Hari ini dalam sejarah, 21 November 2012, di Kawasan Kuala Nerus tidak jauh dari Kuala Terengganu, telah berlaku gangguan bekalan elektrik sebanyak tiga kali dalam satu hari.
Bahkan dalam beberapa hari ini, dilaporkan, kawasan terbabit yang mempunyai dua universiti, sebuah kolej perguruan dan dua buah sekolah asarama penuh, dengan sebuah kawasan industri di Gong Badak, mengalami lebih dari lima kali 'blackout'(gelita).
Cukup memalukan jika diukur dengan segala 'tolok' bandingan pencapaian diutamakan, slogan kempen yang selalu dilaung-laungkan oleh Umno dan barisan Nasional (BN).
Sedangkan tarif elektrik sentiasa naik dan naik, sehinggakan para pengguna tidak sedar bila ia naik, bahkan ramai pengguna yang terkejut apabila tiba-tiba bil elektrik mereka dari puluhan ringgit tiba-tiba melonjak jadi ratusan ringgit.
Sang Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Peter Chin Fah Kui pun sudah mengakui, penyelarasan tarif elektrik (baca kenaikan) pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli, kononnya.
Walau Peter Chin pada 2 Oktober lalu, tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau....... sekali lai sang Menteri BN 'berkonon'!!!
Chin pada seminggu sebelumnya enggan mengulas apabila ditanya sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa pada November.
Dan kini sudah tiba November, bulan bermulanya tengkujoh, dan bulan persiapan kerajaan Umno Terengganu bersiap untuk sukan perahu layar 'Monsoon Cup' yang diakui oleh Menterinya, Shabery Cheek, sebagai satu sukan yang tidak menguntungkan.
Mantan Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh berkata, 'Monsoon Cup' akan melonjakkan nama Terengganu menjadi 'tersohor' ke seluruh dunia, dan Menteri Besar semasa, Ahmad Said pun bersetuju meneruskan projek kerajaan negeri itu.
Sedang sebenarnya, nama Terengganu sudah tersohor sebelum ini, sebagai pusat persinggahan maritim antarabangsa, yang mana nama 'Primula' itu terkenal seantero dunia kerana pelabuhan di muara sungai Terengganu yang memberikan segala macam kemudahan kepada pedagang dan pelayar.
Namun, tiba-tiba Idris Jusoh kata, 'Monsoon Cup' yang akan menjadikan Terengganu tersohor setelah 'pitis' royalti minyak 'habis dibaham' tidak kurang RM3 bilion.
Maka, sang media pengampu pun mencanangkan 'ampuan-ampuan' mereka memuji sana dan memuja sini, membetulkan dan mengesahkan cakap-cakap pemimpin Umno, benar.....benar.....betulll....betulllllll....Monsoon Cup bawa rezeki, bawa untung kepada para nelayan dimusim Tengkujoh.
Itulah dakwaan bekas PM , Pak Lah Badawi yang sampai kini tidak pernah terbukti!
Apalah tersohornya negeri Terengganu ini..... sekiranya rakyat susah setiap hari, yang kaya kroni, yang ada banyak kereta anak Ibrahim Fikri!
Pemerintah dakwa kononnya 'tepati janji' beri itu dan ini..... tapi RM300 hanya 5 tahun sekali, sebaliknya rakyat kena bayar setiap hari....setiap hari bayar cukai sana dan cukai sini, untuk kesenangan pak-pak Menteri!
Walaupun bayar tiap-tiap hari, bayar tiap-tiap bulan, kalau tak bayar kena potong bekalan air, bekalan elektrik, kalau tak bayar 'parkir' kena saman, kalau tak bayar 'tanah' kena lelong, kalau tak bayar PTPTN tak boleh ke luar negeri, kalau tak bayar.......mati!
Tapi yang dibayar tiap-tiap hari, tiap-tiap bulan, bekalan elektrik terganggu tiga kali sehari!
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan
-
*Oleh : Amiirullah Mansor*
DUNGUN, 29 Disember- Kepentingan modul Bahasa Arab perlu diterapkan kepada
pelajar sejak sekolah rendah lagi bagi mengatasi ma...
4 years ago