Ha…ha….ha…. Jumaat lalu, Perdana menteri Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan satu ‘task force’ akan ditubuhkan mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengemukakan cadangan untuk tindakan.
‘Task Force’ tersebut diketuai oleh Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara disertai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Audit Negara sendiri
Hu…hu….hu….Sekiranya diperlukan, tambah Najib, akan disertai oleh Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya cabinet memandang serius penyelewengan, salahguna kuasa dan salah pengurusan yang didedahkan oleh laporan Ketau Audit Negara.
Malangnya….he…he…he… adakah rakyat akan percaya dengan kata-kata Najib ???
Telinga rakyat sudah berbulu mendengar kisah-kisah penyelewengan dan salahguna kuasa dalam pentadbiran awam sekian lama….!!!
Sejak zaman Mahathir, sejak tahun 1982, ketika dia mula-mula memegang tampuk kuasa, Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan sebungkus ‘Maggi Mee’ dijual dengan harga bberapa ringgit, sedang harga dipasaran ketika itu hanyalah 30 sen.
Hi….hi…hi… gegerlah sebentar…….lepas tu senyap sunyi sepi.
Sekarang zaman 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...konon...... tapi Najib masih bermain silap mata?!
Syarikat Perunding yang terlibat dengan pembinaan sebuah dewan di kota Belud, Sabah, berharga RM4.25 juta, dilaporkan terlebih bayar sebanyak RM121,000.
Dewan tersebut siap pada 2005…. Tapi mesin pembacuh simen masih berpusing……..Dewan tersebut kini perlu diperbaiki namun tidak berapa digunapakai!
A…ha….ha….heboh pula tentang Prasarana, agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk meningkatkan keupayaan pengangkutan awam di Lembah Kelang.
Agensi tersebut diwujudkan beberapa tahun lalu oleh Tan Sri Nor Mohamad Yakcop, Menteri Kewangan Kedua, namun cacat cela pengurusannya menjadi misteri!
Menurut Laporan Ketua Audit Negara, Prasarana telah membelanjakan begitu banyak wang untuk membeli bas ’lama’ yang teruk.
Prasarana juga telah ’terlebih bayar’ sebidang tanah di Cheras, Kuala Lumpur, sedang harga pasarannya lebih murah, agensi itu ’rugi habis’ sebanyak RM20 juta
Uh…..uh….uh… Pengurusan Prasarana tidak cekap dan tidak ada langsung petunjuk prestasi, lagi-lagi ia telah rugi teruk yang terkumpul antara 2005 hingga 2007 sebanyak RM833 juta! Berapa agaknya ruginya sekarang ??
Tidak cukup dengan itu…..aha…aha…aha… Prasarana diberi pula projek infrastruktur terbesar di Malaysia, kerja-kerja memanjangkan dan meningkatkan system transit aliran ringan Kuala Lumpur yang bernilai berbilion ringgit !!!!
Tahun lepas dan tahun-tahun yang lepas-lepas pun kita dah dengar macam-macam ada dalam laporan ketua audit Negara, sebutir karipap harga RM5 pun ada, pemutar skru yang harga seringgit dua jadi puluh-puluh ringgit pun ada…kartun sungguh !
Tak ada pula tindakan yang diambil, yang ada hanya......A..a..a... Amaran sahaja, contohnya kerajaan telah terlebih bayar kepada seorang kontraktor pembinaan ’Taman Laut’ di Selangor........ apa tindakan dari penyiasatan...... nehe....ho !
Mahu percayakah kita lagi……mahukah……kini dengan janji Najib pula nak buat siasatan dan ambil tindakan….huh…???
Cerita lama yang sama….diulang-ulang……ha….ha…ha…
DiTerjemah secara bebas dari Business Times Singapore..
Tambahan….. hok runtuh, punoh dan rosak di Terengganu, dah berbulan-bulan weiiiii….
3 comments:
he..he..he..correct..correct...correct..
tengoklah jambatan dungun ke Seberang JKR buat senyap je kontraktor bangang tinggalkan batu konkrit bawah jambatan....nelayan dah le susah terpaksa baiki bot beribu ringgit setiap kali terlanggar batu konkrit bodoh JKRkontraktor bangang...JKR kenapa la tak bang... bagi lulus jambatan tu....tak dengar ke komplen nelayan dalam akhbar...main senyap je....ke dah makan...malas nak kata...sendiri mau pikir la ...
tuan penulis orang lama dalam penulisan..
Apa pendapat tuan tentang sikap membisu JKR dungun mengendahkan rintahan nelayan kuala Dungun yang kerugian beribu nringgit..Kenapa JKR meluluskan jambatan dungun untuk digunakan sedangkan batu konkrit dan cerucuk tidak dibersihkan hingga merugikan nelayan..
sehingga sekarang mengalami masalah..
JKR makan .... ke apa..
saya terbaca dalam edisi timur article ni di muka depan edisi timur tulisan mohd zawawi mat ail wartawan berita harian....sampai sekarang tiada apa tindakan susulan///
tajuk dia..kalua tak silap CERUCUK CUCUK BOT..
Post a Comment