Ketika menjadi orang biasa, seorang ahli wanita Umno di cawangan bangun pada pagi hari dan bertanya kepada suaminya, ”Abang hari ini kita nak makan apa?”
Begitulah kedudukan ahli-ahli Umno diperingkat cawangan yang tidak mewah dan tidak mampu berbelanja malahan untuk membiaya anak-anak ke sekolah mengharap ’Ehsan’ dari kerajaan.
Kemudian, apabila wanita Umno itu terus begiat dan sedikit cergas, beliau pun dilantik menjadi anggota wanita Umno di peringkat Bahagian.
Maka, pada suatu pagi, ketika bangun dari tidurnya, dia bertannya kepada suaminya,”Abang hari ini nak makan di mana?”, menunjukkan status sosialnya yang sudah sedikit meningkat.
Mungkin kerana menjadi anggota wanita Bahagian, maka pendapatannya bertambah, dicampur sedikit peluang untuk mendapat ’indent’ atau kerja-kerja pembekalan makanan ataupun apa-apa jua bisnes yang biasanya semakain ’terbuka luas’ peluangnya.
Dengan sedikit ’pangkat dan wang’ yang ada, maka wanita Umno itu pun bergerak cergas, terus mengintai-intai peluang bagi mendapatkan status yang lebih tinggi dalam politik. Dan akhirnya dengan sokongan kepada tokoh tertentu, beliau dipilih menjadi anggota wanita Umno peringkat negeri. Saat itu, wanita Umno itu turut mengenali dan dikenali oleh ’tokoh-tokoh’ di peringkat Pusat, bagi melobi dan dilobi sekiranya Perhimpunan Agong Umno menjelang tiba.
Maka, sutu pagi, ketika bangun dari tidurnya, dia bertanya kepada suaminya,”Abang, hari ini kita nak makan siapa?”........
Tak tahu dari mana asal-usulnya cerita ini, tapi ada kebenaran pada hakikatnya.
Jika dikaitkan dengan perkembangan terbaru, politik Umno Terengganu, sikap ini juga berlaku dikalangan ahli-ahli Umno lelaki.
Kalau dahulunya Dato’ Din Adam taat kepada bekas ketuanya, Dato’ Seri Idris Jusoh, bersekongkol dengan ’10 budak hitam’, mengambil tindakan dan ’memakan’ orang-orang Dato’ Ahmad Said, maka sekarang dia beralih ’tuan’.
Sekumpulan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang diketuai oleh ADUN Bukit Besi, Dato’ Din Adam mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Din Adam yang mewakili kumpulan ADUN itu berkata, pertemuan dengan Hishammuddin sebenarnya mahu memperkukuhkan UMNO Terengganu di bawah kepimpinan negeri.
Itulah kenyataan terbaru yang membuatkan Ahmad Said ’naik ekor dan tunjuk belang’ dengan mengatakan
”Tiada Alasan ADUN BN Menentang Saya !”
Episod selanjutnya akan menjadi lebih menarik, kerana Hishamudin sudah menemuinya ejennya untuk memperkukuhkan politik diperingkat kebangsaan, bukanlah sangat untuk meneguhkan kedudukan Ahmad Said.
Hubungan antara Hishamudian dan Din Adam bukanlah baru, dan semua orang tahu, sewaktu Hishamudin menjadi Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan, Din Adam adalah Ketua Pemuda UMNO negeri Terengganu.
Dengan membuat ’pengakuan taat setia’ kepada Ahmad said, Din Adam sebenarnya memperkukuhkan kedudukannya sendiri, yang sudah lama dilanda pelbagai masalah.
Masalah yang melanda Din Adam jelas dicatakan oleh seorang blogger berbunyi seperti dibawah;
”Malangnya kampungku Bandar Bukit Besi bergelumang dengan masaalah rumah tak bayar, sosial golongan murid sekolah, tak ade pembanguunan utk org.kampung (kedai & sebagainya...)belia dan orang dewasa tak kurang hebatnya dan paling MEMALUKAN BILAMANA WAKIL RAKYAT DUN, DIN ADAM bekas pegawai KETENGAH menjawat EXCO dizaman Pak Yeh, Ketua Pemuda, Pengerusi Muzium bla-bla... hari ni masih jadi wakil Rakyat hanya pandai buat rumah kediaman beliau di KT RM?berjuta-juta dan menentang Menteri Besar (Mat Said). DIN ADAM tak ada kepertanggungjawaban sebagai wakil rakyat....sombong, angkuh, tamak, rakus, memecahbelahkan bangsa bepaksikan teori politik kotornya, pecah dan perintah biar orang-orang Bukit Besi bodoh dan miskin mudah beliau nak jual-beli kami!!!! maaf emosi sikit”
”Maka masa depan kami Generasi Kedua masih belum ada tanda-tanda pembelaan selagi Wakil Rakyat DIN ADAM bermahaRAJAlela.”
Lalu pucuk dicita ulam mendatang, Din Adam yang masih muda kini sedang ’berkira-kira’ untuk melangkah menjadi pemimpin Umno peringkat Nasional dan mengintai-ngintai kerusi Parlimen Dungun, yang diketahui ramai, penyandangnya manghadapi penyakit yang agak kronik.
Orang berbudi, orang berbahasa, Hishamudin pun membalas budi Din Adam yang anggup meningggalkan Ketua Pengkhianat, ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid, serta geng-geng yang membantah pelantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terenggau serta memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Din Adam mendapat ’reward’ dan dilantik menjadi Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, iaitu Hishamudin sendiri.
Hishamudin memberikan ’hadiah hari raya’ tersebut kepada Din Adam kerana Din berjaya membuktikan dan membawa bersama-samanya ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof, , Muhammad Ramli Nuh (Tepoh), Abd Halim Jusoh (Permaisuri), Ramlan Ali (Jabi), Wan Mohd Hakim Wan Mokhtar (Air Putih) dan ADUN Hulu Besut, Nawi Muhamad.
Apa janji Din Adam kepada enam ADUN, termasuk yang mendakwa mendapat ugutan bunuh, Abdul Halim Jusoh ?
Tidak mungkin mereka boleh berpatah begitu, tanpa sebarang ’deal’ yang menjamin keselamatan karier politik serta menjamin bertambahnya ’laba’ mereka.
Mungkin ia adalah langkah ’panjang’ mereka untuk menjatuhkan Ahmad Said, menjelang pilihanraya umum yang ke 13 (PRU 13) yang akan datang.
Sesungguhnya, kuasa menentukan siapa yang akan dipilih untuk menjadi calon bertanding dalam pilihanraya akan datang, bukanlah kuasa Ahmad Said kerana Ahmad bukan lagi Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.
Idris Jusoh juga sudah kehilangan taring dan kuasa politik, kedua-duanya, Ahmad dan Idris akan hanya menjadi sejarah menjelang PRU 13.
Era baru Umno Terengganu akan datang adalah pada tangan Din Adam kini, bukan sebagai Menteri Besar Terengganu, tetapi sudah memasang angan-angan akan menjadi Menteri Pusat !
1 comment:
correct...corect..corret...
Post a Comment