Sunday, May 8, 2011

Kritik Ahmad, kakitangan di gelar 'pengkhianat?

Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad said pernah berkata, slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan – rakyat perlu didahulukan, bukan sekadar janji manis.

Namun, hakikatnya, beliau sendiri yang sering 'bermulut manis' berjanji projek itu dan ini, serta mengurus tadbir kerajaan Terengganu umpama mentadbir syarikatnya 'sendirian berhad'.

Beliau telah berjanji, kerajaan BN Pusat akan membayar royalti petroleum sepenuhnya kepada rakyat dan negeri Terengganu.pada bulan Mac 2011 lalu

Janji itu dibuat Ahmad pada 13 Disember, 2010, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Namun, ketika Perdana Najib datang pada 30 April baru-baru ini, Najib sikit pun tidak berkata, kerajaan pusat akan membayar royalti tersebut.

Selepas 3 hari Najib pulang, pada 3 Mei, Ahmad berbuat janji pula ketika melawat Hospital Setiu.

Katanya Kuala Trengganu akan mempunyai sebuah lagi Hospital Pakar Swasta yang akan dibina oleh Kuala Terengganu Specialist Centre, dibawah anak syarikat kerajaan negeri.

Pada hal, ketika dia melawat hospital Setiu itu pun, masalah dewan bedah yang tidak selesai sejak tahun lalu, belum diperbaiki.

Dalam pada itu, hospital jantung yang dijanjikan oleh Ahmad akan di bina di Kijal juga tidak dengar 'khabar berita'

Manis mulutnya bagai lidah tidak bertulang dan berkata pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Siswa dan Siswi serta Anak Terengganu di Kuala Lumpur, di Seri Pacific Ballroom, Kuala Lumpur.

“yang miskin dan kurang bernasib baik khususnya yang menghidap penyakit jantung, kanser dan strok lebih terjamin apabila Institut Jantung Terengganu bakal beroperasi pertengahan tahun depan,”kata Ahmad sebagaimana dipetik UKOM.

Cadangan dan perancangan Ahmad juga memalukan kakitangan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu.

Banyak projek-projek beliau, bukan sahaja dikritik oleh PAS sebagai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), malah oleh ADUN Umno sendiri.

Antaranya adalah projek ubi gadung yang bernilai RM2 juta.

Projek pulau-pulau RM300 juta di Kenyir juga menjadi buah mulut orang.

Bagaimana seorang Menteri Besar boleh membeli seekor angsa dengan harga RM5000, hampir sama harganya dengan sebuah motosikal kapcai.

Justeru ramai yang mengkritik Ahmad dan kerajaan Uno-BN Terengganu dibawah pimpinannya.

Sepatutnya Ahmad bersikap terbuka dan terus buat kerja, sebagaimana yang pernah diucapkannya juga.

Tetapi, kerana sikap 'pongoh' dan 'gedebe'nya, beliau memberi amaran kepada kakitangan kerajaan.

Selepas mengugut guru-guru pasal projek politik 'E-Book'nya, Ahmad melabel kakitangan kerajaan sebagai ‘gunting dalam lipatan’ dan menuduh kakitangan menyokong pembangkang.

Ahmad berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Menteri Besar Terengganu Bersama Ketua-ketua Jabatan dan Kakitangan Kerajaan Daerah Hulu Terengganu.

Beliau seolah-olah tidak sedar, bukan Umno-BN yang membayar gaji kakitangan kerajaan, tetapi wang hasil cukai yang dipungut dari rakyat yang membiayai emolumen kakitangan.

Sebab itu beliau berkata, kakitangan tidak boleh kerana gaji mereka dibayar oleh kerajaan.

“Kita tahu ada kakitangan kerajaan yang menyokong pihak lain (pembangkang) dan kita juga telah mengenal pasti tetapi kita akan beri peluang terlebih dahulu kepada individu ini.

“Paling penting, kakitangan kerajaan dan ahli politik perlu bergerak seiring melaksanakan dasar kerajaan bukan sekadar menjadi api dalam sekam. Malah, budaya ‘punch card’ dan kemudiannya keluar minum tidak seharusnya terus dijadikan amalan kerja,” katanya yang membayangkan masalah yang sedang berlaku dalam pentadbirannya.

Tetapi bagaimana kakitangan kerajaan mahu mempertahankan kerajaannya, sekiranya beliau membina 'sistem parking' pelik dengan harga RM9 juta.

Setelah dua bulan beroperasi, hanya mdapat kutipan RM300 sahaja!

Bagaimana kakitangan kerajaan boleh setuju apabila diarahkan menyodok rumah rakyat, sedang perundingan tidak dibuat dengan tuannya, sebagaimana yang berlaku di Banggol Donas.

Bagaimana kakitangan boleh setuju kalau Ahmad menggunakan wang kerajaan jutaan ringgi untuk beri makan 'gajah' dan 'harimau' di Zoo peribadinya?

Tak bolehkah kakitangan kerajaan kritik kalau Ahmad kata, peruntukan ratus juta untuk besarkan jalan, tapi hanya buang 'divider' sahaja, sebagaimana dilakukakannya jambatan Sultan Mahmud, sepanjang jalan Tengku Mizan?

Siapa pun akan kritik Ahmad dan kerajaan Umno-BN, bila Najib datang, kedai-kedai di Batu Enam diberikan 'banner' untuk tanda nama, kemudian diminta bayar RM120 ???

No comments: