Thursday, July 1, 2010

Cikgu Razif Sudah Jadi Cikgu ‘Nafi’?

Apa khabar Ganu kita? Apa sudah jadi kepada Cikgu Razif kita? Dulu sewaktu menjadi seorang guru begitu mulia dan cukup rasional dan berdedikasi. Tapi kini, bila sudah jadi  Menteri negeri,  sudah hilang kredibiliti dan dijangkiti sindrom ‘nafi’.

“Kalau terus-terusan begini, cukup malang bagi para pendidik dan bidang pendidikan dinegeri Ganu kita ini,”ujar seorang teman lama, berbelas tahun mengenali beliau.


Jangan cakap soal projek E-Book, nanti terpalit waris-waras, anak saudara dan bapa saudara, jangan cakap soal masalah sosial dikalangan siswa siswi IPTA tempatan, nanti dapat malu, apatah lagi nak bercakap soal pelajar sekolah terlajak kemudi. Bubur sudah, tidak akan jadi nasi!

Soal E-Book yang berlambak-lambak diagih sana sini, jadi berita yang sudah basi. Jarang-jarang media yang buat ‘story’ pasal MB jaja E-Book di DUN sana sini kini. Cuma akhbar Sinar mungkin yang terpaksa bikin ‘story’ untuk penuh kuota berita terkini.

Masuk dua tahun sudah, anak-anak di Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dapat Buku E ini, tapi sehari pun tidak pernah diajari sebarang aplikasi.

Bila ditanya dalam Dewan Negeri, Cikgu Razif nafi. Bukan, tidak; ujarnya menafikan program Buku E satu program yang membazir wang negeri. Tapi, bila ditekan pembangkang bertubi-tubi, barulah mengaku memang program ini tidak pernah dikaji.

Terdedah di dada akhbar, siswa UMT, terlibat dengan masalah sosial perlakuan jual beli ‘alat peribadi’, malah ada dikalangan siswi yang jual diri.

Semua orang tahu, orang kampong, orang bandar, orang pantai, orang darat semua mengetahui. Beri masa 3 bulan sahaja selepas minggu ‘orientasi’, pasti ramai siswa-siswi UMT berdua-duan ke tepi laut dari dari Teluk Ketapang ke Tok Jembal menyepi diri.

Semangat minggu ‘orientasi’ siswa-siswi disemat dalam hati. Melayu mesti ada jati diri! Sebab itulah mereka menjadi berani, bukan setakat melakukan ‘onani’!

Itu pun Cikgu Razif nafi……..katanya, kalau ada tunjuk bukti!

“Nak bukti? Cikgu Razif boleh turun ikut pegawai penguatkuasa syariah buat operasi,”komentar seorang aktivis sosial apabila diajukan tentang isu ini.

Katanya, Cikgu Razif boleh saksikan dengan mata kepala sendiri, kalau masih tidak mempercayai.

“Bukan setakat 1, 10,50, malah 200 orang orang biasa ditemui, setiap malam samada dalam kereta, di rumah sewa, di tepi-tepi jalan sepanjang pantai waktu sepi dinihari,”ujarnya lagi.

Nah…. Apa yang Cikgu Razif nak katakan lagi? Pastinya, nafi dan nafi lagi, bila media mendedahkan ada dikalangan pelajar sekolah menengah yang melahirkan bayi.

Akhirnya keluar ‘story’ (Cerita) begini;


KUALA TERENGGANU: Mengejutkan apabila empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di daerah ini melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki masing-masing sejak pertengahan tahun lalu.

Difahamkan pelajar perempuan berkenaan yang terjebak dengan gejala sosial belajar di tingkatan tiga dan enam melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak April tahun lalu. Dalam kes terbaru, seorang pelajar tingkatan tiga pula melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu.

Harian Metro difahamkan 16 lagi pelajar perempuan sekolah itu kini disahkan mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelaki termasuk rakan sekelas mereka.

Lantaran kes memalukan itu, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar terbabit dikatakan cuba menyembunyikan kelahiran berkenaan tetapi ia bocor apabila seorang pelajar mendedahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, baru-baru ini.

Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas seorang pelajar melahirkan anaknya, baru-baru ini.

Katanya, dalam usaha menyembunyikan kejadian memalukan itu, seorang daripada pelajar terbabit sanggup membuat permohonan bertukar ke sebuah sekolah menengah di Setiu selepas mengetahui dia mengandung enam bulan.

Bagaimanapun, katanya usaha pelajar itu berpindah sekolah tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya tinggal bersama kerana mengetahui dia mengandung anak luar nikah.

 “Pelajar berkenaan tiada pilihan dan melahirkan seorang anak lelaki pada 26 April lalu. Tidak tahan menanggung malu, pelajar berkenaan kini bertukar ke sebuah sekolah lain di daerah ini dan akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) September ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut.

“Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak,” katanya sambil menambah pihaknya kesal dan terkejut dengan perkembangan berkenaan.

Eh…… kenapa Cikgu Razif tak nafi pula? Tapi kenapa 4 sahaja? Kan 20? Ke hanya 4 orang yang tidak dinafikan, tapi yang angka 20 itu….. tidak….. bukan??

2 comments:

mohd said...

razif kini , dulu,

amdang81 said...

Jangan sampai jadi NAFIK dah laa