Tuesday, February 27, 2007

Apa tu ayah ?

Sewaktu Azlan Dagang jadi YDP memang agresif, ganas memang ganag, tapi bukan pengganas (terrosist). Mungkin jenis dia, tak suka duk saja, nak tengok berubah sokmo, atau adanya perubahan setiap masa. Sapa tak kenal si Azlan ni, DO paling muda yang dilantik bagi daerah yang paling bongsu Setiu. Dia mencipta kegemilangan bermula semasa jadi Pengarah YPU. Tapi.... ehem... ada banyak versi jugok pasal cerita Azlan ni!
Apa pun, dia dilantik menjadi YDP MPKT kerana kecemerlangannya menjadi suri dalam daging, gunting dalam lipatan, talam dua muka..... apa lagi.. anugerah kerana mengkhianati kerajaan. Sepatutnya sebagai 'civil servant' dia mesti patuh dan komited kepada 'current government', tak kesahlah siapa yang perintah, UMNO ke, PAS ke, Sosialis ke, komunis ke! Tapi si Azlan inilah yang ke hulu ke hilir duk kempen supaya jatuhkan kerajaan yang memerintah antara 2000 - 2004.
Versi lain pula, si Azlan ni seorag yang licik, licin bak belut. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, dimana dia bertukar, pasti ada projek yang masuk kantung. Begitulah apabila dia berkuasa di MPKT. Macam-macam yang dibuatnya, setiap 3 bulan sekali, satu binaan dibangunkan di bulatan-bulatan dan sudut-sudut stratgik di bandar KT, selepas 3 bulan di tukar lain. Ambil contoh binaan di sudut hadapan perpusataan awam negeri Terengganu. Mula-mula tak ada apa-apa binaan, lepas tu ada kolam air pancut, kemudian tukar pulak, binaan ada periuk kera! Ingatkan idea asli, rupanya 'cetak rompak' yang ada dekat simpang empat bangunan DBKL.
Jambatan Sultan Mahmud (JSM) menjadi mangsa perangai terlalu menukar-nukar hiasan. Dulu ada bunga raya, lepas tu ada kotak berlampu, konon-kononnya nak bubuh iklan, lepas tu bubuh kun yang bermuka luas dan dibelakang runcing. Biasanya diletakkan di lebuhraya-lebuhraya untuk memberi amaran angin lintang. Yang di letakkan di JSM, Huh.... tak sampai 3 bulan rabak habis.
Suatu hari bila lalu di JSM anak-anak didalam kereta bertanya apabila melihat hiasan baru " apa tu ayah?" Aku pun perati tengok ap ke bende yang jadi hiasan baru tu. " Tak tahu" aku jawab kepada anak-anakku. "Eh...eh... macam ikan". Ikan? Ikan apa macam tu? Nak kata ikan darat, tak ada yang pesen tu. Lagilah bentuk ikan laut, memang comfirm tak ada.

Apabila dah 4, 5 ditanya, dan tak ada jawapan pasti, aku jawab " IKAN BODOH LA TU!"
Le ni dah sampai masa lebih dari 6 bulan, bila pulak MPKT nak tukar ikan-ikan bodoh tu dengan hiasan lain! Banyak yang dah mapuh ! Mabuk kena angin lintang !

Thursday, February 15, 2007

SEBUAH LAGI FILEM ‘ALI BABA CERITA LAPUK’

Semalam, Abdullah melahirkan rasa sedih apabila Kajian Ketirisan Kontraktor Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja Raya menunjukkan secara purata 85.37 peratus projek yang dilaksanakan kontraktor bumiputera tahun lalu mengalir kepada kaum lain.
Menurut Abdullah, tindakan mengalibabakan projek yang dianugerahkan kerajaan itu menyebabkan ia nampak elok dari luar sahaja sedangkan hakikatnya ia bukan dilaksanakan oleh kontraktor bumiputera terbabit.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak menghalang sekiranya syarikat bumiputera hendak mengadakan usaha sama tulen dengan syarikat bukan bumiputera tetapi mengalibabakan peluang yang diserahkan kepada mereka “adalah satu kesulitan yang tidak diingini”.
Namun katanya, apa yang berlaku pada masa ini ialah kontraktor bumiputera mengalibabakan projek dengan menyerahkan semuanya kepada kaum lain.




