hari penamaan calon, tiba-tiba buat kenyataan dipukul penyokong PAS !

Kemudiannya, sehari selepasnya pula baru dimasukkan ke hospital..... punyalah belit sehingga sanggup ’membelit’ tengkuknya.

Apabila balik dari Bagan Pinang seusai pilihanraya kecil tersebut, sambil mencari-cari bahan, melompat dari satu laman ke laman, dan dari satu blog ke satu blog.

Akhirnya bertemu cerita si Azeez Mamak kaki pembohong dan penipu itu.

Rupa-rupanya Ketua Putera Umno itu bukan samseng hanya jalanan tetapi ’pembohong dan penipu bersiri’.

Baca seterusnya >>

Monday, October 12, 2009

Apa maknanya Kalau Isa Menang !?


KUALA TERENGGANU – Menjelang jam 5 petang ini, para pengundi DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan membuat pilihan samada ada memilih ’rasuah’ atau ’maruah’.

Sekiranya, calon BN Tan Sri Isa Samad menang, ia akan menjadi satu kes ikutan ’precedent’ dimana, kejelekan dan kebobrokan ’rasuah politik’ atau kes ’politik wang’ dalam Umno/BN tidak lagi dianggap kotor dan hina.

Isa pula akan bertukar, dari seorang tokoh Umno yang dianggap ’cemar’, menjadi seorang penyelamat maruah kerana memenangkan Umno yang sudah kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.

Perlakuan ’rasuah politik’ yang menghukum Isa meletakkan jawatan sebagai seorang Menteri kerana membayar ahli Umno supaya melayakkannya kepada jawatan (Menteri) itu, akan seolah-olah menghalalkan apa yang kononnya menjadi ’haram’ dalam pemilihan Umno.

Keadaan ini adalah kerana, pemilihan Isa menjadi calon BN bagi bertanding dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, bukan lagi suatu ukuran ’maruah’ namun semuanya merupakan perlumbaan ’kuasa’ semata-mata.

Tidak ada lagi pemimpin yang benar-benar berwibawa dan memiliki pengaruh tulin dalam Umno sekiranya Isa menang dalam pilihanraya kecil kali ke 9 tahun ini itu.

Dan Umno tidak perlu menggilap kepimpinan muda dengan jati diri kepimpinan, cukup mendidik pemuda-pemuda Umno menjadi seorang koporat, mengumpulkan kewangan yang banyak, kerana ’wang’ dari koporat itu merupakan tiket untuk menjadi pemimpin.

Membeli undi dalam pemilihan Umno tidak lagi dianggap sebagai ’keparat’ namun ia akan menjadi satu ’standard’ penting, dan paradigma baru dalam Umno, kerana Tan Sri Isa telah meletakkan definisi baru dan garis nilai sebagaimana yang diucapkannya kepada media.

Tan Sri isa berkata; ’Saya bukan rasuah, Ini ialah politik wang’. Apa yang berlaku sebenarnya adalah, saya melanggar kod etika. Kami mempunyai kod etika dalam pemilihan parti. Kemudian, media memutar-belitkannya kepada politik wang dan rasuah," kata Isa Samad kepada wartawan MerdekaReview dalam satu wawancara pada malam Isnin yang lalu.

Bahkan sekiranya Isa diisytiharkan menang menjelang keputusan pada jam 8 malam nanti, keputusan tersebut merupakan satu titik tolak kepada Umno/BN yang lebih ’hodoh’ pada masa akan datang.

Pemimpin tertinggi Umno dan BN juga terpaksa menerima Isa demi menebus ’maruah Umno dan Barisan Nasional’ dari terus tercemar kerana kekalahan berturut-turut kepada Pakatan rakyat.

Umno/BN tidak boleh kalah lagi, dan tidak lagi sanggup berdepan dengan kekalahan.

Namun tindakan membenarkan Isa bertanding sebenarnya melorongkan Umno/BN kepada lorong ’belakang mati’ yang lebih hina !

Thursday, September 24, 2009

Taman Anggur, Taman Orkid dan Strawberi Tipu

Tak habis-habis......! Macam-macam... rakyat nak makan pun susah.

Rakyat tak berumah, nak minta bantuan rumah, kena isi borang. Tunggu punya tunggu bantuan tak tiba, last-last Jin Kacau Kampung (JKKK) kata, kalau nak bantuan, isi borang UMNO???




Ada remaja terpaksa tukar 'agama' kerana takut tak boleh 'Dana Bakti remaja' dan 'Dana Hari raya' berjumlah RM300 sahaja. Takut nak pergi sembahyang tarawikh di surau yang dikatakan pro-pas, kalau pergi nama kena potong, tak dapat duit ehsan!

Orang segar, megar gaji ribu-ribu boleh wang ehsan dapat dana raya, orang tua uzur, terlantar 4 tahun, tak dapat, sebab di tuduh 'berwarna hijau'!

Nak raya baru ni, wartawan yang 'berwarna biru' semua dapat RM500, seorang rakan media, walaupun Ahli Jawatankuasa Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) tak dapat, kerana seorang wartawan Harakah ! Apa punya 'komang' Setiausaha akhbar MB ?? Nama je jadi wartawan puluhan tahun kerja dengan NST tapi tak reti!

Sama je dengan presiden KAWAT, konon buat-buat tanya, mu dapak duit raye dok??? Buat lok-lok... time wartawan kena bahang polis, kena igat polis....sang presiden seru 'HIDUP UMNO'!

Time nak raya, angkut mahasiswa anak Terengganu, konon nak bantu, beri 'tambang' balik percuma, padahal nak pancing undi, takut kalah pilihanraya!

Lepas tu, panggil orang, majlis UMNO dengan perantau di kampung-kampung, siapa hadir dapat
RM500....

Apa ni semua Abang Mad?? Tak ingat nak mati ke?? Beri-beri tu semua pitih siapa? Kalu pitih dalang kocek sendiri, ku pandai mu lah.... tapi kalu pitih rakyat mu buat punoh....mu semua kena jaga molek...... kalau aku tak tuntut, orang lain akan tuntut. Kalu orang lain tak tuntut, waris-waris mu sendiri akan cari mu, seksok kat nuuuuuuu......

Ni tetiba nak wat Taman Anggur pulok......
Hari tu dah wat Taman Orkid, bahang juta-juta, takkan dak ingat??

Sebelum ni sebok tanam Strawberi konon Si Rahin said...wat punoh gitu je??

Tunggu-tunggu punya tunggu, tak dok sebutir pun strawberi hok tubik dari ladang nak kecap etek...

Rumah biru tepi bukit kita pun tak siap-siap lagi????

Friday, September 18, 2009

Din Adam akan dilantik Menjadi Menteri !


Ketika menjadi orang biasa, seorang ahli wanita Umno di cawangan bangun pada pagi hari dan bertanya kepada suaminya, ”Abang hari ini kita nak makan apa?”

Begitulah kedudukan ahli-ahli Umno diperingkat cawangan yang tidak mewah dan tidak mampu berbelanja malahan untuk membiaya anak-anak ke sekolah mengharap ’Ehsan’ dari kerajaan.

Kemudian, apabila wanita Umno itu terus begiat dan sedikit cergas, beliau pun dilantik menjadi anggota wanita Umno di peringkat Bahagian.

Maka, pada suatu pagi, ketika bangun dari tidurnya, dia bertannya kepada suaminya,”Abang hari ini nak makan di mana?”, menunjukkan status sosialnya yang sudah sedikit meningkat.

Mungkin kerana menjadi anggota wanita Bahagian, maka pendapatannya bertambah, dicampur sedikit peluang untuk mendapat ’indent’ atau kerja-kerja pembekalan makanan ataupun apa-apa jua bisnes yang biasanya semakain ’terbuka luas’ peluangnya.

Dengan sedikit ’pangkat dan wang’ yang ada, maka wanita Umno itu pun bergerak cergas, terus mengintai-intai peluang bagi mendapatkan status yang lebih tinggi dalam politik. Dan akhirnya dengan sokongan kepada tokoh tertentu, beliau dipilih menjadi anggota wanita Umno peringkat negeri. Saat itu, wanita Umno itu turut mengenali dan dikenali oleh ’tokoh-tokoh’ di peringkat Pusat, bagi melobi dan dilobi sekiranya Perhimpunan Agong Umno menjelang tiba.

Maka, sutu pagi, ketika bangun dari tidurnya, dia bertanya kepada suaminya,”Abang, hari ini kita nak makan siapa?”........

Tak tahu dari mana asal-usulnya cerita ini, tapi ada kebenaran pada hakikatnya.

Jika dikaitkan dengan perkembangan terbaru, politik Umno Terengganu, sikap ini juga berlaku dikalangan ahli-ahli Umno lelaki.

Kalau dahulunya Dato’ Din Adam taat kepada bekas ketuanya, Dato’ Seri Idris Jusoh, bersekongkol dengan ’10 budak hitam’, mengambil tindakan dan ’memakan’ orang-orang Dato’ Ahmad Said, maka sekarang dia beralih ’tuan’.

Sekumpulan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang diketuai oleh ADUN Bukit Besi, Dato’ Din Adam mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Din Adam yang mewakili kumpulan ADUN itu berkata, pertemuan dengan Hishammuddin sebenarnya mahu memperkukuhkan UMNO Terengganu di bawah kepimpinan negeri.

Itulah kenyataan terbaru yang membuatkan Ahmad Said ’naik ekor dan tunjuk belang’ dengan mengatakan ”Tiada Alasan ADUN BN Menentang Saya !”

Episod selanjutnya akan menjadi lebih menarik, kerana Hishamudin sudah menemuinya ejennya untuk memperkukuhkan politik diperingkat kebangsaan, bukanlah sangat untuk meneguhkan kedudukan Ahmad Said.

Hubungan antara Hishamudian dan Din Adam bukanlah baru, dan semua orang tahu, sewaktu Hishamudin menjadi Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan, Din Adam adalah Ketua Pemuda UMNO negeri Terengganu.

Dengan membuat ’pengakuan taat setia’ kepada Ahmad said, Din Adam sebenarnya memperkukuhkan kedudukannya sendiri, yang sudah lama dilanda pelbagai masalah.

Masalah yang melanda Din Adam jelas dicatakan oleh seorang blogger berbunyi seperti dibawah;

”Malangnya kampungku Bandar Bukit Besi bergelumang dengan masaalah rumah tak bayar, sosial golongan murid sekolah, tak ade pembanguunan utk org.kampung (kedai & sebagainya...)belia dan orang dewasa tak kurang hebatnya dan paling MEMALUKAN BILAMANA WAKIL RAKYAT DUN, DIN ADAM bekas pegawai KETENGAH menjawat EXCO dizaman Pak Yeh, Ketua Pemuda, Pengerusi Muzium bla-bla... hari ni masih jadi wakil Rakyat hanya pandai buat rumah kediaman beliau di KT RM?berjuta-juta dan menentang Menteri Besar (Mat Said). DIN ADAM tak ada kepertanggungjawaban sebagai wakil rakyat....sombong, angkuh, tamak, rakus, memecahbelahkan bangsa bepaksikan teori politik kotornya, pecah dan perintah biar orang-orang Bukit Besi bodoh dan miskin mudah beliau nak jual-beli kami!!!! maaf emosi sikit”

”Maka masa depan kami Generasi Kedua masih belum ada tanda-tanda pembelaan selagi Wakil Rakyat DIN ADAM bermahaRAJAlela.”

Lalu pucuk dicita ulam mendatang, Din Adam yang masih muda kini sedang ’berkira-kira’ untuk melangkah menjadi pemimpin Umno peringkat Nasional dan mengintai-ngintai kerusi Parlimen Dungun, yang diketahui ramai, penyandangnya manghadapi penyakit yang agak kronik.

Orang berbudi, orang berbahasa, Hishamudin pun membalas budi Din Adam yang anggup meningggalkan Ketua Pengkhianat, ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid, serta geng-geng yang membantah pelantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terenggau serta memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Din Adam mendapat ’reward’ dan dilantik menjadi Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, iaitu Hishamudin sendiri.

Hishamudin memberikan ’hadiah hari raya’ tersebut kepada Din Adam kerana Din berjaya membuktikan dan membawa bersama-samanya ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof, , Muhammad Ramli Nuh (Tepoh), Abd Halim Jusoh (Permaisuri), Ramlan Ali (Jabi), Wan Mohd Hakim Wan Mokhtar (Air Putih) dan ADUN Hulu Besut, Nawi Muhamad.

Apa janji Din Adam kepada enam ADUN, termasuk yang mendakwa mendapat ugutan bunuh, Abdul Halim Jusoh ?

Tidak mungkin mereka boleh berpatah begitu, tanpa sebarang ’deal’ yang menjamin keselamatan karier politik serta menjamin bertambahnya ’laba’ mereka.

Mungkin ia adalah langkah ’panjang’ mereka untuk menjatuhkan Ahmad Said, menjelang pilihanraya umum yang ke 13 (PRU 13) yang akan datang.

Sesungguhnya, kuasa menentukan siapa yang akan dipilih untuk menjadi calon bertanding dalam pilihanraya akan datang, bukanlah kuasa Ahmad Said kerana Ahmad bukan lagi Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

Idris Jusoh juga sudah kehilangan taring dan kuasa politik, kedua-duanya, Ahmad dan Idris akan hanya menjadi sejarah menjelang PRU 13.

Era baru Umno Terengganu akan datang adalah pada tangan Din Adam kini, bukan sebagai Menteri Besar Terengganu, tetapi sudah memasang angan-angan akan menjadi Menteri Pusat !

Monday, September 7, 2009

Ketika Jurugambar di Kasari, Media di Tekan oleh MCMC, Presiden Kelab Wartawan Terengganu mahu ‘Selamatkan UMNO’


Malangnya bagi penggiat media Terengganu ! Malangnya bagi wartawan di negeri Terengganu !

Ketika seluruh warga media kesal dengan tekanan yang dikenakan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, sebaliknya Presiden Kelab Wartwan Terengganu (KAWAT) menulis dalam blognya, ‘Selamatkan UMNO’.

