Kalau tidak diatur segalanya, Dato' Ahmad Said akan mencipta satu lagi sejarah politik peribadi dan sejarah politik Umno Terengganu sebagai seorang negarawan yang akan menyumbangkan khidmat baktinya kepada negara Malaysia.
Kalau tidak tidak diatur langsung, mungkin juga Menteri Besar 'Istana' itu akan tinggal sebagai bahan sejarah, panduan undang-undang Malaysia bagaimana pelantikan seorang Menteri Besar itu sebenarnya, Sultan yang berkuasa penuh.
Kalau Ahmad tidak mengatur, apa akan jadi kepada politik Kemaman, bahagian yang paling bermasalah, dengan seorang ADUN yang didakwa SPRM terlibat rasuah dan seorang Naib Ketua Pemuda yang ditangkap polis kerana dadah.
Apa pula nasib Mad Nizam, anak didik Ahmad sekian lama? DUN selamat Air Putih telah pun disapu oleh Wan Hakim, anak mantan MB, Tan Sri Wan Mokhtar.
Sudah tidak ada masa, kalau tidak diatur sekarang kerana pilihanraya umum ke-13 sudah menjenguk-jenguk dijendela politik Malaysia.
Menteri Besar 'Zam-Zam Al-Kazam'
Oleh itu, tindakan politik bagi menyelamatkan keadaan mesti diambil, demi mengubah takdir yang 'khabarnya' akan turun dari Menara Umno, Kuala Lumpur.
Pembawa-pembawa berita umpama 'malaikat maut' sudah pun berlegar-legar di ruang angkasa Terengganu, membawa khabar hitam yang tidak sanggup dihadapi oleh Ahmad Said dan Umno Bahagian Kemaman.
Khabar dari Putrajaya memberitakan, Ahmad tidak sesuai, untuk dibiarkan hidup dalam politik dengan kuasa 'zam-zam alkazam' sebagai menteri besar Terengganu.
Kuasa 'mee segera' dengan sekelip mata, ADUN Kijal naik takhta, menjadi Menteri Besar kepada sebuah negeri, antara negeri yang paling lumayan hasil petroleum seantero Malaysia
Bayangkanlah, Petronas buat duit RM700 juta sehari, dengan 'mencucuk dan mengempiskan' perut bumi Terengganu dengan menyedut hasil emas hitam yang masih menjadio bahan api utama dunia.
Sebab itulah bekas Ketua Umno Bahagian Besut, bersungguh-sungguh bertempik 'gelombang biru' sehingga timbul urat 'merikh' ditengkuknya dulu!
Begitu bersungguh-sungguh anak 'Tauke Soh' itu kerana Deris sudah nampak pitih RM700 juta yang mengalir saban hari dari telaga-telaga sebanyak 31 buah di lapangan minyak dan sebanyak 8 buah di lapangan gas, semuanya diperairan Terengganu.
Kalau jadi macam negeri yang Umno kalah, negeri Kedah sekarang, tak ada siapa yang nak bertempik 'apa-apa gelombang' kerana sudahlah hutang 'bertempek-tempek', hasil negeri tak seberapa mana.
Kalau Deris ada ditakdirkan tinggal di negeri Kedah, dia pun tak mahu sampai 'tegang-tengang urat betis' kayuh beca roda tiga keliling bandar Kuala Terengganu.
Sebab Deris nampak 'pitih'!
Sekali bertempik 'gelombang biru' depan Pak Lah selaku pengerusi perhubungan umno ketika itu, sekali 'deal' termeterai dengan MoU wang ehsan berjuta ringgit untuk projek-projek suku sakat dan kaum kerabat.
Munasabahlah Deris jadi 'layu' kalu pun 'dok mapuh' (meminjam bahasa orang Besut sendiri) macam ayam berak kapur, bila istana Terengganu menolaknya dan memilih Ahmad Said menjadi MB, sekoyong-koyongnya!
Keris Hisham Lebih Panjang
Kini, giliran Ahmad pula, berhempas pulas menghadapi 'gelombang pitih dan rasuah' yang sudah menjadi barah dalam Umno sebagaimana dakwaan bekas Presidennya Tun Mahathir.
Sebab gelombang berebut projek dan laba memang sudah menjadi agenda pemimpin Umno bak kata pepatah orang-orang muda le ni, 'kalu nak kaya, masuk Umno'.
Halangan Ahmad untuk mendapat kuasa penuh bagi mengubah takdir dan mengatur jalan keluar untuk 'survival' politik dia dan anak-anak buahnya adalah Naib Presiden Umno. Dato' Seri Hishamuddin Hussein.
