Hari Sabtu yang lepas, berkunjung lagi ke Pasar Manir. Beli sedikit barang keperluan dan kueh mueh. Ikatan antara pembeli dan penjual di Pasar Manir sudah menjadi ikatan kasih sayang. Kalau tak pergi minggu tu, si penjual panjang leher menjenguk-jenguk mencari kelibat pelanggan tetap yang setiap minggu pasti akan membeli barangan. Ada penjual yang memang dah siapkan bungkusan untuk pelanggan tetapnya. Bukan apa, sebab nak beri barangan lebih, dilebihkan 2,3 barang, kerana ikatan kasih sayang.
Selepas membeli, ronda-ronda, pusing keliling, sambil-sambil mata mengintai, mana dia 'signboard' projek pembinaan premis niaga yang tak siap-siap tu. Pusing punya pusing tak jumpa. Biasanya kan ada papan tanda projek seperti 'Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional' atau 'Projek Islam Hadahari Terengganu Bestari'. Diatas papan tanda tersebut akan ditulis, bila projek bermula, dan bila dijangka siap. Jadi kita boleh tahu, projek tersebut projek 'sakit' atau tidak. Justru, papan tanda projek premis perniagaan Pasar Manir tak dijumpai, bermakna projek itu bukan 'sakit' lagi, mungkin projek yang 'pengsan' atau projek yang dah 'koma',
Kemudian semasa perjalanan balik saja ambil jalan jauh, pusing kut gertak sultan, singgah Pasar Batu 6, nak jenguk kawan-kawan disana musim ikan dan sayur mahal ni. Nak juga beli santan nyior + kelapa, seringgit dua. Masuk kut belakang tu, kat pasar kueh-mueh (yang sedang diubahsuai), terjumpa satu papan tanda. Perati-perati tengok, ada macam tak kena dengan papan tanda pembinaan yang dibina oleh MPKT tu. Acu kita semua tengok foto ni;
Nampak tak ? perati tengok papan no 1 & 2 dari bawah. Yang no. 2 dari bawah tu adalah tarikh mula kerja, yang no.1 dari bawah tarikh siap kerja. Apa yang tak kena ??? Tarikh mula kerja 27.8.2006. Tarikh siap kerja tu ada pada asalnya, tak silap 24.11.2006. Tapi dah kena sapu dengan cat putih. Kenapa dia orang sapu dengan cat putih ????
" SATU LAGI PROJEK SAKIT KERAJAAN BARISAN NASIONAL"
No comments:
Post a Comment