Seluruh warga Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) kesal dengan tindakan polis yang didakwa memukul jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan, sewaktu menangkapnya.

Ketika itu Stanley sedang membuat liputan peristiwa usaha ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), 2 September lalu.

Dalam kenyataan majlis eksekutif NUJ menyatakan Stanley hanya menjalankan tugas profesionalnya sebagai seorang jurugambar.

"Anggota polis yang dikatakan memukul Stanley Tan harus tahu bahawa jurugambar itu memakai kad pengenalan media," kata Presiden NUJ, Norila Daud.

Katanya, tindakan kekerasan oleh anggota polis yang menangkap Stanley "mencerminkan dia tidak langsung menghormati undang-undang".

"NUJ juga tahu bahawa pihak polis berada di situ untuk menjaga undang-undang, tetapi jurugambar itu bukan sebahagian daripada pihak yang mencetuskan masalah di situ," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, NUJ menggesa pihak polis supaya tidak melakukan kekerasan ketika menjalankan tugas mereka, terutama apabila pihak media juga perlu menjalankan tugas mereka.

Manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM - MCMC) pula meminta akhbar internet Malaysiakini membuang ‘video perarakan kepala lembu’ dari lamanwebnya

MCMC mendakwa, dalam suratnya kepada akhbar tersebut, dua video berkenaan berunsur provokatif dan kandungannya ofensif dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, terutama kaum India.

Pemangku pengarah kanan bahagian pemantauan dan penguatkuasa SKMM, Abdul Halim Ahmad, dalam suratnya yang bertarikh 3 September berkata, ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 211/233 AKta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia, mereka yang didapati bersalah menyiarkan kandungan tidak senonoh, lucah, palsu, ugutan, atau ofensif, dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, menyalahguna, mengungut dan mengganggu mana-mana pihak, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dijatuhkan hukuman penjara.

Justeru itu, Pusat Kebebasan Kewartawanan, Centre for Independent Journalism (CIJ) telah mengutuk tindakan MCMC yang didakwa menghalang kebebasan bersuara

Pengarah Eksekutif CIJ Gayathry Venkiteswaran berkata arahan kerajaan itu adalah cubaan untuk ‘menggelapkan mesej’ yang baginya kepada pihak media halangan untuk melaporkan berita yang benar.

Dalam pada itu, Presiden KAWAT, Ayob Mamat, walaupun dengan nada ‘kritis’ menulis dalam laman blognya perihal UMNO dan Barisan Nasional, namun menamatkan tulisannnya dengan kalam ”Ikhlaslah berjuang dengan parti kita”.

Ikuti tulisan Presiden KAWAT seterusnya

Saturday, September 5, 2009

Baru Betul H1N1 ; Hishammuddin Nafi Tapi Najib kata UMNO Terengganu Masih Ada Masalah


KUALA TERENGGANU – Beberapa ketika sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri pada 25 dan 26 Ogos lalu, heboh kembali diperkatakan oleh rakyat jelata, tentang ’undi tidak percaya’ yang akan di usulkan terhadap Menteri Besar Terengganu Dato’Ahmad Said.

Samada berita atau khabar angin yang bertiup, namun yang pastinya, ia datang dari kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Timbulnya kembali desas-desus mahu menjatuhkan Ahmad itu, menjadi bukti bahawa Umno Terengganu masih berpecah dan masih berbalah.

Dengan itu, sekaligus menolak dakwaan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pada 17 Ogos lalu.


Hisham (H1) Nafi Umno Terengganu Pecah

Hisham menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno Terengganu kini berpecah dan menyifatkan tuduhan itu tidak berasas.

Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, berkata perpaduan serta semangat anggota Umno negeri itu begitu tinggi.


"Sejak kebelakangan ini, ada tuduhan daripada pihak-pihak tertentu bahawa Umno Terengganu berpecah, pemimpin-pemimpin bertelagah dan bersengketa.

"Tuduhan itu tidak berasas kerana Umno masih lagi mendapat tempat bagi membela bangsa Melayu," katanya semasa melancarkan Gerak Kepimpinan Terengganu Stadium Negeri.

Beliau bagaimanapun mengakui, persengketaan pernah wujud di kalangan pemimpin Umno Terengganu namun katanya perselisihan faham itu telah diselesaikan.

Walaupun media aliran perdana melaporkan kira-kira 5,000 anggota Umno hadir, hakikat sebenarnya tidak sampai 1,000 yang berhimpun.

Yang turut hadir adalah Ahmad Said yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Dan yang tidak nampak hadir dalam program yang cuba menonjolkan kekuatan Umno Terengganu itu adalah Idris Jusoh.

”ADUN Ajil, Dato’ Rosol pun tak nampak kelibatnya, kalau (dia) ada senang nampak, pasal dia tinggi (dari orang lain),”kata seorang rakan media memberitahu.

Rosol Nak Masuk PKR

Kemudian, timbul pula versi (cerita) yang dipopularkan oleh Malaysian Insider, yang mengatakan bahawa Rosol dan beberapa konco-konconya akan ’melompat’ menyertai PKR.

Akhbar Internet itu menyatakan, sembilan ADUN Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PKR.

”Sebelas ADUN dan seorang wakil ADUN Umno telah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kemaman selepas pilihan raya kecil Manek Urai selesai,

”dalam pertemuan itu, kata sepakat telah dicapai untuk membentuk kerajaan baru di Terengganu dengan cara kesemua mereka akan menyertai PKR,

”langkah ini diambil berikutan perpecahan yang berlaku dalam Umno dan 12 dari ADUNnya tidak berpuashati dengan Ahmad (Said),”lapor akhbar itu lagi.

Rosol Nafi Nak Masuk PKR, akui Umno masih bermasalah

Pada 26 Ogos, sebaik sahaja tamat sidang DUN, Rosol dikejar wartawan sehingga sampai di tepi ’escalator’ yang menuju Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman.

Kemudian, wartawan pun berebut-rebutlah bertanyakan kepadanya, adakah beliau akan keluar Umno dan adakah beliau masuk PKR?

Rosol tidak mengaku malah menafikan beliau mengetuai kumpulan sembilan ADUN negeri ini untuk menyertai PKR.

Beliau menyifatkan laporan akhbar Internet mengenainya adalah bersifat provokasi selain bertujuan menjatuhkan imej Umno.

Beliau mengakui masalah dalaman Umno masih tidak selesai namun katanya beliau tidak pernah berbincang atau berniat untuk meninggalkan UMNO.

''Saya tetap bertegas bahawa laporan portal tersebut adalah khabar angin semata-mata. Ini tak akan berlaku dalam kumpulan kita.

''Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat UMNO.

''Kita masih lagi wakil rakyat BN, itu tiada kompromi, kita yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Najib Tun Razak," katanya seperti biasa, sebagaimana kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Selang beberapa minit selepas Rosol membuat kenyatan, beberapa wartawan berkejar memberitahu, Ahmad Said panggil, ada sidang media di pejabatnya.

Ahmad Said syok sendiri

Ahmad Said dalam sidang medianya berkata beliau yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang.

Katanya, hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, yang berakhir hari ini.

"Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju," katanya kepada pemberita selepas persidangan dewan hari ini.