Ini SIRI REALITI ‘Apa Khabar Ganu Kita’ : Ali Baba dan Penyamun LPT

Pakej 12 Lebuhraya Pantai Timur adalah sambungan pakej 11. Laluan Pakej 12 adalah dari Bukit Petiti ke Gemuroh sepanjang 3.28 km menyeberangi Sg Nerus dan Sg Lingai. Sebuah jambatan juga dibina untuk Persimpangan Bertingkat Gemuroh untuk kemudahan susur keluar ke Laluan Persekutuan. Jalan Susur keluar (4 lorong dengan setiap lorong selebar 3.5 meter) sepanjang 2.5 km dibina untukbersambung dengan Laluan Persekutuan 3 dihadapan Kuari Bukit Jong. Sebuah jambatan menyeberangi Sg. Bukit Jong akan dibina.Kemudahan untuk kawasan tol plaza serta kawasan untuk Pejabat Pengurusan Lebuhraya disediakan dipertengahan Jalan susur Keluar.

Laluan Persekutuan 3 (Kuala Terengganu – Kota Bharu di km 20) dinaiktaraf sepanjang 1.5 km bagi pembinaan Simpang Tiga Berlampu Isyarat bagi kemudahan keluar masuk ke LPT2 Melibatkan pengambilan balik tanah sebanyak 69 lot dan tanah kerajaan seluas hampir 27 hektar. (Jumlah pampasan RM 2.5 juta). Kerja-kerja pembinaan baru bermula pada pertengahan Jun 2006 disebabkan kelewatan proses pengambilan tanah selesai dan dijangka siap pada 9hb November, 2008.

Kontraktor yang di lantik adalah TSR BINA SDN BHD (TSR). TSR bukanlah syarikat pembida yang paling tinggi. Bidaan TSR adalah nombor yang ke 50 dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM 97 juta sedangkan harga kos pakej ini melebihi RM 100 juta. TSR dikatakan dimiliki oleh Dato’ Razak yang mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO Terengganu.

TSR bukan sebuah syarikat kontraktor tulin. TSR adalah sebuah syarikat ‘Ali Baba’. Baru-baru ini TSR menjual tender pakej 12 kepada syarikat Pembinaan Limbungan Setia (PLS), sebuah syarikat bukan Bumiputera. PLS juga adalah sebuah syarikat ‘luar’ Terengganu. TSR menjual tender Pakerj 12 LPT2 kepada TSR dengan mengambil wang sebanyak RM 10 juta.

PLS sebagai sebuah syarikat luar, mengambil pekerja-pekerja pembinaan daripada luar. Majoriti pekerja adalah bukan rakyat Terengganu. Alasan yang diberikan dikatakan bahawa sekiranya mengambil orang Terengganu, mereka akan bercuti pada hari Jumaat, bukan pada hari Ahad.

Wednesday, February 14, 2007

Bahasa Pasar

Hari Sabtu yang lepas, berkunjung lagi ke Pasar Manir. Beli sedikit barang keperluan dan kueh mueh. Ikatan antara pembeli dan penjual di Pasar Manir sudah menjadi ikatan kasih sayang. Kalau tak pergi minggu tu, si penjual panjang leher menjenguk-jenguk mencari kelibat pelanggan tetap yang setiap minggu pasti akan membeli barangan. Ada penjual yang memang dah siapkan bungkusan untuk pelanggan tetapnya. Bukan apa, sebab nak beri barangan lebih, dilebihkan 2,3 barang, kerana ikatan kasih sayang.


Selepas membeli, ronda-ronda, pusing keliling, sambil-sambil mata mengintai, mana dia 'signboard' projek pembinaan premis niaga yang tak siap-siap tu. Pusing punya pusing tak jumpa. Biasanya kan ada papan tanda projek seperti 'Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional' atau 'Projek Islam Hadahari Terengganu Bestari'. Diatas papan tanda tersebut akan ditulis, bila projek bermula, dan bila dijangka siap. Jadi kita boleh tahu, projek tersebut projek 'sakit' atau tidak. Justru, papan tanda projek premis perniagaan Pasar Manir tak dijumpai, bermakna projek itu bukan 'sakit' lagi, mungkin projek yang 'pengsan' atau projek yang dah 'koma',

Kemudian semasa perjalanan balik saja ambil jalan jauh, pusing kut gertak sultan, singgah Pasar Batu 6, nak jenguk kawan-kawan disana musim ikan dan sayur mahal ni. Nak juga beli santan nyior + kelapa, seringgit dua. Masuk kut belakang tu, kat pasar kueh-mueh (yang sedang diubahsuai), terjumpa satu papan tanda. Perati-perati tengok, ada macam tak kena dengan papan tanda pembinaan yang dibina oleh MPKT tu. Acu kita semua tengok foto ni;


