Sunday, February 11, 2007

"Jom Bersih Ganu kite" GAGAL



Ramai yang kenal sticker di atas, yang terlekat di kenderaan, sempena kempen kebersihan yang dilancarkan pada 26 Julai lalu. Kempen yang dapat mencatat rekod itu hanyalah kempen hangat-hangat tahi ayam. Tak sampai 2, 3 minggu kempen dimulakan, sampah ad merata riti. Kesungguhan kerajaan nak bersihkan bandar Kuala Terengganu sehingga nak keluarkan saman kepada pembuang sampah, lihat petikan;



Petikan 1
Sultan Mizan Seru Rakyat Terengganu Jaga Kebersihan

Sultan Terengganu memalu gong sebagai tanda simbolik pelancaran Kempen Kebersihan dan Keindahan peringkat negeri sambil diperhatikan Menteri Besar. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin meminta rakyat negeri ini supaya sentiasa mengamalkan sikap prihatin terhadap alam sekitar jika ingin melihat Terengganu sebagai negeri bersih dan tercantik berbanding negeri lain. Baginda turut memuji kepimpinan kerajaan negeri yang sentiasa peka terhadap penjagaan kebersihan dan keindahan alam sekitar. Titah baginda, tindakan kerajaan adalah selari dengan slogan Islam Hadhari Terengganu Bestari yang cuba diterapkan di kalangan rakyat pelbagai lapisan masyarakat.
“Jika semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan keindahan kawasan, keadaan ini tidak mustahil bagi mencapai matlamat untuk melihat Terengganu menjadi negeri terbilang dari segi kebersihan. “Program gotong royong di kalangan penduduk yang diamalkan sejak berzaman dahulu adalah amalan mulia dan wajar dipuji kerana selain menjaga kebersihan, ia dapat menjalin ikatan silaturahim serta kemesraan antara rakyat.,” titah baginda di majlis pelancaran Kempen Kebersihan dan Keindahan peringkat negeri di Taman Awam, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam (18 Februari).
Turut hadir di majlis itu, Menteri Besar, Dato` Seri Idris Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Muhatar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negara, Dato’ Ahmad Said.

240,830 Rakyat Terengganu Gotong Royong

Oleh: Kamarudin Mat Akib, Aida Abd Rahman dan Suriati Ali
Tiada Halangan, Hanya Peluang. Rakyat Terengganu membuktikan slogan yang kini bermain di bibir penduduk negeri ini bukan dicipta sekadar main-main, tetapi ia merupakan kata semangat bagi menjayakan setiap program yang dirancang. Hasilnya semalam, satu lagi sejarah terpahat apabila 240,830 orang penduduk dari seluruh daerah menyertai program gotong royong secara serentak bermula jam 8 hingga 11 pagi di seluruh negeri.
Peristiwa tersebut kini dirakamkan dalam buku ‘The Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai acara gotong royong yang melibatkan penyertaan paling ramai di negara ini. Pengarah MBOR, Datuk Danny Ooi menyerahkan sijil pengiktirafan tersebut kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam satu majlis selepas Menteri Besar meninjau sendiri rakyat Terengganu membersihkan negeri, dari udara. Menteri Besar berkata, kejayaan ini melepasi sasaran 200,000 orang yang dijangkakan menyertai program tersebut.
“Program gotong royong ini dilakukan secara serentak di 2,905 lokasi di seluruh negeri melibatkan pelbagai lapisan rakyat, daripada pelajar hinggalah kakitangan awam dan swasta,’’ katanya. Turut menaiki helikopter bersama-sama Dato’ Idris bagi meninjau acara gotong royong itu ialah Setiausaha Kerajaan, Dato’ Muhatar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Ahmad Said.
GOTONG-ROYONG TERBESAR...penduduk dari tujuh daerah negeri ini keluar menjayakan kempen `Jom Bersih'.

Orang Ramai Buang Sampah Merata-rata Didenda RM10 Serta-merta

KUALA TERENGGANU, 19 April (Bernama) -- Mulai 1 Mei ini, mereka yang membuang sampah merata-rata dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) akan dikenakan kompaun serta merta sebanyak RM10.Yang Dipertua MPKT, Adzlan Mohd Dagang berkata pihaknya akan menyediakan pegawai penguatkuasa bagi mengawasi orang ramai yang membuang sampah."Kalau mereka tidak mahu membayar kompaun RM10 yang dikenakan, kita akan ambil tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Kebersihan Bandar Kuala Terengganu peringkat ketiga di Pantai Batu Burok di sini Rabu.Adzlan berkata sehingga kini, kebersihan bandar Kuala Terengganu hanya 50 peratus dan kerja-kerja membersihkan bandar dan sekitarnya mesti dilipat gandakan terutama sebagai persiapan menghadapi Tahun Melawat Terengganu pada 2008."Saya harap kebersihan bandar ini dan sekitarnya meningkat kepada 70 atau 80 peratus menjelang 2008," katanya.Antara aspek kebersihan yang perlu diberi perhatian ialah tandas awam, tempat penyediaan makanan (dapur), kebersihan diri dan pakaian pengendali gerai makan dan restoran.-- BERNAMA



Lihat pula petikan Berita harian pada hari Khamis lepas;




Dipetik dari ruangan surat pembaca mukasurat 11 Khamis 8 Februari, 2007




Kemudian lihat pula imej-imej di bawah;




















1 comment:

amdang81 said...

macam-macam la diorang cuba buat.. tapi semua tu penipu belaka. AKu dah tak caya ngan deris jusoh ni.. aku tau dia ni kaki pembelit!