Monday, September 7, 2009

Ketika Jurugambar di Kasari, Media di Tekan oleh MCMC, Presiden Kelab Wartawan Terengganu mahu ‘Selamatkan UMNO’


Malangnya bagi penggiat media Terengganu ! Malangnya bagi wartawan di negeri Terengganu !

Ketika seluruh warga media kesal dengan tekanan yang dikenakan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, sebaliknya Presiden Kelab Wartwan Terengganu (KAWAT) menulis dalam blognya, ‘Selamatkan UMNO’.

Seluruh warga Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) kesal dengan tindakan polis yang didakwa memukul jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, Stanley Tan, sewaktu menangkapnya.

Ketika itu Stanley sedang membuat liputan peristiwa usaha ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) Perak, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), 2 September lalu.

Dalam kenyataan majlis eksekutif NUJ menyatakan Stanley hanya menjalankan tugas profesionalnya sebagai seorang jurugambar.

"Anggota polis yang dikatakan memukul Stanley Tan harus tahu bahawa jurugambar itu memakai kad pengenalan media," kata Presiden NUJ, Norila Daud.

Katanya, tindakan kekerasan oleh anggota polis yang menangkap Stanley "mencerminkan dia tidak langsung menghormati undang-undang".

"NUJ juga tahu bahawa pihak polis berada di situ untuk menjaga undang-undang, tetapi jurugambar itu bukan sebahagian daripada pihak yang mencetuskan masalah di situ," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, NUJ menggesa pihak polis supaya tidak melakukan kekerasan ketika menjalankan tugas mereka, terutama apabila pihak media juga perlu menjalankan tugas mereka.

Manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM - MCMC) pula meminta akhbar internet Malaysiakini membuang ‘video perarakan kepala lembu’ dari lamanwebnya

MCMC mendakwa, dalam suratnya kepada akhbar tersebut, dua video berkenaan berunsur provokatif dan kandungannya ofensif dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, terutama kaum India.

Pemangku pengarah kanan bahagian pemantauan dan penguatkuasa SKMM, Abdul Halim Ahmad, dalam suratnya yang bertarikh 3 September berkata, ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 211/233 AKta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia, mereka yang didapati bersalah menyiarkan kandungan tidak senonoh, lucah, palsu, ugutan, atau ofensif, dengan niat untuk menimbulkan kemarahan, menyalahguna, mengungut dan mengganggu mana-mana pihak, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dijatuhkan hukuman penjara.

Justeru itu, Pusat Kebebasan Kewartawanan, Centre for Independent Journalism (CIJ) telah mengutuk tindakan MCMC yang didakwa menghalang kebebasan bersuara

Pengarah Eksekutif CIJ Gayathry Venkiteswaran berkata arahan kerajaan itu adalah cubaan untuk ‘menggelapkan mesej’ yang baginya kepada pihak media halangan untuk melaporkan berita yang benar.

Dalam pada itu, Presiden KAWAT, Ayob Mamat, walaupun dengan nada ‘kritis’ menulis dalam laman blognya perihal UMNO dan Barisan Nasional, namun menamatkan tulisannnya dengan kalam ”Ikhlaslah berjuang dengan parti kita”.

Ikuti tulisan Presiden KAWAT seterusnya

3 comments:

abu muaz said...

Parti kita tu parti mana ni ayob? Wartawan kena hentam pun tak kisah ke . Cari makan cari makan juga bro. prinsip kena jelas.

mohdmohammad58 said...

NAik hangin satu badan ni...apa wartawan ingat anak ayam ke...main sedap tangan je.....

mohdmohammad58 said...

NAik hangin satu badan ni...apa wartawan ingat anak ayam ke...main sedap tangan je.....