Ditanya mengenai sikap wakil-wakil Barisan Nasional yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau, Ahmad berkata: "Kita nak buat macam mana?"

"Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka.

Ahmad tidak menafikan masih ada "tiga atau empat" wakil rakyat BN yang enggan memberikan kerjasama kepada beliau untuk memimpin negeri itu serta sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan wakil-wakil rakyat yang terlibat bagi menyelesaikan kemelut politik dalaman Umno itu.

"Tetapi ada yang berkeras lagi kerana ini melibatkan perasaan masing-masing, kita tengoklah macam mana nanti," katanya.

Geng Rosol pula kata ’betul’ nak keluar UMNO

Kemudian, dalam masa 24 jam selepas itu, seorang penyokong Idris yang juga ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad mengakui memang ada rundingan melibatkan cadangan untuk lompat parti.

Nawi berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya kepada Malaysiakini, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Jelasnya, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.

Ditanya sama ada wujud rundingan balas pihak menteri besar atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk mereka kekal dalam Umno, Nawi berkata: "Tidak ada."

Beliau juga menolak laporan media bahawa tindakan mereka itu akan disekat oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS Terengganu.

"Maknanya sekarang ini, bebaslah (kami) sama ada hendak kekal atau hendak keluar daripada parti," katanya.

Tiba-tiba pula dalam akhbar hari ini, Presiden UMNO, Najib (N1) pula berbunyi

Kalau pada 17 Ogos Hisham kata semua perbalahan Umno Terengganu dah selesai, tiba-tiba hari ini, Najib kata "Umno sedang berusaha untuk mententeramkan pergolakan politik parti itu yang berlaku di Terengganu”


Maknanya, Hisham kata selesai, tapi Najib kata tidak lagi, dan yang dimaksudkan sebagai "kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan” itu bermakna Umno Terengganu tidak tenteram dan masih bergolak.

Aiikkk............. yang mana satu betul ni??

Mula-mula Hisham kata semua dah OK, dah bersatu, tapi tiba-tiba masih ada yang nak jatuhkan Ahmad Said dengan undi tidak percaya.

Kemudian Rosol tak berani nak buat usul undi tak percaya, tapi Rosol kata Gengnya tak akan keluar UMNO dan tak akan masuk PKR.

Lepas tu Ahmad Said pula kata, semuanya akan selesai, ramai ADUN yang sudah kembali menyokongnya, tapi pada masa yang sama menyebut, ada ADUN yang masih tak boleh dikawal.

Kemudian Nawi pula tidak menyokong dakwaan Rosol dan berkata mereka memang ada berbincang nak keluar UMNO.

Dan akhir sekali Najib pula menolak dakwaan Hisham bahawa UMNO telah pulih, telah selesai. Najib kata sedang berusaha ’mententeramkan’ tapi belum pulih lagi!

Hishamudin satu (1) dan Najib pun satu (1), dua-dua pun tak betul belaka.

Inilah mungkin yang dimaksudkan oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bahawa ’pemimpin UMNO pening kepala, H1N1...........

Tuesday, August 11, 2009

SPRM Mesti ADIL dan Mesti Kelihatan Adil !

Sudah 3 orang termasuk yang terbaru pemimpin UMNO Terengganu yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM). Sebelum ini dua orang bekas pemimpin peringkat Perhubungan Negeri UMNO Terengganu disiasat, namun sehingga kini belum ada apa-apa pendakwaan yang dibuat.

Perdana Menteri memberi komen, dengan penahanan dan penyiasatan keatas pemimpin UMNO menunjukkan bahawa SPRM adil. Itu tidak cukup dan sebenarnya ia adalah tidak adil dan tindakan SPRM hanyalah untuk mengabui mata rakyat sahaja.

Saya berkata demikian kerana, pemimpin UMNO dan yang ada hubungan dengan UMNO hanya disiasat tetapi tiada pendakwaan yang diambil. Kecuali mereka-mereka yang tidak lagi berfaedah kepada UMNO, seperti bekas Menteri atau pun bekas wakil rakyat.

Namun apa yang belaku kepada wakil rakyat dari Behrang dan Changkat Jering, mereka disiasat dan ditahan ketika dalam parti pembangkang. Namun apabila mereka keluar dari parti pembangkang, kes rasuah dan 'sedekah' seks mereka jadi senyap sunyi.

Begitu juga dengan kes kematian Teoh beng Hock. Penyiasatan mesti dilakukan secara adil. Bukan hanya kepada wakil-wakil rakyat kerajaan Selangor sahaja yang mesti disiasat tetapi mesti turut disiasat wakil-wakil dari pembangkang, terutamanya Dato' Seri Mohad Khir Toyo yang membina rumah dengan kos RM24 juta.

Walaupun beliau mendakwa kos rumahnya hanyalah RM2. 4 juta, namun rakyat tetap mahukan penjelasan, dari mana beliau mendapat RM2.4 juta itu.

Siasat lah secara adil...dakwalah secara adil.... supaya SPRM menjadi badan yang tidak diragui oleh semua rakyat. Sekiranya SPRM diragui masyarakat maka SPRM tidak akan menjadi badan bebas selama-lamanya.

Organisasi mencegah rasuah sebelum ini, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dilihat sebagai komponen parti Barisan Nasional. Begitu juga dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kini rakayt memangil pasukan tersebut sebagai 'Polis Raja Di Malaysia'.

Mengapa rakyat menggelar pasukan penguatkuasa itu begitu? Kerana Polis telah bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional Perak, masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak.
Sedangkan tindakan itu adalah mencabuli prinsip-prinsip asas sistem demokrasi.

Kerajaan tidak boleh mengatakan tidak kepada masalah tersebut, kerana semua rakyat dapat melihat klip video bagaimana polis masuk dan mengheret wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat macam 'budak-budak sekolah'.

Selama-lamanya, apa jua alasan, polis tidak berhak membuat demikian, dalam Dewan Undangan Negeri atau parlimen !

Tuesday, August 4, 2009

Rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?

Pada 1 Ogos, Demonstrasi Jalanan Secara Aman anjuran Gerakkan Mansuhkan ISA (GMI) diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta zalim tersebut.

Demonstrasi tersebut diadakan pada 1 Ogos bagi memperingati genap 40 tahun akta zalim itu di amalkan dalam undang-undang Malaysia.

ISA pada awalnya digunakan untuk membendung kegiatan komunis telah di manipulasi oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghancurkan musuh-musuh politiknya.

Demonstrasi tersebut terpaksa diadakan kerana sudah tidak jalan lain lagi bagi mendesak kerajaan menghapuskannya dari bumi Malaysia.

Demonstrasi tersebut jelas adalah himpunan secara aman, kerana walaupun berulang kali ditembak dengan ratusan das gas pemedih mata, dan di sembur dengan berliter-leter air kimia beracun, tidak seorang pun dari para demonstran yang merosakkan harta benda awam mahu pun barangan peribadi atau milik syarikat.

Namun, sudah dijangka, media dalam kawalan UMNO/BN dipaksa menulis apa yang dituduh oleh pemimpin UMNO/BN dan mencatat segala skrip propaganda murahan parti bankap itu.

