Kan saya dah kata, sepatutnya Zubir Embong yang jadi calun, barulah sedap lawan dengan PAS. NI tidak..... dia gi ikut kata siapa tak tahulah.... yang pasti bukan ikut kata orang Ganu kita. Sebab orang Ganu yang UMNO katanya ramai nak ke Zubir. Tapi tetiba, naik si Wan Farid...... Kan dah kata dah......
Tapi nampaknya kali ni, dengan mood rakyat yang ada sekarang ni, siapa-siapa calun UMNO pun akan kalah, dengan syarat, UMNO tak main tipu! Siapa-siapa calun PAS pun akan menang kerana memang PAS orang yang baik-baik belake.
Dok soh nak berbahas dan ber 'post-mortem' lah. Kesian pulok kepada Si Wan Farid, sampai dalam post-mortem UMNO pun duk kata ke dia lagi.
Dari mula, sek-sek Mad Said dah 'jueh' tika Najib umum Wan Farid calun BN. Tapi jueh kut belakang-belakang lah, sebab dok berani kut depan-depan. Takut kena kerat, bukan kena kerat tubuh badan, tapi takut kena kerat punca pitih.
Memang kali ni, kut mana-mana pun jadi serba saloh belake. Macam gurindam Nik Aziz pasal rasuah, yang puak-puak MBKT bawak turun, macam tak dok kerja lain.
Kalu calon dari sek-sek Deris, puok-puaok Mad Said jueh. Kalu calon dari sek-sek Mad Said, demo-demo Besut pulok dok beghahi.....
Orang kata, Deris masih ada link kuat ngan Putrajaya nu. Pasal tu walaupun nama Zubir naik cacang, sokongan tinggi melangit, tapi tiba-tiba Wan Farid yang jadi calon.
Ada se bukti Deris masih kuat ngan Pak Lah dan juga Najib, sebab sama-sama ada matlamat yang sama. Beberaoa minguu dulu, orang Ganu dok tahu lagi pasa TIA ( Terengganu Investment Authority), Mad Said terkial-kial lagi nok faham, fesyen mana TIA ni. Tapi Deris dah sahut cakap Najib.
Najib kata menteri kabinet setuju nak tubuh TIA. Dalam Mad Said terkebil-kebil, baru nok faham lagu mana TIA, Deris sahut selalu, dia setuju dan tawarkan diri nak kerja dengan TIA.
Kes TIA ni berat sebenornya, nanti ambe ulas kut tulisan lain sebab ni nak ulas sepatutnya Zubir yang jadi calon.
Oleh sebab tu, walaupun nampoknya Mad Said sibuk ke hulu ke hilir, konon duk kempen ke Wan Farid waktu pilihanraya kecik, sebenornya dok kempen mana.
Awal-awal lagi dengor berto doh, Mad Said berbaloh ngan Najib, pasal Najib perintah pitih hok dia beri RM 400 juta tu digunakan untuk kempeng. Tapi Mad Said tak mboh (pada mulanya) sebab dia kata pitih tu pitih royalti, hok rakyat Ganu kita, bakpe nok guna untuk kempeng.
Tapi mungkin sebab Najib khabor nok bawok mari RM 3 bilion pulok tahun ni atau tahung depang, maka Mad Said setuju nok agih-agihkan pitih tu kepada JKKK.
Bila turun pitih tu ke JKKK, puok-puok JKKK cuma lepas sikit je ke puok-puok UMNO hok bawoh nu. Hok banyok-banyok puok JKKK masuk poket.
Pasal tu, bila sudah selesai pilihanraya, UMNO/BN kaloh, Mad Said kata ada sungguh JKKK yang menyeleweng dan dia nok ambik tindakang. Padahal JKKK ni memang sokmo-sokmo menyeleweng, cuma masa beri bantuang wang ehsang tu tak dok hal lah, sebab JKKK seleweng gitu-gitu jeh, tak kait ngan politik UMNO lawang PAS. Lepas PRK KT baru bunyi semula kes JKKK menyeleweng !
Tapi sebenornya, sebelum orang tuduh jentera BN Terengganu bawoh pimpinan Mad Said dok gerok langsung, lebih baik Mad Said hentam JKKK dulu. Jadi dok dang ke orang tuduh dia dok buat kerja, puok-puok dia dok bersungguh buat kerja, di hentam JKKK dulu.
Memang awok-awok Mad Said suka Wan Farid kaloh, sebab sepatutnya Zubir yang jadi calon. Sebab tu masa malam selepas pengumuman di buat di Stadium, ambe gi lah minum dan makan kat restoran Chilada.
Bila sampai situ, ambe nampoh doh Wan Ahmad Nizam ada doh situ dengan dua tiga orang lain yang ambe dok berapa kenal.
Tapi gok, dari mula makan, hingga lah ke dia angkat punggong, dia dan sek-sek dia suka sokmo. Lepas suka, ketawa. Lepas ketawa, dia suka pulok.
Ambe pun pelik juga, sepatutnya sebagai seorang SU Politik MB Terengganu yang UMNO dan BN, sepatutnya dia sedih bila UMNO kaloh.
Tapi dia suka sokmo...........
YANG MENDAPAT MANDAT RAKYAT?
-
(1) TAFSIRLAH sendiri sama ada kerajaan PN hari ini kerajaan pintu belakang
atau kerajaan melalui bumbung. Masing-masing mempunyai rasional tersendiri
untu...
4 years ago
No comments:
Post a Comment