Nampak tak ? perati tengok papan no 1 & 2 dari bawah. Yang no. 2 dari bawah tu adalah tarikh mula kerja, yang no.1 dari bawah tarikh siap kerja. Apa yang tak kena ??? Tarikh mula kerja 27.8.2006. Tarikh siap kerja tu ada pada asalnya, tak silap 24.11.2006. Tapi dah kena sapu dengan cat putih. Kenapa dia orang sapu dengan cat putih ????

" SATU LAGI PROJEK SAKIT KERAJAAN BARISAN NASIONAL"




Sunday, February 11, 2007

"Jom Bersih Ganu kite" GAGAL



Ramai yang kenal sticker di atas, yang terlekat di kenderaan, sempena kempen kebersihan yang dilancarkan pada 26 Julai lalu. Kempen yang dapat mencatat rekod itu hanyalah kempen hangat-hangat tahi ayam. Tak sampai 2, 3 minggu kempen dimulakan, sampah ad merata riti. Kesungguhan kerajaan nak bersihkan bandar Kuala Terengganu sehingga nak keluarkan saman kepada pembuang sampah, lihat petikan;



Petikan 1
Sultan Mizan Seru Rakyat Terengganu Jaga Kebersihan

Sultan Terengganu memalu gong sebagai tanda simbolik pelancaran Kempen Kebersihan dan Keindahan peringkat negeri sambil diperhatikan Menteri Besar. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin meminta rakyat negeri ini supaya sentiasa mengamalkan sikap prihatin terhadap alam sekitar jika ingin melihat Terengganu sebagai negeri bersih dan tercantik berbanding negeri lain. Baginda turut memuji kepimpinan kerajaan negeri yang sentiasa peka terhadap penjagaan kebersihan dan keindahan alam sekitar. Titah baginda, tindakan kerajaan adalah selari dengan slogan Islam Hadhari Terengganu Bestari yang cuba diterapkan di kalangan rakyat pelbagai lapisan masyarakat.
“Jika semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan keindahan kawasan, keadaan ini tidak mustahil bagi mencapai matlamat untuk melihat Terengganu menjadi negeri terbilang dari segi kebersihan. “Program gotong royong di kalangan penduduk yang diamalkan sejak berzaman dahulu adalah amalan mulia dan wajar dipuji kerana selain menjaga kebersihan, ia dapat menjalin ikatan silaturahim serta kemesraan antara rakyat.,” titah baginda di majlis pelancaran Kempen Kebersihan dan Keindahan peringkat negeri di Taman Awam, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam (18 Februari).
Turut hadir di majlis itu, Menteri Besar, Dato` Seri Idris Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Muhatar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negara, Dato’ Ahmad Said.

240,830 Rakyat Terengganu Gotong Royong

Oleh: Kamarudin Mat Akib, Aida Abd Rahman dan Suriati Ali
Tiada Halangan, Hanya Peluang. Rakyat Terengganu membuktikan slogan yang kini bermain di bibir penduduk negeri ini bukan dicipta sekadar main-main, tetapi ia merupakan kata semangat bagi menjayakan setiap program yang dirancang. Hasilnya semalam, satu lagi sejarah terpahat apabila 240,830 orang penduduk dari seluruh daerah menyertai program gotong royong secara serentak bermula jam 8 hingga 11 pagi di seluruh negeri.
Peristiwa tersebut kini dirakamkan dalam buku ‘The Malaysia Book of Records’ (MBOR) sebagai acara gotong royong yang melibatkan penyertaan paling ramai di negara ini. Pengarah MBOR, Datuk Danny Ooi menyerahkan sijil pengiktirafan tersebut kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam satu majlis selepas Menteri Besar meninjau sendiri rakyat Terengganu membersihkan negeri, dari udara. Menteri Besar berkata, kejayaan ini melepasi sasaran 200,000 orang yang dijangkakan menyertai program tersebut.
“Program gotong royong ini dilakukan secara serentak di 2,905 lokasi di seluruh negeri melibatkan pelbagai lapisan rakyat, daripada pelajar hinggalah kakitangan awam dan swasta,’’ katanya. Turut menaiki helikopter bersama-sama Dato’ Idris bagi meninjau acara gotong royong itu ialah Setiausaha Kerajaan, Dato’ Muhatar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Ahmad Said.
GOTONG-ROYONG TERBESAR...penduduk dari tujuh daerah negeri ini keluar menjayakan kempen `Jom Bersih'.

Orang Ramai Buang Sampah Merata-rata Didenda RM10 Serta-merta

KUALA TERENGGANU, 19 April (Bernama) -- Mulai 1 Mei ini, mereka yang membuang sampah merata-rata dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) akan dikenakan kompaun serta merta sebanyak RM10.Yang Dipertua MPKT, Adzlan Mohd Dagang berkata pihaknya akan menyediakan pegawai penguatkuasa bagi mengawasi orang ramai yang membuang sampah."Kalau mereka tidak mahu membayar kompaun RM10 yang dikenakan, kita akan ambil tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Kebersihan Bandar Kuala Terengganu peringkat ketiga di Pantai Batu Burok di sini Rabu.Adzlan berkata sehingga kini, kebersihan bandar Kuala Terengganu hanya 50 peratus dan kerja-kerja membersihkan bandar dan sekitarnya mesti dilipat gandakan terutama sebagai persiapan menghadapi Tahun Melawat Terengganu pada 2008."Saya harap kebersihan bandar ini dan sekitarnya meningkat kepada 70 atau 80 peratus menjelang 2008," katanya.Antara aspek kebersihan yang perlu diberi perhatian ialah tandas awam, tempat penyediaan makanan (dapur), kebersihan diri dan pakaian pengendali gerai makan dan restoran.-- BERNAMA



Lihat pula petikan Berita harian pada hari Khamis lepas;




Dipetik dari ruangan surat pembaca mukasurat 11 Khamis 8 Februari, 2007




Kemudian lihat pula imej-imej di bawah;




















Thursday, February 8, 2007

ROSNAH SEPATUTNYA TAUBAT 15 TAHUN LALU

Mengulas Isu Rosnah, seorang kawan lama menghantar kenangan silam;

MINTA MAAF ! Minta maaf terlebih dahulu sebelum membuka pekung didada. Perjalanan atas dunia ini sebenarnya terlalu singkat. Dunia ini pun, dari Timur ke Barat, Utara ke Selatan, tidaklah jauh jaraknya. Begitu juga kaya dan miskin, hidup dan mati, dosa dan bertaubat. ‘ A split second’, satu detik sahaja, keputusan kita ambil , mencorakkan seluruh masa depan kita!
MINTA MAAF! Sepatutnya Rosnah Mat Aris bertaubat pada 15 tahun yang lalu. Ketika Abang Lin, pemain drum kumpulan Zig Zag (bekas suaminya) masih bersamannya. Ketika itu Rosnah belum berambut perang. Rosnah seorang isteri biasa, yang sering mengiringi suaminya. Orang pun tak kenal Rosnah. Mungkin orang lebih kenal adiknya, si janda yang menjadi penyanyi wanita utama kumpulan Zig Zag yang berpasangan dengan Helmi ‘the gimmick’. Masih terngiang-ngiang di telinga, ketika si janda tu berkata, “dah tiba masa nak naik pentas, nak buka kitab” dengan merujuk buku nyayiannya sebagai kitab. Si Joey, pemain gitar utama Zig Zag yang Rockers tu pun menggeleng-geleng, walaupun dia rock, dan cari makan dengan bermain gitar, tapi tak pernah buat ‘joke’ atas benda-benda sensitive yang berkaitan dengan ugama.
ONE SPLIT SECOND, bila Rosnah membuat gurauan dalam program Sensasi bertukar menjadi kontroversi. Begitulah pada 15 tahun yang lalu, apabila (mungkin) dihimpit rasa susah, ditinggalkan suami, maka Rosnah membuat pilihan untuk menjadi seorang artis. Sedangkan seluruh kumpulan Zig Zag tahu, faham, mengerti risiko menjadi artis. Duduk didalam dunia artis, menjadi penghibur seperti adiknya si Janda (pada ketika itu), sering terumbang-ambing. Rosnah melihat dengan mata kepalanya, apabila melayani pengunjung kelab, sebagai penyayi si adik terpaksa (tidak dapat mengelak) kadangkala meneguk ‘beer’. Hanyut, tenggelam timbul, kadangkala tak balik rumah, tidur dimana, wallahu’alam.
ONE SPLIT SECOND JUGA, Rosnah minta maaf dan telah bertaubat! Fuiii………..


