Wednesday, February 25, 2009

Komen Pemimpin UMNO Terengganu Yang Paling Bodoh !


Kejayaan BN di Perak bukti UMNO semakin kuat

KUALA TERENGGANU - UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini dilihat semakin kuat selepas mengalami tsunami politik pada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan lima negeri termasuk Kelantan jatuh ke tangan pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Marang, Yahya Khatib Mohamad berkata, kekuatan itu terbukti apabila BN berjaya merampas kembali Perak daripada Pakatan Rakyat selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas menyatakan sokongan terhadap BN.

Menurutnya, Perak hanyalah permulaan kepada kebangkitan BN dan beliau yakin banyak lagi negeri pembangkang lain akan jatuh ke tangan BN apatah lagi PR sendiri tidak stabil serta mengalami krisis dalaman.

“Walaupun kita kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu lalu, namun ia tidak menggambarkan prestasi BN secara keseluruhan kerana pada dasarnya rakyat masih lagi menyokong kita,” katanya semalam.

Beliau berkata, rakyat sendiri terutama yang berada di negeri di bawah pentadbiran PR sudah serik dengan kerajaan pembangkang dan mereka pasti akan kembali kepada BN terutama pada pilihan raya umum akan datang.

“Inilah keadaan sebenar sekarang dan saya yakin PR akan berkubur nanti kerana rakyat hilang kepercayaan terhadap mereka,” katanya.


Itulah petikan dari Sinar Harian Edisi Terengganu 25 Februari, 2009.

Dan itulah komen pemimpin kanan UMNO Terengganu yang paling tidak cerdik berkaitan krisis perlembagaan negeri Perak.

Kalau UMNO bertambah kuat, UMNO sepatutnya berani untuk menghadapi pilihanraya semuala yang baru di negeri Perak.

Kalau UMNO sesungguhnya memang kuat, sudah tentu apa jua keadaan yang menimpa UMNO di Kuala Terengganu, BN akan menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Kalau UMNO benar-benar kuat, sudah tentu tidak ada perpecahan yang berlaku yang menjadikan UMNO Terengganu terbelah menjadi dua kem.

Kalau UMNO benarr-benar hebat, bubarkan DUN Perak sekarang apabila krisis terbaru, Speaker DUN Perak menggantung MB Barisan Nasional Dr Zambry selama 12 bulan dan para Exconya 8 bulan.

Yang saya kenal Yahya Khatib ni, jawab soalan dalam DUN Terengganu pun kelam kabut, berpusing-pusing dan sokmo susup punca.

So, kalau Yahya sendiri hebat, kuat, gagah, tak perlu Alias Abdullah tolong dia beri pitih kepada para perwakilan UMNO Marang, supaya memilihnya untuk jawatan Ketua Bahagian.

Elok jugalah kalau Mad Said pecat sahaja Yahya yang menderhaka kepada arahannya !

No comments: