Rakyat yang hendak membeli gula lebih untuk sebarang majlis kenduri samada perkahwinan atau lain-lain terpaksa membawa surat membuktikan, sebelum dibenarkan membeli lebih gula.
"Kita minta bawalah kad jemputan, bukan sebagai bukti tetapi kita ingin tahu bila dan berapa banyak gula yang diperlukan untuk majlis itu, senang untuk kita agihkan kerana kita jangkakan ramai yang akan adakan kenduri sepanjang cuti sekolah ini," katanya Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK negeri, Abdul Ghani Harun kepada pemberita di sini pada Khamis, 3 Jun.
Dengan kenyataan itu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di seluruh negeri kini sudah menjadi pejabat menjual gula! Satu perkara yang tidak pernah berlaku sejak 53 tahun merdeka.
Gula sudah menjadi satu barangan kawalan yang ‘tidak terkawal’ sehinggakan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (PPPBRM) mahu menghentikan penjualan gula.
Namun yang menghairankan, bukan Presiden (PPBRM) yang menbuat kenyataan tetapi Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang buat kenyataan di Wisma MCA, Isnin 7 Jun lalu.
Kata Soi Lek, persekutuan itu menjelaskan, keputusan mereka bukan membantah pelaksanaan lesen barang kawalan oleh kerajaan tetapi kerana keuntungan yang tidak setimpal.
Apa perlu rakyat tunjukkan kad jemputan untuk beli gula lebih? Kalau bawa kad jemputan palsu, adakah orang yang beli gula lebih akan dikenakan tindakan, ditangkap?
Apa pula perlunya Presiden MCA yang menjadi sekutu kepada Dato’ Seri Najib, Presiden Umno, yang sama-sama dalam Barisan Nasional buat kenyataan begitu?
Dan mengapa pula PPBRM pergi menghadap Soi Lek, mengapa PPBRM tidak terus menghadap Najib?
Adakah PPBRM tidak percayakan Najib?
Sedangkan dilaporkan Najib telah mendapat tahap puas hati rekod tertinggi sehingga mendapat sokongan di kalangan masyarakat India (80 peratus), diikuti dengan Melayu (77 peratus) dan Cina (58 peratus).
Tiba-tiba semalam, Tan Sri Nor Mohd Yackob membuat ‘putaran’ dalam TV milik pemerintah, memperkuatkan lagi kenyataan yang dicanangkan kerajaan sebelumnya bahawa pertumbuhan ekonomi negara 10.1%
Kenyataan kerajaan Najib itu diragui oleh banyak pihak, oleh yang demikian Nor Mohd Yackob yang bekas Setiausaha Politiknya ditahan dengan tunai RM2 juta, perlu muncul ‘ke udara’ dan membuat ‘putaran’ bagi meyakinkan rakyat jelata.
Ketika pusing-pusing Bandar(raya) Kuala Terengganu petang kelmarin, keadaan tidaklah sesibuk yang sepatutnya.
Maklumlah, ini musim cuti sekolah, kebiasaannya ramai yang pergi berjalan-jalan, makan angin, melarikan diri dari hiruk pikuk bandaraya ‘hektik’ Kuala Lumpur.
Ketika masuk untuk membasahkan tekak di sebuah kedai makan terdengar beberapa orang berbincang tentang ekonomi, tentang kewangan negara.
Apa perlu dibincangkan lagi? Kan ekonomi sudah mencapai pertumbuhan luar biasa. Di paparan digital Kedai Telekom, ketika membayar bil juga telah disiarkan ringgit Malaysia mengatasi dollar US pada tahap tertinggi sejak 19 bulan lalu dan nilai pertukaran 1 US Dollar kini hanya dengan RM3.3 sahaja.
”Ekonomi berkembang, ringgit juga meningkat, tapi rakyat tak ada duit nak beli barang, rakyat nak beli gula pun susah, kena beratur panjang, walau di Hyper Market,”respon salah seorang dari mereka.
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan
-
*Oleh : Amiirullah Mansor*
DUNGUN, 29 Disember- Kepentingan modul Bahasa Arab perlu diterapkan kepada
pelajar sejak sekolah rendah lagi bagi mengatasi ma...
4 years ago
3 comments:
betul..tahun 2010 tunjuk surat jemputan kawin..
tahun 201.... tunjuk surat beranank anak, nak tahu berpa anak ...
najib ni mmg bangsat...!!!
ahhh..haa..
Post a Comment