Lalu dengan tekanan dan susunan beberapa pengaturcaraan, beberapa media telah mencatatkan bahawa demonstrasi aman pada 1 Ogos lalu telah menyebabkan beberapa syarikat perniagaan dan pnaga serta penjaja kecil dikatakan rugi ratusan ribu ringgit.

Pada 2 Ogos, seorang pemimpin UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didapati menerima rasuah.

Ketika ditahan, sebagai bukti, bersama ADUN tersebut terdapat wang tunai RM5,000.

Namun tidak ada media yang mengaitkannya dengan kerugian rugi puluhann juta ringgit kerana rasuah yang ditanggung oleh kerajaan dan pihak swasta.

Tidak ada pemimpin UMNO yang membuat kenyataan tentang isu rasuah, seolah-olah melakukan rasuah, memberi dan menerima rasuah itu lebih mulia dari demonstrasi jalanan.

Tidak ada pemimpin UMNO yang berani membuat kenyataan kerana perbuatan memberi dan menerima rasuah ini, selain dilaknat oleh Allah adalah melanggar undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

Tidak ada pemimpin UMNO khususnya Menteri Dalam negeri yang mengatakan bahawa semua kes rasuah akan disiasat dan diambil tindakan.

Berbeza dengan demontrasi anti ISA yang berlaku, Hishamudin mengatakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan disiasat kerana menganjurkan perhimpunan haram.

Sekaligus Hishamudin lupa tentang dua ladi pemimpin UMNO Terengganu yang telah ditahan dan disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.

Apakah rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?

Apakah Himpunan Jalanan Lebih Hina dan berbahaya dari rasuah ??

Thursday, July 30, 2009

Legasi Iman Hadhari; Sepuluh Lesen Judi


Minggu lalu, Multi Purpose Holding Berhad, syarikat induk kepada Magnum Corporation yang menjalankan aktiviti judi Empat Nombor Ekor mengumumkan anak syarikatnya itu telah mendapat lesen baru.

Lesen tersebut diperolehi oleh Kementerian Kewangan pada bulan Oktober lalu yang diterajui oleh Perdana Menteri sekarang, dato’ Seri Najib Razak.

Ketika itu, Perdana Menteri Malaysia adalah Imam Islam Hadhari, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Itulah kejayaan paling besar Imam Hadhari@Abdullah Ahmad Badawi di saat-saat akhir pemeritahannya dan meninggalkan legasi, kepada pewarisnya Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin.

Sebanyak 10 lesen judi telah diluluskan, sebagaimana dilaporkan oleh akhbar perniagaan Singapura, Business Times Singapore.

’Rating’ pentadbiran Najib dilaporkan meningkat baru-baru ini dan perniagaan judi mungkin merupakan rahsia senjata ampuh yang digunakannya dalam menghadapi suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.

Kejayaan Imam Hadhari@Abdullah Badawi mengeluarkan lessen judi itu telah berjaya menambahkan pendapatan Negara kerana berjaya menghalalkan ‘judi haram’.

Pada tahun 2008, industri ‘judi halal’ mempunyai nilai yang cukup besar dalam kewangan Negara berjumlah kira-kira RM8 bilion.

Tidak ada sesiapa yang mengetahui berapa besar perniagaan ‘judi haram’ di Malaysia, namun ia dilaporkan 15 kali lebih besar dari industri ‘judi halal’.

Oleh itu, langkah kerajaan dianggap bijak dengan mengeluarkan 10 lesen judi baru itu yang menghalalkan ‘judi haram’ sekaligus meningkatkan hasil Negara dengan memperolehi cukai dari perniagaan ‘judi haram’.

Justeru, kerajaan pimpinan Najib telah meluluskan lesen judi kepada Magnum yang akan memperkenalkan judi baru yang mempunyai nilai ‘jackpot’, satu cepumas yang tinggi nilai hadiahnya.

Dengan perlaksanaannya yang dirancang pada tahun 2009 oleh Magnum sekurang-kurangnya akan meningkatkan pendapatan kerajaan dan akan mengurangkan beban ekonomi akibat masalah yang sedang melanda seluruh dunia.

Hebat penjelasannya !

Mungkin itu jugalah yang dimaksudkan oleh Timbalan Najib, Muhyidin menangkis hujjah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa pilihanraya kecil Manek Urai.

Muhyidin menyatakan UMNO yang terlebih dahulu mempelopori usaha-usaha meningkatkan syiar Islam, jauh lebih baik dari PAS !

Meluluskan lesen judi yang membawa kepada peningkatan pendapat Negara mungkin termasuk dalam amar makruf.

Kerana orang UMNO selalu berhujjah sekiranya ekonomi mundur, pembangunan akan mundur dan bagaimana umat Islam akan maju sekiranya tidak ada pembangunan !

Cukup hebat penjelasannya ???

Maka teruskanlah usaha meningkatkan ekonomi dengan meluluskan sebanyak-banyaknya lesen judi !

Saturday, July 4, 2009

No plans for e-book computers

2009/07/04

KUALA LUMPUR: There are no plans by the Education Ministry to emulate the Terengganu government's move of providing e-book computers for students.

Director-general of Education Datuk Alimuddin Mohd Dom said such a move would be too expensive to apply in other states as there are five million students nationwide.

"Although the programme is a good initiative, we need the funds for other development projects such as boosting infrastructure in rural areas," he said.

Alimuddin said the ministry would have to evaluate the effectiveness of the programme for at least two years first before deciding.

"I am aware that schools in developed countries are using this method as a step towards exposing their students to information technology but it can be difficult to monitor," he added.
National Union of the Teaching Profession (NUTP) secretary-general Lok Yim Pheng agreed.

"The money can be better utilised to improve facilities in rural schools ," she said.

Lok said it would also be difficult for teachers to monitor what sort of content the students would be downloading in the computer notebooks.

"They are definitely advantageous to the programme but what is more worrying is everything and anything is very accessible in cyberspace," she said.

Lok stressed the need to look after the welfare of teachers before efforts to improve the quality of education could take place.

For University Malaysia Perlis Environmental Engineering faculty dean Dr Khairul Nizar Ismail the programme is much more suited for secondary school students.

The e-book programme, is aimed at giving information and communications technology exposure to students as well as to lighten their schoolbags.

The Dewan Bahasa dan Pustaka provides the digital textbooks installed in the laptop, but recently there have been reports of students downloading songs as well as unsavoury materials.NST

Wednesday, June 24, 2009

Muhyidin kata ‘Jangan pandang rendah BN’, Sidi Kata ‘don’t underestimate the strength of the opposition’.

Orang No.2, Muhyidin kata ‘Jangang pandang rendah terhadak sokongang yang BN ada’di sarang dia kak Putrajaya kelmaring..

Dia kata gitu masa dia buwi respong kenyataang Majlis Pimpinang Pakatang Rakyak (PR) yang buak komitmeng terus bersama PR bagi membentuk Kerajaang Persekutuang

Muhyiddin kata lagi, (huh….huh…) konsep Najib “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” serta pengukuhang UMNO memastikang kepentingang rakyak (he…he..he..) akang kembalikang keyakinan rakyak pada dia.

