Pada 20 Mac, 2010, ketika penduduk Kampung Paya Bunga Kuala Terengganu merintih memohon belas ihsan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, mereka tidak dipedulikan.
Permohonan mereka supaya kerajaan memberikan rumah tempat berteduh, menahan panas terik mentari pada waktu siang dan dingin embun, tatkala dinihari, tidak dihiraukan.
Malah, kerajaan Umno/BN menuduh mereka meneroka tanah-tanah secara haram, walaupun penduduk tersebut dapat membuktikan, mereka telah diberi lesen TOL sejak puluhan tahun lalu.
Tidak ada rumah dikawsan bandar ditawarkan kepada mereka, tidak ada tanah diluar bandar untuk menggantikan rumah mereka yang dorobohkan dan tanah meraka yang dirampas.
Pada bulan Mac, 2010 juga, ketika 60 penduduk Kampung Banggol, Setiu, Terengganu, yang menjadi peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kubang Labi merayu supaya tanah mereka tidak dirampas, kerajaan Umno/BN Terengganu tidak menawarkan apa-apa kepada mereka.
Tanah TOL yang telah diimarahkan bertahun-tahun dan menjadi sumber rezeki penduduk terbabit dirampas untuk kerajaan membangunkan kolam udang.
Mereka tidak ditawarkan tanah dan hanya diberikan pampasan RM3000 seorang, bahkan JKKK Kampung Banggol, yang menjadi mata dan telinga kerajaan cuba menipu rakyat dengan mengatakan semua urusan telah selesai.
Pada Rabu 11 Mei, 2011, Meneteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said menolak memorandum Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Banggol Donas, Kuala Nerus, yang tanahnya dirampas untuk pembinaan jalan menyambungkan jambatan Kampung Jeram.
Pengerusi Jawatankuasa Tanah Banggol Donas, Encik Salleh Embong ketika itu, melahirkan perasaan amat kecewa kerana Ahmad Said telah membuat keputusan menolak memorandum Jawatankuasa terbabit sebelum membaca isi kandungannya.
”Saya amat kecewa, saya kecewa kerana YAB Menteri Besar, belum baca dah buat keputusan tak boleh ubah, saya amat kecewa sebagai pemimpin kerajaan negeri, membuat keputusan sebelum membaca apa yang terkandung,
”dia baca dululah, ini dia ‘jump in to conclusion’, ini bukan rakyat didahulukan, kalau rakyat didahulukan, kmi ni rakyat mari (datang) entertaint (rai) kita,”tegasnya ketika ditemui selepas gagal menyerahkan memorandum berkenaan.
Seramai 22 rumah penduduk Banggol Donas tidak ditawarkan tapak tanah atau rumah, malah, tidak ada wakil pihak kerajaan yang berunding dengan mereka.
Itu antara, rintihan dan rayuan rakyat Terengganu sekitar dua tahun ini. Belum termasuk beratus-ratus ekar lagi tanah-tanah tapak rumah yang dirampas oleh kerajaan Umno/BN pada zaman Idris Jusoh menjadi Menteri Besar.
Tidak ada tawaran tanah atau rumah untuk mereka
Tiba-tiba, semalam, 3 Oktober 2011, Ahmad Said tawarkan tanah dan rumah kepada rakyat Terengganu.
Pasti ada udang disebalik batu, tanda-tanda semakin hampir PRU!
Bahasa Arab Perlu Ditekankan Sejak Awal Persekolahan
-
*Oleh : Amiirullah Mansor*
DUNGUN, 29 Disember- Kepentingan modul Bahasa Arab perlu diterapkan kepada
pelajar sejak sekolah rendah lagi bagi mengatasi ma...
4 years ago
No comments:
Post a Comment