Wednesday, July 10, 2013

Apa Helah dan ‘Buah Sepelet’ Idris Kali Ini?

Bukan sedikit tangkapan dan laporan yang dibuat, serta perbicaraan yang dibawa ke mahkamah behubung soal penipuan dalam pilihanraya, tetapi tidak banyak kes-kes yang ‘lekat’ apabila dibicarakan.

Umpamanya pada pilihanraya kecil Permatang Pasir, Pasir Mas, Kelantan yang diadakan pada tahun 2005, pertandingan satu lawan satu di antara PAS dan Umno yang akhirnya dimenangi oleh Umno dengan cara yang menipu.

Menurut peguam PAS, dalam kes perbicaraan pilihnaraya kecil Permatang Pasir, PAS membawa kes tersebut ke mahkamah dengan bukti yang kukuh, antaranya terdapat ‘pengundi hantu’ yang keluar dari pagar sekolah.

Namun, Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi, keputusan dari kes-kes yang dibawa menunjukkan mahkamah tidak bersedia untuk mengubah peraturan yang ada.

Pindaan terhadap Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002), ujarnya, menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-­mana pihak.

Ujarnya, pada 2002 hakim pernah membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dun Likas (Sabah) dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan dan daftar pemilih tersebut tidak bersih dengan dicampur aduk orang yang tidak sepatutnya mengundi.

“Apa yang berlaku selepas itu, SPR mengambil iktibar daripada keputusan mahkamah, undang­undang dipinda dengan Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dicabar di mahkamah,” jelasnya dipetik Harakah.

Justeru, pada pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang akan diadakan pada 24 Julai ini, apa pula helah Timbalan Pengarah Jentera Umno dan Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Idris Jusoh?
Apakah yang dicongak Idris atas papan putih dengan tulisan-tulisan yang meragukan, bahawa beliau yang terkenal sebagai pemimpin Umno yang paling pandai buat ‘buah sepelet’ sedang merangka helah!

Gambar tersebut yang telah beredar di pasaran kumpulan dalaman menunjukkan Idris sedang merangka ‘magik’ untuk meningkatkan undi BN di Kuala Besut dari majoriti  yang dicapai sebanyak 2434 pada PRU-13 lepas kepada majoriti 4,000 undi.

Dan gambar ini keluar, sebelum beliau membuat kenyataan meminta PAS membeikan kemenangan percuma kepada BN atau menghadapi dengan kekalahan sekali ganda sebnyak 4,000 undi, sebagaimana yang disiarkan di dada-dada akhbar.

Yang menjadi persoalan apakah maksud beliau sebagai tulisan atas papan putih itu;
1. menerusi Kelab-kelab Umno luar negeri
2. MKN yang biasa dirujukkan sebagai akronim ‘Majlis Keselamatan Negara’
3. SERANTA

Oleh itu, PAS dan Pakatan Rakyat tidak boleh membiarkan pakar ‘buah sepelet’ terbabit untuk terus menipu rakyat sebagaimana yang dilakukan dalam pilihanraya umum kali ke-11 pada tahun 2004 di negeri Terengganu.

Sesuatu tindakan perlu diambil untuk menyekat Umno dan Barisan Nasional terus memperkudakan dan memanipulasi jentera kerajaan untuk menghasilkan kemenangan secara ‘berhelah’.
Perangai ‘hodoh’ Idris yang juga calon BN bagi parlimen Besut pada PRU-13 yang lalu telah dilaporkan kepada pihak polis pada 14 Mei lalu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada kenyataanya mendedahkan bukti penemuan penipuan pilihan raya melibatkan calon BN Parlimen Besut, Terengganu.

“Pagi tadi (semalam) satu laporan polis dibuat oleh petugas SPR di Besut yang mendedahkan pada hari mengundi, calon BN Parlimen itu telah mengurung 24  petugas termasuk beliau untuk memangkah kertas undi,” jelas Saifuddin pada sidang media 15 Mei lalu.