Kalau Hisham yang juga menteri jaga permit suratkhabor, terus menjadi Pengerusi Umno Terengganu dan Ahmad hanya sebagai Timbalan, maka takdir yang turun dan puncak menara Umno akan menghempap Ahmad.
Kalau pada tahun 2008 dulu, bolehlah Ahmad 'warning' Deris, bila dia dengar Deris akan 'kehek' dia dari jadi calon untuk PRU ke-12.
Sudah menjadi riwayat yang 'mutawatir' bagaimana Ahmad ancam akan menghunus kerisnya di daerah Besut, umpama Han Jebat mengamuk, kalau Deris tak letak dia sebagai calon.
Tapi kalau Hisham jadi Pengerusi, yang mencadangkan siapa-siapa yang akan bertanding pada PRU ke-13 akan datang, Ahmad tak boleh 'mengamuk', sebab dia dah tengok, keris yang Hisham hunus masa perhimpunan agung Umno lebih panjang dari kerisnya.
Ahmad juga bimbang, sebab Hisham ada 'mata-mata' gelap dan terang diterajui oleh ketuanya yang terlibat dengan melebamkan mata Anwar pada tahun 1999 dulu.
Ahmad Mengatur Langkah
Oleh itu, Ahmad mesti melakukan gerak politiknya sekarang.
Ahmad mesti mengatur bidak-bidak di papan untuk percaturan politik Umno sebelum wisel ditiupkan dan parlimen dibubarkan.
Mana mungkin Ahmad boleh terima, cadangan untuk meletakkannya sebagai calon bagi Parlimen Kemaman!
"Sobry (Shabbery Cheek) di cadang tanding di Kemasek, Mat eik (Ahmad Said bertanding) parlimen untuk ambil hati. Chukai, Mat Tera (Awang Tera) dok doh, rama (ramai) duk berebut terutama SUP mat eik, Ketua Pemuda Wan Hisyam, AJK Bahagian Mat bawal (turut berhajat),"kata seorang penmerhati politik Umnoi Kemaman.
Dengan itu, Timbalannya Shabery (berbuih) akan diatur orang menjadi calon bagi DUN Kemasek kerana ADUNnya yang sedia ada didakwa 'makan suap'.
Dan, gerak sulit mesti dibuat bagi menentukan anak didiknya 'Mad Nizam Api' akan diletakkan dalam DUN Chukai sebagai calon Umno pada PRU akan datang, kerana ramai yang berebut untuk menjadi calon.
Nak harap bahagian-bahagian lain, Ahmad tidak yakin.
Kalau nak harap Bahagian Dungun membawa usul untuk mengembalikan tampuk Pengerusi Umno kepada orang Terengganu, Ahmad tidak yakin dengan Pak Rosli Dr, Jepun (meminjam kata Jarang Anak Melayu).
Bahagian Marang memang bukan dibawah jajahan takluknya. Alias Timbalan Ketua Marang sudah letak pagar berduri disekeliling Yahya Khatib selaku Ketua Bahagian.
Begitu juga dengan Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu. Apatah lagi Bahagian Besut yang tebal dengan semangat 'keBesutan'nya, taksub kepada Deris.
Maka, mesyuarat agung bahagian Kemamanlah wadah yang semolek-moleknya untuk memulakan langkah berstrategi.
Li Pendek 'Stokin', Mad Eid 'Kasut'.
Begitulah perumpamaan betapa intimnya hubungan diantara Rosli Ahmad Setiausaha Umno bahagian Kemaman dengan ketuanya, Ahmad Said.
Tiada orang lain yang Ahmad benar-benar yakin boleh meneruskan cita-citanya untuk terus memegang tampuk kekuasaan negeri terengganu sebagai Pengerusi Perhubungan.
Lalu Rosli pendek ditugaskan membawa usul mendesak supaya presiden Umno mengembalikan jawatan pengerusi perhubungan Umno negeri Terengganu kembali kepada orang Terengganu.
Kesempatan itu paling sesuai kerana yang merasmikan mesyuarat agung umno bahagian Kemaman adalah Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno, bukan Hisham.
Kalau Hisham, tentu usul sedemikian akan membawa maksud bahawa orang-orang Umno Terengganu tidak 'berahi' kepadanya dan menolak kepimpinnya, sejak beliau dilantik pada 24 April tahun lalu.
Kalau Hisham ada, sudah tentu usul itu merupakan 'sembah derhaka' kerana beliau sering berkata; Umno Terengganu sudah tidak berbalah lagi, Umno Terengganu sudah pulih dan Umno Terengganu semakin kuat!
