"Ah...sudoh lah...jadi gini pulok, kacau sunggoh....," komen seorang penyokong kuat Menteri Besar Terngganu, Dato' Ahmad Said apabila dibeitahu bahawa musuh 'bossnya' telah dilantik sebagai pengarah pilihanraya Umno.
Berkali-kali dia menelefon minta pengesahan, betulkan Idris telah dilantik oleh Presiden Umno sebagai Pengarah Pilihanraya Umno yang baru.
Tampak jelas kedengaran dari nada suaranya, kegembiraan kem Ahmad Said dua minggu lalu kini menjadi kelam semula, seolah-olah mentari terik yang memancar kini diselubungi awan hitam, gelap.
Panas Tidak Sampai Ke Petang
(Gambar - Ahmad Said sedang berlatih untuk menentang Idris???)
Selepas usul bahagian Kemaman untuk mengembalikan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu kepada orang tempatan, geng-geng Ahmad sudah berkira-kira. Mencongak-congak, siapa akan diletakkan di dalam DUN mana.
Sekiranya Naib Presiden Umno, Dato' Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengotakan kata-katanya, mahu berjumpa dengan Presiden dan Timbalan Presiden dan menyampaikan 'hasrat tersirat' Ahmad Said, maka Ahmad berpeluang cerah menjawat balik jawatan tertinggi Umno Terengganu itu.
Zahid pun memang diperkatakan orang, sedang menyembunyikan sesuatu. 'Ada Udang Di Sebalik Mee', bak kata pepatah moden anak-anak zaman IT. Sekiranya Zahid berjaya dalam 'deal' untuk mengembalikan jawatan Pengerusi kepada Ahmad, maka cerahlah beliau naik 'setakuk' lagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin.
Kalau Zahid berjaya membawa suara dari Terengganu itu, maka undi bahagian-bahagian Umno Terengganu pada pemilihan akan datang akan menjadi miliknya, bagi memudahkan langkahnya menendang Dato' Seri Hishamuddin Hussein yang punya cita-cita sama, menjadi Timbalan Presiden Umno.
Namun, Presiden Umno Dato' Seri Najib Razak, mungkin telah mencium 'bau-bau busuk' cubaan untuk menumbangkannya, lalu beliau melantik Idris menjadi Pengarah Pilihanraya.
Sebab itulah, panas tidak sampai ke petang, kini mendung telah memalapkan cahaya kem Ahmad Said.
Yang Sudah Letih Bertenaga Semula
Sebaliknya, ADUN-ADUN yang sudah tercungap-cungap letih dan tinggal 'nyawa-nyawa ikan' sebelum ini dari kalangan kem Idris, segar semula. Yang muda macam mendapat tenaga gagah bergaya, yang tua macam di 'rejuvenasi', menjadi awet muda semula.
Antaranya 'Awang Tera', yang sebelum ini sudah hilang 'mood' untuk mempertahankan status YB yang disandangnya, kerana pada perkiraannya, sekiranya Ahmad Said berjaya dilantik menjadi Pengerusi Umno Terengganu, hancur berkecailah harapannya untuk dipilih semula sebagai calon.
Sebab itu, 4 ADUN dalam parlimen Setiu tidak merasakan satu masalah kalau mereka tidak hadir dalam mesyuarat Umno Bahagian yang dirasmikan Timbalan Presiden. Semuanya telah dimaklumkan kepada Idris dan Idris sudah maklumkan kepada Muhyiddin.
Ketidakhadiran mereka tidak memberi masalah kepada Idris dan Muhyiddin sebenarnya.
Tapi menunjukkan kelemahan pimpjnan Hishamuddin dan Ahmad Said yang mungkin bakal menerima nasib yang sama.
"Kalau begitu, mapuhlah Ahmad, tak dok peluang dia nak letok orang-orang dia jadi calon, walaupun dia jadi Pengerusi Umno Terengganu, Deris lebih powerfull!!,"jawab spontan seorang pemerhati politik yang membaca perkembangan pelantikan Idris sebagai pengarah pilihanraya Umno merupakan 'sakaratul maut' kepada kumpulan Ahmad.
Selaku pengarah peringkat pusat, Idris mempunyai kuasa 'paling akhir' memberikan pandangan kepada Presiden Umno, siapa yang akan 'hidup' dan siapa yang akan 'mati' sebelum bertembung dengan calon-calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum le-13 akan datang.
Pertembungan Maut Berganda
Maka dengan itu, bukan sahaja keris yang akan dijulang oleh Hishamuddin, 'Torpedo Scorpene' akan menjadi senjata Zahid menhadapi pertarungan 'maut berganda'.
Hishamuddin mungkin menggunakan 'WALTHER P99as/P99QA/P99C' pistol terbaru perolehan Polis DiRaja Malaysia, tetapi Zahid ada AA-11, AA-12 dan KH31, peluru berpandu Sukhoi yang telah pun dilawatinya di Gong Kedak.
Namun apa yang Ahmad ada untuk menghadapi Idris??
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan
-
*Oleh : Amiirullah Mansor*
DUNGUN, 29 Disember- Kepentingan modul Bahasa Arab perlu diterapkan kepada
pelajar sejak sekolah rendah lagi bagi mengatasi ma...
4 years ago
1 comment:
ahamd...ahmad....
Post a Comment