Wednesday, October 14, 2009

Azeez Mamak Ketua Putera Putar Alam Pembohong Bersiri


Sewaktu duduk di Markaz Induk PRK Bagan Pinang, menunggu waktu sementara sidang media harian PRK Bagan Pinang bermula, tiba-tiba muncul seorang sahabat lama.

Beliau memang orang media dan pernah berkhidmat dengan RTM sebelum berhenti dan menubuhkan syarikat produksi sendiri, Green Chapter Network (GCN).

Beliau juga adalah ’figura’ yang terkehadapan soal menghasilkan video dokumentari dan pernah menjadi ’front line’ menghasilkan video dokumentari pertama PAS Terngganu sekitar sekitar awal 1990-an.

Beliau juga antara yang menghasilkan video demonstrasi ’anti pasukan kriket’ Israel, suatu masa dulu.

Dalam ruang waktu yang singkat, kami berbual kebanyakkannya hal media, penerangan dan isu-isu semasa.

Antara yang beliau sebutkan adalah, betapa penipunya si Azeez Mamak, Ketua Putera UMNO yang turut ’menipu’ pada peristiwa hari penamaan calon.

Beliau berkata, Si Azeez Mamak tu tinggal dekat dengan rumahnya di Subang Jaya. Pada satu masa ketika Azeez berniaga kereta, beliau telah di ugut oleh Along, kerana telah meminjam wang ribuan ringgit.

Punyalah belit si Azeez, dia boleh tukar cerita, hal dia berhutang dengan Along hilang begitu sahaja, yang dia (Si Azeez Mamak) report polis adalah, ada orang nak rompak dia !

Memang licik sungguh si Azeez Mamak, cukup pandai memutar berita!

Dalam perarakan penamaan calon Bagan Pinang, Azeez mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BB.

Sebenarnya beliau sengaja melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis.

Ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

Beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

Namun kemudiannya beliau telah membuat laporan Polis dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya.

Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Namun Azeez tidak boleh memutar belit seluruh dunia !

Gambar yang diambil oleh seorang sahabat dari team IT mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong.

Semasa menunggu proses penamaan calon selesai Salehuddin dan beliau telah bertemu.

Tak ada apa yang kelihatan lebam, dan waktu itu Azeez tidak pula menunjukkan tanda-tanda di belasah oleh 10 orang.

Daripada elok-elok berbual dengan Naib Presiden PAS Salehuddin pada hari penamaan calon, tiba-tiba buat kenyataan dipukul penyokong PAS !

Kemudiannya, sehari selepasnya pula baru dimasukkan ke hospital..... punyalah belit sehingga sanggup ’membelit’ tengkuknya.

Apabila balik dari Bagan Pinang seusai pilihanraya kecil tersebut, sambil mencari-cari bahan, melompat dari satu laman ke laman, dan dari satu blog ke satu blog.

Akhirnya bertemu cerita si Azeez Mamak kaki pembohong dan penipu itu.

Rupa-rupanya Ketua Putera Umno itu bukan samseng hanya jalanan tetapi ’pembohong dan penipu bersiri’.

Baca seterusnya >>

1 comment:

Izraa said...

lumrah lah mamak2 yg mengaku Melayu ni.. suke auta. dah la mamak.. mengaku Melayu pulak... AUTA AUTA!!

pastuh racist! bile org kutuk india.. dia terasa.. bila org kutuk melayu.. dia nak terasa gak..
nak sangat dia jadi orang melayu.. pendapat aku.. orang melayu lah golongan bangsa paling bodoh dalam dunia nih.. dan dia nak jadi melayu.

bukan nak jadi orang Islam yg baik.. berguna..
dia nak jadi Melayu..

BODOH!