Dia dok sedor gamoknya, atau dia buak-buak dok sedor, Najib ada banyak penyakik, ada banyok kudis buta, kurak dan kayap sana sini

Bak tu dalam suratkhabor Bahasa Inggeris (bukang sokong PPSMI) Ahmad Sidi presideng MUBARAK royat "The political scenario is forever changing, here and everywhere else in the country, and it would be a mistake to underestimate the strength of the opposition," (Fuh…….).

Ahmad Sidi kata gitu kak mesyuarak bekas-bekas YB UMNO Ganu kelmarin.

Dua-dua kenyataang ni pun sebenornya nampok doh, memang UMNO dan BN lemoh, kalu dok dokkang dua-dua kata kenyataang ni berlawanang.

Muhyidin duk atah, Sidi duk kut bawah !

Rasa-rasa orang bawah lebih tahu kut !


Sunday, June 21, 2009

Ahmad Said; MB ‘serba tidak tahu’



Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said boleh digelar sebagi Menteri Besar ‘serba tak tahu’ kerana sering menjawab tak tahu apabila ditanya sesuatu perkara oleh pihak media.

Minggu lalu sekurang-kurangnya dua perkara besar isu berkaitan negeri Terengganu yang beliau jawab tak tahu.

Yang pertama, Ahmad berkata beliau tidak tahu punca sebenar kelewatan pihak yang dipertanggungjawab mengurus perpindahan penghuni rumah setinggan di Pantai Kuala Ibai ke kawasan penempatan baru di Kampung Tok Adis, di sini.

“Saya pun tak tahu (punca lewat), bila jumpa kata masalah elektrik saya beritahu supaya selesaikan semua itu dengan cepat dan elakkan berlaku sampai berbulan-bulan, saya tidak faham macam mana.

“TNB (Tenaga Nasional Berhad) kata begini, orang itu kata begitu. Saya cakap kalau ada masalah elektrik TNB, beritahu saja berapa kosnya dan kerajaan akan bayar, ketika i Kuala Lumpur saya dah arahkan pegawai periksa dan selesaikan.

“Kenapa perlu tunggu sampai enam bulan, ada masalah tapi tak beritahu kita (kerajaan), saya ingatkan (perpindahan) sudah selesai, tapi tiba-tiba keluar dalam akhbar,” katanya ketika di Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Terengganu mendakwa tidak mengetahui apa-apa mengenai dua orang ‘kuatnya’ disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua pemimpin kanan Umno Terengganu bergelar ‘Dato’ itu pernah dilantik sebagai Senator di negeri ini ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu.
Bahkan, kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes rasuah meminta wang suapan bernilai RM3 juta dalam pembinaan lebuh raya di ibu negara 10 tahun lalu juga tidak menghubunginya.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu bertegas tidak mengetahui apa-apa mengenai dua pemimpin Umno negeri bergelar Dato’ disiasat oleh SPRM.

“Saya sendiri pun tidak tahu, nak ‘charge’ (dakwa) kes apa saya tidak tahu. BPR (SPRM) tidak beritahu saya pun, Hisyammuddin pun tidak pernah beritahu saya pun…
“Saya tidak tahu dan dia (dua pemimpin Umno) tidak pernah menyatakan apa-apa pun kepada saya.

Jika awak (wartawan) lebih tahu, awak buat ‘ceritalah’ (lapor) tapi jangan kata saya kata, sebab saya tidak tahu, ”ujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Rabu lalu.

Selain itu, ketika ditanya mengenai rombakan serta perlantikan barisan kepimpinan Umno Terengganu, Ahmad juga mendakwa tidak mengetahui kerana katanya bukan urusannya lagi.

“Itu bukan saya yang lantik, itu Pengerusi Perhubungan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang lantik. Saya tidak tahu dan bukan saya yang buat.

“Saya jumpa sekali dulu dengan Dato’ Hishamuddin dan sampai sekarang tidak jumpa lagi. Saya sendiri tidak tahu.

“Orang lain mungkin lebih tahu tapi saya sendiri tidak tahu dan dia (Hishamuddin) tidak beritahu saya pun…saya ‘no komenlah’. Saya cuma dengar ‘orang’ bercakap tetapi saya sendiri tidak tahu (isu rombakan jawatankuasa Umno Terengganu), jelasnya.

Friday, June 19, 2009

Stadium runtuh tak tahu mende lagi. LPT2 liwat ! JKKK pula buat hal !

Stadium runtuh pada 2 Jun lalu, tak tahu ke mende lagi. Report umum dah macam-macam yang keluar. Tapi report kerajaan belum tubik lagi. PAS kata kerajaan UMNO/BN Terengganu tak dengar kata. Tiba-tiba para Exco penceng melenting, tubik pulok kenyataang... bela Idis gamoknya !

Jawapang exco penceng tu dok heranglah...pasal Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dah kata, UMNO ni makhluk telinga satu mulut dua...

Ingak ke selesai belake. Tahun 2011 bulehlah bergaya. Gi Kolumpo laju semacang, masa pendek, bereh belake. Tapi tetiba, LPT2 pulok tergendala. Liwat pulok. dok mungking liwat, dok tahu bila.

Walaupung Mad Said kata, liwat setahung, aku dok caya. Bak pe?

Lepah ni kena keluar tender baru pasal dua syarikat kroni dok rok belake. Bahang projek LPT2 temo'o, sapu dua butir projek setiap syarikat. Nak untung puluh-puluh juta, tapi pitih modal sekepeng tak dok !

Bila nak wat tubik tender baru, ini peluang geng Mad Said nak bahang pulok, bak hok dulu geng Deris buleh belake. Tapi dok kang geng Deris nok tengok ssaje?

Kroni sapa pulok dapat, Baloh pulok situ !

Dung...dang.... dung...dang, makang setahung pulok baru buleh nok mula kerja. Lepah 6 bulang, tergendala pulok, bak dok cukup pitih nak wak modal, liwat pulok !

Dua bulang lepah, wakil rakyat UMNO/BN protes. Tak mahu masuk dewang, konong takut nyawa terancam. Mudoh benor nok ugut, ngang SMS pung doh hilang batu.

gedebak...gedebuk... last-last rupanya bekas SU Deris hok kena....kena igat baru. Lepah tu masuk mahkamoh, dok ngaku.

mula dulu Rosol and the gang doh buat protes, tak mahu terima Mad Said, lepah tu deraka ke raja !

Kelmaring, JKKK pulok protes !


Syarat lantik Pengerusi JKKK ditolak

KUALA TERENGGANU - Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Parlimen Kuala Terengganu tidak bersetuju dengan syarat proses pelantikan JKKK 2009 yang menetapkan pengerusi JKKK haruslah Ketua UMNO Cawangan.

Pengerusi Bertindak Kebajikan JKKK Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Ali, berkata, proses pelantikan JKKK 2009 perlu mendahulukan imej ‘mesra rakyat’ tetapi apa yang dilihat hari ini, dasar pelantikan yang baru terlalu dipolitikkan.

“Saya sebagai Pengerusi Bertindak Kebajikan JKKK Parlimen Kuala Terengganu iaitu satu badan yang diasaskan Allahyarham Da¬tuk Razali Ismail tidak berpuas hati dengan dasar pelantikan baru yang di-perkenalkan tahun ini. Ini kerana, dasar sebegini tidak dapat memberi keyakinan dan kebaikan kepada rakyat serta penduduk setempat.

“Seorang pengerusi JKKK perlu neutral dan tidak berpihak kepada sesiapa. Seorang pengerusi JKKK tidak harus terikat dengan parti politik kerana jika keadaan seperti ini berlaku, saya yakin penduduk tidak akan mempercayai dan memberi kerjasama sewajarnya. Selain itu, saya yakin seandainya pengerusi JKKK terikat dengan sesebuah parti politik, dia tidak mampu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat kerana akan wujud sikap pilih kasih antara mereka” katanya .

Menurut Mohd, dasar pelantikan baru ini lebih menyukarkan kerajaan Ba¬risan Nasional (BN) dalam usaha mendekati dan meraih undi pada pilihan raya akan datang.

Ini kerana, penduduk pasti memandang negatif terhadap pentadbiran BN berikutan pemimpin JKKK yang dilantik tidak memenuhi kehendak mereka.

Katanya, pelantikan pengerusi JKKK juga harus mementingkan kehendak setempat kerana tanggungjawab yang dipikul meliputi seluruh kawasan di bawah pemantauannya.

“Bagi saya, seorang pengerusi JKKK tidak boleh dipengaruhi parti politik tertentu berikutan tanggungjawab yang dipikulnya sangat besar. Oleh itu, biarlah pengerusi itu diterima penduduk supaya dapat memudahkan setiap urusan dirancang.

“Saya juga tidak bersetuju dasar pelantikan yang baru ini. Bagi saya, dasar ini mewujudkan masalah dalam perkhid¬matan yang akan diberikan terutama membasmi kemiskinan dan menjayakan aktiviti membabitkan penduduk. Saya risau sekiranya wujud pembahagian dana tidak adil atas dasar kepentingan politik semata-mata dan ia pernah wujud sebelum ini,” katanya.

Menurut Mohd, jika dilihat dari segi tradisi, individu yang mahu menjadi pemimpin perlu serba boleh bukan hanya dari segi politik tetapi juga agama, pergaulan dan sebagainya.

Justeru, dia berharap pelantikan pemimpin harus telus dan tidak wujud kepentingan politik.
“Pemimpin baik adalah pemimpin yang disukai rakyat,” katanya.

Wakil Pengerusi JKKK Kampung Kolam, Kuala Ibai, Mustafa Ismail pula berkata, dasar baru yang mengehadkan umur pengerusi JKKK iaitu sehingga 65 tahun sahaja tidak relevan kerana mereka harus menekankan kesihatan bukan umur pemimpin.

“Dasar mengehadkan umur ini tidak relevan kerana tidak semestinya individu melebihi 65 tahun tidak boleh memimpin dan berbakti kepada masyarakat,” katanya


Protes ssokmo.... tukor je lah nama... Terengganu Darul Protes pulok...ke Guane Gamok Ganu Kita ???

Sunday, June 7, 2009

Maruah Yang Hilang !

Apabila Stadium Sultan Mizan runtuh tidak ada apa-apa kenyataan dari orang UMNO kecuali dari seorang Exco pencen dan bekas wakil rakyat Ladang yang kalah.

Semua pemuda UMNO Terengganu kehilangan maruah dan batu apabila senyap sunyi dan tidak ada satu pun yang berani menegur kerajaan.

Inilah sikap yang membanggakan yang di panggil 1UMNO dan 1Malaysia dan 1pengecut.

Exco pencen itu pun bukan buat kenyataan yang munasabah, yang sepatutnya mengakui sesuatu yang tidak kena pada pembinaan atap stadium itu

Tuesday, June 2, 2009

H1N1, Terus Mencari Formula Penyelesaian

H1N1 ini bukan wabak selsema babi atau flu khinzir yang berasal dari Mexico dan sudah menjalar ke seluruh dunia kini.

Namun H1N1 ini mungkin lebih bahaya dari flu khinzir kerana ia bisa membunuh manusia tanpa membunuh fizikal tetapi membunuh spiritual.

H1 bukan 1H sebagaimana ramai yang jadi nanar sekarang yang menambah nombor 1 kepada apa-apa jua yang dinisbahkannya untuk menunjukkan sokongan kepada retorik kerajaan masakini.

Misalnya, seseorang yang menjadi pengerusi Kelab Wartawan Terengganu atau kependekkannya KAWAT, lalu kerana terlalu kasihkan pemimpin yang berkuasa di sentral, maka dia akan mula meletakkan nombor 1 kepada kelabnya menjadi 1KAWAT.

H1 dirujuk kepada pupu kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang meletakkan angka 1 dihadapan Malaysia sebagai modal baru semenjak merampas kuasa dari Tun Abdullah Badawi.

Kemudian kerana cintakan nombor 1 itu, maka ramai yang meletakkan kod baru kepada nama PM supaya menjadi lebih ringkas sebagai N1 sahaja.

H1 Pupu kepada PM N1, ini adalah yang diberikan kuasa secara rampasan oleh N1 untuk memerintah negeri Terengganu.

Itulah Hishamudin yang kemudian diberikan kod sebagai H1 sahaja.

N1 telah merampas kuasa sebagai Pengerusi UMNO Terengganu daripada Dato' Ahmad Said

Wednesday, May 20, 2009

Pemikiran Terbalik Orang UMNO, Termasuk UMNO Terengganu

Amat dibimbangi kerana terlalu ramai orang-orang UMNO yang mempunyai 'pemikiran terbalik'.

Terbaliknya pemikiran mereka bukan kerana mereka mengikut ajaran pemikiran Adward De Bono, tetapi pemikiran mereka sudah diterbalikkan oleh 'Najib De Altantuya'

Contohya dalam memahami bahawa 'Mahkamah Tinggi putuskan Sultan tidak boleh pecat Menteri Besar', orang UMNO kata Sultan berkuasa memecat kerana Sultan berkuasa melantik Menteri Besar.

Terbalik Yang Pertama

Dalam kes Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang telah memberi kata dua kepada Nizar Jamaludin pada 7 Feb lalu, katanya, sekiranya Nizar tidak meletakkan jawatan, maka ia dianggap telah dipecat.

Itu antara pemikiran asal yang membuatkan orang UMNO berfikir secara terbalik.

Orang-orang UMNO kena sedar bahawa merekalah juga yang telah 'menelanjangkan' sultan-sultan pada tahun 1983 dulu.

Maka sekarang sultan, walaupun menganggap diri mereka lebih tinggi dari politik, tetapi tidak terlepas dari undang-undang.

Malangnya, yang menyatakan sekiranya Nizar tidak meletakkan jawatan, maka ia akan terpecat dengan sendirinya itu adalah seorang bekas ketua hakim negara.

Sebab itulah yang menjadi pemikiran UMNO terbalik, kerana menganggap pemikiran yang dibuat oleh Sultan Azlan Shah itu betul.

