Selepas berhari-hari spekulasi tentang penamatan khidmat ketua
jurulatih pasukan bolasepak Terengganu, akhirnya Mat Zan Mat Aris
memutuskan untuk berhenti di tengah-tengah beban tekanan berikutan
kemerosotan prestasi skuad bolasepak itu.
Masalah pasukan bolasepak Terengganu sebenarnya tidak selesai dengan
pengunduran Mat Zan kerana ia melibatkan kegagalan pengurusan
kesuluruhan.
Rata-rata peminat bolasepak Terengganu mahukan satu 'team' pengurusan yang lebih mantap.
Samada
dilihat sebagai pengunduran atau pemberhentian Mat Zan, ia adalah
sebenarnya permulaan satu episod baru yang bertumpu kepada Presiden
Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Dato' Che Mat Jusoh.
Mat
Zan menjadi 'kambing hitam' kerana menjadi mangsa Persatuan Bolasepak
Negeri yang tidak berjaya melonjakkan permainan akibat kegagalan
pengurusan.
Che Mat Jusoh yang mengesahkan bahawa Mat Zan
mengemukakan peletakan jawatannya semalam sebenarnya telah beberapa kali
'ditunjuk jalan keluar' oleh peminat skuad penyu.
Sehingga minggu lalu, telah dua kali para peminat membantah Datuk Che Mat Jusoh dan meminta beliau meletakkan jawatan.
Bijaknya 'orang politik' mengatur langkah kerana kini beban kesalahan diletakkan ke atas Mat Zan!
Sebelum
ini, Mat Zan telah diminta untuk 'rehat' selama dua minggu selepas
Penyu kalah 2-1 kepada Sime Darby FC di Piala FA separuh akhir.
Kegagalan untuk mempertahankan Piala FA tidak sepatutnya diletakkan sepenuhnya diatas bahu Mat Zan.
Namun itulah nasib seorang jurulatih apabila sesebuah pasukan itu kalah dalam perlawanan.
Kerajaan
negeri perlu melihat lebih mendalam dan membedah siasat punca sebenar
kemerosotan demi kemerosotan yang dialami oleh pasukan.
Pihak yang terbabit secara langsung perlu berterus terang, sekiranya mahu melihat pasukan negeri lebih maju pada masa depan.
Disamping itu pandangan peminat yang menjadi kekuatan moral pasukan perlu diambil kira.
Tidak
ada erti sekiranya ada pasukan yang mantap tetapi tidak mendapat tempat
dihati peminat yang menjadi sumber kewangan setiap perlawanan hasil
dari penjualan tiket.
Namun bersediakan pihak negeri melakukan muhasabah dan mengambil tindakan.
Bersediakah Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said membuat perubahan?
Tentu tidak, kerana Ahmad telah pun membuat keputusan mengekalkan Che Mat Jusoh yang juga rakan akrab politiknya!
Inilah permasalahannya kalau sukan turut dibabitkan dengan persoalan politik!
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan
-
*Oleh : Amiirullah Mansor*
DUNGUN, 29 Disember- Kepentingan modul Bahasa Arab perlu diterapkan kepada
pelajar sejak sekolah rendah lagi bagi mengatasi ma...
4 years ago
No comments:
Post a Comment