,,,,,, setelah 'mengugut JKKK' dan Exconya sendiri
Oleh kerana menyanggah program politik peribadinya, Menteri Besar negeri Terengganu Dato' Seri Ahmad Said marahkan rakyat, jentera kerajaan dan Exconya sendiri.
Pada tahun 2008, dalam usahanya mengekang pengaruh kumpulan bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh, Ahmad Said telah menggariskan peraturannya sendiri.
Ketika itu, pemilihan Umno bahagian sedang memuncak, Ahmad Said dan kumpulannya tahu, sekiranya tidak disekat, pengaruh Idris akan membesar dan menyusahkan rencana politiknya.
Oleh itu, Ahmad telah meletakkan undang-undangnya sendiri, 'Exco'' kerajaan negeri tidak boleh bertanding dalam pemilihan ketua bahagian Umno.
Namun, Exco Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri ketika itu, Yahya Khatib Mohamad yang juga ADUN Pengkalan Berangan mengengkari arahan beliau.
Lalu Ahmad mengugut akan memecat Yahya dari jawatan Exconya.
Pada tahun 2009, kira-kir-kira dalam bulan Ramadhan, Ahmad Said Menteri Besar Terengganu yang marah kerana program politiknya, pengedaran air kurma dan zam-zam, tidak diagihkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Ahmad marah kerana katanya, beliau telah mendapat banyak laporan daripada penduduk tentang sesetengah JKKK yang tidak
menyampaikan sumbangan buah kurma dan air zam-zam kepada rakyat seperti yang diarahkan.
"Setiap JKKK perlu menyerahkan sumbangan tersebut dari rumah ke setiap rumah namun ada di kalangan JKKK tersebut memberikan sumbangan itu di masjid selepas selesai menunaikan solat tarawih.
"Ini menyebabkan ada yang menerima dan ada yang tidak menerima sumbangan tersebut malah ada yang menerima lebih
daripada sepatutnya," ujarnya yang turut dipetik beberapa akhbar arus perdana.
JKKK bukannya rajin sangat 'nak menjual' air zam dan kurma Ahmad Said, lebih-lebih lagi JKKK yang tidak sealiran dengan Ahmad.
Memang pengagihan kurma dan air zam-zam itu baik, menjadi ibadat sekiranya ikhlas, lebih-lebih lagi dalam hari baik dan bulan baik, Ramadhan al-Mubarak.
Yang mereka tak mahu edar sebab, bukan logo kerajaan negeri sahaja yang ada ada kotak kurma, tetapi 'muka' Ahmad Said juga terpampang pada botol air zam-zam.
Lalu Ahmad berkata, JKKK wajar letak jawatan.
Tahun baru 2011 baru berlalu 39 hari. Bermakna lebih kurang setahun sudah tempohnya, sejak Januari tahun lalu 'program politik
E-Book' Ahmad Said dilaksanakan.
Dilaporkan oleh media penyokong Umno dan Barisan Nasional, beribu-ribu komputer riba buatan China itu diedarkan keada para pelajar sekolah rendah.
Bukan setakat itu media Umno-BN 'jek' Ahmad Said, macam-macam lagi berita yang 'molek-molek' dan baik-baik sahaja yang disiarkan, tidak ada sedikit pun cacat celanya.
Rupa-rupanya orang media pun ramai terpedaya. Ramai-ramai orang media dipanggil dan dibawa melawat kilang Top-IT, kononnya pengeluar komputer riba yang digelar 'E-Book' oleh Ahmad Said.
Sebenarnya, semasa lawatan tersebut, satu 'setting' dibuat untuk dipertontonkan kepada orang media, supaya kelihatan sunguh-sungguh kilang Top IT itu sebagai pengeluar komputer riba.
Sedangkan sehingga kini, setengah komputer pun tidak dikeluarkan oleh kilang tersebut.
Kilang itu cuma pengimpot komponen komputer dari negeri China, dan memasangnya 'sekateh-sekateh', menjadi E-Book.
Itulah yang diceritakan sendiri oleh bekas pekerja Top IT Industries.
Maka, apabila program E-Book dilaksanakan, riuh rendahlah seluruh warga pendidikan, khususnya dikalangan guru-guru 'veteran' yang mengajar tahun 5 dan 6 di sekolah rendah.
Mereka adalah guru-guru yang terlatih, yang cemerlang, yang dapat membimbing murid-murid mencapai kejayaan dalam UPSR.
Masalahnya mereka 'buta' komputer, tahu tapi tak pandai mengendalikannya.
Bagaimana pun guru-guru tidak melarang murid-murid yang mendapat 'hadiah' dari Ahmad Said itu, membawa komputer riba tersebut ke sekolah.
Ketika guru-guru mengajar di hadapan kelas, murid-murid pun pakat main komputer di belakang.
Apabila dibuat 'spot check' apa dalam komputer mereka, guru-guru pun bertemulah dengan apa yang tidak diingin dilihat oleh guru-guru selama ini.
Sebab itu ada sekolah yang terus mengharamkan penggunaan E-Book kerana menurut guru besarnya E-Book tidak ada manfaat secara keseluruhannya.
Bila Ahmad Said diberitahun wartawan, ada guru-guru yang mencegah murid dari membawa dan menggunakan E-Book, Lalu Ahmad Said marah dan 'mengancam' akan mengambil tindakan
February 08, 2011 18:55 PM
Tindakan Terhadap Guru Larang Pelajar Bawa e-Book Ke Sekolah
KUALA TERENGGANU, 8 Feb (Bernama) -- Kerajaan Terengganu akan mengambil tindakan terhadap mana-mana guru yang tidak membenarkan pelajarnya membawa e-Book ke sekolah.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata tidak ada alasan bagi guru untuk tidak membenarkan pelajarnya membawa buku elektronik itu kerana ia menyediakan kemudahan seperti yang terdapat di dalam buku teks.
"Kita akan ambil tindakan tegas jika menerima laporan ada guru-guru berbuat demikian. Ini penting untuk menjadikan sistem pendidikan kita terbaik di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan e-Book kepada para pelajar enam buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Manir, di sini Selasa.
Ahmad mengulas mengenai desas-desus segelintir guru tidak membenarkan pelajarnya membawa e-Book ke sekolah kerana dikhuatiri mengganggu pelajaran.
Tiada laporan kejadian seumpamanya diterima setakat ini, katanya.
Ahmad berkata kerajaan Terengganu akan mengagihkan komputer riba kepada 3,500 guru yang mengajar Tahun Enam pada pertengahan tahun ini.
-- BERNAMA
2 comments:
eleh mamat ni... baru diberi kuasa oleh Allah sikit dah nak menyombong... pelekong je kepala natang nih... kalu dok pung mu pelekong gigi natang nih...
otaimer blogger
Post a Comment