Akhirnya pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi telah memutuskan Sultan tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (Menteri Besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Terbalik Yang Kedua

Orang-orang UMNO mengatakan bahawa Sidang Dibawah Pokok pada 3 Mac lalu adalah sidang yang tidak sah, sedangkan majoriti ahli-ahli perundangan berpendapat ia adalah sidang yang sah.

Pemikiran terbalik orang-orang UMNO mengatakan bahawa sidang DUN mesti dijalan dalam DUN, sedangkan ia boleh diadakan dimana-mana, sekiranya wakil-wakil rakyat terhalang dari mengadakannya dalam DUN.

Misalnya sekiranya DUN hangus terbakar, maka dibuat di satu tempa lain yang bukan DUN.

Sudah pastinya persidangan itu sah. Umpama orang mahu bersembahyang, tetapi masjid dikunci. Maka ia bersembahyang dikaki lima masjid, maka sembahyang orang itu adalah sah.

Pemikiran Terbalik yang Ketiga

Ahli-ahli perundangan juga memberikan pandangan bahawa kerajaan negeri Perak yang diuruskan oleh UMNO/BN dibawah Dato' Seri Dr Zambry adalah tidak sah.

Tetapi orang-orang UMNO berkata kerajaan Zambry itu sah kerana mereka mempunyai majoriti melebihi ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.

Majoriti ahli perundangn mengatakan kerajaan Zam,bry tidak sah kerana Kerajaan PakatanRakyat di tamatkan riwayatnya tidak berlandaskan undang-undang.

Iaitu sesuatu kerajaan yang mahu ditamakan riwayatnya mesti melalui sidang DUN, dibuat usul undi tidak percaya dan diluluskan dalam sidang DUN dengan majoriti.

Tapi pemikiran terbalik orang-orang UMNO berkata rampasan kuasa seperti yang dilakukan oleh najib De Altantuya itulah yang sahnya, dan tidak perlu kepada sidang DUN.

Terbalik Yang Keempat

Apabila kerajaan yang diuruskan oleh Zambry masuk mentadbir kerajaan negeri Perak, orang-orang UMNO berfikiran terbalik dan menganggap pelantikan Exco-exco Zamby adalah sah.

Sebenarnya itu adalah salah dan terbalik.

Pelantikan Zambry sendiri adalah tidak sah kerana tidak mengikut undang-undang, kemudian bagaimana Zambry yang tidak sah perlantikannya itu boleh melantik orang-orang lain pula menjadi para Exconya?

Begitu juga apa-apa perlaksanaan yang dibuat oleh Exco-exco yang tidak sah itu, orang-orang UMNO berfikiran terbalik dengan mengatakan semua urusan yang dilaksanakan adalah sah.

Sedangkan pelantikan Exco-exco iti sendiri sudah dibuat secara tidak sah kerana dilantik oleh Menetri Besar Zanbry tang tidak sah perlantikannya.

Terbalik yang Ke Lima

Orang-orang UMNO juga telah diterbalikkan pemikirannya dengan menganggap Sidang DUN pada 7 Mei adalah sah.

Dengan itu mereka berfikran terbalik dan mengatakan bahawa pelantikan Ganesan sebagai Speaker DUN adalah sah.

Hakikatnya, tidak ada sidang DUN yang berlaku kerana Speaker yang sah, Sivakumar belum membuka sidang DUN, dan tidak pun memulakan Sidang DUN tersebut.

Kemudian pemikran terbalik orang-orang UMNO menyatakan ususl yang dibawa oleh mereka untuk memecat speaker adalah sah.

Sedangkan bagaimana usul tersebut dibawa kedalam DUN kerana Speaker telah menolak usul tersebut sehari sebelum Sidang DUN diadakan.

Pemikiran Terbalik Seterusnya

Apabila mahkamah tinggi pada 11 Mei mengisytiharkan Nizar adalah Menteri Besar yang sah, dan Zambry adalah MB yang tidak sah, Zambry telah meminta mahkamah menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah tinggi itu.

Kemudian pada keesokkan harinya, apabila 'mahkamah mee segera' membuat keputusan pantas memberikan penangguhan kepada Zambry untuk melaksanakan keputusan mahkamah tinggi pada 11 Mei, orang-orang UMNO berfikiran kecamuk (bukan sahaja terbalik, lebih teruk lagi) apabila mereka mengatakan bahawa Zambry menjadi Menteri Besar yang sah dengan keputusan penangguhan itu.

Sedangkan keputusan pada 12 Mei yang diperolehi oleh Zambry hanyalah 'menangguhkan sementara' perlaksanaan keputusan mahkamah tinggi, bukannya membatalkan perintah mahkamah tinggi itu.

Sepatutnya, orang-orang UMNO berfikiran lurus dan tidak terbalik, tetap dengan keputusan mahkamah yang tidak mengiktiraf Zambry sebagai Menteri Besar yang sah.

Mahkamah pada 12 Mei, tidak menterbalikkan keputusan pada 11 Mei, iaitu Nizar masih Menteri Besar yang sah, dan Zambry yang tidak sah.

Tetapi oleh kerana orang-orang UMNO yang berfikiran kecamuk telah mengiktiraf Zambry menteri Besar dan beliau masuk semula mentadbir kerajaan negeri Perak.

Banyak lagi pemikiran UMNO yang terbalik. Antaranya polis tidak ada kuasa menalankan tugas sebagai polis di dalam Dewan undangan Negeri.

Tetapi orang UMNO kata polis boleh menjalankan tugas kerana diminta oleh speaker DUN yang tidak sah pelantikannya Ganesan supaya polis menjalankan tugas dalam Dewan Undangan Negeri yang dianggap mulia.

Bentara Dewan yang sepatutnya mengikut arahan Speaker yang sah, tetapi orang-orang UMNO kata tindakannya menurut perintah Ganesan, speaker yang tidak perlantikannya itu adalah betul.

Yang paling terusk sejak dari awal lagi, pemikiran orang UMNO yang terbalik adalah mengatakan bahawa tidak apa sekiranya pemimpin mereka melakukan kesalahan seperti memakan rasuah.

Tidak apa ambil rasuah, kerana ambik untuk orang-orang Melayu.

Asal Melayu sahaja yang melakukakn sesuatu tindakan itu, tidak dianggap satu kesalahan kerana pemikiran UMNO yang telah diterbalikkan menganggap orang Melayu adalah segala-segalanya.

Lihat penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sebagimana beita yang dikeluarkan Bernama

Mahkamah Tinggi putuskan Sultan tidak boleh pecat Menteri Besar

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (Menteri Besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei.

Dalam penghakiman 78 muka yang dikeluarkan kepada media semalam, Abdul Aziz berkata sebaik saja Menteri Besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada siapa lain.

Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.

Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap Menteri Besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.

"Saya berpendapat bahawa pemecatan Menteri Besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata beliau.

Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali Menteri Besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat Menteri Besar.

Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota DUN, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.

Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".

Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohammad Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Mohammad Nizar, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihan raya umum ke 12.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.

Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.

Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budi bicara mutlak berhubung pelantikan Menteri Besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran DUN.

"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang Menteri Besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda.

"Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti DUN hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan. BERNAM