Tu.. Rosnah ..3 dari kanan. Bagaimana yang lain, bila akan tersasul dan ONE SPLIT SECOND........
Nasihat kepada para artis; Masa ruang yang ada, hadirilah kelas ilmu di masjid-masjid yang banyak ada di keliling KL. Tak pernah jumpa artis gi dengor ngaji..... ada sapa-sapa pernah tolong beritahu !

Bangunan Cantik Tapi Kenapa Masih Kosong?

Mungkin tak perasan, tapi kalau pusing 2,3 kali baru sedar. Paling strategik, sebelah Terminal Bas Kuala Terengganu, tengah-tengah bandar! Kita pun hairan juga, bangunan cantik, besar dan tersergam indah, tapi mengapa masih kosong!

Kalau tak silap dalam tahun 2006, Tok Yih pernah ditanya oleh seorang 'caller' ketika program di TV 1 RTM berkenaan dengan bangunan ini. Kita rasa banggadengan jawapan 'bangga' dari Tok Yih, sambil tersenyum sinis dan mengangguk-angguk, Tok Yih kata InsyaAllah, 3 bulan lagi siaplah.
Ok lah macam tu, kira Hadhari lah gitu !

Masalahnya, siap tu memanglah siap (tengok dari luar ajelah), siap dengan lanskap, main gate grand, colour pulak tu..wowwww... tapi bak pe hah..... bak pe sunyi sepi???






BERSESAK-SESAK DI HYPERMARKET MARHAEN.











Terengganu telah lama ada Hypermarket. Sebelum ada Sabasun dan Mydin. Konsepnya sama saja. Kawasan yang luas, pelbagai pilihan barangan dan harga yang ditawarkan murah. Cuma bezanya, tak ada bumbung, tak ada hawadingin, tak banyak barangan yang siap dibungkus, makanan dalam tin atau makanan dalam plastik.Ini adalah kerana semua barangan yang ditawarkan adalah barangan segar, sayur-sayuran baru dipetik dari kebun, kuih-kuih baru yang dibuat khusus untuk jualan hari itu sahaja, begitu juga ayam, daging dan ikan.






Istimewanya, semua yang ‘kampung’ ada disini.


Ayam kampung, telur ayam kampung, sawi kampung, timun kampung, itik kampung pun ada. Itulah pasar minggu Manir atau lebih dikenali dengan panggilan Pasar Manir sahaja.Jalan utama di hadapan pasar Manir semakin sesak setiap Sabtu. Tempat letak kereta yang tidak cukup (tidak disediakan pun!) menjadikan ia semakin kelam kabut. Jarang-jarang sekali khidmat pihak berkuasa kelihatan di pasar Manir

Lihatlah deretan peniaga gerai usang dan peniaga cangkung di pasar Manir, yang membawa hasil-hasil tani dan industri asas tani dari kampung-kampung sekitar.Pasar Manir bukan hanya pasar perniagaan, tetapi sudah jadi pasar budaya. Setiap hari Sabtu ramai yang datang melepas rindu, pusing-pusing Pasar Manir sambil membeli barang yang perlu. Yang datang berniaga bukan harap akan pulang membawa saku penuh dengan duit tetapi membawa hasil kebun; kunyit, lengkuas, cekur, buah katak, membawa ayam itik kampong, ikan puyu, ikan keli, kuih badak, roti paun dan ketupat ubi, menjaja bakul hasil tangan (kraf), ma’ajun dan ubat huluran. Walaupun pulang dengan hasil tak seberapa, tapi puas melihat orang ramai dan bertemu muka bersua mata rakan taulan, yang jauh dan dekat. Cukup meriah !
Foto kelmarin 030207, dapat di lihat betapa bersesak-sesak rakyat yang bergerak dicelah-celah gerai dan jualan cangkungNamun sesungguhnya budaya Pasar Manir lama kelamaan mungkin hilang. Kawasan perniagaan gerai dan cangkung di pasar Manir semakin mengecil apabila pihak berkuasa mendirikan bangunan kekal. Malangnya sudah hampir setahun, kerja-kerja penyudahan tidak nampak akan selesai !


Sudah tidak ada tempat untuk peniaga-peniaga Marhaen, namun mereka tetap berusaha walaupun terpaksa menjaja dikaki lima bangunan yang tidak siap itu.