Mengapa Umno Terengganu mahu 'tohok' beliau, sedang kan beliau 'menjunjung perintah' Presiden Umno diatas 'batu jemalanya' dengan bersungguh-sungguh.
Sia-sia Hisham berpenat lelah, 'berhungga' dari Besut ke Kemaman, naik jet turun jet dari Putra Jaya ke Kuala Terengganu, 'basah bersama' mengharung air banjir di Hulu Terengganu!
Sedang orang Terengganu secara halusnya, mahu Hisham pulang ke Johor.
Dilaporkan oleh Bernama versi Bahasa Inggeris bukan hanya Bahagian Kemaman yang mempersembahkan usul itu malah usul tersebut dijolok oleh enam cawangan dari seluruh Kemaman; Kijal; Bukit Teruna; Kuala Kemaman; Peringkat 4, Bandar Baru Cheneh and Rumah Murah Kerteh.
Justeru, banyaknya cawangan yang mengusulkan, Maka Zahid Hamidi pun tidak dapat mengelak apabila ditanya oleh orang media.
Zahid pun berkata; "Secara tidak rasminya perbincangan mengenai perkara itu (penyerahan jawatan pengerusi badan perhubungan Umno negeri) telah dilakukan tetapi secara rasmi masih belum.
"Oleh kerana jawatan itu diserahkan sementara waktu oleh Presiden maka perbincangan perlu dilakukan dengan beliau serta Timbalannya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Malang bagi AHmad Said kerana Ahmad Zahid berkata, bagaimanapun perkara itu mungkin mengambil masa!
Berapa lama, 6 bulan, 10 bulan, setahun atau sampai pilihanraya umum?
Mat Eid Dok Layok, Kemelut Selesai?
"Ada kata mat eik (Ahmad Said) suruh, ada kata kroni kuat mat eik (Rosli Pendek) suruh pemuda dan wanita juga bawa usul, tapi Mat Dahan Zahari bekas SU Bahagian, orang kuat Deris sarah (bersyarah) (di) kedai (kopi) Mat Eik dok layak jadi pengerusi,"respon pemerhati politik itu, yang tidak mahu dikenali langsung, kerana 'bahaya' katanya.
Apabila diajukan pertanyaan, apakah sebab Mah Dahan Zahari bersungguh-sungguh bersyarah 'merata-riti' begitu.
"Dok reti jadi ketua dok pandai wat keje cakap kabor dok profesinal, tadok projek, jaga kijal boleh lah, buat giant rasa macam hebat, layak jaga zoo masuk dalam gok (kandang) kambing dgn Ustaz Harun layaklah.
"orang jaga negeri dia jaga cina 2, 3 ekor, cakap orang putih dok reti, sombong sama sendiri"respon pemerhati politik itu, yang katanya, begitu diucapkan oleh Mat Dahan ketika bersyarah di kedai-kedai.
Hisham pernah berkata tidak berapa lama dulu, Jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu akan diserahkan semula kepada pucuk pimpinan negeri itu apabila semua pihak sedia menyelesaikan kemelut politik yang dihadapi.
Ketika itu Hisham minta kumpulan bertelagah mengutamakan kepentingan parti berbanding manfaat peribadi
.
“Saya mengenali semua pemimpin Terengganu secara dekat. Saya sudah mula pantau dan hubungi mereka untuk mendapat pandangan. Semua memberi saya maklum balas yang amat meyakinkan, malah komen daripada ahli biasa pun cukup menggalakkan.
“Saya percaya, insya-Allah, apa juga yang keruh dapat dijernihkan supaya saya dapat laporkan perkembangan yang baik kepada Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) dan Tuanku (Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin).
“Nasihat saya, jangan heboh, letak parti dan negeri sebagai keutamaan. Ingat, saya tak akan layan pertimbangan peribadi atau individu tertentu supaya tugas saya lebih mudah ditunaikan,” katanya dolaporkan sebuah akhbar media perdana.
Maka dengan komen Mat Dahan orang kuat Deris di Kemaman itu, selesaikah kemelut Umno Terengganu? Kalau selesai bolehlah Ahmad Said memandang cerah hari depannya dan berpeluang mengatur orang-orangnya diseluruh negeri untuk bertanding dalam PRU akan datang.
Kalau tidak?
Pun tak apa!
Ahmad Said akan menjadi negarawan umpama Ibrahim Ali, yang mungkin akan menubuhkan GERTAK di peringkat Parlimen Malaysia!!!
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan
-
*Oleh : Amiirullah Mansor*
DUNGUN, 29 Disember- Kepentingan modul Bahasa Arab perlu diterapkan kepada
pelajar sejak sekolah rendah lagi bagi mengatasi ma...
4 years ago
No comments:
Post a Comment