Akhbar Sinar Harian Rabu hari ini 22 Oktober melaporkan Kerajaan negeri bertindak mengambil alih hak Kelab Teluk Warisan Pulau Duyong – Heritage Bay Club (HBC) setelah lebih tiga tahun diuruskan oleh kontraktor pembinaan resort tersebut tanpa pengetahuan rasmi kerajaan.
Akhbar tersebut memetik Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata asalnya Kelab Teluk Warisan adalah di bawah pengurusan kerajaan negeri tetapi kontraktor yang membinanya tidak menyerahkan setelah resort itu siap dibina.
“Dulu, kerajaan negeri suruh kontraktor terbabit bina satu bangunan tetapi selepas bangunan itu siap, mereka tidak menyerahkan bangunan tersebut kepada kerajaan negeri.
“Bila dia (kontraktor) tidak serah, dia buat resort dan dinamakan Kelab Teluk Warisan yang beroperasi tanpa pengetahuan rasmi kerajaan negeri.
“Sepatutnya selepas siap bina, dia (kontraktor) serahkan kepada kita kerana dia menggunakan dana khas. Tapi kesempatan tersebut diambil oleh dia dan diuruskan. Jadi apabila kecoh, baru dia serahkan. Kalau tak kecoh tak dapat senyap macam itulah agaknya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Ri-Yaz Heritage Resort & Spa dan Jamuan Hari Raya di Cindai Ballrom, Pulau Duyong, di sini, kelmarin yang turut di hadiri pada majlis tersebut ialah Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Pengarah Urusan Ri-Yaz Hotel & Resort, Shaheen Shah dan Pengurus Besar Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Malizan Zakaria.
Sebelum ini, Kelab Teluk Warisan dibangunkan oleh kerajaan negeri Terengganu khusus untuk menjadi hos bagi perlumbaan kejohanan Kapal Layar Piala Monsun.
Kerajaan Terengganu membina HBC dengan kos keseluruhan RM200 juta dan pembiayaan pembinaannya adalah daripada Dana Khas Kerajaan Persekutuan yang dikenali sebelum ini sebagai wang ehsan yang diambil daripada royalti petroleum.
Mengulas lanjut, Ahmad menyatakan bahawa kerajaan negeri kini telah memberi pengurusan Kelab Teluk warisan kepada Ri-Yaz secara rasmi bermula 1 Ogos tahun ini yang kini dikenali Ri-Yaz Herritage Resort & Spa.
Setelah Ri-Yaz mengambil alih pengurusan ini, menurutnya kerajaan negeri hanya akan mendapat hasil keuntungan daripada persetujuan yang telah dicapai dan ditandatangani sebelum ini.
Akhbar berbahasa Inggeris The Edge Daily 5 May 2008: Cover Story: Monsoon Cup and T-Best.
Dalam laporan tersebut, akhbar kewangan dan ekonomi itu menyebut panjang lebar tentang Penganjuran Sukan Kapal Layar Piala Monsun dan kaitannya dengan syarikat penganjur, T-Best Event Sdn Bhd.
Kenyataan Ahmad berkaitan pengurusan HBC yang telah diuruskan selama tiga tahun oleh kontraktor pembinaan resort tersebut tanpa pengetahuan rasmi kerajaan adalah satu kenyataan yang bertentangan sekali dengan kenyataan The Edge Daily.
Buletinonline memetik laporan The Edge Daily yang menyatakan bahawa berdasarkan rekod terbaru Suruhanjaya Syarikat, modal T-Best adalah RM 175,000. Perniagaannya adalah penganjur acara. T-Best memiliki 100% saham Kelab Teluk Warisan Terengganu Sdn Bhd, yang menjalankan perniagaan resort butik enam bintang – Kelab teluk Warisan yang menjadi lokasi acara Monsoon Cup.
Menurut rekod, pengarah T-Best adalah Chew Kok Foo, bekas pengarah Kuala Lumpur Industries Holding Bhd (KLIH) sebelum Patrick Lim mengambil alih dan menukarkannya kepada Equine Capital. Mohamad Awang Tera, Exco kerajaan Terengganu, Peter William Gilmour, Wan Hisham dan Wan Farid juga adalah pengarah-pengarah T-Best.
Menurut rekod, pemegang saham utama T-Best adalah Prestasi Wangi Sdn Bhd, yang menguasai 57.1% dan TDM Bhd memegang saham 42.9%.
Rekod berasingan Suruhanjaya Syarikat mendedahkan, pengarah-pengarah Prestasi Wangi Sdn Bhd adalah Datuk Salleh Ismail dan Datuk Khalid Awang, kedua-duanya mempunyai alamat tempat tinggal di kuala Terengganu dan memegang 50% saham setiap seorang. Tidak ada akaun yang dipaparkan dalam laman Suruhanjaya Syarikat.
Kaitan yang boleh dibuat dengan Patrick Lim adalah alamat pendaftaran kedua-dua syarikat tersebut yang didaftarkan dengan alamat yang sama iaitu, 16-1, Jalan Putra Permai 1B, Taman Equine, Seri Kembangan, Selangor.
Taman Equine adalah Bandar yang dimajukan oleh Equine Capital, syarikat kepunyaan Patrick Lim. Alamat perniagaan T-Best adalah Tingkat 18, Wisma KLIH, Bukit Bintang. Wisma KLIH juga adalah dimiliki oleh Equine Capital.
Patrick Lim dikatakan sebagai pengarah T-Best sebelum ini. Artikel dalam laman rasmi Monsoon Cup bertarikh 26 Nov, 2006 telah menyatakan Patrick Lim sebagai pengarah T-Best dan pengasas awal T-Best.
Monsoon Cup akan terus menjadi sebutan walaupun Terengganu telah bertukar kemudi. Namun sebagai satu isu yang melibatkan ‘ketelusan’ (transparency), mungkin kerajaan negeri atau persekutuan perlu mendedahkan kepada umum berapa banyakkah dana yang digunakan membiayai Monsoon Cup dan apakah manfaat ekonomi yang diperolehi oleh rakyat Terengganu.
Justeru dengan jelas, kenyataan bahawa kerajaan negeri Terengganu mengambil alih HBC dari kontraktor pembinaan resort tersebut yang menuruskannya selama 3 tahun pengetahuan rasmi kerajaan. Adalah satu pembohongan dan putar belit, yang
No comments:
Post a Comment