Sungguh tidak disangka, dalam tahun 2010, sepuluh tahun lagi menuju status negara maju, dan sembilan tahun lagi menuju 'negara bankrap', ada lagi penulis blog yang kurang cerdik, berfikiran seperti tahun 70-an.
Dalam 'posting' pada 7 Ogos, penulis 'dungu' Teganuku cuba pula membodohkan rakyat Terengganu yang cerdik dan rakyat Malaysia yang sudah penuh bermaklumat.
Kemudian, penulis yang sudah pasti seorang 'pencacai Umno', 'pengampu' dan menjadi 'penulis upahan Mad Said' itu cuba memburuk-burukkan Presiden PAS, Dato' Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga ADUN Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang.
Yang di'kepoh-kepoh'kan oleh penulis Teganuku, kononnya Nik Dir 'tolong remaja' DUN Rhu Rendang, dengan duit dari Dana Bakti Remaja.
Apalah 'sangap' sangat??
Dana Bakti Remaja adalah peruntukan kerajaan negeri Terengganu, yang diluluskan melalui pembentangan bajet dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu. Punca hasil yang membiayai Dana Bakti Remaja itu adalah wang hasil royalti minyak milik rakyat negeri Terengganu.
ADUN Rhu Rendang turut berada dalam sidang DUN yang meluluskan bajet itu, tetapi dimana Nik Dir.... Nik Dir tak ada!
Yang mana Dato' Seri Abdul Hadi secara langsungnya bersetuju Dana Bakti Remaja diberikan untuk menolong remaja yang tak ada pitih, kerana wang tersebut adalah dana awam, dana rakyat negeri Terengganu..... bukan Dana Umno, bukan duit Umno, bukan duit penulis Teganuku dan bukan duit dari poket Nik Dir!!
Penulis blog Teganuku takkan tak tahu (atau buat bodoh), Nik Dir cuma 'wok yoh' hok ttukang bbagi pitih tu....... tapi pitih tu adalah pitih kita semua, pitih rakyat Terengganu.
Begitu juga Dana Bakti remaja yang di beri merata-riti, sana-sini, Umno jangan nak 'claim' lah......jangan nak tumpang tuiiiiii............ Penulis blog Teganuku kena masuk sekolah semula, supaya tahu membezakan antara parti dengan kerajaan.
Tapi kalau bantuan yang diagih-agihkan oleh Dato' Seri Presiden PAS kepada 200 orang penerima bantuan di Kampung Sungai Serai, DUN Pengkalan Berangan Jumaat lalu (6 Ogos), itu memang pitih PAS, pitih orang-orang PAS, keluar dari poket orang-orang PAS sendiri. Bukan pitih Umno, bukan pitih penulis Tganuku, bukan pitih Nik Dirrrrrrrrrrrrrr..........
ADUN Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang tahu tanggungjawabnya, Jumaat lalu, giliran orang Sungai Serai, DUN Pengakalan Berangan mendapat bantuan dari PAS, 'kak gi' sampailah giliran orang-orang dalam DUN Rhu Rendang dapat bantuan pula.
Walaupun PAS 'parti miskin', bukan parti kaya, parti koperat keparat macam Umno, tapi tanggungjawab membantu golongan yang kurang bernasib baik itu adalah satu 'obligasi' yang mesti ditunaikan.
Yang perlu menjadi perhatian penulis Teganuku adalah, ke mana perginya peruntukan parlimen Marang sebanyak RM1.6 juta setahun yang diberikan kepada Dato' Man Bakar?
Bukan orang PAS yang mengungkit, tapi ADUN Alor Limbat sendiri yang persoalkan, bahkan heboh dan menjadi perbalahan dikalangan orang Umno kerana penyelaras Parlimen dan Penyelaras DUN Umno dapat elaun lebih banyak dari Ahli Parlimen dan ADUN!
Eh.... tapi hairan juga.... mengapa Nik Dir tak beri bantuan dengan pitih sendiri, keluar dari poket sendiri?? Bukan kah Nik Dir salah seorang jutawan OKU, jutawan Orang Kuat Umno, jutawan Kroni.
Nik Dir kan pemilik syarikat Pancuran Budi (M) Sdn Bhd, beralamat di No 38B Tingkat 1 Jalan Tok Lam, yang telah 'baham' kontrak kerajaan bernilai RM184,375,292.15 pada tahun 2005 dan 2006!
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan
-
*Oleh : Amiirullah Mansor*
DUNGUN, 29 Disember- Kepentingan modul Bahasa Arab perlu diterapkan kepada
pelajar sejak sekolah rendah lagi bagi mengatasi ma...
4 years ago
2 comments:
fakta yang silap....tlg elakkan fitnah.. selidik dulu data tu betul2.. baru siarkan.. kalu smue pandai.. takkanlan projek yang sama ade 2 jumlah projek... tlg cek dengan jkr dulu sblm kelluarkan ape2 maklumat.. tq
penulis sila nyatakan tahap pengajian penulis?.. kalu benar2 tinggi.. takkan la tak reti nak mikir.. kroni dimaksudkan tu.. kroni sape?.. sape yg memerintah waktu tu?.. sape yg memerintah sekarang.. satahu saya projek yang beliau boleh.. adalah dengan cara telus dan sah.. tlg jgn sebarkan fitnah
Post a Comment