Thursday, March 12, 2009

Selangor akan tahu esok bila pula Mad Said Nak Isytihar Hartanya ??


Berapa banyakkah kekayaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan ahli Majlis Mesyuarat Negeri termasuk Elizabeth Wong yang dilanda kontroversi ekoran penyebaran gambar separuh bogelnya baru-baru ini?

Orang ramai boleh mengetahuinya esok dengan melayari laman web www.selangor.gov.my yang akan memaparkan nilai aset para pemimpin Pakatan Rakyat itu sejak dilantik menyertai kepimpinan negeri pada 24 Mac tahun lalu.

Ia meliputi semua jenis aset termasuk hartanah, saham dan wang yang mereka miliki, kata Abdul Khalid.

"Ia juga termasuk transaksi sebarang pemilikan atau pelupusan aset sepanjang jangka waktu tersebut," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa Abdul Khalid dan Exco Selangor membuat pengisytiharan tersebut sebagai usaha meletakkan Selangor di hadapan dari segi aspek pelaksanaan tadbir urus yang baik.

Bila pula Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said dan para Exconya mahu mengisytiharkan harta-harta mereka.

Bila pula Menteri Besar dan Exco kerajaan-kerajaan Barisan Nasional yang lain mahu mengisytiharkan harta mereka ?

Teladan baik yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor patut dicontohi oleh semua Menteri Kabinet dan orang-orang besar UMNO, MCA, dan MIC yang menjawat jawatan Menteri Besar dan Exco dineger-negeri.

Ah….. serba salah….. kalau diikut contoh tauladan yang baik yang dimulakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, nanti orang kata BN meniru gaya pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Kalau tak diikut, susah pula, rakyat akan melihat pentadbiran kerajaan persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai BN tidak telus (transperancy) dan tidak ada penanggungjawaban (accountability) dan mentadbir dengan pentadbiran yang baik (good governance).

Atau memang ketiga-tiga prinsip itu memang sudah tidak ada pada kerajaan BN ???

Maka mestilah diadakan juga prinsip-prinsip asas pentadbiran kerajaan yang baik itu pada setiap kerajaan BN samada di negeri atau pun di ousat.

Nah, bila diisytiharkan nanti, barulah rakyat tahu berapa banyakkah kekayaan Menteri Besar Terengganu , Dato’ Ahmad Said, termasuk berapa harga istana biru ditepi bukit yang indah tersergam di Kijal.

Barisan ahli Majlis Mesyuarat Negeri termasuk Dato’ Rahin Said dan Ustaz Khazan dan yang lain-lain.

Rakyat Terengganu boleh dengan mudah menyemaknya dan mengetahuinya sekiranya ia dipaparkan dalam laman web www.terengganu.gov.my

Barulah telus sekiranya rakyat dapat mengetahui semua jenis aset termasuk hartanah, saham dan wang yang mereka miliki.

Bukan setakat itu, sepatutnya semua ahli parlimen dan ADUN-ADUN pun kena isytihar juga !

No comments: