Pada masa beliau mula dilantik sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Ahmad Said, ADUN Kijal berkata, beliau mungkin tidak tahan lama memegang jawatan MB.
Ada beberapa sebab mengapa Ahmad berkata demikian antaranya memang umum mengetahui Ahmad bukanlah pemimpin UMNO yang bersih dari segi salahlaku dan salahguna kuasa.
Selain itu, terdapat laporan yang terperinci yang telah melibatkan Ahmad dengan jenayah 'seks'.
Tentangan kepada perlantikan Ahmad sebagai MB terserlah sejurus selepas pengumuman dibuat oleh pihak istana Terengganu. Bekas Exco negeri Terengganu dan juga bekas SU UMNO, Dato' Rosol Wahid mengetuai 24 ADUN menghantar bantahan kepada pihak istana dan mengugut tidak akan hadir dalam majlis perlantikan Ahmad sebagai MB.
Selepas Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dititah mengadap Sultan Mizan yang juga YDP Agong, keputusan UMNO yang menentang pelantikan Ahmad berpusing 180 darjah.
Abdullah mengarahkan Rosol dan seluruh yang menentang berundur dan menerima pelantikan Ahmad.
Setelah tempoh setahun berlalu dengan segala macam kontroversi dan pertentangan antara kumpulan yang menyokong Ahmad (Ahmadiah) dengan kumpulan yang menyokong Idris (Idrisiah), kini Rosol muncul semula, mengetuai 10 ADUN BN menyatakan penentangan secara terang-terangan.
Rosol dan 10 ADUN adalah terdiri dari Idrisiah yang cukup tertekan dengan pelbagai macam tindakan Ahmad dan Ahmadiah terhadap kumpulan Idrisiah.
Ahmad menggunakan masa setahun untuk memperkukuhkan Ahmadiah dalam kedudukan politik dan pentadbiran negeri Terengganu.
Langkah yang pertama diambil Ahmad adalah mencari seseorang yang paling dipercayainya untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Ahmad telah memilih rakan lamanya yang telah disepak keluar oleh Idris dari menjadi calon Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Tengku Putera Awang.
Ku Putera merupakan deposit pertama Ahmad memastikan sebarang usul undi tidak percaya yang cuba dibawa ke dalam DUN Terengganu tidak akan diterima.
Kumpulan Idrisiah cuba untuk menggagalkan rancangan Ahmad melantik Tengku Putera, namun PAS memang 'serik doh' dengan kezaliman yang dilakukan oleh Idris dan Idrisiah.
Klimaks kezaliman yang dilakukan oleh Idris adalah perobohan masjid Bujal dan peristiwa menembak penyokong PAS dengan peluru hidup dalam tregaedi berdarah, peristiwa Batu Buruk.
Selepas kedudukannya Ahmad terjamin dalam DUN, Ahmad mengatur langkah pula untuk melakukan pembersihan etnik. Ahmad lebih bimbang dengan kumpulan Idrisah dalam politik Terengganu dari menghadapi PAS.
Oleh itu beberapa langkah telah diambil oleh Ahmad;
1. Mendapatkan kuasa dalam UMNO dengan merampas jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri daripada Idris
2. Menyusun atur kekuatan Ahmadiah dalam UMNO Terengganu dengan melantik orang-orang sengkatan beliau menjawat jawatan utama dalam UMNO Terengganu antaranya Dato' Rosli dilantik sebagai Setiausha, Dato' Roslan Awang Chik sebagai Bendahari dan Dato' Zubir Embong sebagai Ketua Penerangan.
3. Memastikan Ahmadiah memenangi pemilihan UMNO bahagian-bahagian sekurang-kurangnya dapat mencengkam jawatan yang paling berpengaruh dalam bahagian-bahagian UMNO
5. Membersihkan etnik Idrisiah memgang jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri dan anak-anak syarikat kerajaan negeri
Sementara pelan tindakan Ahmad berjalan, Ahmad pandai bermain dengan media dan berjaya menggunakan media untuk menconteng imej yang lebih buruk kepada Idris dan menjernihkan pandangan umum terhadap dirinya.
Antara kenyataan awal Ahmad yang telah mencalarkan 'muka' Idris adalah, Ahmad berkata beiau akan mengkaji semula perlaksanaan projek-projek mega yang tidak memberi manfaat kepada rakyat seperti Piala Monsun dan Taman Tamadun Islam.
akan bersambung, InsyaAllah
No comments:
Post a Comment